Anda di halaman 1dari 1

Mendirikan Kesultanan Melaka

Paramesawara melarikan diri ke semenanjung tanah melayu untuk mendiirikan penempatan baru.
Di Muar, Parameswara dikatakan berhasrat mendirikan negeri barunya samada di Biawak
Busuk atau Kota Buruk. Bagaimanapun, setelah mendapati Muar tidak sesuai baginda membatalkan
hasratnya dan meneruskan perjalanan ke utara. Di tengah perjalanannya, baginda dikatakan singgah di
Sening Ujung (nama lama Sungai Ujong) sebelum sampai ke sebuah kampung nelayan di muara Sungai
Bertam (nama lama Sungai Melaka). Di sinilah baginda mendirikan ibu kota baru untuk negerinya dan
menamakannya Melaka. Menurut catatan Sejarah Melayu, di sinilah baginda melihat seekor kancil
menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. Menganggapnya sebagai
tanda "tuah", baginda menamakan negeri itu Melaka.

Negeri Melaka kemudiannya meneruskan warisan Srivijaya sebagai sebuah entiti politik Melayu di
kepulauan Melayu.[6][7]

Parameswara yang menjadi raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari bahawa usaha untuk memajukan
Melaka adalah dengan memperkembangkan Islam kerana pedagang dari Gujerat , India dan
pedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu, menurut cerita itu,
Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin
Syah II, RajaPerlak dan memeluk Islam pada 1414.

Tanggapan yang umum itu berasal daripada tanggapan salah bahawa Parameswara dan Sultan Megat
Iskandar Shah adalah tokoh yang sama. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua nama itu adalah
dua tokoh yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah mangkat pada
tahun 1414. Menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah memeluk Islam ketika berumur 72 tahun
kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari Sumatera. [1]

Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di
mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai bangsa berhimpun.

Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka. Cheng


Ho atau Zheng He seorang yang berugama Islam. Nama Islam Cheng Ho ialah Ma Sam Pao. Ma
bermaksud Mohamad. Ketika itu China ditadbir oleh Maharaja Yung Lo.

Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar


Syah ( 1446- 1459 M) .Tenteranya berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara
negara menjadi tenang dan kedudukan politiknya pula stabil

Anda mungkin juga menyukai