Anda di halaman 1dari 13

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

3    "Cepatlah bersiap untuk ke sekolah agar kamu tidak ketinggalan bas lagi," kata Puan
Ainun kepada Maziah.
A Maziah dinasihati oleh Puan Ainun supaya bersiap dengan segera
agar tidak ketinggalan bas lagi.
B Nasihat Puan Ainun kepada Maziah agar bersiap cepat supaya
tidak ketinggalan bas.
C Puan Ainun menasihati Maziah supaya bersiap awal agar tidak
ketinggalan bas.
D Puan Ainun mendesak Maziah bersiap cepat setelah dia
ketinggalan bas lagi.

Huraian

B . Salah sebab tiada perkataan lagi pada frasa bersiap cepat supaya tidak ketinggalan
bas.
C . Salah sebab tiada perkataan lagi pada frasa bersiap awal agar tidak ketinggalan
bas.
D . Salah sebab terdapat perkataan mendesak dan frasa bersiap cepat setelah dia
ketinggalan bas lagi.

(ID:1416674113277 /KLON/UPSR/2014/25)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

4    "Jangan mudah berputus asa jika gagal dalam peperiksaan. Cuba lagi sehingga
berjaya," nasihat Cikgu Kamal kepada murid-muridnya.
A Cikgu Kamal menasihati murid-muridnya supaya terus berusaha
hingga berjaya jika gagal dalam peperiksaan.
B Cikgu Kamal menasihati murid-muridnya supaya jangan mudah
berputus asa jika gagal dalam peperiksaan.
C Cikgu Kamal memberitahu murid-muridnya terus mencuba hingga
berjaya jika gagal dalam peperiksaan.
D Cikgu Kamal menasihati murid-muridnya supaya jangan mudah
berputus asa jika gagal dalam peperiksaan tetapi terus mencuba
sehingga berjaya.
Huraian

1. Tidak ada 'berputus asa.'


2. Tidak ada 'cuba lagi.'
3. Cikgu Kamal menceritakan kepada orang lain, sepatutnya kepada murid-murid.

(ID:1195317397079 /KLON/UPSR/2007/25)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

5    "Kami dimarahi oleh guru disiplin kerana telah memecahkan cermin tingkap," kata
Lim.
A Lim memberitahu bahawa mereka telah dimarahi oleh guru
disiplin kerana memecahkan cermin tingkap.
B Lim menyatakan bahawa kami memarahi guru disiplin kerana
memecahkan cermin tingkap.
C Lim memberitahu bahawa mereka telah dimarahi oleh guru
disiplin.
D Lim memberitahu bahawa mereka telah memecahkan cermin
tingkap.

Huraian

B. Sepatutnya mereka dimarahi oleh guru disiplin bukan kami memarahi guru disiplin
C. Tidak menyatakan memecahkan cermin tingkap
D. Tidak menyatakan dimarahi oleh guru disiplin

(ID:1158858549312 /KLON/UPSR/2006/26)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

6    Para pengunjung dapat melihat dengan jelas pemandangan Bandar Raya Melaka
ketika berada di atas Menara Taming Sari.
A Pemandangan Bandar Raya Melaka dapat dilihat dengan jelas oleh
para pengunjung ketika berada di atas Menara Taming Sari.
B Bandar Raya Melaka ketika berada di atas Menara Taming Sari
dapat dilihat dengan pemandangan jelas oleh para pengunjung.
C Menara Taming Sari dapat dilihat dengan jelas oleh para
pengunjung ketika berada di Bandar Raya Melaka.
D Ketika berada dengan jelas di atas Menara Taming Sari para
pengunjung dapat melihat Bandar Raya Melaka.

Huraian

B. Salah kerana frasa ketika Bandar Raya Melaka berada di atas Menara Taming Sari.
C. Salah kerana frasa Menara Taming Sari dapat dilihat dengan jelas.
D. Salah kerana frasa ketika berada dengan jelas di atas Menara Taming Sari.

(ID:1354184146078 /KLON/UPSR/2012/23)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

7    "Selepas mencuci pakaian ini, bolehlah kita pergi bermain di taman permainan itu,"
kata Najihah kepada adiknya.
A Setelah Najihah selesai mencuci
pakaian itu bersama adiknya, dia
mengarahkan adiknya itu pergi
bermain di taman permainan.
B Najihah mengajak adiknya mencuci
pakaian itu setelah mereka selesai
bermain di taman permainan itu.
C Najihah mengajak adiknya pergi
bermain di taman permainan itu selepas
mereka berdua selesai mencuci pakaian
itu.
D Setelah pergi bermain di taman
permainan bersama-sama, adik Najihah
mengajaknya mencuci pakaian itu.

Huraian
A . Salah. Najihah bukan mengarahkan adiknya
itu pergi bermain di taman permainan itu
tetapi Najihah mengajak adiknya pergi
bermain di taman permainan apabila mereka
selesai mencuci pakaian itu.
B . Salah. Bukan Najihah mengajak adiknya
mencuci pakaian itu selepas mereka berdua
selesai bermain di taman permainan itu tetapi
Najihah mengajak adiknya  pergi bermain di
taman permainan selepas mencuci pakaian itu.
D . Salah. Bukan selepas pergi bermain di taman
permainan itu bersama-sama, adik Najihah
mengajaknya mencuci pakaian itu tetapi
Najihahlah yang mengajak adiknya pergi
bermain di taman permainan selepas mereka
mencuci pakaian itu.

(ID:1131876292421 /KLON/UPSR/2005/27)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

8    Hari keluarga boleh mengeratkan persahabatan dan memudahkan komunikasi antara
guru.
A Hari keluarga boleh membaiki hubungan dan menyenangkan
perbualan antara guru.
B Ikatan yang kukuh dan interaksi yang baik antara guru boleh
diwujudkan melalui hari keluarga.
C Hari keluarga boleh mengukuhkan pertalian dan mewujudkan
persaudaraan antara guru.
D Rangkaian yang kuat dan persefahaman antara guru yang baik
dapat dibentuk melalui hari keluarga.

Huraian

A. Salah kerana sepatutnya hari keluarga dapat


mengeratkan hubungan bukan membaiki
hubungan.
C. Salah kerana sepatutnya memudahkan
komunikasi antara guru bukan mewujudkan
persaudaraan.
D. Salah kerana sepatutnya memudahkan
komunikasi antara guru bukan persefahaman
antara guru.

(ID:1291127209160 /KLON/UPSR/2010/27)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

9    Abang melarang adik belajar hingga larut malam.


A "Adik, larang budak itu belajar hingga larut malam," kata abang
kepada adik.
B "Jangan belajar hingga larut malam," kata abang kepada adik.
C "Usahlah belajar hingga larut malam," kata adik kepada abang.
D "Adik, bahaya belajar hingga larut malam," jerit abang kepada
adik.

Huraian

A. : Abang bukan menyuruh adik melarang


Salah budak itu belajar hingga larut malam
tetapi melarang adik belajar hingga
larut malam.
C. Salah : Bukan adik yang melarang abang
belajar hingga larut malam tetapi abang
yang melarang adik berbuat demikian.
D. : Abang bukan menyatakan bahawa
Salah berbahaya adik belajar hingga larut
malam tetapi melarang adik berbuat
demikian.

(ID:1151622949560 /KLON/UPSR/2005/26)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
10    "Adik, tolong kakak siram pokok bunga ini!" kata Ayu kepada Munirah.
A Ayu memanggil Munirah supaya menyiram pokok bunga itu.
B Ayu meminta adik menolongnya menyiram pokok bunga itu.
C Ayu menyuruh Munirah supaya menyiram pokok bunga itu.
D Pokok bunga itu disiram oleh Ayu dan Munirah.

Huraian

Jawapan B paling tepat

A. - bukan Ayu yang memanggil Munirah.


Salah
C. Salah - bukan Ayu yang menyuruh Munirah.
D. - bukan disiram oleh Ayu dan Munirah.
Salah

(ID:1111512111112 )

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

11    Encik Majid menyuruh Mazlan memunggah semua meja di dalam bilik itu ke
dewan besar.
A "Tolong punggah semua meja di dalam bilik itu ke dewan besar,"
kata Mazlan kepada Encik Majid.
B "Tolong punggah semua meja di dalam bilik itu ke dewan besar,"
kata Encik Majid kepada Mazlan.
C "Mazlan, tolong punggah semua meja besar di dalam bilik itu ke
dewan," kata Encik Majid.
D "Mazlan, tolong punggah semua meja di dalam bilik besar itu ke
dewan," kata Encik Majid.

Huraian

A . Salah kerana sepatutnya Encik Majid yang menyuruh Mazlan.


C . Salah kerana sepatutnya dewan besar bukan meja besar.
D . Salah kerana sepatutnya dewan besar bukan bilik besar.

(ID:1121853703009 )

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

12    Murid-murid boleh mencari ilmu dan menambah pengalaman dengan bergiat dalam
sukan.
A Pencarian pengalaman dengan bergiat dalam sukan akan
menambah ilmu kepada murid-murid.
B Murid-murid yang bergiat dalam sukan boleh mencari ilmu dan
meningkatkan pengalaman.
C Pengalaman dengan bergiat dalam sukan akan menambah
pencarian ilmu murid-murid.
D Bersukan dengan menambah pengalaman membolehkan murid-
murid giat mencari ilmu.

Huraian

A. Salah frasa : Pencarian pengalaman dengan bergiat dalam sukan.


     Sepatutnya : Murid-murid boleh mencari ilmu dan menambah pengalaman
dengan bergiat dalam sukan.

C  Salah frasa : akan menambah pencarian ilmu murid-murid.


     Sepatutnya : Murid-murid boleh mencari ilmu dan menambah pengalaman
dengan bergiat dalam sukan.

D  Salah frasa : membolehkan murid-murid giat mencari ilmu.


     Sepatutnya : Murid-murid boleh mencari ilmu dan menambah pengalaman
dengan bergiat dalam sukan.

(ID:1292290268135 /KLON/UPSR/2010/26)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
13    "Bersenamlah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengekalkan
kecergasan," kata Encik Rohadi kepada Nazmi.
A Encik Rohadi menasihati Nazmi agar bersenam untuk
mengekalkan kecergasan.
B Encik Rohadi mengarahkan Nazmi bersenam untuk mengekalkan
kecergasan.
C Nasihat Encik Rohadi kepada Nazmi agar bersenam sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu.
D Nazmi dinasihati oleh Encik Rohadi supaya melakukan senaman
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengekalkan
kecergasan.

Huraian

A. Salah kerana sepatutnya bersenam sekurang-sekurangnya  tiga kali seminggu.


B. Salah kerana sepatutnya menasihati Nazmi bukan mengarahkan Nazmi.
C. Salah kerana sepatutnya bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu untuk
mengekalkan kecergasan.

(ID:1422104244267 /KLON/UPSR/2014/25)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14    Rancangan untuk mengadakan jamuan akhir tahun telah dipersetujui oleh semua
murid Tahun 6 Cekal.
A Semua murid Tahun 6 Cekal telah bersetuju untuk merancang
jamuan akhir tahun.
B Jamuan akhir tahun dengan persetujuan semua murid Tahun 6
Cekal telah diadakan.
C Mereka telah bersetuju untuk mengadakan jamuan akhir tahun
untuk murid-murid Tahun 6 Cekal.
D Rancangan murid-murid Tahun 6 Cekal untuk mengadakan
jamuan akhir tahun telah dipersetujui.

Huraian

A. Salah kerana sepatutnya mengadakan jamuan akhir tahun bukan merancang jamuan
akhir tahun.
B. Salah kerana jamuan akhir tahun belum diadakan.
C. Salah kerana sepatutnya murid-murid Tahun 6 Cekal yang bersetuju bukan mereka
telah bersetuju.

(ID:1420884316615 /KLON/UPSR/2014/26)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15    Cikgu Mastura meminta Juriah memperlahankan kipas itu.


A "Tolong perlahankan kipas itu," kata Cikgu Mastura kepada
Juriah.
B "Juriah, perlahankan kipas itu," tengking Cikgu Mastura kepada
Juriah.
C "Tolong perlahankan kipas itu," kata Juriah kepada Cikgu
Mastura.
D "Juriah, perlahankan kipas itu," jerit Cikgu Mastura kepada
Juriah.

Huraian

B. Salah : Cikgu Mastura bukan menengking


Juriah supaya memperlahan kipas itu
tetapi beliau meminta Juriah supaya
memperlahan kipas itu.
C. Salah : Bukan Juriah yang meminta Cikgu
Mastura supaya memperlahan kipas itu
tetapi Cikgu Mastura yang meminta
Juriah berbuat demikian.
D. : Cikgu Mastura bukan menjerit kepada
Salah Juriah supaya mematikan kipas itu
tetapi beliau meminta Juriah supaya
memperlahan kipas itu.

(ID:1172286035727 /KLON/UPSR/2005/26)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
16    "Emak akan ke rumah nenek. Apabila ayah kamu pulang, minta dia jemput emak,"
kata Milah kepada anaknya.
A Milah menyuruh anaknya menjemput suaminya.
B Milah menyuruh suaminya menjemputnya di rumah nenek.
C Milah menyuruh anaknya memberitahu suaminya agar
menjemputnya.
D Milah menyuruh anaknya memberitahu suaminya bahawa dia ke
rumah nenek.

Huraian

A : salah  - bukan Milah menyuruh anaknya menjemput suaminya.


B : salah  - bukan Milah menyuruh suaminya.
C : betul
D : salah  - bukan memberitahu dia ke rumah nenek.

(ID:1111512138921 )

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

17    "Jika hendak menjuarai kejohanan bola sepak


peringkat daerah, kamu mesti berusaha
bersungguh-sungguh" kata jurulatih kepada kami.
A Jurulatih menyuruh kami berusaha
bersungguh-sungguh untuk
memenangi kejohanan bola sepak
peringkat daerah.
B Kami meminta jurulatih berusaha
bersungguh-sungguh bersama-sama
kami untuk menjuarai kejohanan bola
sepak peringkat daerah.
C Bersungguh-sungguhlah berusaha
pada peringkat daerah kalau hendak
menang dalam kejohanan bola sepak,
nasihat jurulatih.
D Berusaha bermain bola sepak
bersungguh-sungguh kalau kita
hendak menjuarai kejohanan bola
sepak peringkat daerah, pinta jurulatih.

Huraian

A . Tiada kesalahan.

B . Salah kerana sepatutnya jurulatih yang


meminta kami berusaha bersungguh-sungguh
bukan kami meminta jurulatih berusaha
bersama-sama kami.
C . Salah kerana sepatutnya bersungguh-sungguh
berusaha untuk menjuarai kejohanan bola
sepak peringkat daerah bukan bersungguh-
sungguh berusaha pada peringkat daerah.
D . Salah kerana sepatutnya berusaha bersungguh-
sungguh bukan berusaha bermain bola sepak
bersungguh-sungguh.

(ID:1319547628651 /KLON/UPSR/2011/26)

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

18    Munah menyuruh Mala mengirim kuih raya itu kepada suaminya di perbatasan.
A Mala disuruh oleh Munah mengirimkan kuih raya itu kepada
suaminya di perbatasan.
B Mala menyuruh Munah mengirim kuih raya itu kepada suaminya
di pertabasan.
C Kuih raya itu disuruh hantar oleh Mala kepada suami Munah di
perbatasan.
D Suami Munah menyuruh Mala menghantar kuih raya itu ke
perbatasan.

Huraian

B. Salah kerana sepatutnya Munah menyuruh Mala mengirim kuih itu bukan Mala
menyuruh Munah.
C. Salah kerana sepatutnya kuih raya itu dikirim oleh Mala setelah disuruh oleh
Munah.
D. Salah kerana sepatutnya Munah menyuruh Mala mengirim kuih raya itu bukan
suami Munah menyuruh Mala mengirim kuih raya itu.

(ID:1133457853473 )

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

19    "Bagaimanakah saya hendak menjemput tetamu dan orang ramai yang datang
menyaksikan pameran kesihatan itu,cikgu?" tanya Tan Meng Nee.
A Tetamu dan orang ramai dijemput datang menyaksikan pameran
kesihatan itu oleh Tan Meng Nee.
B Gurunya menyuruh Tan Meng Nee menjemput tetamu dan orang
ramai datang menyaksikan pameran kesihatan itu.
C Gurunya menerangkan cara-cara menjemput tetamu dan orang
ramai datang menyaksikan pameran kesihatan itu kepada Tan
Meng Nee.
D Tan Meng Nee ingin mengetahui cara-cara menjemput tetamu
dan orang ramai yang datang menyaksikan pameran kesihatan itu
daripada gurunya.

Huraian

A : salah - Tan Meng Nee belum menjemput tetamu dan orang ramai
B : salah - guru Tan Meng Nee tidak menyuruhnya menjemput tetamu.
C : salah - guru Tan Meng Nee belum menerangkan cara-cara menjemputnya.
D : betul

(ID:1111512144492 )

[Atas]
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

20    Encik Radzuan telah memasukkan buku-buku itu ke dalam peti dan meletakkan peti
itu di bawah katil.
A Buku-buku itu telah diletakkan ke dalam peti oleh Encik
Radzuan.
B Buku-buku itu diletakkan di bawah katil oleh Encik Radzuan
setelah dimasukkan ke dalam peti.
C Encik Radzuan telah memasukkan dan meletakkan buku-buku itu
ke dalam peti di bawah katil.
D Setelah memasukkan buku-buku itu ke dalam peti, Encik
Radzuan telah meletakkan peti itu di bawah katil.

Huraian

A . Salah kerana sepatutnya ada frasa peti diletakkan di bawah katil.


B . Salah kerana sepatutnya peti itu diletakkan di bawah katil bukan buku-buku itu.
C . Salah kerana sepatutnya memasukkan buku-buku ke dalam peti dan meletakkan
peti itu di bawah katil.
(ID:1381565776810 /KLON/UPSR/2013/26)