Anda di halaman 1dari 3

Pernahkah kita terlintas bahawa kitalah pelakon yang sedang beraksi di pentas dunia.

Kita
menangis, ketawa, gembira, berduka dan gelisah sehingga tiba saatnya, kita menjadi kaku tanpa apa-apa
aksi. Selagi kita bernafas, kita terus berlari dan merencahi, perjalanan dengan watak yang kita sendiri
menjadi penulis skrip, pengarah, penerbit serta pelakonnya

Perkampungan dunia hanya sebuah persinggahan sebelum kembali ke daerah akhirat yang kekal
abadi. Kita bercucuk tanam dengan bekal amalan untuk perjalanan jauh yang bakal diredahi liku
ranjaunya. Dalam perjalanan itu, kita ditujah ujian dari yang Yang Maha Pencipta sebagai tiket menginap
di syurganya yang kekal abadi. Ujiannya bersifat pelbagai. Ada susah, ada senang, ada derita dan ada
kebahagiaan. Pelbagai rencah yang mengharungi kita setiap masa. Tuhan memberi kita dua panduan
untuk diruiuki iaitu Al-Qur'an dan Sunnah. Hanya keduanya yang dapat memimpin kita menjadi pelakon
yang mengutip skrip daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

Bagi insan yang alpa dan leka, kehidupan akhirat ibarat sandiwara dan dunia menjadi syurga.
Kehidupan diterkam dengan rakus dan bebas tiada batasan. Mereka merompak anugerah Allah dengan
perbuatan maksiat dan perlakuan yang zalim. Malah mereka tidak malu lagi mengaku diri lebih hebat
dari Tuhan Pencipta. Nah! Selamat bertemu dengan Malik Zabaniah yang bakal merungkai segala
kesombongan dan kejahatan yang dilakonkan semasa hidup.

Renungilah masa depan kita yang belum pasti jalan penghujungnya. Keraplah mengalirkan air
mata kerana selalu berbuat dosa sebelum terlambat. Setitik air mata di dunia kerana takut pada
kemurkaan tuhan lebih beharga daripada sekawah air mata di akhirat yang tidak memberi sebarang erti
lagi. Hari esok kita yang masih ada, semaikanlah anak-anak kita dengan baja iman dan taqwa agar
terjamin kehidupan di dunia dan akhirat.
8.00 malam : Ketibaan Waris

: Ketibaan Tetamu Jemputan

: Solat lsyak Berjamaah

: Ketibaan Yang Berbahagia Datuk Ustaz Kazim


bin Elias Al-Hafiz

: Ucapan Aluan Tuan Pengetua SMKDH 1


Puan Hajah Zaiton binti Hashim

: Bicara Ad Din Oleh Yang Berbahagia


Ustaz Don Daniyal bin Don Bijayid
Tuan Syeikh Zakaria bin Othman
Ustaz Mohd Isa bin Abdul Rahman

: Penyampaian Cenderahati

: Jamuan Ringan

11.30 malam : Bersurai

Sabda Rasulullah s.a.w “buat baiklah kepada kedua ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu”. Ajaran ini
cukup indah bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan. Namun timbul pula ukuran baik yang dituntut oleh islam yang patut menjadi
amalan anak-anak kepada kedua ibu bapa. Apakah sekadar mengucap salam, bercakap dengan lemah lembut sudah dianggap
baik?. Atau menghulurkan bantuan wang ringgit kepada ibu bapa dianggap baik dan sesuai dengan tuntutan nabi?. Inilah
hakikatnya yang kita sedang lalui kini. Pahala dan dosa sering dipermainkan tanpa ada rasa bersalah. Anak-anak ‘terbiasa’ biadap
dengan kedua ibu bapa lantas tanpa segan silu menginkari arahan mereka. Bijak mencari alasan untuk lari dari kepungan ibu bapa
di rumah. Akhirnya mereka menjadi liar, sampah masyarakat seterusnya terlibat dengan pelbagai gejala tidak sihat yang
meruntuhkan tamadun sebuah bangsa yang berdaulat. Lebih menyayat hati, dek kerana kerakusan nafsu buas muda-mudi lahirlah
anak-anak yang tidak berdosa. Natijahnya anak-anak ini dibuang di dalam tong sampah, sungai dan jika tidak bernasib baik mereka
akan menjadi 'habuan' anjing yang kelaparan.

Untuk mengembalikan anak-anak yang terbiasa melanggar perintah ibu bapa, terbiasa melanggar perintah Allah dan terkepung
dalam dosa bukanlah kerja yang mudah. Bukan mudah untuk mengembalikan "mat rempit' ke laluan yang sepatutnya. Bukan
mudah menyedarkan anak-anak melepak kepada menggunakan masa dengan baik. Justeru, Panttia Pendidikan Islam SMK
Darulaman Heights 1 berganding bahu bersama sa~a Persatuan I bu bapa dan Guru (PIBG) untuk menganjurkan Program Bicara
Ad Din bagI, merealisasikan usaha murni ini. Mudah-mudahan program ini akan menjadi pemangkin untuk melahirkan generasi
yang beriman dan bertaqwa selaras dengan hasrat keraJaan.

 Memupuk semangat kerjasama antara warga SMKDH1 dan masyarakat setempat.


 Memberi kesedaran terhadap tanggungjawab menjadi manusia berilmu dan peranan yang harus dimainkan.
 Melahirkan remaja Islam yang sihat dan cerdas akal fikiran.
 Memberi kesedaran untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menghadapi gejala sosial dalam masyarakat yang
semakin parah.

Anda mungkin juga menyukai