Anda di halaman 1dari 10

Tajuk 1 :

TANGGUNGJAWAB KITA PEMUDA ISLAM


Pemuda adalah harapan setiap bangsa untuk mengembalikan
keagungan mereka. Pemuda Islam perlukan:
• Fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
• Faham dakwah dan cara kerja yang betul
Dakwah kurun ke 15 Hiirah.
• Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia -
ISLAM (5:3) manusia sedang menunggu-nunggu.
• Ianya perlukan pengorbanan (Kesah Seerah Nabi dan
Sahabat)
• Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah
atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam.
Tugas kita:
• Menceritakan hakikat Islam dengan jelas(teori).
• Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
• Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.(manhaj
hidup)
• Berjuang terus hingga mati.
Slogan & keyakinan kita :
• ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan -
Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
• Berkeyakinan diri ; kita adalah 'tuan' di bumi ini.
Kemenangan adalah milik kita.
Titik kekuatan:
• Iman (8:65)
• Ukhuwwah (8:46)
• Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb)
(8:60)
Program kita:
• Individu Muslim
• Rumahtangga Muslim
• Ummat Islam
• Kerajaan Islam
• Watan Islam (Tanahair)
• Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
• Menjadi pemerintah dunia.(Ustaziyyatul-Alam)
Lain-lain
• Cita-cita kita disangka angan-angan oleh manusia. Siapa
tidak yakin kearah ini maka sila cari cara & jalan lain.
• Kita bukan lemah (3:173)

1
• Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan
masyarakat dll. Mengapa orang sangat memperelokkan solat
tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
• Orang Islam ialah: Pendita dimalam hari dan satria
disiangnya.
• Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi
semuanya kerana Iman.
• Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
• Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana
kemunduran akan merosakkan kita.
• Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain
Islam.(tajarrud)
• Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk
Akidah ini.
• Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
• Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih,
Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa
mengira sedikit atau ramai.Allah boleh gantikannya dengan
orang lain (9:39-40) Siapa yang masih kedekut harta untuk
berkorban, Allah gantikan dengan orang lain (47:38)

‫فكرة إسلمية‬
Tajuk 2: FIKRAH ISLAM KITA
Fikrah Islam atau fikrah kita ialah ajaran Allah, yang lengkap yang
sempurna, syumul dan merangkumi seluruh kehidupan mukmin.
Inilah Islam, Addeen yang ditanzilkan atau diturunkan oleh Allah dan
dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan dilaksanakan di zaman awal. Allah
Taa’la telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan
Islam di dalam al-Quran 5:3.

Oleh kerana Dienul Islam telah sempurna maka kita tidak boleh
menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh
mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang
lain.
Hendaklah kita sedar bahawa kita adalah pengikut dan penganut
Dienul Islam dan kita bukannya pencipta Dien. Oleh yang
demikian kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan
bukannya Islam itu harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak
kita dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah:

2
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka
bumi ini ,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah.Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak
lain hanyalah berdusta terhadap Allah.” (Al-an’am 6:116)

Nilai kita ialah nilai Islam, iaitu nilai yang telah ditetapkan Allah dan
dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W oleh yang demikian kita
sedikitpun tidak boleh tidak redha pada syariat Islam.
Tasawwur Islami hendaklah difahami dengan betul. Kita hendaklah
bersifat jiddiah di dalam memahami Islam dan tidak mencampur
adukan dengan isme-isme lain.
Untuk itu kita hendaklah mengenal Islam dan mengenali
jahiliyyah, mengenal Islam untuk dihayati dan mengenali jahiliyyah
untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa, bentuk dan
tektik jahiliyyah untuk dijauhi. Dengan itu barulah kita dapat
membezakan yang mana Islam dan yang mana bukan Islam. Kata
Sayyidina Omar ra: Ikatan Islam akan terungkai apabila lahir dalam
Islam orang-orang yang tidak mengenal jahiliyyah.

Kita juga mesti mengenal realiti agar kita tidak salah faham,
seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Di dalam memahami
Islam dan realitinya kita sememangnya kurang ilmu, oleh itu kita
perlu berjama’ah. Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang
serupa. Tetapi dengan harakah kita mampu mengatasinya.
Satu lagi sikap yang mesti ada ialah kita jangan mudah menerima
sesuatu yang bukan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah
dan teknik atau slogan yang menarik seperti. Demi pembangunan,
demi kemajuan dan Malam ‘Amal. Dalam hal ini kita hendaklah
mengenegahkan fikrah Islam dengan jelas dan pendirian Islam yang
tegah kepada masyarakat.

Kita juga mesti mempunyai ‘kesedaran Islam’. Ianya bukan sama


dengan ilmu Islam. Dalam usaha memperolehi ‘kesedaran Islam’
perlu kepada kesabaran, tekun dan gigih dalam usaha. Seorang yang
mempunyai ‘kesedaran Islam’ akan mudah terasa dan sensitif
terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.
Untuk itu kita perlu kepada didikan atau ‘tarbiyyah’. ’Tarbiyyah’ yang
boleh melahirkan syakhsiyyah atau keperibadian muslim sejati.

Seorang mujahid Islam, Al-Ustaz Fathi Yakan menyatakan


pembentukan sahsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk di dalam
suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Umpamanya
dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima’ dan sebagainya.

3
Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu Al-
Quran dan Al-Hadith dan juga dari ulama’ dan mujahid Islam yang
mu’tabar.
Allah telah memberi kata putus dan memberi pilihan samada
beriman atau tidak, sebagaimana firmannya :
Ertinya : “Dan katakanlah: kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu
maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan
barangsiapa yang inginkan (kafir) biarlah ia kafir. Sesungguhnya
kami telah menyediakan bagi orng-orang zalim itu neraka ,yang
gejoloknya mengepung mereka”.

Iltizam kita pada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak
umpamanya pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga kita perlu
‘kesedaran Islam yang jelas’ dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu
sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam. Dalam
konteks masyarakat ialah yang menghayati Islam sepenuhnya.
Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan
iman/tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan ingin
melaksanakan Islam, dengan patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak
mencukupi tetapi tetapi haruslah iltizam dengan Islam. Ertinya di
mana sahaja kita berada, kita membawa Islam. Ini juga bererti
peribadi kita menterjemahkan Islam .... Islam menjadi darah
daging.

Namun begitu kita tidak dapat nafikan dalam proses tersebut masih
terdapat lagi saki baki jahiliyyah. Pernah Abu Zarr memanggil Bilal
dengan panggilan ‘Ibnu Assauda’. Bilal memberitahu Rasulullah
S.A.W dan Nabi kemudiannya berkata kepada Abu Dzar bahawa ia
masih ada saki baki jahiliyyah. Abu Zarr meminta dibalas dengan
memijak pipinya.
“Proses tarbiyyah imaniyyah ,adalah begitu dan amat penting bagi
membentuk insan mu’min”

‫وداعا لك يا جاهلية‬
Tajuk 3 : SAYONARA JAHILIYYAH
Seorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali
dalam iman yang dikecapinya itu. Tidak terlintas di hatinya ketika
melafazkan kalimah ‘dua kalimah syahadah’ melainkan ia juga
merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan
kekufuran buat selama-lamanya.
Hakikat ini boleh dirasai daripada hadis Rasulullah s.a.w (yang
bermaksud):
4
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi
kemanisan iman: Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya daripada
selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan
kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur
sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api.” [Riwayat al-
Bukhari]

Dua golongan berbeza


Perbezaan antara mukmin dan bukan mukmin banyak ditonjolkan di
dalam ayat-ayat Allah, antaranya ialah (yang bermaksud):
“Orang-orang yang kafir serta menghalangi (manusia) dari jalan
Allah, Allah sia-siakan amalan mereka. Dan orang-orang yang
beriman kepada Allah dan beramal soleh serta beriman dengan apa
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan itulah yang hak dari
Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan
memperbaiki keadaan mereka. Yang demikian itu kerana orang-
orang kafir mengikuti perkara yang batil dan orang-orang yang
beriman mengikuti hak dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah
membuat kepada manusia contoh perbandingan bagi mereka.”
[Muhammad: 1-3]

Perbezaan ini bukan sahaja terletak kepada pegangan akidah tetapi


juga perbezaan dari sudut ubudiah, amalan, akhlak, matlamat hidup,
persoalan yang menjadi perhatian mereka dan juga manhaj hidup
yang diamalkan oleh mereka.

Meninggalkan jahiliyyah
Justeru itu, setiap mukmin tidak cukup sekadar untuk mengaku
bahawa dia beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya sahaja, bahkan
menjadi kewajipannya untuk membentuk diri dan kehidupannya
dengan manhaj Islam. Dia mestilah meninggalkan jahiliah secara
total. Ini adalah kerana Islam tidak menerima sebarang percampuran
antara keduanya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam ugama
Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah
syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.”
[Al-Baqarah 2:208]

Meninggalkan jahiliah ini secara ringkasnya perlu dilaksanakan


dengan:
1) Akidah yang sejahtera
Setiap muslim perlu memastikan akidah yang dipegang olehnya
adalah benar dan sejahtera serta bersih daripada sebarang
kekurangan mahupun penambahan. Kebersihan akidah merupakan
titik pemisahan utama, antaranya dengan jahiliyyah.
5
2) Ibadah yang sahih
Al-Fudhail bin Iyadh ketika menerangkan firman Allah s.w.t (yang
bermaksud): “...Untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalannya” [Al-Mulk: 2] berkata: “Yang paling ikhlas dan
yang paling betul amalannya”.
Dia terus menerangkan: “Amalan sekiranya dilakukan dengan ikhlas
tetapi tidak betul, ia tidak diterima. (Begitu juga) sekiranya ia betul
tetapi tidak dilakukan dengan ikhlas, ia juga tidak diterima,
sehinggalah amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan betul... Maksud
amalan yang dilakukan dengan ikhlas ialah yang dilakukan kerana
Allah dan amalan yang betul ialah yang dilakukan mengikut Sunnah”.

3) Akhlak yang murni


Akhlak merupakan salah satu lambang pemisahan mukmin daripada
jahiliyyah. Banyak ayat Allah dan Hadis yang menggesa mukmin
meninggalkan akhlak-akhlak jahiliyyah, antaranya tabarruj al-
jahiliyyah, asobiah jahiliyyah dan lain-lain.
Ini tidak dapat dicapai dengan hanya pembacaan semata-mata tetapi
memerlukan kepada mujahadah dan latihan yang berterusan.

4) Manhaj hidup yang lurus


As Syatibi berkata:
“Allah telah menghadkan sesuatu kepada dua perkara: Wahyu iaitu
syariat dan Hawa. Tiada lagi jenis yang ketiga selain daripada kedua-
duanya” [Al-Muwafaqat: 2/121]
Mukmin hanya mempunyai dua pilihan syariat atau hawa yang
menyesatkan. Menjadi kewajipan-nya untuk hidup di atas manhaj
Islam dan syariatnya sahaja.
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang l
lurus, maka kamu ikutilah dia dan janganlah kamu megikuti jalan-
jalan yang lain (dari Islam), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan
kamu dari jalan Allah. Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu,
agar kamu bertakwa.” [Al-An’am 6:153]

5) Wala’ yang benar


Allah s.w.t telah menentukan garis sempadan wala’ mukmin kepada
tiga pihak sahaja iaitu: “Sesungguhnya wali (penolong) kamu
hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang
mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka
ruku’ (tunduk menjunjung perintah Allah).” [Al-Maidah 5:55]
Allah juga melarang mukmin menyerahkan wala’nya kepada bukan
mukmin: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi
orang yang dipercayai...” [Ali Imran 3:118]
6
Dr. Ali Abdul Halim Mahmud [Tarbiah an-Naasyi’ al-Muslim] memberi
beberapa pengertian wala’ iaitu:
• Al-Qurb (mendekati)
• Al-Nusrah (menolong)
• Al-Mahabbah (mencintai)
Berasaskan pengertian ini, setiap mukmin perlu berusaha
mendekatkan dirinya kepada Allah, rasulNya dan mukminin,
membantu dan mencintai mereka.
Beberapa contoh perlaksanaan wala’:

a) Wala’ kepada Allah


• Mentajarrudkan diri kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya
dengan sesuatu.
• Allah lebih dicintai olehnya daripada dirinya dan segala-
galanya (keluarga, tempat tinggal, harta benda dsb.)
• Merujuk kepada Allah dalam setiap keinginan, tindakan dan
diamnya; ketika berseorangan atau ketika bersama orang lain.
• MentaatiNya dan beriltizam dengan syariat yang dibawa oleh
RasulNya.
• Mengimani bahawa manhajNya adalah satu-satunya manhaj
yang benar dan tidak mungkin ditukar ganti, seterusnya berjuang
dan berusaha merealisasikannya dalam segenap kehidupan.
• Meletakkan ghayah ‘matlamat’ dalam segala usahanya kerana
Allah.
b) Wala’ kepada Rasul
• Oleh kerana Rasul s.a.w adalah selaku utusan kepada Allah
s.w.t maka wala’nya dilaksanakan sama dengan wala’ kepada
Allah.
c) Wala’ kepada mukminin
• Menjadikan akidah sebagai asas ikatan (bukan keturunan,
warna kulit, negara, kepentingan ekonomi, sosial atau politik).
• Tiada toleransi dalam masalah akidah dan peraturan hidup
antara mukmin dan bukan mukmin. Toleransi hanya wujud dalam
masalah muamalat individu.
• Mengambil berat hal ehwal mukminin serta membantu
mereka menghadapi permasalahan mereka dan perancangan
musuh Islam.
• Mencintai mukminin kerana Allah, selagi mana mereka di
dalam ketaatan kepada Allah.
• Menyeru ma’ruf dan mencegah mungkar serta meninggalkan
majlis di mana maksiat sedang dilakukan.
• Bekerjasama dalam perkara takwa dan kebaikan.

7
• Membantu memperkuatkan sof mukmin di samping berusaha
melemah dan menghapuskan sof jahili.
Sekiranya perkara-perkara ini dapat dilakukan oleh mukmin,
terlaksanalah tuntutan iman yang dipegang olehnya.
Jahiliyyah yang berleluasa kini akan menerima nasib yang
sama dengan jahiliyyah 14 kurun yang lalu.

Tajuk 4: DAKWAH KITA ADALAH


PENYELAMAT
Kita ditakdirkan hidup di zaman kemerosotan umat. Beban adalah
berat. Mesti lakukan dakwah dalam erti kata yang amat luas.
Kita tidak inginkan harta dan pangkat tetapi kita mahu :
• Bebaskan tanahair Islam dan mendirikan daulah &
tamaddun Islam.
• Kemudian kita mahu membaiki keilmuan masyarakat
Islam, mutu kehidupan dan membuang penyakit dan jenayah.
Cara dakwah kita :
• Iman yang mendalam,
• Pembentukan yang rapi dan
• Kerja yang berterusan.
Wasilah kita ialah semua cara yang syar’I –
Masalah kita:
• Terpaksa berdepan dengan masyarakat untuk buat
perubahan.
• Akan ada orang yang memandang remeh kerja ini dan
menganggap tidak mampu merubah.
• Dakwah ini belum dikenali - orang ramai, orang besar
dan negara-negara akan menentang bila mereka tahu.
• Tohmahan, fitnah akan terjadi. Penjara, siksaan dan
pengusiran mesti berlaku. Bersedialah ! (2:214)
Kita akan berjaya, kerana:
• Kita adalah sebaik-baik dakwah
• Keperluan manusia kepada Islam
• Kesucian niat kita
• Pertolongan Allah (30:47)
Apa yang perlu kita buat sekarang? Perlu segera kita:
• Menyahut seruan (8:24)
• Mengukuh fikrah dan kesatuan.
• Bekerja bersungguh-sungguh

8
• Kita bukan parti politik, bukan badan kebajikan atau
persatuan terhad. Kita adalah roh baru untuk ummat
manusia.
• Dakwah kita adalah Islam dan politik sebahagian
darinya.
• Kita bukan golongan penentang tetapi akan
menentang sesiapa yang menghalang kebenaran
.
Tajuk 5: CIRI-CIRI MEREKA YANG
MENGHAYATI DAN MEMPERJUANGKAN
ISLAM
Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan
Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Antaranya ialah:
1. Terikat dan menurut ajaran Islam.
Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di
dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering
mengaitkan iman dengan amalan.
Firman Allah SWT: maksudnya;
“...orang-orang yang beriman dan beramal soleh ...” (Al-’Ashr 103:3)
Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita
mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita
sendiri.Firman Allah SWT:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan
sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu
membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah 2: 44)

2. Mengutamakan kepentingan Islam.


Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;
“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya
berkisar.”
Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang
Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”
Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang
bermaksud;
“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka
(awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”

3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada


Allah SWT.

9
Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT
adalah antara sifat-sifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan
dalam al-Quran di dalam firman-Nya yang bermaksud;
“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka
cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar)
beriman.” (Ali Imran 3:139)
Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan
kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita
yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud untuk
menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a yang
menjadi ketua rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud
melainkan untuk Allah SWT.”

4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-


pekerja Islam.
Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita
patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan para
pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh
melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita
harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah
tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan
Islam dalam pemerintahan. Firman Allah SWT: maksudnya;
“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash
28: 35)
Firman Allah SWT lagi: bermaksud;
“Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan
kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah
5: 2)

Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;


“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti
binaan yang tersusun. Sebahagiannya meneguhkan sebhagian yang
lain.”
“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.”
“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil
(daripada kumpulannya).”
“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan
kepimpinan mereka.”

10