Anda di halaman 1dari 2

PENUTUP:

“Leadership” we define as the shared work and commitments that shape the direction
of a school or district and their learning improvement agendas, and that engage effort
and energy in pursuit of those agendas. “

Learning-Focused Leadership In action: Improving Instruction in Schools and Districts


merupakan buku yang membincangkan penyediaan pemimpin sekolah untuk menjadi
pemimpin yang mampu memimpin pembelajaran di sekolah dan seterusnya memastikan
kecemerlangan pencapaian akademik pelajar. Dalam konteks pendidikan di mana prestasi
sekolah dan daerah semakin diberikan focus utama, adalah penting bagi pemimpin di
semua peringkat sistem pendidikan untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan prestasi
pelajar. Pembinaan dan pelaksanaan satu set strategi dan amalan yang berkesan perlu
untuk memastikan pemimpin sekolah sentiasa bermotivasi demi mempertingkatkan
pencapaian pelajar.

Learning-Focused Leadership In action: Improving Instruction in Schools and District


meneroka apa yang dimaksudkan kepimpinan pendidikan memfokuskan bidang
pembelajaran. Perubahan Pemimpin pembelajaran dalam meneroka strategi yang terbaik
dan seterusnya menjadi amalan kepada gaya pemimpin pembelajaran. Ini untuk
memastikan Pemimpin sekolah boleh mebangunkan kapasiti keseluruhan organisasi
sekolah.

Learning-Focused Leadership In action: Improving Instruction in Schools and District


juga meneroka keperluan menyediakan dana yang mencukupi untuk membangukan
kemahiran pemimpin. Peluang untuk menghadrikan diri pada kursus, bengkel dan lawatan
penanda arasan mampu mejadikan seorang peminpin sekolah itu lebih kompeten dalam
melaksanakan tugasan sebagai pemimpin pembelajaran.

Penyelidikan kajian kes dan kajian tindakan yang meluas di sekolah dan daerah serta
berkongsi amalan terbaik sekolah yang menunjukkan peningkatan peningkatan pencapaian
akademik mampu membantu sekolah-sekolah lain untuk belajar dan mencontohi amalan
tersebut dan seterusnya mampu meningkatkan pencapaian akademik sekolah.
Learning-Focused Leadership In action: Improving Instruction in Schools and District juga
menyentuh berkaitan pendidikan di mana prestasi sekolah dan daerah semakin diberikan
fokus, adalah penting bagi pemimpin di semua peringkat sistem pendidikan untuk memberi
tumpuan kepada meningkatkan prestasi pelajar.

Pemimpin sekolah merupakan pemimpin pembelajaran dan juga pemimpin intruksional.


Justeru buku ini memberi penekanan kepada peranan pemimpin sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah dan guru sebagai sumber yang penting untuk memastikan sekolah dapat
dimajukan. Peranan pembimbing dalam kalangan pakar di Pejabat Pendidikan Daerah perlu
sentiasa memberikan bimbingan berfokus

"Buku ini kemas dalam menghuraikan pendekatan 'bagaimana untuk melakukannya'


kepada pembaharuan sekolah dan strategi kepimpinan abstrak. Penulis memberikan bukti
yang kaya terperinci mengenai amalan yang mengalihkan setiap guru, pentadbir, profesional
sokongan, dan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah untuk memberi tumpuan kepada
perkara yang penting: pembelajaran pelajar. Ia adalah hampir dengan manual untuk
meningkatkan kualiti dan ekuiti di sekolah-sekolah seperti apa-apa yang ada hari ini."

--Karen Seashore Louis, Profesor Regents dan Pengerusi Robert H. Beck, Universiti
Minnesota

Anda mungkin juga menyukai