Anda di halaman 1dari 9

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan 1

2.0 Konsep profesionalisme keguruan 1

3.0 Konsep pembelajaran sepanjang hayat 2

4.0 Penghayatan guru terhadap elemen profesionelisme keguruan dan pembelajaran 2

5.0 Sumbangan-sumbangan guru kepada komuniti 3

5.1 Guru Sebagai Pengamal ilmu dan kemahiran 3

5.2 Guru Sebagai Pembimbing 4

5.3 Guru sebagai Agen Sosialisasi 4

5.4 Guru sebagai Pengganti Ibu Bapa 4

5.5 Guru Pembentuk Tingkah Laku 5

6.0 Cabaran-cabaran dalam profesion keguruan berdasarkan isu-isu pendidikan terkini 5

6.1 Cabaran Pekembangan Tekonologi 5

6.2 Cabaran Kemahiran Sosial 5

6.3 Cabaran Guru Pemula 6

6.4 Cabaran Murid Berkeperluan Khas 6

6.5 Cabaran Kompentensi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 7

7.0 Rumusan 7

Rujukan 8

0
1.0 Pengenalan
Guru merupakan nadi penggerak utama dalam sistem pendidikan sesebuah negara
termasuklah di Malaysia. Tambahan lagi, pendidikan di Malaysia memainkan peranan yang
amat luas dalam proses pembangunan negara. Sebagai inisiatif dalam pembentukan negara
maju, profesion perguruan terpaksa menghadapi cabaran yang semakin meningkat dalam
melaksanakan dan menentukan matlamat-matlamat negara dapat dicapai dengan lebih
berkesan seiring dengan kemajuan yang dikecapi pada era globalisasi ini. Ini menjadikan ,
profesion keguruan di Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan
murid yang bermutu serta berdaya saing yang mampu bersaing di peringkat dunia.Berketepatan
dengan apa yang ditekankan di dalam falsafah pendidikan negara, iaitu pengahasilan murid
bertaraf dunia dan mempunyai pemikiran kriktikal abad ke-21.

Oleh yang demikian, profesion keguruan tidak boleh dipandang enteng kerana profesion
ini boleh dikatakan sebagai asas pembentukan sesebuah negara maju disamping merupakan
suatu profesion yang murni, unggul dan dipandang mulia oleh masyarakat.Jadi kita dapat
mengetengahkan bahawa, falsafah yang mencorakkan profesion keguruan ialah memberi
perkhidmatan untuk mendidik, melatih, membimbing, dan membantu individu membangunkan
potensi mereka melalui kualiti pendidikan yang unggul. (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005).
Justeru itu, individu yang telah menceburi profesion perguruan sewajarnya menjalankan
amanah dan tugas yang diberikan secara profesional agar matlamat pendidikan negara dapat
direalisasikan.

2.0 Konsep profesionalisme keguruan


Konsep profesionalisme menurut Hoyle dalam buku Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying
dan Wong Kiet Wah menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang
menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat
kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain berkaitan dengannya. Profesionalisme
juga boleh ditakrifkan sebagai suatu perkerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh seseorang
yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang berkualiti, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organisasinya. Manakala keguruan pula boleh diertikan sebagai perkara yang
berkait dengan guru, iaitu yang berkait dengan peranan tugas dan kelayakan sebagai guru
(Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim, Anisah Hashim, 2017). Jadi apakah yang dimaksudkan
dengan profesionalisme keguruan? Di sini, kita dapat simpulkan bahawa konsep
profesionalisme keguruan itu berkait rapat dengan kemenjadian guru yang hebat dalam

1
pembentukan pelajar yang berkualiti dengan menekankan aspek-aspek permurnian seorang
guru serta peranan yang dibawa oleh guru dalam sistem pendidikan negara.

3.0 Konsep pembelajaran sepanjang hayat


Konsep pembelajaran sepanjang hayat menurut Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim,
Anisah Hashim, 2017) Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah apabila seseorang itu
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berupaya membawa kepada perubahan
sikap dan tingkah laku yang lebih baik, seterusnya meningkatkan potensi dan keupayaan
individu serta amalan nilai professional untuk menyumbang kepada pembangunan diri,
masyarakat dan negara dan konsep pembelajaran sepanjang hayat wajar diterapkan dalam diri
seorang pendidik. Oleh itu, antara insiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan telah
merancang dan menyediakan pelbagai program dan latihan kepada masyarakat setempat
dengan pelbagai aktiviti pembelajaran selari dengan perkembangan teknologi dan perubahan
persekitaran dan pasaran kerja. Hal ini, selaras dengan aspek pembangunan modal insan iaitu
mewujudkan masyarakat yang berdaya saing selain dari meningkatkan taraf ekonomi
masyarakat setempat.

4.0 Penghayatan guru terhadap elemen profesionelisme keguruan dan pembelajaran


Sebahagian petikan daripada Utusan Online yang dikarang oleh Prof. Madya Dr.
Ahmad Esa:-

Peranan guru dalam membina negara bangsa merujuk kepada melahirkan insan yang
mempunyai jati diri beridentiti Malaysia. Identiti Malaysia boleh dirujuk kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang boleh dimengertikan bahawa guru bertanggungjawab
melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Petikan ini jelas menunjukkan guru berperanan dalam membentuk modal insan yang dinamik.
Akan tetapi, sebelum seorang guru dapat melahirkan satu modal insan, pembentukan individu
yang baik ini sememangnya amat berkait rapat dengan keperibadian pendidik sebagai suri
teladan atau ‘role model’ kepada para pelajar. Guru bertanggungjawab dan berperanan
menjadi contoh ikutan kepada anak-anak didiknya dan perkara ini akan berterusan dari
generasi ke generasi yang seterusnya. Justeru itu, profesion perguruan perlu membentuk guru
supaya dapat mengembangkan elemen-elemen yang perlu ada dalam profesionalisme

2
keguruan. Antara elemen yang perlu dihayati dan disemat dalam diri seorang guru ialah
berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran, jati diri dan kenegaraan serta nilai dan etika
seorang guru. Bagaimana dengan penghayatan elemen-elemen ini akan membantu guru dalam
memberikan sumbangan kepada komuniti?

Pertama elemen pengetahuan dan kemahiran, penghayatan kepada elemen ini akan
melatih guru untuk membuat persediaan dari segi ilmu pengetahuan dan mengasah kemahiran
mengajar. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah (2010) Guru
berkesan mempunyai pengetahuan tentang pelajar dan komuniti, iaitu guru mengajar dan
menggunakan pengetahuan ini untuk menyelesaikan masalah pengajaran di dalam bilik darjah.
Kedua, jati diri dan kenegaraan pula dapat dirumuskan sebagai elemen dalam dalam
profesionalisme keguruan yang dapat membentuk guru-guru yang berwibawa dan
berketerampilan dari segi semangat, perjuangan, peranan dan sumbangan mereka kepada
masyarakat dan negara. (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005). Penghayatan terhadap elemen ini
menyebabkan jati diri sebagai seorang pendidik tidak mudah terhakis oleh pengaruh kebendaan
dan sebab-sebab lain yang akan menyebabkan timbulnya kepincangan dalam profesion
keguruan. Ketiga, elemen ketiga pula berkisar tentang nilai dan etika seorang guru. Kod etika
profesion merupakan satu garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap disiplin, kualiti
dan produktiviti seseorang dalam perkhidmatannya (Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim &
Anisah Hashim, 2017). Kewujudan nilai dan etika dalam diri pendidik dapat melahirkan
profesional yang menjalankan kerja mereka dengan beretika serta menjalankan tugas yang
diberikan dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah.

5.0 Sumbangan-sumbangan guru kepada komuniti


5.1 Guru Sebagai Pengamal ilmu dan kemahiran
Apabila bergelar seorang guru, sudah menjadi tanggungjawab untuk sentiasa mencari
ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi keperluan pendidikan dan masa depan generasi
muda negara. Sebagai seorang yang profesional, guru perlu mengambil berat tentang
perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini supaya dapat menyediakan
pengalaman pembelajaran murid secara bermakna dan menggunakan ilmu tersebut untuk
memberikan sumbangan yang berkualiti dan bermakna kepada anak didik, masyarakat dan
negara.(Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010). Contohnya, seorang guru
dapat membuat suatu program motivasi dengan mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran
yang wujud dalam diri seorang pendidik dan memberikan kata-kata inspirasi dan motivasi yang

3
mampu dijadikan sebagai penujah atau ‘booster’ oleh murid untuk mencapai sesebuah
kecemerlangan.

5.2 Guru Sebagai Pembimbing


Selain daripada sumbangan yang merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan
sukatan pelajaran semata-mata, akan tetapi guru turut memberi sumbangan dalam
pembentukan akhlak kesuluruhan seorang murid. Hal ini jelas apabila seorang guru
menjalankan bimbingan dengan kepercayaan bahawa setiap pelajar berupaya berkembang dan
kembali positif, antaranya melalui perlaksanaan program mentor mentee yang mana guru
bertindak dalam membentuk kemenjadian sahsiah pelajar dan minat murid dalam pembelajaran
sekaligus mengekalkan keharmonian dalam sesebuah komuniti. Justeru peranan guru sebagai
pembimbing amat jelas dan dibuktikan apabila seorang guru mengambil tanggunjawab memacu
dan memandu pelajar ke arah kebaikan demi menjamin masa depan yang lebih cerah.

5.3 Guru sebagai Agen Sosialisasi


Untuk membentuk satu hubungan sosial yang utuh dalam masyarakat, seorang guru
harus mempunyai sifat penyayang dan mampu menghormati perbezaan individu samada dari
segi pangkat mahupun harta serta pandai menyesuaikan diri dan bergaul dalam sebuah
masyarakat. Apabila guru memainkan peranan sebagai agen sosialisasi, guru harus terlibat
dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh komuniti setempat seperti karnival
keluarga, ekspedesi mendaki bukit, aktiviti-aktiviti kebudayaan, gotong royong,kelas bimbingan
dan seumpamanya. Selain itu, guru mungkin diundang untuk menjadi jurulatih, pengadil,
penceramah, pemerhati ataupun tetamu khas dalam majlis tertentu dalam komuniti setempat.
(Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010). Aktiviti kemasyarakatan sebegini
akan merapatkan jurang antara guru dan ibu bapa sekaligus menjadi penghubung antara
institusi sekolah dengan masyarakat am.

5.4 Guru sebagai Pengganti Ibu Bapa


Pembawakan watak guru sebagai pengganti ibu bapa dapat kita lihat dengan jelas lebih-
lebih lagi sewaktu di sekolah rendah. Ini penting memandangkan setiap pelajar datang dari
pelbagai latar belakang keluarga yang berbeza. Bukan semua murid datang dari keluarga yang
harmoni dan sejahtera. Ada diantara mereka mempunyai kepincangan atau permasalahan
dalam keluarga sehingga murid terbawa-bawa masalah ini ke sekolah. Mereka menjadi tidak
bersemangat, murung dan tidak berminat untuk belajar.Oleh sebab itu, menjadi tugas guru
untuk memahami perbezaan ini, seorang guru seharusnya peka dengan isu yang berlaku

4
kepada anak-anak didik mereka. Kerana murid yang bermasalah selalunya dahagakan kasih
sayang dan gurulah yang memainkan peranan untuk mencurahkan kasih sayang mereka
kepada murid-murid. Keperihatinan dan kepekaan guru terhadap isu-isu ini akan membantu
kanak-kanak menghadapi persekolahan dengan lebih yakin dan seterunsya akan membantu
anak-anak didik untuk mengubah nasib diri dan keluarga menggapai masa depan cerah dan
membentuk komuniti yang sejahtera.

5.5 Guru Pembentuk Tingkah Laku


Penglibatan guru dengan anak murid terutama sewaktu P&P merupakan satu medium
bagi seorang guru menyalurkan mesej tentang amalan nilai-nilai, kepercayaan, falsafah dan
sikap yang perlu diterap dalam diri para pelajar. Kita boleh lihat bahawa peranan guru sebagai
pembentuk tingkah laku yang amat berpengaruh sepanjang tempoh pelajar berada di alam
persekolahan.Dari aspek ini, seorang orang guru bukan hanya membentuk tingkah laku pelajar
dengan lisan sahaja malah turut menujukkannya melalui perilaku guru itu sendiri iaitu guru
bertindak turut mencerminkan apa yang dikata melalui tindakan yang dilakukannya. Hal ini, jika
guru mempamerkan perasaan bosan, malas dan tidak bersemangat maka pelajar juga akan
meniru perlakuan yang diperhatikannya. Tingkah laku yang perlu dibentuk oleh guru
seharusnya menyokong matlamat dan tujuan pendidikan dan memberi fokus kepada pemikiran,
perasaan, keperluan psikologikal dan emosi seseorang individu. Melalui sumbangan guru
pembentuk tingkah laku membantu pelajar yang bermasalah dan membantu mereka dengan
cara yang paling efektif. Justeru itu, murid yang Berjaya dibantu dan dipulihkan akan memberi
impak yang positif terhadap orang di sekeliling mereka samada di sekolah mahupun di rumah.

6.0 Cabaran-cabaran dalam profesion keguruan berdasarkan isu-isu pendidikan terkini


6.1 Cabaran Pekembangan Tekonologi
Seiring dengan kemajuan teknologi kini, sistem pendidikan di turut serta mengikut
perkembangan zaman dengan mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
dalam pembelajaran. Akan tetapi, kebanyakkan guru kekurangan pengetahuan dan kemahiran
menggunakan komputer dalam pengajaran. menurut kajian Wan Mohamad dalam Shamsiah
Md Nasir, Mahani Ibrahim & Anisah Hashim, (2017) menujukkan hampir tiga perempat iaitu
78.2 peratus guru mengakui bahawa mereka masih belum cekap atau tidak tahu untuk
melaksanakan pengajaran menggunakan TMK. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini
adalah dengan mewujudkan kursus itensif bagi memastikan guru-guru sentiasa bersedia
mengikut perkembangan tekonologi.

5
6.2 Cabaran Kemahiran Sosial
Masalah sosial semakin hari semakin meruncing di sekolah. Penyelesaian dan tindakan
yang dilakukan oleh pihak sekolah kurang memberi kesan. Antara faktor kurang keberkesanan
ini ialah kerana kecekapan guru bimbingan dan kaunseling yang kurang di sekolah. Memang
tidak dinafikan ada sebahagian yang mampu menjalankan amanah sebagai guru kaunseling
dengan baik, akan tetap masih terdapat sebilangan guru yang menghadapi masalah sewaktu
menjalakan tugasnya. Ketidakcekapan ini mengakibatkan mereka mungkin menghadapi
kesukaran untuk mengekalkan hubungan teraputik antara rakan sejawat dan murid. Untuk
mengatasi masalah ini, guru yang berpengalaman mestilah memberi tunjuk ajar kepada guru
pemula bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, penyelasaian masalah dan kemahiran untuk
berhubung mengambil masa dan memerlukan pengalaman jangka masa yang penjang sebelum
benar-benar berkemahiran untuk mengendalikan isu-isu yang timbul di sekolah

6.3 Cabaran Guru Pemula


Guru yang baru dihantar ke sekolah ini mempunyai pengalaman dan kemahiran yang
belum mencukupi dalam pengajaran dan ada sebahagian daripada mereka yang kekok sewaktu
berhadapan dengan para pelajar. Abu Bakar (1994) pula mendapati bahawa guru permulaan
lemah dalam hal pengurusan kokurikulum dan sukan. Sementara di dalam kelas, mereka
kurang yakin mengawal disiplin kelas dan tidak dapat mengamalkan teori pedagogi yang
dipelajari. Kelemahan yang wujud ini turut menjejaskan pandangan masyarakat awam
terhadap profesionalisme keguruan. Oleh itu, guru-guru yang berpengalaman seharusnya
membantu dan menyokong mereka untuk meningkatkan tahap prestasi mereka sewaktu P&P
dan bukannya menambah beban dan tekanan ke atas mereka.

6.4 Cabaran Murid Berkeperluan Khas


Subjek Pendidikan Khas merupakan subjek yang penting dalam pendidikan di Malaysia,
Melalui subjek ini, murid- murid berkeperluan khas turut memperolehi pendidikan agar mereka
tidak terabai dan ketinggalan sebagai sebahagian daripada masyarakat majmuk. Akan tetapi,
kebanyakkan daripada guru yang mengajarkan Pendidikan Khas tidak mempunyai kemahiran
dan pengetahuan tentang stratergi pengajaran untuk murid berkeperluan khas. Ini bermakna
guru yang ditugaskan untuk mengajarkan subjek Pendidikan Khas sebahagian besarnya bukan
daripada opsyen Pendidikan Khas. Tanpa kemahiran dan kekurangan ilmu untuk
mengendalaikan murid-murid istimewa ini menyebabkan mereka akan ketinggalan dalam
pelajaran. Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini dengan membuka peluang yang lebih

6
luas dalam opsyen pendidikan khas agar dapat melahirkan graduan-graduan berkemahiran
yang mampu menampung jumlah murid-murid bekeperluan khas.

6.5 Cabaran Kompentensi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Akhir sekali, kajian menunjukkan ramai kalangan guru yang kurang mahir dan kreatif
dalam mengunakkan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi pengajaran
(Yahya & Norhusna, 2010). Hal ini menjadi cabaran untuk menyampaikan ilmu secara efektif
kepada pelajar. Pelajar berkemungkinan menjadi cepat bosan dan penerimaan ilmu sewaktu
proses P&P semakin kurang. Sebagai langkah mengatasi masalah ini, guru seharusnya
mengambil inisiatif dengan mempelbagai pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran yang bersesuaian dengan murid, Contohnya, mewujudkan kelas yang kondusif dan
menarik bagi memupuk minat belajar dalam diri pelajar.

7.0 Rumusan
Guru yang berkualiti mampu mendokong dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan
negara. Guru memikul tanggungjawab yang begitu berat untuk membentuk generasi modal
insan yang mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh itu kita seharusnya menghargai
dan menghormati guru yang telah banyak berjasa demi memastikan masa depan kita
bertambah baik. Bersesuaian dengan ungkapan “Guru Ibarat Lilin, Membakar diri Menerangi
Yang Lain” amat sesuai ditujukan kepada insan yang bergelar guru kerana pengorbanan dan
jasa yang telah dicurahkan oleh mereka kepada komuniti di Malaysia.

7
Rujukan

Abd. Rahim Abd Rashid. (2005), Profesionalisme Keguruan: Prospek Dan Cabaran. Kuala
Lumpur. Dawama Sdn. Bhd.

Abu Bakar Nordin. (1994). Cabaran pendidikan guru: Falsafah dan strategi dalam pembentukan
guru yang unggul. Dalam Rashidi Azizan dan Abdullah Mohd. Noor (eds). Pendidikan
guru: Cabaran, falsafah dan strategi dalam pembentukan guruyang unggul. Malaysia:
Masa Enterprise.

Ahmad Esa. (2016, 17 Mei). Guru Pembina Negara Bangsa. Utusan Online diakses pada 1
Februari, 2019, daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/guru-pembina-
negara-bangsa-1.326974

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, Muhammad Khushairi Jusoh. (2012), Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2009), Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah. (2010), Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim, Anisah Hashim. (2017), Pengantar Pengajian Profesional.
Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yahya & Norhusna. (2010), Aplikasi Pemikiran Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran Guru-Guru
Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik. Johor. Universiti
Tekonologi Malaysia