Anda di halaman 1dari 2

RESEPI MAKANAN BARAT

CHICKEN CHOP
Bahan untuk ayam
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk perap


1 sudu besar kicap pekat ½ sudu the serbuk lada hitam
2 sudu besar jus limau ½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh garam

Bahan untuk sos


250 ml stok ayam ½ sudu besar sos Worcestershire
¼ sudu teh garam ½ sudu teh kicap cair beberapa titis kicap pekat
¼ sudu teh serbuk lada putih 1 biji bawang besar, didadu kecil
1/8 sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
¼ sudu teh garam ½ sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tiram

Cara-caranya
1. Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa
jam atau sebaiknya semalaman.
2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
3. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.
4. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
5. Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.
6. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
7. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
8. Masukkan tepung dan goreng sekejap.
9. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire,
kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
10. Reneh kuah ini sehingga ia memekat.
11. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.
12. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
13. NOTA: Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu
menggunakannya pun tidak mengapa.
14. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia
memekat.
15. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.

PIZZA MAGGI
Bahan-Bahan:
1 Bungkus maggi (prncah ape pn xpe, trpulang) Cendawan butang (hiris nipis2)
2 biji telur gred A Sosej (ikut suka) Daun sup (dimayang halus)
Carrot (dimayang halus) Bawang besar (dihiris nipis)

Cara:
1. mula2 celur maggi, pastu ketepikan dulu.
2. then, pukul telur sehingga agak kembang.
3. Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan
bawang besar serta mee maggi yang dah dicelur tadi.
4. Gaul hingga sebati.
5. Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar)
sehingga masak.
6. kalau nk senang, gunakan kuali yang bertangkai)

Anda mungkin juga menyukai