Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Tingkatan Empat

Masa 80 minit

Tajuk Gelanggang

Genre Puisi moden (sajak)

Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat:

I. membina lima ayat pasif ter dan di.


II. menukarkan ayat pasif kepada ayat.
III. mendeklamasikan sajak dengan sebutan, gaya dan nada yang betul.

Kemahiran Kemahiran membaca,


Bahasa
kemahiran mendengar dan bertutur,

kemahiran menulis

Sistem Bahasa Tatabahasa: kata kerja pasif dan ayat pasif

Pengisian Ilmu: Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Moral


Kurikulum
Nilai: keberanian, patriotik, kerjasama

Kemahiran Kemahiran berfikir: - mengenal pasti dan menjana idea


Bernilai Tambah
Kontekstual : membina lagu berdasarkan situasi kehidupan harian

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Penilaian Formatif KBT/Catatan


Pembelajaran

Set Induksi ● Guru menayangkan klip Lampiran 1


video persilatan.
Petikan sajak
Gelanggang

● Guru bersoal jawab tentang


klip video yang
ditayangkan.
Langkah 1

● Dua orang murid


mendelamasikan sajak
Gelanggang. Murid lain
merujuk sajak.

● Murid memberikan komen


tentang mutu deklamasi
sajak

● Guru memberikan ulasan.

● Pelajar mengenal pasti


kesalahan tatabahasa yang
terdapat dalam sajak.

● Murid menjelaskan sebab


Langkah 2 kesalahan tersebut.

● Guru menjelaskan sebab


kesalahan dan meminta
murid membetulkannya.

● Murid menulis perkataan


yang bergaris pada teks .

● Murid menyatakan ragam


ayat yang bergaris. Guru
memperkenalkan kata
kerja pasif.

● Murid menggunakan peta


pemikiran untuk
menjelaskan ayat pasif.

Langkah 3
● Murid menulis ayat pasif
dengan betul.

● Murid menukarkan ayat


pasif kepada ayat aktif.

● Murid menukar teks sajak


kepada lirik lagu dan
menyanyikannya mengikut
kumpulan.

● Guru membuat ulasan


tentang persembahan
pelajar.

Lampiran 2
● Murid menjelaskan Peta pemikiran
langkah-langkah
mengekalkan kemerdekaan
negara.

Langkah 4

Lampiran 3
Lirik lagu

Langkah 5

Penilaian ● Guru mengaitkan


dan kepentingan perpaduan
Peneguhan dalam kalangan rakyat.
● Guru merumuskan hasil
pembelajaran.

Objektif tercapai
LAGU ‘GELANGGANG KITA’

Inilah gelanggang kita

Warisan pendekar

Lambang perpaduan nusa

Untuk pewaris bangsa

Gelanggang yang terbina

Dengan semangat waja

Inilah negara jaya

Rakyat aman sejahtera

Kita pewaris yang abadi

Pada tanah air kita ini

Inilah sumpah pendekar kita

Untuk ibu pertiwi

Elakkan sengketa huru-hara

Amalkan budaya menghormati

Kami mohon doa


Malaysia berjaya

Marilah kita bersatu

Menuju nusa maju

ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL, HAL. 21 )

GELANGGANG

Ini gelanggang kita


yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sesekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah


elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir ayat.

Onn Malini
Pohon Tradisi, 2012
Gapeniaga Sdn. Bhd.

Sediakan peta pokok tentang jenis-jenis kata kerja pasif.

PETA PEMIKIRAN – PETA POKOK

KATA KERJA PASIF

Kata Ganti Nama Dengan Imbuhan Pasif Kena


Kata Kerja Pasif

KGD 1 KGD 2 KGD 3


di- ter- ber- Ke - an

 Pelbagai bentuk peta minda boleh digunakan seperti peta bulatan yang lebih berfokus
kepada kata kerja pasif KGD, di dan ter.
 Aktiviti membina peta minda boleh dilakukan dalam kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai