Anda di halaman 1dari 15

si tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1    "__________ akan pergi bersama-sama Sultan Melaka esok," kata Tun Ali kepada
Tun Setia.
A Beta
B Patik
C Hamba
D Tuanku

Huraian

A. Beta - bermaksud kata ganti diri pertama bagi raja yang bercakap.
B. Patik - bermaksud kata ganti nama diri pertama bagi rakyat yang bercakap
dengan raja.
C. Hamba - bermaksud kata ganti nama diri pertama bertujuan merendah diri.
D. - bermaksud kata ganti nama diri kedua apabila rakyat bercakap dengan
Tuanku raja.
(ID:1159807849538 /KLON/UPSR/2006/1)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

2    "Saya dan Tina baru balik dari Jakarta.


__________ pergi ke sana selama tiga hari," kata
Yati kepada Asma.
A Kita
B Dia
C Mereka
D Kami

Huraian

A. Kita - bermaksud kata ganti nama diri pertama yang digunakan ketika bercakap
dengan orang kedua di dalam kumpulan yang sama.
B. Dia - bermaksud kata ganti nama diri ketiga yang digunakan untuk seorang
secara umum.
C. - bermaksud kata ganti nama diri ketiga yang digunakan apabila bercakap
Mereka tentang orang yang bilangannya lebih daripada seorang.
D. Kami - bermaksud kata ganti nama diri pertama merujuk orang yang bercakap
mewakili kumpulannya.

(ID:1255358855922 /KLON/UPSR/2009/2)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

3    Syahmin segera __________ buku teks untuk mencari muka surat yang dinyatakan
oleh gurunya.
A menatap
B membaca
C membelek
D menyentuh

Huraian

A.  Menatap - bermaksud memerhatikan dengan teliti, memandang dengan


sungguh-sungguh.
B.  Membaca - bermaksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak
dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.
C.  Membelek - bermaksud memerhati dengan teliti, mengincar, memeriksa.
D.  Menyentuh - bermaksud mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah.

(ID:1387148900471 /KLON/UPSR/2013/3)
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

4    Kaum wanita diseru supaya tidak memakai pakaian yang __________ mata.
A merodok
B mencucuh
C mencolok
D mencungkil

Huraian

A. Merodok - bermaksud menikam dengan senjata tajam ke hadapan atau ke atas,


menusuk.
B. Mencucuh - bermaksud memasang, menyalakan (api, lilin dan sebagainya),
memasang meriam, mengenakan api, besi panas, dan sebagainya
pada.
C. Mencolok - bermaksud menimbulkan rasa meluat kerana sesuatu (kelakuan,
pakaian, dan lain-lain).
D. Mencungkil - bermaksud mengeluarkan (melepaskan dan sebagainya) sesuatu
dengan pencungkil.

(ID:1229636001615 /KLON/UPSR/2008/17)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

5    Jari tangan Encik Zaid __________ setelah terlalu lama menggunakan kapak untuk
memotong kayu.
A melekit
B melecet
C melecit
D melecek

Huraian

A. Melekit - bermaksud mudah melekat.


B. Melecet - bermaksud luka yang berair, melepuh, lelas kulit, menggelupas.
C. Melecit - bermaksud terkeluar dengan pantas, menghembuskan hingus daripada
hidung.
D. - bermaksud melembikkan, menekan-nekan supaya menjadi lembik.
Melecek

(ID:1195311357409 /KLON/UPSR/2007/3)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

6    Tayar kereta itu dipasang __________ pada rodanya supaya tidak mudah tercabut.
A kejap
B kukuh
C kental
D mantap

Huraian

A. Kejap - bermaksud tidak mudah tercabut, ketat, teguh.


B. Kukuh - bermaksud kuat dan tegap buatannya, teguh pendirian.
C. Kental - bermaksud antara cair dengan beku, sangat pekat, karib, teguh, kuat.
D. - bermaksud tabah hati, tetap hati, tetap, stabil, tidak berubah-ubah.
Mantap

(ID:1195309283738 /KLON/UPSR/2007/3)
[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

7    Lukisan pelukis terkenal itu menjadi __________ pengunjung ke Galeri Seni Lukis.
A tarikan
B tatapan
C sambutan
D sanjungan

Huraian

A. Tarikan - bermaksud daya penarik, perihal menarik.


B. Tatapan - bermaksud hal atau hasil menatap, pandangan.
C. Sambutan - bermaksud perhatian terhadap sesuatu hal, reaksi.
D. - bermaksud penghormatan, pujian.
Sanjungan

(ID:1286132853446 /KLON/UPSR/2010/12)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
8    Ibu telah mencampurkan semua bahan itu mengikut __________ daripada buku
resipi untuk membuat sebiji kek.
A anggaran
B adunan
C amalan
D aturan

Huraian

A. Anggaran - bermaksud jumlah yang dianggarkan.


B. Adunan - bermaksud tepung yang telah diadun untuk membuat kuih.
C. Amalan - bermaksud sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan.
D. Aturan - bermaksud segala yang telah ditentukan atau ditetapkan untuk diturut.

(ID:1287369954763 /KLON/UPSR/2010/12)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

9    Cikgu Zainon sentiasa memberi __________ kepada murid-muridnya yang lemah
agar mereka dapat menguasai kemahiran yang diajar.
A galakan
B cadangan
C bimbingan
D gambaran

Huraian
A. Galakan - bermaksud dorongan, desakan.
B. Cadangan - bermaksud sesuatu yang dicadangkan, anjuran, usul, saranan.
C. - bermaksud perbuatan membimbing, pimpinan.
Bimbingan
D. Gambaran - bermaksud kisah (keterangan, bayangan) tentang sesuatu keadaan.

(ID:1287370637030 /KLON/UPSR/2010/12)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

10    Arkitek itu begitu tekun membuat __________ mercu tanda bandar Kota Bharu.
A lukisan
B coretan
C lakaran
D ciptaan

Huraian

A. Lukisan - bermaksud hasil melukis.


B. Coretan - bermaksud sketsa, gambaran (lukisan) ringkas.
C. - bermaksud gambar (yang dilukis) secara kasar, rajah, rangka.
Lakaran
D. Ciptaan - bermaksud sesuatu yang diciptakan.

(ID:1287371218609 /KLON/UPSR/2010/12)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
11    Puan Salwati amat disegani oleh peminat-
peminatnya kerana mempunyai kemahiran
___________ dalam sesuatu pertunjukan hiasan.
A tataetika
B tatabahasa
C tatarias
D tatatertib

Huraian

A. Tataetika - bermaksud peraturan pergaulan,


budi bahasa.
B. - bermaksud pengetahuan atau
Tatabahasa pelajaran tentang pembentukan
perkataan dan proses pembinaan
ayat (penyusunan kata dalam
ayat) dan lain-lain, nahu.
C. Tatarias - bermaksud cara menyusun atau
mengatur hiasan untuk
dipertunjukkan.
D. Tatatertib - bermaksud peraturan yang mesti
dipatuhi; disiplin.

(ID:1515827815733 /KLON/UPSR/2017/7)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

12    Setiap usahawan mestilah mengetahui tentang __________ supaya dapat


mengembangkan hasil jualan mereka.
A tatalaku
B tatakerja
C tataniaga
D tatanegara
Huraian

A. Tatalaku - bermaksud sistem atau peraturan perilaku peribadi seseorang


individu, kumpulan dan sebagainya.
B. Tatakerja - bermaksud peraturan (sistem dan sebagainya) bekerja.
C. Tataniaga - bermaksud urusan pentadbiran perniagaan (perusahaan dan lain-lain).
D. - bermaksud susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatanegara

(ID:1511130405550 /KLON/UPSR/2017/7)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

13    Cikgu :  Kamu jangan cuba _____________ cerita tentang


Haslina pergaduhan kamu dengan Alias semalam.
 
Rosdan :  Maafkan saya cikgu tetapi saya memberitahu peristiwa
yang sebenarnya.
A membuta tuli
B memutar belit
C membabi buta
D mencampur aduk

Huraian

A. Membuta tuli - bermaksud tidak peduli,


tidak mengendahkan
sesuatu apa.
B. Memutar belit - bermaksud mengubah-ubah
janji (kebenaran, perkataan,
dan sebagainya) dengan
tujuan untuk menipu dan
sebagainya.
C. Membabi buta - bermaksud melakukan
sesuatu dengan tidak
berfikir lebih dahulu
(mengamuk, merambang,
dan lain-lain).
D. Mencampur - bermaksud sangat beraduk,
aduk campur baur.

(ID:1513440007009 /KLON/UPSR/2017/5)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

14    Pemuda itu menggunakan __________ untuk memberi isyarat kepada rakan-
rakannya.
A tetarik
B tetuang
C bebalang
D gegendang

Huraian

A. Tetarik - bermaksud sejenis alat bunyi-bunyian, akordion.


B. Tetuang - bermaksud sejenis alat bunyi-bunyian (dibuat daripada buluh, tanduk,
dan lain-lain) yang ditiup untuk memberi isyarat dan lain-lain.
C. Bebalang - bermaksud sejenis senjata yang dibaling, balang-balang.
D. - bermaksud sesuatu yang fungsinya atau bentuknya seperti gendang.
Gegendang

(ID:1322566262010 /KLON/UPSR/2011/17)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
15    Rahman mahu keluar dari wad, __________ kakinya belum sembuh sepenuhnya.
A bahkan
B sedangkan
C sekiranya
D manakala

Huraian

A. Bahkan - bermaksud menunjukkan tambahan atau lebihan kepada yang sedia


ada.
B. Sedangkan - bermaksud menunjukkan keadaan yang besar.
C. Sekiranya - bermaksud kalau, kalau-kalau, seandainya.
D. Manakala - bermaksud menunjukkan sesuatu yang berlawanan, sedangkan, ketika.

(ID:1520834483479 /KLON/UPSR/2015/9)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

16    "Kalian __________ mencari bahan-bahan rujukan di perpustakaan sekolah," kata


Cikgu Amin kepada anak muridnya.
A masih
B dapat
C telah
D belum

Huraian

A. Masih - bermaksud kata bantu yang menunjukkan lagi (dalam keadaan).


B. Dapat - bermaksud kata bantu yang menunjukkan boleh (melakukan sesuatu),
berupaya, mampu.
C. Telah - bermaksud kata bantu yang menyatakan perbuatan yang lampau
(sempurna, selesai), sudah.
D. - bermaksud kata bantu yang menyatakan masih tidak, lawan sudah.kan
Belum perbuatan yang lampau (sempurna, selesai), sudah.

(ID:1516608341432 /KLON/UPSR/2017/2)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

17    "Wah, __________ indah pemandangan dari atas Menara Berkembar Petronas ini!"
kata Zamani.
A paling sekali
B terlalu amat
C terlalu paling
D sungguh nian

Huraian

A. Paling sekali - paling ialah kata penguat


hadapan, sekali pula kata
penguat belakang. Kata
penguat ini tidak boleh hadir
berderetan.
B. Terlalu amat - dua unsur penguat boleh hadir
berderetan sebelum kata
adjektif.
C. Terlalu - terlalu dan paling ialah kata
paling penguat hadapan. Kata penguat
ini tidak boleh hadir
berderetan.
D. Sungguh nian - sungguh ialah kata penguat
bebas. Nian ialah kata penguat
belakang. Kata penguat ini
tidak boleh hadir berderetan.

(ID:1130051991061 /KLON/UPSR/2005/19)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

18    Jadual perlawanan badminton itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan
sukan.
A di
B dari
C pada
D dengan

Huraian

A. Di - bermaksud digunakan untuk menunjukkan tempat (tidak boleh digunakan


untuk masa dan arah atau manusia).
B. Dari - bermaksud digunakan untuk menunjukkan tempat, arah dan waktu atau
masa.
C. Pada - bermaksud digunakan untuk menunjukkan keterangan masa atau tempat
bagi manusia atau haiwan.
D. - bermaksud digunakan untuk menyatakan makna bersama-sama, berserta,
Dengan bandingan setara,  keterangan cara atau gaya, dan penggunaan sesutau
sebagai alat.

(ID:1286451396290 /KLON/UPSR/2010/9)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

19    Hanya terdapat __________ kecil penduduk kampung yang menentang projek
pembinaan lebuh raya yang melibatkan kampung mereka.
A segala
B segenap
C segelintir
D sebilangan

Huraian

A. Segala - bermaksud semua, sekalian, seluruh.


B. Segenap - bermaksud seluruh, sekalian, semua.
C. Segelintir - bermaksud sekumpulan kecil.
D. - bermaksud sebahagian kecil daripada bilangan keseluruhan.
Sebilangan

(ID:1478494424722 /KLON/UPSR/2016/4)

[Atas]
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

20    Encik Ramjit tertinggal se __________ kunci di pejabatnya.


A ikat
B rawan
C gulung
D jambak

Huraian

A. Ikat - bermaksud untuk benda yang diikat


seperti kayu, papan, sayur-sayuran
dan sebagainya.
B. Rawan - bermaksud untuk benda yang tersirat
dan dapat digantung seperti jala,
jaring, kisa, pukat dan sebagainya.
C. Gulung - bermaksud untuk kumpulan benda
yang panjang dan bergulung seperti
filem, tikar, permaidani dan
sebagainya.
D. - bermaksud untuk benda yang
Jambak berangkai-rangkai seperti bunga dan
kunci.