Anda di halaman 1dari 15

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

1    Puan Kamariah sedang __________ anaknya yang masih kecil itu di dalam buaian
supaya segera tidur.
A menyanyi
B membelai
C mengusap
D mengulit

Huraian

A. Menyanyi - bermaksud bernyanyi, melagukan lagu, berlagu.


B. Membelai - bermaksud mengusap-usap (dengan kata-kata pujukan atau perasaan
kasih sayang, membelai-belai).
C. - bermaksud menggosok perlahan-lahan, membelai.
Mengusap
D. Mengulit - bermaksud menidurkan anak dengan menyanyi atau mendodoikan
anak.
(ID:1157301701141 /KLON/UPSR/2005/18)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

2    Abang Kamal __________ kain batik itu dengan corak-corak yang terbaharu
mengikut cita rasa pelanggan.
A menekap
B mengecat
C mencanting
D mengecap

Huraian

A. Menekap - bermaksud meniru peta dan lain-lain dengan menggunakan kertas


tekap.
B. Mengecat - bermaksud mewarnai permukaan seperti dinding.
C. - bermaksud mencetak kain dengan menggunakan canting.
Mencanting
D. Mengecap - bermaksud menjadikan bercap, mencetak.

(ID:1230761531355 /KLON/UPSR/2008/9)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

3    Kayu-kayu api itu _________ oleh Pak Raman sebelum dipikulnya.
A disimpul
B dibelit
C diikat
D dililit

Huraian
A. Disimpul - bermaksud mengikat (hingga
menjadi simpulan).
B. Dibelit - bermaksud melilit, melingkar.
C. Diikat - bermaksud dililit-lilitkan dan
disimpulkan tali dan lain-lain pada
anggota dan lain-lain haiwan atau
orang (supaya tidak dapat
melarikan diri), pada bungkusan
(kumpulan dan lain-lain) barang
supaya tidak terburai dan
sebagainya, membuat jadi berikat
dengan tali dan lain-lain,
membebat, memberkas.
D. Dililit - bermaksud dibelit, dilingkar.

(ID:1317519618759 /KLON/UPSR/2011/4)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

4    Nelayan itu tidak mungkin dapat __________ pukat yang panjang itu dalam masa
sehari sahaja.
A menenun
B menyulam
C menjahit
D menyirat

Huraian

A. Menenun - bermaksud membuat barang tenunan (daripada benang, sutera).


B. - bermaksud menjahit sulam, menekat, menyuji.
Menyulam
C. Menjahit - bermaksud menyambung sesuatu dengan benang.
D. Menyirat - bermaksud membuat pukat.

(ID:1128019470524 /KLON/UPSR/2005/18)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

5    Pengemis tua itu sedang __________ pada dinding tangga Pasar Besar Siti Khadijah.
A bergayut
B bersandar
C memaut
D memegang

Huraian

A. Bergayut - bermaksud bergantung, berpaut, berpegang kuat-kuat.


B. Bersandar - bermaksud meletakkan belakang (bahu, bahagian belakang tubuh atau
dada pada sesuatu yang menegak supaya teguh, selesa atau tidak
tumbang).
C. Memaut - bermaksud memegang dan menarik ke arah diri sendiri, memegang
kuat-kuat dengan tangan.
D. Memegang - bermaksud memaut sesuatu dengan tangan, menjamah atau
menyentuh sesuatu dengan tangan (dengan agak lama).

(ID:1287281613920 /KLON/UPSR/2010/4)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

6    Saya lihat Kamal segera __________ jorannya setelah didapati umpan pada mata
jorannya dimakan oleh ikan.
A menyentak
B menarik
C menaikkan
D mengangkatkan

Huraian

A. Menyentak - bermaksud menarik kuat-kuat,


merengkuh, merenggut.
B. Menarik - bermaksud menghela supaya
bergerak ke arah diri sendiri (maju ke
hadapan, keluar, tercabut, dan lain-
lain).
C. Menaikkan - bermaksud menjadikan naik (tinggi),
meninggikan.
D. - bermaksud mengangkat untuk.
Mangangkatkan

(ID:1478502995757 /KLON/UPSR/2016/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

7    Bunga-bunga pada pakaian telah __________ oleh kakak mengikut cita rasa
pelanggan.
A dijahit
B ditenun
C disulam
D dianyam
Huraian

A. Dijahit - bermaksud disambung sesuatu (kain) dengan benang dan jarum.


B. Ditenun - bermaksud dibuat barang tenun daripada benang atau kain.
C. Disulam - bermaksud dijahit sulam, ditekat.
D. Dianyam - bermaksud dijalin silang-menyilang untuk membuat tikar, bakul dan
lain-lain.

(ID:1322429680618 /KLON/UPSR/2011/4)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

8    Paku lama __________ oleh Pak Mat daripada papan itu dengan penukul.
A dituil
B dipaut
C ditarik
D diangkat

Huraian

A. Dituil - bermaksud diungkit dengan tuil.


B. Dipaut - bermaksud dipegang kuat-kuat dan ditarik ke arah diri sendiri.
C. Ditarik - bermaksud dihela supaya bergerak ke arah diri sendiri.
D. Diangkat - bermaksud digerakkan ke atas.

(ID:1321716928078 /KLON/UPSR/2011/4)
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

9    Profesor Hamid telah __________kertas kerjanya di Seminar Pendidikan Sains dan
Teknologi pada minggu lepas.
A melafazkan
B merasmikan
C membentangkan
D memperkenalkan

Huraian

A. Melafazkan - bermaksud mengucapkan perkataan (kata, doa).


B. Merasmikan - bermaksud mengisytiharkan (melantik, menentukan,
menetapkan, mengesahkan).
C. Membentangkan - bermaksud menyampaikan sesuatu (kertas kerja).
D. - bermaksud memberitahukan sesuatu supaya dapat diketahui.
Memperkenalkan

(ID:1546058788225 /KLON/UPSR/2018/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

10    Setelah sepuluh tahun __________ bakti di sekolah pedalaman, Cikgu Ruhaya telah
ditukarkan ke sekolah yang berhampiran rumahnya.
A melemparkan
B menuangkan
C mencurahkan
D memperjuangkan

Huraian

Melemparkan - bermaksud menggunakan sesuatu untuk melempar; melontarkan;


membalingkan; mencampakkan.
Menuangkan - bermaksud mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dalam
bekas atau acuan.
Mencurahkan - bermaksud mengeluarkan banyak-banyak (rahsia); memberikan
banyak-banyak.
Memperjuangka - bermaksud menjadikan sesuatu sebagai tujuan berjuang.
n

(ID:1570006240749 /KLON/UPSR/2018/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

11    Dalam ucapannya, Kamal __________ kawan-


kawannya untuk bersama-sama menjaga
kebersihan sekolah bagi menjaga nama baik
sekolah.
A mengajak
B menyebut
C mengarahkan
D menyatakan

Huraian

A. Mengajak - bermaksud meminta atau mengundang.


B. Menyebut - bermaksud menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yang
tertentu).
C. - bermaksud menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan.
Mengarahkan
D. Menyatakan - bermaksud menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan.

(ID:1477374740269 /KLON/UPSR/2016/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
12    Puan Fatimah __________ belakang anaknya yang tersedak susu semasa
menidurkan anaknya.
A memalu
B mematuk
C menepuk
D mengetuk

Huraian

A. Memalu - bermaksud mengenakan palu pada sesuatu yang lain dengan kuat;
memukul.
B. Mematuk - bermaksud memagut dengan paruh; mencatuk.
C. Menepuk - bermaksud memukul (agak perlahan) dengan tapak tangan.
D. - bermaksud memukul dengan buku jari, memukul dengan palu atau
Mengetuk sesuatu alat.

(ID:1564632258136 /KLON/UPSR/2018/6)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

13    Atlet itu __________ lembingnya dengan sekuat tenaga supaya dapat mencipta
rekod baharu kejohanan.
A mencampak
B membaling
C membuang
D merejam

Huraian

A. - bermaksud membuang, melempar.


Mencampak
B. Membaling - bermaksud melempar (dengan baling).
C. Membuang - bermaksud mencampakkan, melemparkan.
D. Merejam - bermaksud melempari dengan sesuatu (botol, telur busuk, dan lain-
lain).

(ID:1564631955655 /KLON/UPSR/2018/6)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

14    Encik Murshidi __________ biolanya dengan alunan muzik latar yang
mengasyikkan.
A menggosok
B menggesek
C memetik
D memikul

Huraian
A. - bermaksud membersihkan
Menggosok (menggilapkan dan lain-lain)
dengan tangan (berus, kain, dan
lain-lain), menggeser-geserkan
(berus, kain, dan lain-lain) pada
sesuatu dengan keras, menyental.
B. Menggesek - bermaksud menggosok (mata dan
lain-lain), menggeser (tali biola,
gitar, dan lain-lain).
C. Memetik - bermaksud bermain gitar (kecapi
dan lain-lain) dengan menggamit
talinya.
D. Memikul - bermaksud membawa barang
dengan galas di atas bahu,
mengandar, menggalas.

(ID:1564631654409 /KLON/UPSR/2018/6)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

15    Fadhil __________ isi karangan yang panjang itu dengan ringkas tetapi padat.
A membina
B membuat
C mengolah
D mengarang

Huraian

A. Membina - bermaksud membuat sehingga terdiri sesuatu.


B. Membuat - bermaksud membikin, membentuk.
C. Mengolah - bermaksud mengerjakan, membuat sesuatu sehingga menjadi sesuatu
yang lain.
D. - bermaksud menyusun sesuatu seperti bunga hingga kelihatan
Mengarang menarik.

(ID:1229507000735 /KLON/UPSR/2008/1)
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

16    Cikgu Suliza __________ kedatangan murid-murid kelasnya ke dalam Buku


Kedatangan Murid sebelum memulakan sesi pengajaran.
A menyusun
B mengira
C merekodkan
D mengelaskan

Huraian

A. Menyusun - bermaksud mengatur baik-baik, meletakkan beraturan,


merencanakan.
B. Mengira - bermaksud menghitung berapa jumlahnya.
C. Merekodkan - bermaksud memasukkan ke dalam rekod, mencatat.
D. - bermaksud membahagi-bahagikan atau mengasing-asingkan kepada
Mengelaskan berbagai-bagai golongan.

(ID:1480405895928 /KLON/UPSR/2016/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

17    Tukang besi itu sedang __________ sebilah keris yang ditempah oleh seorang
pelancong.
A melakar
B memukul
C mengetuk
D menempa

Huraian

A. Melakar - bermaksud melukis rangka (rajah, gambar) secara kasar.


B. Memukul - bermaksud mengenakan sesuatu yang keras atau berat dengan kuat,
memalu, membalun.
C. Mengetuk - bermaksud memukul dengan buku jari, memukul dengan palu atau
sesuatu alat.
D. Menempa - bermaksud membentuk besi dan lain-lain untuk dijadikan alat seperti
pisau dan sebagainya.

(ID:1128629479858 /KLON/UPSR/2005/18)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

18    Ibu kawan saya itu asyik __________ terhadap sikap anak lelakinya yang degil itu.
A bercakap
B berleter
C merapu
D mengata

Huraian

A. - bermaksud berkata, berbicara, bertutur.


Bercakap
B. Berleter - bermaksud bercakap-cakap dengan tidak berhenti-henti (biasanya
apabila memarahi atau menegur kesalahan seseorang).
C. Merapu - bermaksud melakukan sesuatu atau berkata-kata dengan tidak menentu,
merapik.
D. Mengata - bermaksud bercakap buruk tentang seseorang.

(ID:1287283816630 /KLON/UPSR/2010/4)
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

19    Nenek __________ kelapa untuk dijadikan inti


kuih goreng.
A memotong
B mengayak
C memarut
D memerah

Huraian

A. - bermaksud mengerat.
Memotong
B. Mengayak - bermaksud menapis dengan ayak (tepung).
C. Memarut - bermaksud mengukur (kelapa dan lain-lain) dengan parut.
D. Memerah - bermaksud memicit untuk mengeluarkan air (santan dan lain-lain).

(ID:1477375243679 /KLON/UPSR/2016/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

20    Melihat Aiman berpeluh, ibu __________ tuala kecil ke dahi anaknya yang sedang
menahan kesakitan.
A melicinkan
B mengelapkan
C menampalkan
D membersihkan

Huraian

A. Melicinkan - bermaksud menjadikan licin (dengan membubuh minyak,


mengetam).
B. Mengelapkan - bermaksud menggunakan sesuatu (seperti kain, kertas) untuk
mengelap.
C. Menampalkan - bermaksud melekatkan tampal.
D. Membersihkan - bermaksud membasuh supaya bersih; mencuci (menyapu,
mengemas) supaya bersih.

(ID:1570002024565 /KLON/UPSR/2018/3)

[Atas]