Anda di halaman 1dari 4

Isu ketidaksamaan akibat kepelbagaian sosio budaya memberi kesan terhadap pendidikan

samada dari segi aspek bahasa, layanan guru, gender, kaum, dan pencapaian akademik.
Kepelbagaian sosiobudaya telah mengakibatkan ketidaksamaan bahasa dalam komunikasi
antara guru dan murid. Murid sukar mengikuti pengajaran guru secara efisien. Ini akan
menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan bagi
mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain serta mengelakkan mereka
daripada ketinggalan dalam pelajaran. Sebagai contoh murid akan keliru dengan arahan yang
diberikan oleh guru.

Sekiranya penggunaan bahasa tidak diselaraskan, ia akan menimbulkan salah faham


dalam komunikasi. Murid beranggapan guru memaksudkan perkara yang yang tidak sesuai
dengan bahasa ibunda mereka sedangkan guru menggunakan bahasa pengantar yang betul.
Contoh satu perkataan yang sama dalam bahasa melayu dan Iban tetapi membawa maksud
yang berbeza bagi kedua-dua bahsa tersebut. Selain itu, guru juga berhadapan masalah
penerangan didalam bahasa ibunda sekiranya murid masih lagi kurang memahami maksud
sebenar yang ingin disampaikan. Contoh guru kurang mengetahui kosa kata dalam bahasa
ibunda seperti bahasa Iban untuk memberi penerangan kepada perkataan dalam bahasa
Melayu yang ingin disampaikan. Dalam masa yang sama, guru hendak memastikan supaya
semua murid menggunakan bahasa standard seperti bahasa melayu.

Manakala dari aspek layanan guru pula guru akan memberi layanan yang tidak sama rata.
Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada pelajar yang mewakili kelompok
kecil, minoriti atau kelas sosial rendah. Contohnya, kajian di Amerika menunjukkan terdapat
layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa, jantina dan kelas sosial. Jangkaan
dibuat sejak pelajar mula masuk sekolah berdasarkan pakaian dan lain-lain yang berkaitan
dengan taraf sosio ekonomi keluarga. Selain itu, guru juga perlu peka terhadap pembentukan
kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum.
Tanggungjawab guru juga bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, akan
tetapi guru juga perlu menanam sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna dan
mematuhi peraturan masyarakat. Oleh itu, guru perlu bersedia dengan
kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum.

Selain itu, dari segi gender dan kaum juga memberi kesan terhadap pendidikan. Kepelbagaian
sosiobudaya dalam kelas turut merangsang kepada perbezaan dari segi pembelajaran,
komunikasi sesama murid, tingkah laku murid dan lain-lain. Murid perlu mengambil peluang
daripada kepelbagaian sosiobudaya didalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina
berlainan. Penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid.
Contohnya, unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Diskriminasi oleh guru
ekoran perlakuan yang diwatakkan adalah berbeza sama ada lelaki mahupun perempuan.
Kebanyakan guru lebih memberi perhatian kepada murid perempuan berbanding murid lelaki.
Contohnya guru lebih senang dengan tingkah laku murid perempuan kerana kebanyakan
murid perempuan lebih mendengar arahan berbanding murid lelaki. Murid juga digalakkan
berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina dan bersesuaian dengan
tugasan yang diberi oleh guru.

Di samping itu, pencapaian akademik juga turut memberi kesan kepada pendidikan.
Pencapaian akademik boleh dilihat dalam tiga golongan pelajar iaitu pelajar cemerlang,
pelajar sederhana dan pelajar lemah. faktor-faktor lahirnya isu ketidaksamaan dari aspek
pencapaian akademik disebabkan atas beberapa perkara iaitu murid, rakan sebaya, keluarga,
guru, dan sekolah. Dari segi murid, tahap kesedaran murid menyumbang kepada pencapaian
akademik. Seseorang murid dapat dilihat cemerlang sekiranya murid itu sendiri mempunyai
kesungguhan dan kesedaran yang tinggi dalam pelajaran. Sebagai contoh murid yang
cemerlang akan mempunyai kesedaran untuk datang ke sekolah setiap hari untuk menuntut
ilmu dan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya. 

Dari aspek rakan sebaya pula, pergaulan seseorang murid dengan rakan sebaya di sekolah
turut mendorong berlaku isu ketidaksamaan kepelbagaian sosiobudaya dari aspek pencapaian
akademik. Hal ini kerana murid akan mudah terpengaruh dengan rakan sesama mereka
terutamanya murid yang datang dari pelbagai jenis kaum di sekolah. Contohnya, sekiranya
murid berbangsa Melayu bergaul dengan murid berbangsa Cina  di dalam kelas, murid
berbangsa Cina tersebut akan menjadi cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu kerana mereka
terpengaruh dan mendapat rujukan dari murid berbangsa Melayu.
Manakala dari aspek keluarga pula, iaitu dari genetic. Genetik ialah salah satu faktor yang
menyebabkan ketidaksamaan dari aspek pencapaian akademik  dimana ciri-ciri biologi
diturunkan kepada anak-anak. Faktor ini juga boleh memberi kesan keatas pendidikan murid-
murid samada mereka  cemerlang, sederhana atau lemah. Contohnya, ibubapa yang
sememangnya pandai berpotensi untuk melahirkan anak-anak yang pandai.  Dan mereka yang
kurang pandai, boleh melahirkan baka yang sama. Ini menunjukkan genetik boleh
menyebabkan ketidaksamaan murid dalam pelajaran  berlaku.

Integriti guru juga turut memainkan peranan dalam pendidikan. Integriti seorang guru juga
menjadi kayu ukur kepada penunjuk prestasi murid-murid samaada menguasai pemnbelajaran
ataupun tidak.  Ini dapat dilihat sekiranya guru itu bersifat amanah dalam tugasnya, sudah
tentu mampu memberikan impak positif dalam prestasi anak murid mereka. Guru yang
amanah dalam pekerjaannya juga tidak akan membiarkan anak muridnya berterusan gagal
dalam matapelajaran yang diajar oleh mereka khususnya. Sebagai contoh, di sekolah sudah
tentu terdapat murid yang menunjukkan prestasi yang tidak memberansangkan. Guru yang
berintegriti akan mencari solusi seperti membuat kelas intervensi untuk menaikkan kembali
prestasi murid tersebut. Murid yang cemerlang juga turut diberi kelas intervensi bagi
mengekalkan prestasi pembelajaran mereka di sekolah.

Seterusnya dari sudut sekolah. lokasi sekolah terbahagi kepada tiga iaitu bandar, luar bandar
dan pedalaman. Lokasi sekolah ini memainkan peranan penting dalam menyediakan
kemudahan-kemudahan internet dan keperluan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh,
sekolah bandar lebih mendapat akses kemudahan internet berbanding di luar bandar yang
selalunya akan mengalami masalah ketiadaan internet. Melalui capaian internet yang mudah
didapati ini akan menjadikan murid di bandar lebih terdedah kepada pengetahuan-
pengetahuan tambahan yang dapat membantu murid tersebut menambah ilmunya dalam
pembelajaran, seterusnya  menjadikannya lebih cemerlang dari murid di luar bandar dan
pedalaman.

Anda mungkin juga menyukai