Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI MEMBURU IMPIAN


TINGKATAN 4 2021 (MIS21)
SMK TAMAN SCIENTEX

_________________________________________________________________________

1.0       PENGENALAN
Kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek sebaliknya semua pelajar hendaklah
berusaha secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang
dalam peperiksaan. Jadi, pelajar perlu mengaplikasikan kemahiran belajar yang betul dan
mempunyai motivasi serta keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan. Program
motivasi kecemerlangan dan jati diri ini diadakan adalah bertujuan untuk memantapkan lagi
motivasi diri, jati diri dan keyakinan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran besar
dalam kehidupan mereka sebagai pelajar iaitu peperiksaan akhir tahun.

         
2.0       MATLAMAT
Meningkatkan motivasi belajar murid dan mereka dapat menetapkan target untuk
peperiksaan.

3.0       TARIKH/TEMPAT
Tarikh  : 8 dan 9 September 2020
Tempat : Dewan Raudhatul Firdaus

4.0       SASARAN
Semua murid Tingkatan 4 di SMK Taman Scientex
         
5.0      OBJEKTIF
1) Murid Tingkatan 4 mengetahui cara menetapkan target gred peperiksaan untuk mencapai
matlamat mereka
2)      Murid diberikan bimbingan dan motivasi agar dapat menguruskan masa dengan baik dan
mendapat pendedahan hala tuju selepas SPM nanti.

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output Semua murid mempunyai penetapan target mereka sendiri


Outcome Murid dapat mencapai target yang ditetapkan dengan keputusan peperiksaan yang
diperolehi
7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN
Tiada
                                                          
8.0      AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Encik Mohan a/l Damodaran
                           Pengetua
Naib Pengerusi : Encik Harudin bin Salleh
                            Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelaras : Encik Irwan Budiana bin Usman
Setiausaha : Puan Nur Hidayah binti Din

SENARAI TUGAS AJK


         
AJK Puan Nurhidayah binti Din - Menyediakan dokumentasi
Dokumentasi program dan menyerahkan
kepada PK HEM
AJK Penilaian Puan Azlinda binti Ismail     -Menyediakan borang penilaian
program dan membuat analisa
penilaian

-Menyerahkan analisa kepada


AJK Dokumentasi

9.0      STRATEGI PELAKSANAAN


9.1      URUSETIA
           Unit Bimbingan Dan Kaunseling
                                                             
9.2      JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH SELASA (8 SEPTEMBER 2020)


- KELAS 4 TOKOH
7.30 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
7.40 pagi Ceramah Motivasi Dan Penetapan Matlamat Ting 4 Oleh En Irwan
Budiana bin Usman
- Subconcius
- Borang Penetapan Matlamat Oleh Guru Kaunseling
-Ikrar Diketuai Oleh Ketua Pengawas

9.30 pagi Rehat/Bersurai

TARIKH RABU (9 SEPTEMBER 2020)


- KELAS 4 BUNGA
7.30 pagi Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
7.40 pagi Ceramah Motivasi Dan Penetapan Matlamat Ting 4 Oleh En Irwan
Budiana bin Usman
- Subconcius
- Borang Penetapan Matlamat Oleh Guru Kaunseling
-Ikrar Diketuai Oleh Ketua Pelajar

9.30 pagi Rehat/Bersurai

10.0    KAEDAH PEMANTAUAN


PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan Pentadbiran

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME


Borang Penilaian Program

11.0     PENUTUP

Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif meningkatkan
motivasi murid dengan penetapan target peperiksaan masing –masing yang lebih baik

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………. ………………………………
NUR HIDAYAH BINTI DIN HARUDIN BIN SALLEH
Kaunselor , Pen. Kanan Pentadbiran,
SMK Taman Scientex SMK Taman Scientex

Disahkan oleh;

…………………………….
MOHAN A/L MS DAMODARAN
Pengetua,
SMK Taman Scientex