Anda di halaman 1dari 2

NAMA : SITI NOR JANNAH DINI BT SHAMSUDDIN

ANGKA GILIRAN: 2020122400021

SOALAN: Apakah pendapat anda tentang kesan stratifikasi sosial terhadap institusi sosial?

JAWAPAN :
Stratifikasi sosial merujuk kepada satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori manusia
dalam sesuatu masyarakat. Stratifikasi sosial adalah penggolongan atau pelapisan dalam
masyarakat berdasarkan status yang dimiliki oleh individu atau kelompok. Antara kesan-kesan
stratifikasi social terhadap institusi sosial ialah wujudnya pengkelasan sekolah seperti sekolah
elit sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, kluster - MRSM, SMKA, Sekolah harian,
sekolah luar bandar, dan sekolah bandar.

Selain itu, stratifikasi sosial juga telah memberi kesan kepada perbezaan kemudahan
infrastruktur. Kemudahan fasiliti lebih tertumpu di sekolah elit manakala sekolah luar bandar
bangunan sekolah daif. di samping itu, implikasinya juga telah menyebabkan ketidaksamaan
layanan. Layanan berbeza dari guru mengikut status pelajar. Pelajar keluarga berada akan
memasuki kawalan dengan guru yang lebih bermotivasi manakala pelajar yang lemah dan miskin
guru tidak memberi penekanan.

Stratifikasi sosial juga telah memberi kesan kepada aspek ekonomi. Di mana terdapat
pembahagian tertentu iaitu kelas atasan, kelas menengah dan kelas bawahan. Kelas atasan ialah
masyarakat yang terdiri dari kelompok orang-orang kaya yang dapat  memenuhi keperluan asas
hidupnya,atau kehendak bahkan secara berlebihan. Manakala kelas menengah adalah masyarakat
yang terdiri dari kelompok orang-orang berkecukupan atau sederhana dan dapat memenuhi
keperluan asas yang biasa. Kelas bawahan pula masyarakat yang terdiri dari kelompok orang-
orang miskin yang masih belum dapat memenuhi keperluan asas.
Selain itu, kesan stratifikasi juga boleh dilihat kepada tempat tinggal. Masyarakat kelas
atas biasanya mempunyal tempat tinggal mewah menyesuaikan status sosialnya. Sebaliknya,
masyarakat kelas menengah ke bawah lebih memilih membangun numah sederhana.
Pendidikan masyarakat lapisan atas memiliki kemampuan mengakses dan meningkatkan strata
pendidikan. Sebaliknya, masyarakat kelas menengah ke bawah memilih pendidikan yang sesuai
dengan kemampuan.

Anda mungkin juga menyukai