Anda di halaman 1dari 13

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

1    Semua jemputan majils perkahwinan itu terpegun apabila melihat kedua-dua
orang pengatin yang sama lawa dan sama padan __________.

A seperti mentimun dengan durian


B seperti cincin dengan permata
C seperti  emas  baharu disepuh
D seperti langit dengan bumi

Huraian

A. Seperti mentimun dengan - bermaksud  orang yang lemah atau tidak


durian mempunyai kuasa cuba melawan orang yang
kuat dan berkuasa, perlawanan yang tidak
sebanding.
B. Seperti cincin dengan permata - bermaksud jodoh yang amat sesuai, pasangan
pengantin yang padan benar.
C. Seperti emas baharu disepuh - bermaksud keelokan atau kecantikan seseorang
yang amat terserlah.
D. Seperti langit dengan bumi - bermaksud banyak sekali bezanya atau terlalu
jauh perbezaannya.
(ID:1321170998259 /KLON/UPSR/2011/30)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

2    Saya kagum akan Profesor Naim yang kelihatan


sangat sibuk dengan tugasan hariannya tetapi
beliau masih gigih mengarang buku __________.
A seperti lilin membakar diri untuk menerangi orang lain
B bagai hendak menepung tidak berberas
C bagai semut menghimpun melukut
D seperti birah dengan keladi
Huraian

A. Seperti lilin membakar diri bagi menerangi orang - bermaksud sanggup


lain berkorban demi
kepentingan orang lain.
B. Bagai hendak menepung tidak berberas - bermaksud tidak akan
sempurna pekerjaan jika
tidak cukup peralatan.
C. Bagai semut menghimpun melukut - bermaksud sangat rajin
bekerja.
D. Seperti birah dengan keladi - bermaksud hampir serupa
sahaja.

(ID:1258304396167 /KLON/UPSR/2009/19)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

3    Suzila menjadikan kawannya yang berjawatan tinggi sebagai __________ untuk
mendapatkan kenaikan pangkat.
A batu loncatan
B berjiwa besar
C batu api
D orang tengah

Huraian

A. Batu - bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan.


loncatan
B. Berjiwa besar - bermaksud bercita-cita dan berusaha mencapai cita-cita tersebut.
C. Batu api - bermaksud orang yang menghasut.
D. Orang tengah - bermaksud orang yang menjadi pendamai kepada pihak yang
berbalah.

(ID:1478611702848 /KLON/UPSR/2016/13)

[Atas]
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi.

4    Encik Kamal menerima dan akan memenuhi jemputan jirannya ke majlis pada
malam ini.
A Ada gula ada semut
B Seperti sayur dengan rumput
C Bagai lukah, tak penuh air
D Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari

Huraian

A. Ada gula ada semut - bermaksud orang akan berkumpul di


tempat mendapat rezeki dengan
mudah
B. Seperti sayur dengan rumput - bermaksud banyak bezanya.
C. Bagai lukah, tak penuh air - bermaksud selalu hendak makan
sahaja, tidak kenyang-kenyangnya.
D. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari - bermaksud sesuatu keuntungan
jangan dilepaskan dan kerugian
jangan dicari.

(ID:1521698733456 /KLON/UPSR/2015/30)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

5    Encik Wazi dan Puan Laila sangat __________


tentang pelajaran anak-anak mereka kerana
menyedari pentingnya ilmu pengetahuan.
A ambil hati
B ambil berat
C ambil angin
D ambil mudah
Huraian

A. Ambil hati - bermaksud tersinggung atau memujuk.


B. Ambil berat - bermaksud memberikan perhatian terhadap sesuatu.
C. Ambil angin - bermaksud bersiar-siar.
D. Ambil - bermaksud meremehkan atau menganggap mudah.
mudah

(ID:1316879612436 /KLON/UPSR/2011/29)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

6    Sikap Amin amat berbeza sekali dengan adiknya sejak belakangan ini __________.
A seperti anjing dengan kucing
B seperti  cincin dengn permata
C seperti langit dengan bumi
D seperti isi dengan kuku

Huraian

A. Seperti anjing dengan kucing - bermaksud dua orang atau dua pihak yang selalu
bergaduh atau bertengkar apabila bertemu.
B. Seperti cincin dengan permata - bermaksud pasangan suami isteri atau pengantin
yang sama padan dan sama cantik.
C. Seperti langit dengan bumi - bermaksud perbezaan yang amat ketara.
D. Seperti isi dengan kuku - bermaksud persahabatan yang amat akrab atau
erat.

(ID:1322139768351 /KLON/UPSR/2011/30)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

7    Janganlah pula ada yang mengambil kesempatan


untuk __________ semasa bergotong-royong
membersihkan kawasan persekitaran sekolah itu
nanti.
A ringan tulang
B putih tulang
C tulang belakang
D curi tulang

Huraian

A. Ringan tulang - bermaksud rajin bekerja.


B. Putih tulang - bermaksud mati, meninggal dunia.
C. Tulang belakang - bermaksud sesuatu yang menjadi pusat kekuatan dalam sesuatu
kumpulan.
D. Curi tulang - bermaksud orang yang suka mengelat semasa membuat kerja.

(ID:1479556796206 /KLON/UPSR/2016/8)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

8    Perniagaannya __________ kerana kesan ekonomi yang teruk yang telah melanda
negara sejak kebelakangan ini.
A durian runtuh
B gulung tikar
C wang muka
D langkah kanan

Huraian

A. Durian runtuh - bermaksud mendapat keuntungan secara tiba-tiba.


B. Gulung tikar - bermaksud mengalami kerugian.
C. Wang muka - bermaksud wang pendahuluan.
D. Langkah kanan - bermaksud bernasib baik.

(ID:1480322418304 /KLON/UPSR/2016/13)
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

9    Janganlah membuat tuduhan secara __________ sehingga menyebabkan orang yang
tidak bersalah menjadi mangsa.
A bidan terjun
B adu domba
C serkap jarang
D hentam keromo

Huraian

A. Bidan terjun - bermaksud menggantikan tugas orang lain dengan tiba-tiba.


B. Adu domba - bermaksud memecah belah.
C. Serkap jarang - bermaksud tuduhan yang dibuat sebelum diperiksa.
D. Hentam - bermaksud melakukan sesuatu tanpa berfikir.
keromo

(ID:1131874803010 /KLON/UPSR/2005/17)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

10    Yasin dikatakan __________ kerana perangainya yang tidak menentu dan sukar
diramalkan.
A kepala batu
B kepala angin
C keras kepala
D berat kepala

Huraian

A. Kepala batu - bermaksud keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk
ajar orang).
B. Kepala - bermaksud orang yang mudah berubah perangainya (ada kalanya
angin baik dan ada kalanya meradang).
C. Keras kepala - bermaksud degil, tegar, tidak mahu mengalah atau menurut.
D. Berat kepala - bermaksud sukar mengerti, sukar belajar, susah hati, sakit kepala.

(ID:1203878377025 /KLON/UPSR/2007/16)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

11    Sebelum guru masuk, suasana kelas Tahun Enam Dahlia sangat bising dengan suara
murid-murid bercakap __________.
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti bertih direndang
C seperti murai dicabut ekor
D seperti kumbang putus tali

Huraian

A. Seperti anak ayam kehilangan - bermaksud persahabatan yang amat akrab atau
ibu erat.
B. Seperti bertih direndang - bermaksud persahabatan yang amat akrab atau
erat.
C. Seperti murai dicabut ekor - bermaksud seseorang terlalu becok mulutnya
(tidak berhenti-henti bercakap).
D. Seperti kumbang putus tali - bermaksud amat cepat bertindak atau dengan
pantas sekali berlari.

(ID:1322140151463 /KLON/UPSR/2011/30)

[Atas]
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi.

12      Selepas mendapat sebentuk cincin daripada


Jimi, kini Tania meminta seutas rantai emas
pula.

Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah


A alah bisa tegal biasa.
B beri betis hendak paha.
C biar titik jangan tumpah.
D belum duduk sudah berlunjur.

Huraian

A. Alah bisa tegal biasa - bermaksud pekerjaan yang susah atau sukar akan
menjadi senang apabila selalu dilakukan.
B. Beri betis hendak paha - bermaksud tidak cukup dengan pemberian, beri
sedikit hendak banyak.
C. Biar titik jangan tumpah - bermaksud lebih baik menanggung kerugian yang
sedikit daripada kerugian yang banyak.
D. Belum duduk sudah - bermaksud membuat sesuatu pekerjaan tanpa
berlunjur mengikut peraturan atau belum tiba masanya.

(ID:1563785708272 /KLON/UPSR/2018/9)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

13    Pak Cik Chua __________ mengusahakan kebunnya dengan pelbagai jenis tanaman
buah-buahan.
A mandi peluh
B mandi darah
C mandi kerbau
D mandi embun

Huraian

A. Mandi peluh. - bermaksud basah dengan peluh.


B. Mandi darah - bermaksud berlumuran darah.
C. Mandi kerbau - bermaksud mandi dengan tidak membersihkan badan.
D. Mandi embun - bermaksud membiarkan diri terkena embun.

(ID:1479552677202 /KLON/UPSR/2016/8)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

14    Jangan terlalu mengamalkan sikap suka __________ sesuatu perkara kerana boleh
merugikan diri sendiri.
A ambil mudah
B ambil berat
C ambil hati
D ambil alih

Huraian

A. Ambil - bermaksud meremehkan atau menganggap mudah.


mudah
B. Ambil berat - bermaksud memberikan perhatian terhadap sesuatu.
C. Ambil hati - bermaksud tersinggung atau memujuk.
D. Ambil alih - bermaksud menjalankan tugas orang lain.

(ID:1513438284591 /KLON/UPSR/2017/9)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

15    Budak itu tidak dapat memanfaatkan komputer riba yang dihadiahkan kepadanya
dan sikapnya sedemikian __________.
A seperti mencurah garam ke laut
B seperti kera mendapat bunga
C seperti tikus membaiki labu
D seperti ulat lupa akan daun
Huraian

A. Seperti mencurah garam ke - bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan yang


laut tidak mendatangkan faedah atau perbuatan yang
sia-sia.
B. Seperti kera mendapat bunga - bermaksud seseorang yang tidak tahu
menghargai pemberian orang lain.
C. Seperti tikus membaiki labu - bermaksud orang yang cuba membaiki atau
membetulkan sesuatu yang dia tidak mengetahui
cara-caranya. Akhirnya, keadaan menjadi
bertambah rosak.
D. Seperti ulat lupa akan daun - bermaksud sikap orang yang sudah melupakan
pertolongan dan kebaikan orang kepadanya.

(ID:1321424420436 /KLON/UPSR/2011/30)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

16    Zakwan mengajak sepupunya bekerja di bandar kerana di sana ada banyak peluang
pekerjaan bak kata orang __________ .
A ada gula ada semut
B di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
C hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
D berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

Huraian

A. Ada gula adalah semut - bermaksud tempat


yang menjadi sumber
rezeki akan menjadi
tumpuan orang.
B. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - bermaksud seorang
yang mempunyai
cita-cita akan
berusaha untuk
mencapainya.
C. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - bermaksud seseorang
yang mempunyai
matlamat akan
berusaha dengan
bersungguh-sungguh.
D. Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi - bermaksud sementara
masak menantikan hasil
yang besar, buatlah
kerja yang
mendatangkan hasil.

(ID:1381055672835 /KLON/UPSR/2013/30)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

17    Puan Suriani __________ semenjak kematian suaminya kerana dia hanya seorang
suri rumah.
A patah hati
B patah kandar
C pening lalat
D putih mata

Huraian

A. Patah hati - bermaksud kecewa.


B. Patah - bermaksud hilang tempat bergantung.
kandar
C. Pening - lalat bermaksud pening sedikit.
D. Putih - mata bermaksud kecewa kerana hajat tidak terlaksana.

(ID:1479530027671 /KLON/UPSR/2016/13)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

18    Ketibaan Syamsul di rumah Pak Kasim semalam ibarat __________ kerana
keluarga itu sedang makan beberapa biji buah durian kunyit.
A langkah panjang
B langkah kanan
C langkah kiri
D langkah sumbang

Huraian

Langkah panjang - bermaksud dapat berjalan lebih jauh kerana memiliki kemudahan,
kenderaan, kemampuan.
Langkah kanan - bermaksud bernasib baik.
Langkah kiri - bermaksud tidak bernasib baik.
Langkah - bermaksud tidak kena gaya mengatur langkah untuk bersilat.
sumbang

(ID:1515514254752 /KLON/UPSR/2017/9)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

19    "Kita tidak boleh membuat tuduhan secara __________ sehingga terbukti seseorang
itu bersalah," kata ayah pada Shamsul.
A bidan terjun
B serkap jarang
C separuh tiang
D hentam keromo

Huraian

A. Bidan terjun - bermaksud orang yang disuruh melakukan sesuatu pekerjaan


secara mendadak.
B. Serkap jarang - bermaksud membuat tuduhan melulu.
C. Separuh tiang - bermaksud agak gila.
D. Hentam - bermaksud melakukan sesuatu tanpa perhitungan.
keromo
(ID:1130050746345 /KLON/UPSR/2005/17)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

20    Kepetahan Haziq berucap dan keterampilannya yang sentiasa kemas menunjukkan
dia __________ untuk menjadi pemimpin pada suatu hari nanti.
A ada hati
B ada angin
C ada jalan
D ada bakat

Huraian

A. Ada hati - bermaksud mempunyai keinginan melebihi kemampuan untuk


memiliki atau melakukan sesuatu.
B. Ada angin - bermaksud berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika.
C. Ada jalan - bermaksud ada ikhtiar dan usaha.
D. Ada bakat - bermaksud mempunyai tokoh atau perwatakan.