Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KERTAS KONSEP
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM
PERINGKAT SEKOLAH
KINTA SELATAN TAHUN 2019
1. RASIONAL
Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands-on dengan para
peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan
lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.
Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental
yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing.
Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak langsung
mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor
masing-masing.Selain dapat, melahirkan murid yang berdisiplin, bersemangat waja dan mempunyai jati
diri yang kuat dalam menghadapi sebarang keadaan terutama dalam situasi pembelajaran mereka.
2. MATLAMAT
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk member sumbangan
kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.
Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan
kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan
organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang
tinggi,menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa
3. OBJEKTIF
3.1 Memberikan pendedahan awal kepada murid-murid untuk lebih berdikari dalam menghadapi
situasi pendidikan mereka tanpa mendapat bantuan daripada ibubapa terutama kepada
murid-murid tahun enam.
3.2 Memupuk, menyemai dan menyuburkan semangat setia kawan dan kerjasama yang mantap
kepada setiap anggota unit beruniform sekolah dalam menjalankan setiap aktiviti
berkumpulan.
3.3 Menambahkan keyakinan dan jati diri murid-murid sekolah ini dalam melaksanakan aktiviti
dengan lebih mantap dan kukuh.
3.4 Menginsafi dan menoleh kebelakang tentang kebaikan dan kelemahan yang ada dalam diri
setiap anggota agar lebih cemerlang dalam hidup.
3.5 Memberi sijil pengibatan murid keperingkat daerah bagi penilaian PAJSK.
4. KONSEP PELAKSANAAN
Perkhemahanakan dilaksanakan berdasarkan konsep“ Pembelajaran melalui aktiviti”.
Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan
unsur-unsur berikut:-
6. PENYERTAAN
6.1 100 orang murid Tahap 2
7. YURAN PENYERTAAN
7.1 Yuran Penyertaan RM25/murid
7.2 Yuran Penyertaan termasuk Makan Minum Peserta / Penginapan / Aktiviti / Baju Tshirt.
8. JAWATANKUASA
Ahli Jawatankuasa Induk
10. PENGANGKUTAN
Murid-murid dihantar oleh ibubapa/ penjaga.
A) PENDAPATAN
BIL PENDAPATAN / BAYARAN PENYERTAAN JUMLAH
1. 100 orang murid x RM 25.00 RM 2 500
2. Peruntukan Kokurikulum RM 1 750
JUMLAH BESAR RM 4 250
B) PERBELANJAAN
BIL PERBELANJAAN JUMLAH
Makan Minum Peserta
Sarapan Pagi RM 2.00 x 100 x 2 hari RM 400
Minum Pagi RM 1.00 x 100 x 1 hari RM 100
1 Makan Tengah Hari RM 5 x 100 x 1 hari RM 500
RM 2100
Minum Petang RM 2.00 x 100 x 2 hari RM 400
Makan Malam RM 5.00 x 100 x 1 hari RM 500
Kudapan Malam RM 1.00 x 100 x 2 hari RM 200
2 Tshirt Peserta Perkhemahan RM 12 x 100 peserta RM 1200
Hadiah Pertandingan
Ikhtiar Hidup RM 30 x3
3 Ikatan & Gadget RM 30 x3 RM 300
Persembahan RM 30 x3
Peserta Terbaik (L/P) RM 15 x2
4 Sijil Penyertaan RM 50
Aktiviti
Ikatan & Gadget RM 50
5 RM 300
Ikhtiar Hidup RM 100
Merempuh Halangan RM 100
Keperluan/Peralatan
6 RM 200
Perkhemahan
7 Kontigensi RM 100
JUMLAH BESAR RM4,250
18. PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan 2019 ini dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke
arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada semua guru yang terlibat begitu
diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.
Disediakan oleh
...........................................................
(Rozziana bt Mohamad Som)
Setiausaha
Perkhemahan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Sentosa 2018
Disemak oleh
...........................................................
( )
Disahkan oleh
...........................................................
( )
Disokong oleh
...........................................................
( )
PECAHAN PESERTA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2019
Tahun /
Lelaki Perempuan Jumlah
Jantina
Tahun 6 16 13 29
Tahun 5 24 13 37
Tahun 4 13 20 33
JUMLAH 53 46 99
1. ARAHAN UMUM
1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturandikeluarkan
bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang perkhemahan.
1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia
menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa
perkhemahan
1.3 Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik
sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan
1.4 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali
mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang
bertugas
1.5 Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan
dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak
urusetia
1.6 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah.
Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian
1.7 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat
diutamakan
1.8 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
1.9 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan
1.10 “LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”
5. PAKAIAN:
Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai mengikut
aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan
a. Semasa Pertandingan
b. Semasa Aktiviti Integrasi
c. Semasa Sukan dan Riadah
d. Semasa Aktiviti Kerohanian
e. Semasa Majlis Perasmian Penutup
6. PERATURAN KEBERSIHAN
6.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
6.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
6.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
6.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
6.5 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasanperkhemahan
atau sekitarnya
6.6 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
6.7 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk kegunaan
ramai dan bersama
6.8 Bagi kaum wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum dibuang ditempat
yang sepatutnya.
1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan backdrop
4. Mengadakan raptai perasmian penutup
5. Menyusun aturcara penutup
6. Menyusun peralatan di khemah VIP dan tetamu
7. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa
8. Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya
9. Menentukan tempat
10. Mengemas semula selepas upacara
2. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan
3. Jawatankuasa Aktiviti ( Pertandingan & Integrasi ) dan Jurulatih
1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas
4. Menyelaras dan memantau urusetia/ petugas bahagian dan perjalanan aktiviti sepanjang
perkhemahan
5. Menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan
6. Menetapkan tempat pertandingan
7. Menyediakan format/ syarat pertandingan
8. Menentukan jumlah hakim pertandingan
9. Mengatur taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan dan Jurulatih-Jurulatih
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan
1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyediakan/ Menanda tapak perkhemahan mengikut platun dan jantina
4. Memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa
5. Memastikan tapak perkhemahan bersih
6. Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan
7. Menyediakan anggaran perbelanjaan
1. Melantik AJK
2. Menyediakan kertas cadangan
3. Menyusun tempahan hadiah
4. Menguruskan cenderamata VIP dan hakim
5. Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pertandingan dan sijil pemenang (Johan,
Naib Johan dan Ketiga)
6. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah
7. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK Pertandingan dan Kontinjen
8. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah
9. Memastikan penerima bersiap sedia awal
10. Menyediakan beberapa pelajar ‘stand by’ untuk menerima hadiah
11. Menyediakan anggaran perbelanjaan