Anda di halaman 1dari 3

KATA GANDA

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Sorakan daripada penonton yang menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala
Malaysia antara Kedah dengan Selangor menjadikan suasana di stadium itu
____________.
A haru-biru C gegak-gempita
B porak-peranda D gembar-gembur

2 Bunyi ___________ dari rumah Pak Dolah jelas kedengaran kerana ____________nya
telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak bongsunya.
A dentam-dentum…adik-beradik C kucar-kacir…sahabat-handai
B kelam-kabut…anak-anak D hiruk-pikuk… saudara-mara

3 Perasaan Hilmi ____________ apabila cita-citanya untuk mewakili sekolah ke


pertandingan sepak takraw peringkat daerah tidak tercapai.
A haru-biru C kacau-bilau
B remuk-redam D gundah-gulana

4 Encik Ahmad dan anak-anaknya ketawa ____________ apabila menonton filem komedi
lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
A tersipu-sipu C terkebil-kebil
B tersengih-sengih D terbahak-bahak

5 Nenek mengutip ____________ yang gugur daripada pokok itu untuk dibuat bantal.
A dedaun C reranting
B kekabu D bebunga

6 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan ___________ sayong yang


digunakan untuk menyimpan air minuman.
A lelabu C kekisi
B kekuda D lelayang

7 Jalan ke kampung itu ____________ sejak projek lebuh raya berhampiran dengan
kampung itu dimulakan.
A lintang-pukang C compang-camping
B lekak-lekuk D bengkang-bengkok

8 Pak Hamid ____________ bekerja di sawah padi untuk menyara anak-anaknya yang
masih bersekolah.
A bermati-matian C bertungkus-lumus
B berasak-asakan D bersungguh-sungguh
9 Asri dan Anas ____________ selepas berlari apabila dikejar anjing.
A termengah-mengah C meraung-meraung
B teresak-esak D terkebil-kebil

10 Jamil berasa curiga melihat seorang pemuda yang tidak dikenali berjalan ___________ di
hadapan rumah jirannya.
A lenggang-lenggok C ulang-alik
B lintang-pukang D mundar-mandir

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

11 ____________ memang mudah menukarkan warna tubuhnya untuk tujuan penyamaran.


A Pepatung C Sesumpah
B Tetupai D Reriang

12 Beberapa orang pengemis yang berpakaian ____________ telah diserahkan kepada


Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh pihak berkuasa.
A kusut-masai C saki-baki
B compang-camping D haru-biru

13 Cikgu Sabrina menggunakan ____________ semasa mengajarkan Matematik di dalam


kelasnya.
A siku-siku C benang-benang
B injak-injak D dekak-dekak

14 Akibat tersepak tunggul kayu, Wardina berjalan ____________ pulang ke rumah tengah
hari tadi.
A terhuyung-hayang C terkesor-kesot
B terhincut-hincut D terkial-kial

15 Sewaktu melangkah masuk ke dalam Stadium Darul Aman, Nabil mencelah-celah sambil
matanya ____________ mencari tempat duduk kosong.
A melingas-lingas C mengejap-ngejap
B mengelip-ngelip D mengenyit-ngenyit
16 Bahagian ____________ yang menyokong bumbung rumah Haji Dollah telah patah
akibat dihempap pokok mangga dalam kejadian ribut petang semalam.
A kekisi C kekuda
B tetupai D tetambak

17 Bunyi yang terlalu bising boleh menyebabkan kerosakan pada ____________ telinga.
A kekuda C lelangit
B bebola D gegendang

18 Kata-kata nasihat yang diucapkan oleh Guru Besar semasa merasmikan program motivasi
itu tadi masih ____________ di telingaku.
A terngiang-ngiang C teringat-ingat
B berdesing-desing D berbisik-bisik

19 Usaha mencari sekumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia yang sesat semasa mendaki
gunung Baling diserahkan kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui
____________ hutan di situ.
A hiruk-pikuk C selok-belok
B lalu-lalang D lekak-lekuk

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20 Rumah tradisional Melayu kebiasaannya mempunyai jendela dan ____________ yang


diperbuat daripada kayu.
A tetupai C jejari
B kekuda D kekisi

Anda mungkin juga menyukai