Anda di halaman 1dari 3

Aku Sebuah Komputer

Aku sebuah komputer. Aku dibuat daripada kaza,plastik,


komponen elektronik dan besi. Aku dapat digunakan untuk
melayari Internet, menghantar e-mel, mendengar lagu dan
menonton video.

Aku mampu bekerja dengan pantasnya. Selain dapat


menyelesaikan masalah dengan cepatnya, aku dapat
menjimatkan masa bekerja, tenaga dan penggunaan jumlah
pekerja juga.

Bukan itu sahaja, aku digunakan untuk mengawal jentera


di kilang serta peralatan di pejabat mahupun di rumah. Dengan
menggunakan aku, sesuatu kerja dapat dilakukan dengan cekap
dan pantas.
AKU SEBUAH BUKU

Aku sebuah buku rujukan. Aku diperbuat daripada kertas.


Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Kuala Lumpur.
Di sana, aku menemui banyak rakan. Setelah beberapa lama
dilahirkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Selepas itu
aku dimasukkan ke dalam sebuah van.

Aku dibawa ke segenap ceruk rantau Malaysia. Tidak lama


kemudian, aku dibawa ke sebuah kedai buku. Di sana, aku
menemui rakanku semula. Aku disusun rapi di atas sebuah rak
buku di kedai buku itu.

Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan datang ke


kedai buku itu. Dia melihat aku dari pintu kedai itu lalu
mendekati aku. Dia membelek-belek tubuhku. Begitu juga
dengan rakan-rakanku. Akhirnya,dia membeli aku. Aku
diletakkan didalam plastik dan dibawa pulang.

Sampai sahaja di rumah, tuanku terus membalut kulitku


menggunakan pembalut buku. Kemudian, dia membacaku. Aku
pun menunjukkan kebolehanku dengan memberinya
pengetahuan yang dalam. Dia benar-benar berpuas hati setelah
membacaku.

Pada keesokan harinya, aku dibawa ke sekolah tuanku.


Aku ditunjukkan kepada rakan-rakannya. Dia berasa sangat
bertuah kerana memilikku. Aku selalu digunakan oleh tuanku
untuk membuat rujukan.

Anda mungkin juga menyukai