Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI TANJONG

17000 PASIR MAS, KELANTAN

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2015

PERATURAN PERKHEMAHAN

ARAHAN UMUM

1. Perkhemahan ini merupakan aktiviti yang bersifat latihan secara menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti sepanjang perkhemahan.
2. Arahan yang dikelaurkan oleh Komandan Kem/Timbalan Komandan Kem/Pihak Urustia
adalah menurut ketetapan sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa
perkhemahan.
3. Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja
mendaftar sehingga tamat perkhemahan.
4. Para peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan
dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran atau arahan dari pihak urusetia.
5. Semasa perkhemahan, para peserta hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali
dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Para peserta dilarang mencetuskan
sebarang perselisihan faham. Utamakan kemesraaan bagi mengeratkan lagi silaturrahim
sepanjang perkhemahan.
6. Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat
diutamakan.
7. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh
Komandan Kem.
8. Para peserta tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
9. Para peserta hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau
kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
10. Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa perkhemahan.
11. Peserta hendaklah memaklumkan kepada guru pengiring jika tidak dapat menyertai sesuatu
aktiviti kerana kurang sihat atau sebab lain yang munasabah.
12. Jangan menjalankan sebarang aktiviti yang tidak terdapat dalam jadual kecuali mendapat
kebenaran.
13. Semasa aktiviti dijalankan, sekurang-kurangnya seorang Guru Penasihat/Pengiring mesti ada
bersama-sama dengan para peserta.
14. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan mesti diumumkan dari semasa ke semasa
jika difikirkan perlu dan semua perserta mesti patuh kepada peraturan tersebut.
15. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI
1. Para peserta tidak dibenarkan membawa telefon bimbit sepanjang perkhemahan. Jika masih
ada peserta yang membawa telefon bimbit, pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab atas
sebarang kehilangan atau kerosakan alat kemunikasi sepanjang perkhemahan.
BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA PERKHEMAHAN
1. Urus Setia dan Jurulatih – Tuan / Puan
2. Peserta - Mengikut pangkat masing-masing
PERATURAN PAKAIAN
1. Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut
aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan.
PERATURAN KESELAMATAN
1. Keselamatan menjadi tanggungjawab semua pihak.
2. Berteriak dengan kuat atau meniup wisel untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku
sesuatu kecemasan. Jika berlaku kecemasan siren akan dibunyikan panjang dan berterusan
diikuti dengan arahan/arah pergerakan. Semua peserta hendaklah mematuhi arahan/arahan
pergerakan yang ditetapkan.
3. Para peserta tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
urusetia.
4. Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk atau masak didalam khemah atau ditepi khemah.
5. Para peserta hendaklah menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan
atau memindahkan peralatan ke tempat lain.

AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB

1. Semua jenis senjata termasuk pisau dan parang ( bersarung ) adalag ditegah disimpan di
dalam khemah peserta.
2. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak
bertanggungjawab.
3. Semua bentuk perbuatan sumbang atau mencolok mata adalah ditegah.
4. Peserta lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian
juga sebaliknya tanpa kebenaran.
5. Tindakan keras dan tatatertib akan dikenakan jika terdapat peserta yang ditangkap atau
didapati melanggar amaran di atas sama ada disengajakan ataupun tidak disengajakan.

KETEPATAN MASA / PERGERAKAN PESERTA

1. Para peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.
Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan.
2. Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan / didenda.

PERATURAN KEBERSIHAN
1. Kawasan luar / dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur.
2. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang membuang sampah di merata-rata
tempat.
3. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam khemah.
4. Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan.
5. Sampah hendaklah dibuang ditempat yang disediakan.
6. Para peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.
7. Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun. Kumpulan yang bertugas
hendaklah memastikan tempat solat berada dalam keadaan yang memuaskan dan teratur
sebelum solat bermula.
8. Para peserta mestilah sentiasa memastikan keadaan tandas dan bilik air dalam keadaan
terbaik untuk kegunaan ramai dan bersama.
9. Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
PERATURAN KELUAR MASUK
1. Semua urusan keluar masuk kawasan perkhemahan perlu direkod / dicatatkan dalam buku
log keluar masuk serta dimaklumkan kepada urus setia.
2. Para peserta dinasihatkan agar dapat meminimakan pergerakan keluar masuk dari kawasan
perkhemahan.
3. Para peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti
rasmi.
4. Para peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan perkhemahan.
Semua pergerakan di dalam kem perlu dalam kumpulan minima 2 orang.
5. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam
12.00 tengah malam.