Anda di halaman 1dari 7

Membina Negara bangsa

- Salah satu contoh kearah membina Negara bangsa ialah konsep 1Malaysia yang telah diterapkan
dalam aktiviti pendidikan untuk memantapkan lagi perpaduan dikalangan murid. Selain itu,
penyertaan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum juga dapat mewujudkan
perpaduan dan semangat kekitaan diantara mereka. Contoh-contoh tersebut merupakan usaha-
usaha kearah membina Negara bangsa yang mana ia merupakan satu konsep dimana semua
masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara diatas satu entiti negara yang sama. Yakni
sebuah negara yang mempunyai kedaulatan dimana semua rakyatnya disatukan oleh ikatan-ikatan
seperti bahasa, budaya,nilai-nilai dan lain-lain yang membentuk bangsanya. Pembinaan negara
bangsa bertujuan untuk melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan terhadap sesuatu
pertubuhan (bangsa) itu.

Membangunkan Modal Insan

- Contoh membangunkan modal insan melalui pendidikan ialah penyediaan profil murid bermula
dari Tahun Satu lagi bagi membolehkan sekolah mengenalpasti tahap penguasaan seterusnya
memberi pembelajaran yang sesuai dengan tahapnya. Sekolah juga harus memberi penekanan
kepada pembangunan nilai,etika dan jati diri, daya kreativiti serta kepimpinan dan keusahawanan
kerana modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan nilai,etika
dan minda yang progresif serta kesedaran budaya yang tinggi. Ia juga memupuk “minda kelas
pertama” disamping penekanan kearah memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan
moral yang kuat.

Akses pendidikan

Anda dapat melaksanakan PPPM 2013-2025 dengan jayanya.

- Guru perlu memiliki satu wawasan yang jitu untuk mentransformasikan pelbagai aspek
pendidikan, berfikiran aras tinggi dan mampu berinovasi supaya mampu meningkatkan
keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid. Oleh itu, guru memikul amanah yang mencabar
untuk menjadikan anak murid mampu bersaing di peringkat global. Ia seiring dengan hasrat
PPPM untuk meningkatkan status pendidikan Negara di mata dunia supaya selaras dan sejajar
dengan perkembangan yang berlaku di Negara lain seterusnya dapat menjadi penanda aras di
peringkat antarabangsa. Sebagai guru, kita perlu memastikan diri kita dilengkapi dengan
kemahiran pedagogi yang bersifat holistic, mampu menggunakan model pembelajaran pelbagai
mod yang memanfaatkan teknologi supaya dapat mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi serta
mengukuhkan pembelajaran murid.
1- Cadangan untuk mencapai matlamat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

Melalui pembudayaan di sekolah yang merangkumi lima elemen yang terdapat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu rohani, intelektual, emosi, jasmani dan sosial. Elemen
rohani dengan menerapkan kepentingan agama tanpa menentang agama lain seperti mewujudkan
budaya sekolah yang mengamalkan bacaan Al-Quran setiap pagi dan solat fardhu berjemaah.
Guru juga perlu memastikan semua murid menutup aurat agar murid sedar akan tanggungjawab
dalam memelihara agama dan kehormatan diri. Elemen fizikal pula dengan menyediakan
kemudahan sekolah yang selesa dan ceria yang dapat menarik minta murid dalam menuntut ilmu
serta sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Pembudayaan ilmu dikalangan
murid dan guru pula melibatkan elemen intelektual dimana sekolah boleh menganjurkan aktiviti-
aktiviti yang boleh menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid. Melalui pembacaan,
minda murid akan lebih berkembang dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Dalam elemen
sosial, murid mestilah diberi pendedahan akan kepentigan bersosial dengan cara yang betul
sesama murid, guru, ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

Aktiviti ko-kurikulum di sekolah juga dapat membantu dalam mencapat matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dimana melalui gerak kerja ko-kurikulum, sifat-sifat kepimpinan,
kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan murid dapat dipupuk. Ia perlu
dirancang dengan teliti agar dapat melahirkan murid yang seimbang perkembangan mental sosial,
jasmani dan rohani. Ia dapat mencungkil bakat murid, menambah kemahiran dan meningkatkan
keyakinan diri setiap murid.kesannya murid-murir juga akan lebih berminat untuk belajar dan
hadir ke sekolah.

Selain itu, kepimpinan dan pengurusan sekolah dalam mengurus dan mengendalikan secara
proaktif juga amat penting dalam mencapat matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kepimpinan di sekolah haruslah sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan seiring dengan
perubahan arus masa yang semakin mencabar kredibiliti guru. Ia tidak menumpukan aspek
akademik sahaja, malahan tumpuan yang diberikan adalah secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Setiap warga sekolah mestilah memainkan
peranan masing-masing termasuklah jawantankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Aspek
disiplin juga perlu ada agar proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih lancar,
mudah dan menarik seandainya tidak ada masalah disiplin di sekolah. Ini kerana, masalah disiplin
akan menjejaskan tumpuan murid kepada pelajaran. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam
mengawal disiplin murid kerana ia bukan tugas guru dan sekolah semata-mata.
2- Cadangan terbaik yang boleh memartabatkan profesion keguruan di Malaysia.

Kerjaya guru begitu istimewa kepada negara dan masyarakat. Ini adalah kerana guru
merupakan orang yang berada di barisan hadapan pembangunan negara. Peranan dan
tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap
individu. Oleh itu, proses pemilihan bakal-bakal guru perlu mempunyai ciri-ciri keguruan,
bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bertanggungjawab memikul amanah dalam mendidik
anak bangsa serta bangga dengan profesion sebagai seorang guru ini kerana dengan ciri-ciri
tersebut mereka akan merasakan profesion keguruan ini satu tugas yang besar dan mereka harus
melaksanakannya dengan sepenuh hati. Untuk memastikan calon yang dipilih benar-benar layak,
syarat-syarat pengambilan perlu diperketatkan lagi oleh KPM agar guru yang dihasilkan nanti
benar-benar bagus dan berkualiti.

Selain itu, menambah baik penjawatan dan kerjaya guru serta peluasan kenaikan pangkat juga
adalah usaha untuk mengembangkan lagi kerjaya keguruan dimana guru-guru mampu untuk
melonjakkan kecemerlangan diri dengan peluang peluasan kerjaya. Menggalakkan guru-guru
melanjutkan pelajaran agar memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk mencontohi guru
mereka. Ini menjadikan guru sebagai idola dalam mengejar ilmu pengetahuan dan secara tidak
lansung akan dapat mengangkat martabat guru pada pandangan masyarakat. Ini akan memupuk
rasa dalam diri setiap guru bahawa profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan
disegani ramai. Mereka merasa bahawa bidang pendidikan merupakan salah satu pelaburan
terpenting sebuah negara dan guru adalah pemangkin utama yang menjadi tonggak dalam
memastikan segala hasrat kerajaan tercapai.

Cadangan agar guru diberi kuasa dan kebebasan dalam membuat keputusan untuk melakukan
yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa yang berlaku di bilik darjah juga boleh dijadikan
sebagai satu pengiktirafan akan kemampuan guru sebagai pendidik yang berwibawa. Penurunan
kuasa ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan tanggungjawab dan komitmen tinggi dalam
kalangan guru. Langkah ini akan memberi keselesaan kepada guru untuk bertindak di bilik darjah
tanpa sebarang tekanan dan ini akan membuatkan guru tersebut rasa bersemangat dan
bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang guru.
Memberi latihan yang sesuai dan mempelbagaikan lagi kemahiran juga perlu kerana guru juga
perlu kaya dengan ilmu dan sentiasa mengemaskini pengetahuan seiring dengan perubahan masa.
Guru yang menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisma keguruan,
menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.
3- Tanggungjawab guru terhadap murid untuk melahirkan rakyat cemerlang.

Guru memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga
masyarakat serta hubungannya dengan tuhan. Sebagai seorang pendidik yang
bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan
kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak agar dapat melahirkan
rakyat yang cemerlang. Guru menjadi orang pertama yang menyalurkan ilmu pengetahuan
kepada pelajar di sekolah. Oleh itu, guru perlu memastikan mereka berupaya untuk mendidik
anak bangsa dengan ilmu yang diperlukan mengikut tahap umur dan setiap guru hendaklah
berusaha untuk mencuba serta meneroka teknik pembelajaran yang sesuai dengan pelajar
mereka bagi memastikan setiap pelajar dapat memahami ilmu yang diberikan. Guru juga
hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan
dan menghadiri kurusus atau seminar supaya proses pengajaran dan pembelajaran mencapai
mutu yang setinggi-tingginya seterusnya dapat melahirkan rakyat yang berilmu dan
berpengetahuan.

Selain berperanan dalam memberi ilmu pengetahuan, guru juga berperanan untuk
memberikan kasih sayang kepada pelajar mereka. Seperti yang kita maklum bahawa
kebanyakan pelajar sering mengalami masalah disebabkan oleh diri mereka yang kekurangan
kasih sayang terutama daripada ibu bapa mereka yang sibuk bekerja hingga adakalanya
mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa. Guru yang bijak haruslah
memeberikan kasih sayang kepada pelajar mereka agar golongan muda ini berasa diri mereka
dihargai dan tidak terbabit dalam gejala negatif. Guru juga perlu membina kekuatan dalaman
iaitu menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dimana kerohanian yang suci akan
membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Mereka juga perlu
bersikap tegas tetapi mesra terhadap para pelajar dimana pelajar bebas untuk berkomunikasi
dengan guru tetapi masih ada had dan batasannya.

Pelajar sering melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang baik dan positif. Guru
yang dilihat sebagai baik, berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran akan dijadikan
idola oleh seseorang pelajar itu. Pada mata pelajar, guru seperti ini berupaya untuk
memberikan mereka semangat untuk berjaya dalam hidup lalu menjadi seorang insan yang
berguna sama seperti guru mereka itu. Oleh itu, guru perlu mempunyai kualiti peribadi yang
tinggi dimana guru mempamerkan peribadi yang mulia, mempunyai kemahiran berhubung
atau berkomunikasi, dapat menangani masalah secara rasional serta dapat menyesuaikan diri
dalam apa juga situasi yang mereka hadapi.
Tajuk: Sebagai guru, bagaimanakah cara yang terbaik untuk anda melaksanakan tanggungjawab
bagi memastikan organisasi dan pentadbiran sekolah sentiasa cemerlang?

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada pihak pentadbir sekolah sahaja
seperti guru besar, pengetua, guru penolong kanan dan sewaktu dengannya. Guru juga perlu
memainkan peranan dan tanggungjawab dalam membantu hal-hal pentadbiran sekolah bagi
memastikan pentadbiran sekolah sentiasa cemerlang. Antara perkara yang perlu dilaksanakan agar
hasrat ini tercapai ialah :

- Guru yang cekap


Guru perlu mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan sempurna dan cepat. Kecekapan ini
timbul apabila guru itu melalui pengalaman atau pemahaman yang tinggi dalam sesuatu tugas
yang diberi. Seorang guru yang cekap itu mampu membantu pihak pentadbir dalam
melaksanakan sesuatu tugas dengan lebih cepat bagi memastikan pengurusan sekolah dapat
berjalan dengan lebih lancar dan efisen. Sebagai seorang guru yang cekap mereka mampu
memanfaatkan segala maklumat yang ada untuk memastikan segala tugas yang diberikan dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberi manfaat kepada semua pihak samaada pihak
pentadbir, para guru atau murid-murid.

- Tumpukan proses pengajaran dan pembelajaran


Tanggungjawab guru adalah untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan baik
kerana kecemerlangan sesebuah sekolah itu bergantung kepada keberkesanan pengajaran guru
di dalam bilik darjah. Guru perlu memberi tumpuan kepada pembelajaran murid serta prihatin
terhadap pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Selain itu, guru juga perlu mempunyai
pengetahuan mendalam dalam kurikulum serta menguasai kemahiran-kemahiran asas agar
dapat melahirkan murid yang cemerlang dan berpengetahuan luas. Apabila guru dapat
memastikan proses pembelajarn berjalan dengan baik, ia akan membantu pihak pentadbir
sekolah untuk memastikan hasrat sekolah dalam melahirkan murid yang cemerlang dapat
direalisasikan seterusnya dapat mewujudkan sekolah yang cemerlang

- Menyumbang dan berkongsi idea


untuk mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang ia bukan hanya bergantung kepada pihak
pentadbiran sekolah sahaja. Guru juga perlu memainkan peranan dengan cara memberi
pendapat dalam setiap proses untuk membuat sesuatu keputusan agar keputusan yang diambil
nanti memberi manfaat dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Guru juga boleh memberi
dan berkongsi idea-idea mereka kepada pihak pentadbir untuk membuat penambahbaikan
samaada dari aspek pengurusan atau aspek pengajaran dan pembelajaran guru. Melalui idea-
idea baru yang kreatif ini juga guru boleh melakukan sesuatu inovasi samaada dari segi aspek
pengurusan sekolah, bahan bantu mengajar yang baru atau kaedah pembelajaran yang baru
sebagai salah satu cara untuk mewujudkan sekolah yang cemerlang.
Jika anda seorang guru cemerlang, Bagaimanakah anda boleh memainkan peranan
penting dalam menangani mana-mana satu isu pendidikan di sekolah anda

Terdapat banyak isu pendidikan yang timbul di sekolah dalam usaha untuk mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sebagai seorang guru cemerlang menjadi tanggunggjawab kita
memainkan peranan dalam menangani isu-isu pendidikan ini agar apa yang dihasratkan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai. Antara isu pendidikan yang terdapat di sekolah ialah
pengintegrasian teknologi dalam pendidikan yang mana ia melibatkan penggunaan computer dalam
pendidikan. Perubahan pendidikan melalui revolusi teknologi maklumat ini sudah tentu memberi
cabaran kepada kreadibiliti kaum guru. peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik
kepada pemudahcara, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid. Oleh itu guru perlu memainkan
peranan bagi menghadapi isu ini dengan cara :

- Mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran


Perkembangan ICT yang pesat telah menyebabkan guru bukan hanya akan didapati di sekolah,
malah murid juga mempunyai lebih ramai “guru” menerusi pembelajaran menggunakan
internet. Oleh itu, di sinilah peranan guru untuk mengadakan kawalan dalaman dan kawalan
luaran. Kawalan dalaman kepada pelajar dilaksanakan melalui penghayatan nilai moral, etika
dan agama dalam setiap perkara yang dilakukan. Manakala kawalan luaran hanya dilaksanakan
semasa pelajar berada di sekolah sahaja iaitu pemantau dari guru ketika pelajar menggunakan
ICT.

- Bersikap proaktif.
Guru perlu bersikap proaktif supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan dengan belajar
sendiri dengan menghadari latihan agar memperolehi kemahiran-kemahiran baru supaya
mereka dapat mengendalikan teknologi maklumat dengan berkesan di sekolah. Penggunaan
komputer yang semakin meluas penggunaannya untuk pengajaran dan pembelajaran
memerlukan guru sentiasa mempersiapkan diri mereka dengan segala ilmu pengetahuan
berkaitan ICT serta dapat menguasai kemahiran ICT dengan baik. Mereka juga perlu peka
dengan setiap perubahan teknologi yang berlaku kerana perubahan teknologi masa kini semakin
pantas berubah , ia memerlukan seseorang guru itu bersikap proaktif dengan setiap perubahan
yang berlaku.

- Guru tidak terlalu bergantung kepada perisian


Kurangnya interaksi antara guru dan pelajar juga sering dikaitkan dengan adanya teknologi
komputer. Oleh itu, guru hendaklah bertindak dengan bijak agar sifat terlalu bergantung kepada
perisian tidak wujud. Guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan penunjukcara yang aktif.
Dengan ini dapat merapatkan lagi hubungan guru dengan murid dan dapat memperbanyakkan
interaksi pelajar supaya proses pembelajaran itu lebih menyeronokkan dengan wujudnya
interaksi dua hala antara guru dan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai