Anda di halaman 1dari 2

1.

Bincangkan satu pentaksiran yang sesuai bagi kemahiran bertutur BM Sekolah


Rendah.
Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah
fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan termasuk
komunikasi dengan masyarakat sekelilingnya. Pentaksiran yang boleh dijalankan untuk
mengukur sejauh mana kebolehan murid dalam menguasai kemahiran bertutur ialah dengan
mengadakan sesi soal jawab. Semasa bersoal jawab, murid perlulah bertutur secara
bertatasusila. Sesi soal jawab boleh dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung untuk mengesan pemahaman murid terhadap topik yang
dipelajari di samping meningkatkan keyakinan diri semasa memberikan jawapan atau
melontarkan pendapat berkaitan soalan yang diajukan oleh guru atau rakan. Penilaian
kemahiran lisan dengan bersoal jawab membolehkan guru mengesan kemajuan dan
pencapaian murid dalam kemahiran lisan sacara gramatis di samping mendapat maklumat
serta merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik yang dibincangkan.

2. Tulis satu refleksi bagi satu pengajaran kemahiran bertutur di bilik darjah.
Aktiviti yang dijalankan:
Aktiviti yang dilaksanakan ialah murid membuat simulasi mengikut klip video Didi and
Friends dengan lagu yang bertajuk Anggota Badan. Selepas menyanyi, murid akan
menamakan anggota badan dan mengelaskan mengikut suku kata terbuka dan tertutup.
Terdapat beberapa langkah dalam melaksanakan PdP, yang pertama guru menerangkan
suku kata terbuka dan tertutup seterusnya mengarahkan murid membuat simulasi
berdasarkan klip video yang ditayangkan. Seterusnya, guru bertanya kepada murid
bahagian anggota badan yang dipelajari semasa membuat simulasi. Langkah ketiga, guru
menyenaraikan anggota badan yang disebut oleh murid di papan putih. Selepas itu, guru
membuat jadual yang membahagikan suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Langkah
yang seterusnya, guru akan membimbing murid mengelaskan anggota badan ke dalam
jadual yang telah disediakan. Akhir sekali, guru akan membuat kesimpulan, menyatakan
kepentingan menjaga kebersihan diri serta memberikan latihan tambahan sebagai
pengukuhan.

Refleksi:
Berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan, terdapat 15 orang murid menguasai kemahiran
bertutur pada tahap yang sangat memuaskan. Hal ini adalah kerana mereka mampu
memberi respons yang sangat memberangsangkan sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. 10 orang murid menguasai kemahiran bertutur pada tahap yang
memuaskan di mana mereka kurang sedikit memberi respons berbanding 15 orang murid
yang pada tahap sangat memuaskan. 3 orang murid menunjukkan kemahiran bertutur pada
tahap yang baik. Hal ini adalah kerana 3 orang murid ini masih lagi pada tahap yang lemah
dalam bertutur di samping kurang memberi respons sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Secara keseluruhannya, objektif kemahiran bertutur pada hari tersebut
hampir tercapai. Tindakan susulan iaitu latih tubi mendengar dan menyebut akan dilakukan
dari semasa ke semasa bagi murid yang masih belum menguasai kemahiran bertutur
dengan baik.