Anda di halaman 1dari 15

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

1    Kakak sedang __________ adunan kuih supaya rata dan nipis.
A mencanai
B menggaul
C mengadun
D menggiling

Huraian

A. Mencanai - bermaksud menggelek (adunan


kuih) supaya rata dan nipis.
B. Menggaul - bermaksud mengaduk,
mencampur.
C. Mengadun - bermaksud mencampur atau
menggabung sesuatu unsur dan
lain-lain dengan unsur yang lain.
D. - bermaksud menghancurkan atau
Menggiling melumatkan (rempah dan lain-
lain) dengan batu giling dan anak
batu giling.
(ID:1132079867010 /KLON/UPSR/2005/1)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

2    Hassan akan mewakili generasi muda yang __________ jiwa Melayu dalam
Konvensyen Melayu Nusantara di Kedah.
A bertunjangkan
B berpusatkan
C bertanggakan
D bertiangkan

Huraian

A. - bermaksud berasaskan, berdasarkan, bersandarkan.


Bertunjangkan
B. Berpusatkan - bermaksud mempunyai pusat di.
C. Bertanggakan - bermaksud menggunakan sesuatu sebagai tangga.
D. Bertiangkan - bermaksud mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sebagai
tiang.

(ID:1521709120746 /KLON/UPSR/2015/13)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

3    Batang besi yang lurus itu terus __________ apabila pekerja kilang itu melayur besi
itu dengan api yang kuat.
A meregang
B melekuk
C melecur
D meleding

Huraian
A. - bermaksud menjadi tegang (tidak kendur).
Meregang
B. Melekuk - bermaksud menjadi lekuk (lembang, jeluk dan lain-lain).
C. Melecur - bermaksud melepuh (seperti kulit kena air panas), mengelupas,
menggelembung dan berair (kulit).
D. Meleding - bermaksud membengkok atau melengkung (papan, pisau, dan lain-
lain).

(ID:1382987524188 /KLON/UPSR/2013/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

4    Asap yang tebal akibat daripada kebakaran hutan itu telah __________ kawasan
sekitar.
A memenuhi
B melingkari
C menyelubungi
D mengaburi

Huraian

A. Memenuhi       - bermaksud mengisi (memuatkan) penuh-penuh.


B. Melingkari   - bermaksud membelit pada, melilit pada.
C. Menyelubungi - bermaksud menyelaputi, melitupi.
D. Mengaburi     - bermaksud menjadikan kabur.

(ID:1199550629501 /KLON/UPSR/2007/2)
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

5    Dalam ucapannya, Kamal __________ kawan-


kawannya untuk bersama-sama menjaga
kebersihan sekolah bagi menjaga nama baik
sekolah.
A mengajak
B menyebut
C mengarahkan
D menyatakan

Huraian

A. Mengajak - bermaksud meminta atau mengundang.


B. Menyebut - bermaksud menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yang
tertentu).
C. - bermaksud menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan.
Mengarahkan
D. Menyatakan - bermaksud menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan.

(ID:1477374740269 /KLON/UPSR/2016/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

6    Encik Ahmad bersama keluarganya sedang __________ di Tanah Tinggi Cameron
selama empat hari.
A bercuti
B berhenti
C berkelah
D berziarah

Huraian
A. Bercuti - bermaksud tidak bekerja beberapa hari (kerana sakit, hendak berehat),
beristirahat.
B. Berhenti - bermaksud tidak bergerak (berjalan, bekerja), tidak meneruskan lagi.
C. Berkelah - bermaksud bersuka-suka dan berjamu beramai-ramai.
D. Berziarah - bermaksud berkunjung ke rumah (tempat dan lain-lain).

(ID:1260180900317 /KLON/UPSR/2009/4)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

7    Anjing itu menyalak apabila melihat orang yang __________ kawasan larangan itu.
A melalui
B melintasi
C mengikuti
D mencerobohi

Huraian

A. Melalui - bermaksud mengikuti (jalan dan


lain-lain), melintasi, lalu di,
menempuhi.
B. Melintasi - bermaksud lalu di, melalui,
mengharungi.
C. Mengikuti - bermaksud turut di belakang
orang, menurut apa yang telah
terjadi atau ada.
D. - bermaksud memasuki kawasan
Mencerobohi orang atau wilayah sesebuah
negeri dan sebagainya tanpa
kebenaran (dengan tujuan
hendak mengganggu,
menyerang, mendudukinya dan
sebagainya).

(ID:1227675177146 /KLON/UPSR/2008/14)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

8    Salwani berjaya __________ piala kejohanan apabila memenangi tempat pertama
acara Lari 100 Meter dalam pesta sukan tahunan sekolahnya semalam.
A menerima
B menjuarai
C mendapati
D menggondol

Huraian

A. Menerima - bermaksud mengambil (mendapat, menadah) sesuatu yang


diberikan, menyambut kedatangan orang.
B. Menjuarai - bermaksud menjadi juara, menjadi johan, memperjuangkan,
menyokong.
C. Mendapati - bermaksud memperoleh, menemui, menjumpai, mengetahui.
D. - bermaksud memenangi, memperoleh, merangkul piala, hadiah atau
Menggondol sijil kerana berjaya dalam sesuatu pertandingan.

(ID:1195325610068 /KLON/UPSR/2007/8)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

9    Ramlah dan Mazni selalu __________ murid baharu di kelas mereka itu.
A membenci
B menghina
C mengejek
D mengumpat

Huraian

A. Membenci - bermaksud tidak menyukai.


B. Menghina - bermaksud memperlakukan seperti orang hina.
C. Mengejek - bermaksud mempersendakan seseorang.
D. Mengumpat - bermaksud mengatai orang di belakangnya.

(ID:1158854607853 /KLON/UPSR/2006/15)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

10    Melihat Aiman berpeluh, ibu __________ tuala kecil ke dahi anaknya yang sedang
menahan kesakitan.
A melicinkan
B mengelapkan
C menampalkan
D membersihkan
Huraian

A. Melicinkan - bermaksud menjadikan licin (dengan membubuh minyak,


mengetam).
B. Mengelapkan - bermaksud menggunakan sesuatu (seperti kain, kertas) untuk
mengelap.
C. Menampalkan - bermaksud melekatkan tampal.
D. Membersihkan - bermaksud membasuh supaya bersih; mencuci (menyapu,
mengemas) supaya bersih.

(ID:1570002024565 /KLON/UPSR/2018/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

11    Jali sedang __________ lembunya makan rumput di atas batas.


A menolak
B mengenyah
C menuntun
D mengheret

Huraian

A. Menolak - bermaksud mendorong, menyorong.


B. Mengenyah - bermaksud menghalau supaya pergi.
C. Menuntun - bermaksud menghela (lembu, basikal).
D. Mengheret - bermaksud menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat).

(ID:1229633699606 /KLON/UPSR/2008/17)
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

12    Sikap sesetengah masyarakat yang tidak menghormati adat budaya kaum lain boleh
__________ keharmonian negara kita.
A menggugat
B menghakis
C meleraikan
D melonggarkan

Huraian

A. Menggugat - bermaksud menggoncang.


B. Menghakis - bermaksud menyebabkan
(kuasa, moral, keyakinan dan
sebagainya) semakin terjejas,
berkurang, merosot, hilang
dan sebagainya.
C. Meleraikan - bermaksud menceraikan,
memisahkan (orang berkelahi
dan lain-lain).
D. - bermaksud mempermudah
Melonggarkan (syarat-syarat, cara
pembayaran, dan sebagainya),
meringankan (aturan, undang-
undang, dan sebagainya).

(ID:1478758873134 /KLON/UPSR/2016/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

13    Cikgu Suliza __________ kedatangan murid-murid kelasnya ke dalam Buku


Kedatangan Murid sebelum memulakan sesi pengajaran.
A menyusun
B mengira
C merekodkan
D mengelaskan

Huraian

A. Menyusun - bermaksud mengatur baik-baik, meletakkan beraturan,


merencanakan.
B. Mengira - bermaksud menghitung berapa jumlahnya.
C. Merekodkan - bermaksud memasukkan ke dalam rekod, mencatat.
D. - bermaksud membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kepada
Mengelaskan berbagai-bagai golongan.

(ID:1480405895928 /KLON/UPSR/2016/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

14    Mak Siti menggunakan seluruh tenaganya untuk


__________ kesan kotoran yang terdapat pada
kawah yang digunakan untuk memasak gulai tadi.
A menyapu
B menyental
C mengelapkan
D menggosokkan

Huraian

A. Menyapu - bermaksud menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok,


mengusap-usap.
B. Menyental - bermaksud menggosok dengan kuat (supaya bersih),
mengganyah.
C. Mengelapkan - bermaksud menggunakan sesuatu untuk mengelap.
D. Menggosokkan - bermaksud menggosok dengan (tangan, barang, dan lain-lain),
menggunakan sesuatu untuk menggosok.

(ID:1478503384959 /KLON/UPSR/2016/3)
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

15    Encik Saiful sedang __________ turus pagar kebun pisangnya itu kejap-kejap
supaya tidak mudah tumbang.
A menunjal
B menghentak
C menghunjam
D menghentam

Huraian

A.  Menunjal - bermaksud menumpukan atau menekankan kaki ketika hendak


melonjak atau melompat.
B.  Menghentak - bermaksud memijak dengan kuat-kuat, merentak, menginjak
(menumbuk) dengan keras.
C.  Menghunja - bermaksud menikam, menusuk lurus ke dalam tanah.
m
D.  Menghenta - bermaksud memukul (menumbuk) dengan keras, melanggar
m dengan kuat, melepaskan bantahan sindiran yang tajam.

(ID:1195325404134 /KLON/UPSR/2007/8)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
16    Mak Midah __________ padi yang masak menguning itu menggunakan ketaman.
A menuai
B mencerut
C mengerat
D memotong

Huraian

A. Menuai - bermaksud memotong padi dengan tuai.


B. Mencerut - bermaksud memotong dengan cerut.
C. Mengerat - bermaksud memotong, memenggal, memancung.
D. - bermaksud memenggal, mengerat.
Memotong

(ID:1229636823367 /KLON/UPSR/2008/17)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

17    Pak Talib sedang __________ pada papan cengal itu dengan pelbagai jenis corak
untuk dijual kepada para pelancong.
A mengukir
B menoreh
C menarah
D melukis

Huraian

A. - bermaksud membuat lukisan dan lain-lain dengan cara memahat


Mengukir (menggores).
B. Menoreh - bermaksud menggores dengan agak dalam (pada kulit kayu dan lain-
lain), menyadap.
C. Menarah - bermaksud meratakan atau melicinkan kayu dengan menggunakan
rimbas dan lain-lain.
D. Melukis - bermaksud membuat gambar atau corak dengan berus, pensel warna.

(ID:1287463119561 /KLON/UPSR/2010/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

18    Puan Kamariah sedang __________ anaknya yang masih kecil itu di dalam buaian
supaya segera tidur.
A menyanyi
B membelai
C mengusap
D mengulit

Huraian
A. Menyanyi - bermaksud bernyanyi, melagukan lagu, berlagu.
B. Membelai - bermaksud mengusap-usap (dengan kata-kata pujukan atau perasaan
kasih sayang, membelai-belai).
C. - bermaksud menggosok perlahan-lahan, membelai.
Mengusap
D. Mengulit - bermaksud menidurkan anak dengan menyanyi atau mendodoikan
anak.

(ID:1157301701141 /KLON/UPSR/2005/18)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

19    Ibu kawan saya itu asyik __________ terhadap sikap anak lelakinya yang degil itu.
A bercakap
B berleter
C merapu
D mengata

Huraian

A. - bermaksud berkata, berbicara, bertutur.


Bercakap
B. Berleter - bermaksud bercakap-cakap dengan tidak berhenti-henti (biasanya
apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang).
C. Merapu - bermaksud melakukan sesuatu atau berkata-kata dengan tidak menentu,
merapik.
D. Mengata - bermaksud bercakap buruk tentang seseorang.

(ID:1287283816630 /KLON/UPSR/2010/4)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
20    Pengemis tua itu sedang __________ pada dinding tangga Pasar Besar Siti
Khadijah.
A bergayut
B bersandar
C memaut
D memegang

Huraian

A. Bergayut - bermaksud bergantung, berpaut, berpegang kuat-kuat.


B. Bersandar - bermaksud meletakkan belakang (bahu, bahagian belakang tubuh atau
dada pada sesuatu yang menegak supaya teguh, selesa atau tidak
tumbang).
C. Memaut - bermaksud memegang dan menarik ke arah diri sendiri, memegang
kuat-kuat dengan tangan.
D. Memegang - bermaksud memaut sesuatu dengan tangan, menjamah atau
menyentuh sesuatu dengan tangan (dengan agak lama).