Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENDAHULUAN
Ujian daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu jenis ujian kecergasan fizikal.
Menurut Baumgartner dan Jackson (1999), sesuatu ujian yang dapat mencapai
tahap pekali korelasi kebolehpercayaan .85 hingga .93, kesahan melebihi .85
hingga .93 adalah wajar diterima dalam pengukuran. Terdapat berbagai jenis bateri
ujian yang digunakan untuk menilai daya tahan kardiovaskular seperti ‘Cooper Test’,
‘Harvard Step Test’, ‘Step Up Test’, ‘2.4km Test’, ‘Rocxport Walking Test’, ‘Bicycle
Ergometer’, ‘Treadmill Submaximal Test’, ‘1.5mile Test’, ‘Bleep Test’, ‘1 mile Test’
dan sebagainya.
Deskripsi : Ujian ini melibatkan kaedah larian berterusan di antara dua jarak 20
meter di dalam masa ‘beep’ yang dirakam. Masa di antara ‘beep’ akan menjadi lebih
pantas pada setiap tahap. Kelajuan permulaan larian adalah 8.5 km/ jam. Ianya akan
meningkat 0.5km/ jam setiap minit.
Skor : Skor yang dibuat oleh peserta adalah berdasarkan tahap dan jumlah ulangan
yang mampu dibuat sehingga peserta tidak mampu menyaingi bunyi ‘beep’.
Sasaran : Peserta (KADET) bagi Kursus Kenaikan Pangkat Kadet Remaja Sekolah
Dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah Seluruh Kedah & Peringkat
Negeri Kedah Tahun 2020.
Peralatan :
i. Skitel
ii. Pita pengukur 30 meter
iii. Radio Kaset
iv. Pita kaset ujian Bleep atau muat turun audio dari Link Youtube
https://www.youtube.com/watch?v=cz2m1PJ0gj4
v. Borang ujian
vi. Pita pelekat
vii. Permukaan rata, tidak licin, dan selamat digunakan serta melebihi jarak 20
meter.
ii. Peserta meletakkan sebelah kaki pada atau melebihi tanda 20 meter pada
penghujung setiap ulangan.
iii. Jika peserta tiba sebelum bunyi ‘beep’, maka peserta mesti menunggu bunyi
‘beep’ dan kemudian meneruskan larian.
iv. Peserta akan terus berlari selama mungkin sehingga peserta tidak mampu
menyaingi kelajuan bunyi.
v. Jika peserta gagal sampai sebelum bunyi ‘beep’, maka mereka akan diberikan 2 –
3 peluang untuk mengejar kelajuan. Jika masih gagal maka peserta tersebut akan
digugurkan dari terus berlari.
vi. Tahap yang telah ditamatkan oleh peserta dicatatkan ke dalam borang data
pengiraan.
1. Fasa Persediaan
1.1 Alatan
Radio kaset serta pita kaset ujian Bleep adalah alat yang penting dalam ujian Bleep
ini. Pastikan radio kaset serta pita rakaman berada dalam keadaan yang baik dan
boleh digunakan. Peralatan lain yang diperlukan ialah jam randik, penimbang berat,
alat pengukur tinggi, borang data pengiraan, pita pelekat, nombor peserta, dan pita
pengukur.
1.4 Demonstrasi
Satu tunjukcara dilakukan sebelum ujian dijalankan supaya peserta mendapat
kefahaman yang lebih jelas bagaimana prinsip dan prosedur yang betul untuk
melakukan ujian.
1.5 Penerangan
Sebelum ujian dilaksanakan, peserta diberi penerangan mengenai objektif, dan
kaedah lakuan.
2. Fasa Ujian
Fasa ujian dibahagikan kepada tiga iaitu:-
2.1 Semasa ujian dijalankan, pegawai/guru perlulah memberikan perangsang
kepada peserta bagi meningkatkan keupayaan yang maksimum.
2.2 Peserta juga akan diingatkan agar sentiasa mendengar ‘beep’ kerana masa di
antara ‘beep’ akan menjadi lebih pantas pada setiap tahap.
2.3 Peserta yang dipilih juga hendaklah bersungguh-sungguh menjalani ujian ini
kerana sekiranya peserta hilang tumpuan maka ia akan mempengaruhi tahap jarak
larian yang semakin kurang.
https://youtu.be/8ZfoVOL70b4
https://www.youtube.com/watch?v=lYg1vSDQVNM