Anda di halaman 1dari 3

Dol Sad dan Naning

1) Hari ni aku nak kongsi serba sedikit tentang sorang tokoh tempatan, sorang pemimpin, seorang
pahlawan Melayu yang berjaya mengalahkan sebuah kuasa besar dunia, British. Beliau adalah
Dato’ Naning, Dato Dol Said.
2) Nama penuh Dol Said adalah Abdul Said. Beliau adalah berketurunan Minangkabau dari suku
Semelenggang atau Seri Melenggang. Lahir pada tahun 1773 dan mati tahun tahun 1849 pada
umur 76 tahun
3) Dol Said berasal dari Mukim Taboh, Naning.
4) Sejarah Naning, ia dibuka oleh Dato Perpatih Nan Sebatang. Pengasas Adat Perpatih di
Semenanjung Tanah Melayu.
5) Naning pada awalnya dikatakan mempunyai 25 mukim. Walaupun Naning hanya sebuah Luak
(daerah) tetapi ia berstatus seakan sebuah negeri hasil perjanjian Dato Perpatih dengan Sultan
Melaka, Sultan Muzaffar Syah semasa awal-awal pembukaannya.
6) Kedudukan Naning adalah di utara Melaka, bersebelahan Rembau.
7) Naning diperintah oleh seorang penghulu (Dato Naning) dan diabntu oleh pembesar empat
suku.
8) Balik kepada Dato Dol Said. Beliau adalah Penghulu Naning (Dato Naning) yang ke-9
mengantikan Dato Anjak sejak tahun 1799. Pada Ketika itu, Dato Dol Said baru berumur 26
tahun.
9) Untuk memahami kenapa berlaku Perang Naning, kita kena balik kepada kronologi pentadbiran
Naning termasuk Melaka dengan Penjajah.
10) Kuasa asing pertama yang menjajah Tanah Melayu adalah Portugis. Kesan kejatuhan Kerajaaan
Melayu Melaka pada tahun 1511.
11) Selepas itu, kuasa asing yang menjajah Tanah Melayu adalah Belanda. Belanda telah memenangi
Melaka pada tahun 1641 hasil gabungan dengan kerajaan Johor.
12) Pada tahun 1643, Belanda yang berpusat di Melaka telah menyerang Naning. Naning kalah dan
kesannya, Naning perlu membayar 1/10 hasil tahunan kepada Belanda
13) Anggaran menyatakan bahawa, pada ketika itu, hasil tahunan Naning adalah bersamaan dengan
4000 gantang beras. Maka Naning perlu membayar kepada Belanda sebanyak 400 gantang beras
setahun.
14) Pada tahun 1795, satu perjanjian Inggeri Belanda yang juga dkenali sebagai Surat-Surat Kew
(1795) telah ditandatangani. Isi perjanjian in adalah menyatakan bahawa dibenarkan Inggeris
mengambil alih tanah-tanah jajahan Belanda untuk menghalang ia dirampas oleh Perancis. Ini
kerana pada waktu berlaku Revolusi Perancis dan Perang Napoleon.
15) Hal ini secara langsung telah melibatkan Naning yang pada ketika itu di bawah pentadbiran
Belanda. Pada awalnya, Britih (Inggeris) tidak mengambil kisah tentang Naning disebabkan ia
berada di kawasan pedalaman.
16) Selepas 6 tahun bertapak di Melaka, pada tahun 1801, British telah menandatangani dan
mengiktiraf Dol Said sebagai Penghulu Naning. Dol Said diberi Cap Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI)
17) Isi perjanjian adalah seperti Dol Said diiktiraf sebagai penghulu Naning dibantu oleh pembesar
empat suku, Naning perlu menyerahkan hasil 1/10 kepada British seperti yang diamalkan
semasa zaman Belanda.
18) British juga boleh melantik penghulu jika jawatan tersebut kosong.
19) Pada tahun 1807, British melaksanakan dasar baharu iaitu hukuman jenayah hendaklah
diselesaikan di kota Melaka. Sedangkan pada zaman Belanda, penghulu mempunyai kuasa
terhadap undang-undang di Naning.
20) Pemulangan semula Melaka kepada Belanda pada tahun 1818 menyebabkan Naning juga turut
terlibat. Tetapi pada ini, Belanda bersetuju untuk membebaskan Naning. Tetapi pada tahun
1824, British dan Belanda telah membuat satu perjanjian iaitu Perjanjian British-Belanda 1824.
21) Ia perjanjian suka sama suka. Iaitu kawasan Bangkahulu yang asalnya dijajah oleh British diberi
kepada Belanda dan kawasan Melaka yang dijajah oleh pihak Belanda diberi kepada British. Ia
sebagai pembahagian kawasan jajahan tanpa pertindihan sempadan.
22) Disebabkan perjanjian ini, British mendakwa Naning turut menjadi jajahan British, dan perjanjian
1801 dahulu tetap berjalan. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dari pihak Naning
23) Negeri-negeri selat (NNS) yang melibatkan Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ia dibentuk
pada tahun 1826 dengan pemindahan pusat pentadbiran dari Melaka ke Pulau Pinang.
24) Dan pada waktu ini, British memerintahkan agar Naning diselaraskan dengan pentadbiran
negeri-negeri selat (NNS).
25) Pada tahun 1827, British membuat laporan bahawa pentadbiran Naning lemah dan para
pembesar Naning adalah zalim.
26) Turut dilaporkan bahawa Naning wajib untuk membayar 1/10 daripada hasil tahunannya dengan
anggaran 4,500 dollar kepada British.
27) British juga mencadangkan agar diberi pencen kepada para pembesar Naning.
28) Pada 1827 juga, Dol Said telah melakukan hukuman kes jenayah di Naning. Beliau telah
menjatuhkan hukuman Salang (sebuah hukuman yang menikam keris ke bahu pesalah lalu
tikaman dibuat menyerong hingga menikam ke jantung, hati dan perut)
29) Ini kerana pesalah dipercayai pengintip yang membocokrna maklumat tentera dan pentadabiran
Naning kepada British.
30) Kesan dari peristiwa ini, British megeluarkan arahan bahawa Dol Said telah melanggar perjanjian
1801 dan melanggar piagam negeri-negeri selat (NNS).
31) British telah mengarah satu kumpulan berpedang untuk menangkap Dol Said tetapi gagal dan
dikalahkan oleh Dol Said
32) Maka British melancarkan perang terhadap Naning. Perang Naning 1 berlaku pada tahun 1831.
Perang ini berlangsung selama 18 hari. Bermula 6 Ogos 1831-28 Ogos 1831.
33) Angkatan British pada waktu ini adalah seramai 150 askar berkuda (cavalry), 1200 askar jalan
kaki (infantry) dan 60 meriam.
34) Infantry British ini adalah anggota Madras Native Infantry. Mereka ini adalah askar-askar yang
berpengalaman dalam kempenn Perang Anglo-Burma (1824-1826).
35) Kekuatan dari pihak Dol Said pula dibantu oleh angkatan para pembesar dari luak-luak sekeliling
Naning seperti Rembau, Sungai ujong, Seri Mennati, Gemenceh dan Linggi.
36) Strategi perang Dol Said adalah perang Gerila. Perang gerila adalah satu bentuk peperangan
yang tidak teratur di mana sekumpulan pejuang kecil, seperti anggota tentera, orang awam
bersenjata, atau orang yang tidak bertanggungjawab, menggunakan taktik ketenteraan
termasuk penyergapan, sabotaj, serbuan, peperangan kecil, taktik hit-and-run, dan mobiliti,
untuk memerangi tentera tradisional yang lebih besar dan kurang bergerak.
37) Angkatan Dol Said menggunakan serangan hendap, melarikan diri apabila serangan dilancarkan,
laluan yang dilalui oleh tentera British juga dihalang dengan pokok-pokok yang sengaja
ditumbangkan. Maka pihak British terpaksa mebersihkan jalan tersebut terlebih dahulu sebelum
pasukan dan kereta lembu yang membawa Meriam boleh menerukan perjalanan.
38) British memilih sungai Petai sebagai tapak pangkalan kerana kedudukannya yang strategik
berhampiran dengan Naning dan mudah untuk mendapatakn perhubungan dan kawalan.
39) Perang Naning 1 ini berpihak kepada Dol Said dan sekutunya. Pihak British telah menanggung
kekalahan dan kemaluan yang besar. Perkara ini menjadikan British yang merupakan sebuah
kuasa besar, yang pada ketika itu berjaya menguasai kerajaan India kalah dengan sebuah
gabungan luak-luak di Negeri Sembilan.
40) Faktor kejayaan Dol Said adalah seperti kemahiran bertempur di dalam hutan. Pasukan Naning
memiliki kemahiran pertempuran di dalam hutan tebal, mengatasi musuh mereka dengan
keupayaan menyusup dan menyembunyikan diri di dalam hutan tebal atau menembak tepat
dari kubu atau benteng tersembunyi di dalam hutan, bertempur secara gerila.
41) Selain itu juga, pihak British kurang persediaan dengan bentuk mukabumi dan logistik, keadaan
cuaca medan pertempuran dan hutan di Tanah Melayu juga membuatkan senjata api dan
meriam Tentera British mudah rosak.
42) Senjata piawai Madras Native Infantry adalah dari varian 'Brown Bess', senjata piawai yang
digunakan oleh segenap tentera British dalam kempen perluasan empayar mereka di seluruh
dunia, terutamanya sekitar 1830-an. Namun fizikal senjata api ini tidak sesuai digunakan di
dalam hutan di Tanah Melayu, terutamanya untuk menghadapi pasukan Melayu pimpinan Dol
Said.
43) Brown Bess adalah senjata jenis flintlock, memerlukan masa untuk menuang serbuk letupan dan
isian semula. Ini tambah merumitkan keadaan tambahan dengan larasnya yang panjang
menjadikan ia agak sukar dikendalikan di dalam hutan tebal.
44) Pada tahun 1832, perang Naning 2 berlaku. Dan bagi peperangan kali ini, British menang.
45) Faktor kemenangan British ini adalah dari segi persediaan tentera yang lebih ramai. Dikatakan
bahawa bagi perang Naning 2 ini, seramai 1400 infantri yang dikerah oleh British.
46) Strategi peperanga sperti pecah perintah iaitu, British telah meminta Sayid Syaaban, Menantu
kepada Yamtuan Ali, Penghulu Rembau untuk membantu mereka dalam perang ini.
47) Kesan kekalahan ini, 7 orang pengikut Dol Said ditangkap dan dibicarakan di India
48) British telah menghadiahkan sebanyak 500 Dolar dan sepucuk pistol kepada Sayid Syaaban.
Sayid Syaaban juga menjadi Yamtuan Muda Rembau.
49) Dol Said berjaya melarikan diri dan tawaran penangkapan beliau dinaikkan dari 1000 dolar
kepada 2000 dolar.
50) Pada tahun 1833, Dol Said menyerah diri. British menyediakan sebuah rumah kepada beliau di
Melaka dan diberi pencen seayk 100 rupi setiap bulan.
51) Kesan kekalahan ini juga, Naning dimasukkan dalam wilayah Melaka dan tertakluk kepada
peraturan Negeri-Negeri Selat.
52) Dol Said meninggal dunia pada tahun 1849 dan disemadikan di Taboh, Naning.