Anda di halaman 1dari 5

NAMA CALON: TERESA LENJAI ANAK MARTTIN

NO. KAD PENGENALAN: 980824-13-5714


KOD UNIT KOPETENSI: CU8
NAMA UNIT KOMPETENSI: RESIDENTS END OF LIFE HANDLING

SOALAN 1
Kematian adalah satu peringatan kepada kita bahawa kehidupan setiap manusia aka nada
akhirnya nya. Kenyataannya, kematian tidak dapat dielakkan oleh setiap kita , biar seberapa
kaya atau berkuasanya seseoang itu. Walaupun kita menyedari hakikat ini, namun isu ini
tidak selalu dibincangkan. Oleh itu, ramai yang berasa kurang selasa apabila berhadapan
dengan kematian sama ada yang bersangkutan dengan diri sendiri atau mereka yang
disayangi.
Sebagai seorang penjaga warga emas, bagaimana anda boleh membantu seseorang warga
emas yang sedang berhadapan dengan kematian dan berdepan dengan pilihan yang kritikal?
Sila kemukakan cadangan yang holistic dan merangkumi pelbagai aspek seperti dari segi
persekitaran, keperluan social, penjagaan fizikal harian, psikososial (mental) dan kerohanian.

Zaman sekarang, kita tidak lagi berpeluang meninggalkan dunia ini dirumah
dikelilingi oleh sanak saudara dan sahabat-handai , tetapi di tempat yang terasing, seperti di
hospital. Walaupun,kematian adalah sebahagian daripada kehidupan kita, namun kebnaykan
budaya melihatnya, sebagai suatu perkara yang patut dihindarkan dan menakutkan. Jika tidak
ditangani dengan teliti dan secara langsung ia kan menjadi penyebab kepda ketegangan
kepada semua pihak terlibat. Kematian adalah suatu peringatan kepada kita bahawa
kehidupan setiap manusia aka nada akhirannya,. Kenyataannya, kematian tidak dielakkan
oleh setiap daripada kita, biar seberapa kita atau berkuasanya seseorang ity. Walaupun kita
menyedari hakikat ini, namun isu ini tidak selalu dibincangkan. Oleh itu, ramai yang berasa
kurang selesa apabila berhadapan dengan kematian sama ada yang bersangkutan dengan diri
sendiri atau mereka yang disayangi.
Menurut Plato, ahli falsafah sejati biasanya menghayati kematian dan Nichiren
menasihatkan “pelajari kematian dahulu, barulah pelajari perkara lain .” Hanya apabila kita
memahami kematian , barulah kita data fokuskan pemikiran kita untuk mencari jawapan
kepada persoalan kenapa dan bagaimana kematian itu berlaku kepada manusia.
Dewasa ini setiap warga emas mungkin mempunyai jangkauan ajaldan kematian yang
berbeza. Kemajuan sains perubatan telah membantu memanjangkan hayat manusia dan
melewattkan kematian. Manipulasi hayat secara moden telah menyebabkan batas kehidupan
dan kematian menjadi kabur. Ini menyebabkan jangkaan masa kematian warga emas sukar
dan rumit.
Kumpulan pertama adalah warga emas yang mengalami kegagalan pelbagai sistem
organ badan yang kronik. Mereka berada dalam keadaan sembuh dan bersilih ganti dan
menyebabkan ketidakupayaan jangka panjang. Oleh itu, adalah amat susah untuk menjangka
saat kematian seseorang warga emas dalam kumpulan ini, Contohnya, kegagalan paru-
paruyang berulang akibat “penyakit halalangan salur pernafasan kronik. “– Chronic
Obstructive Airway Disease (COAD)., kegagalan jantung berulang, kegagalan buah piggang
dan kegagalan hati yang kronik.
Kumpulan warga emas lain mempunyai kekurangan keupayaan menjaga diri dan
mempunyai tahap kesihatan yang merosot secara perlahan-lahan ke arah kematian. Ini
selalunya disebabkan oleh penyakit penyusutan otak (peringkat akhir) nyanyuk (damentia) ,
penyakit Parkinson dan penyakit ketidakupayaan akibat strok. Di dalam kedua-dua penyakit
kematianadalah sangat berlainan. Ini amat berbeza dengan warga emas yang berhadapan
dengan kematian akibat kanser dimana jangka masa adalah sukar kematian dapat diramal
dengan lebih mudah (6 bulan ke 1 tahun). Oleh itu, dengan kematian secara perlahan-lahan.
Kesimpulannya, pelbagai budaya, agama dan bangsa di Malaysia menambahkan
kerumitan dalam mengalami isu kematian,dan prosesnya terutamanya proses kematian itu
sendiri. Ramai yang memilih untuk tidak berfikir mengenai perkara kematian daripada
berbincang mengenai secara langsung. Kematian dilihat sebagai musuh yang perlu
ditewaskan. Kesimpulannya, sebagai seorang warga emas kita perlu mengambil berat
terhadap kepentingan perkara asas bagaimana kita dapat memberikan yang terbaik kepada
seseorang yang sedang kritikal dan berhadapan dengan kematian. Memberi penjagaan yang
betul diakhir kehidupan kehidupan merupakan nadi masyarakat yang bertamadun dan ia akan
menjadi keutamaan bersama. Seterusnya, penjagaan yang paling baik kepada yang sedang
menunggu masa untuk kembali pulang memerlukan pengendalian holistik dan realistik ,
sama ada kepada mereka sendiri ataupun keluarga. Penjagaan sempurna di saat-saat akhir
kehidupan adalah mustahak untuk memberikan kualiti hidup yang lebih nyaman dan selesa.
Di samping itu, pengendaliana standard termasuk pengelibatan pelbagai disiplin perubatan
yang menyeluruh untuk mengurangkan simptom , memberi sokongan psikologi dan
kerohanian bertepatan dan keperluan budaya serta kehendak pesakit dan keluarganya. Dalam
masa yang sama penilaian warga emas yang sakit haruslah secara berkala dan konsisten,

SOALAN 2
Kepentingan adat resam didalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak
dapat dinafikan. Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia.
Setiap agama dan bangsa juga mempunyai adat -istiadat, tradisi dan amalan
pengekebumiannya dengan cara-cara yang tersendiri.
(1) Bincangkan amalan serta contoh adat resam yang diwarisi oleh kaum atau kepercayaan
anda semasa menguruskan jenazah?

Adat kematian masyarakat Iban merangkumi pelbagai pantang larang dan tatacara
yang telah ditetapkan. Mereka percaya bahawa jika tidak dilaksanakan seperti yang
sepatutnya maka malapetaka dan nasib malang akan menimpa. Kepntingan adat resam
didalam masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidakdinafikan. Adat dan budaya
yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah
kematian terdapat didalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Setiap agama dan
bangsa juga mempunyai adat istiadat, tradisi dan amalan pengembumiannya.
Bagi masyarakat Iban yang beragama Kristian dalam menguruskan jenazah, mereka
akan didoakan oleh seorang Paderi untuk mendoakan roh si mati. Mayat dibersihkan
dengan air sabun. Rambut diminyakkan dan disikat selepas si mati dikenakan pakaian
yang sebaik baiknya mengikut ajaran Tuhan. Kemudian mayat dibaringkan diatas tikar
rotan dan bemban diruai.
Selepas badan mayat dibawa keluar dari bilik dan diletakkan di tengah tengah ruai.
Setelah mayat dibaringkan dengan baik di ruai keluarga si mati kan mendahului ahli
keluarga lain untuk menangis seketika. Api kecil dinyalakan di pendiang tempuan
berdekatan kaki si mati. Api tersebut tidak boleh dipadamkan sehingga upacara
pengembumian berakhir. Mayat dibiarkan selama dua atau lebih bagi menunggu ketibaan
anak atau saudara si mati.
Mayat tidak boleh dipijak atau dilangkah oleh kucing atau anjing kerana dipercayai
akan menyebabkan roh si mati tidak tenteram dan akan sentiasa memburu orang yang
masih hidup. Dua orang lelaki dipilih untuk menghantar undangan, seorang ke hilir
sungai dan seorang lagi ke hulu sungai.
Akhir sekali, wakil keluarga si mati menyampaikan ucapan, memaklumkan sebab
kematian si mati dan tempoh berkabung selama 2 minggu. Beliau berterima kasih kepada
yang sanggup meolong keluarga si mati melaksanakan upacara tersebt.

(2) Bincangkan pantang larang dan adat kebiasaan kaum atau kepercayaan anda semasa
upacara pengembumian.

Agama Kristian merupakan salah satu agama yang mempunyai ramai penganutnya
di seluruh dunia. Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang tertentu
wujud Kristianiti. Agama Kristian selalunta dipaparkan sebagai tiga aliran utama iaitu
Katolik Roma, Ortodoks dan Protestan.
Semasa si mati baru sahaja meninggal,, loceng besar gereja akan dibunyikan
sebanyakk 12 kali secara perlahan-lahan. Jika si mati meninggal di hospital atau di mana-
mana tempat selain daripada dirumah, loceng akan dibunyikan semasa mayat dibawa masuk
ke dalam rumah. Selepas si mati, dimandikan dan dikenakan pakaian, sembahyang “roh
berpisah dari jasad duniawi” akan dilakukan. Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda
selepas itu kemenyan akan dibakar dan lilin akan dipasang dan diletakkan kedua-duanya di
bahagian kaki keranda.
Sembahyang “perjalanan terakhir” akan dilakukan. Selepas disembahyangkan di
rumah, kain putih disulamkan bentuk salib yang berwarna hitam akan direntangkan diatas
keranda. Keranda akan diangkat secara perlahan-lahan dan diusung keluar.
Loceng besar gereja dan dibunyikan sebanyak 33 kali. Peti keranda tidak boleh mengenai
apa-apa objek keras seperti daun pintu atau frame pintu dengan kaki dihadapankan. Pada
ketika ini, diharuskan untuk memakai pakaian serba gelap atau hitam sebagai tanda
berkabung.
Keranda si mati diusung keluar dari gereja, dengan susunan seperi perarakan dari
rumah si mati, dan dibawa ke kuburnya. Keranda kan dibawa dan diletakkan di atas kayu
tersebut. Sembahyang dilubang kubur akan dilakukan, dan segala perbezaan dunia dan
akhirat akan dibacakan. Selepas pembacaan Injil ke-2 selesai, keranda akan diangkat dengan
tali., kayu perintang tadi dialihkandan perlahan-lahan , keranda akan diturunkan atau
dimasukkan ke dalam lubang kubur.
Di samping itu, semua yang mengikut upacara pengkebumian tersebut diwajibkan
untuk mencuci muka, kaki dan tangan dengan air bunga yang disediakan di luar rumah si
mati. Tempoh berkabung adalah selama 3 hari 3 malam, malam ke-4 adalah malam
mengemas dan diikuti dengan malam peringatan hari ke-40, hari ke-100 dan ulangtahun
pertama kematian.

Kesimpulannya, walaupun agama Kristian mempunyai mazhab tau aliran yang


berlainan tetapi mereka masih menggunakan satu kitab yang sama sebagai rujukan. Maka,
ada sesetegah upacara keagamaan yang sama antara mazhab lain.

Anda mungkin juga menyukai