Anda di halaman 1dari 4

Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada masa kini semakin kritikal,

walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, namun masih belum menampakkan hasil yang
diingini. Nyatakan punca-punca dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi
masalah ini.

1. Walaupun masih berusia dalam lingkungan belasan tahun namun remaja telah berani
melibatkan diri dalam gejala negatif yang merosakkan akhlak mereka.

Sikap remaja yang sentiasa mengikut kata hari menyebabkan masalah ini tiada kesudahan
walaupun pelbagai formula telah dilakukan untuk membendung masalah ini.

Hal ini demikian kerana pada usia remaja inilah remaja mulai mengalami krisis identiti.

Mereka tercari-cari identiti diri yang sebenarnya dan dalam proses ini pelbagai perkara
baik dan buruk yang ditemukan oleh mereka.

2. Antara punca masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja ialah sikap remaja yang
suka mencuba sesuatu yang baharu.

Daripada sikap mencuba ini, remaja mulai mempelajari keseronokan menghisap rokok,
mengambil dadah, merempit dan masalah social lain.

Mereka menganggap segala nilai baharu yang dilihat dan didengar melalui media massa
atau cerita rakan sebayaperlu dicuba.

Sebagai contoh, ketaksuban melihat adegan-adegan perlumbaan motor dalam filem


mendorong kebanyakan remaja menganjurkan perlumbaan haram.

Walaupun berkali-kali ditangkap namun pelapis-pelapisnya sentiasa ada.

Hakikatnya kebanyakan remaja tidak dapat memisahkan antara nilai negatif dengan nilai
positifmenyebabakan mereka terus hanyut dengan keseronokan sementara.

Ungkapan peparah ikut hati mati, ikut kata binasa tidak langsung dihayati.

Apabila telah berlaku sesuatu yang menyebabkan kecederaan baharulah mereka menyesal
namun bak kata peribahasa menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak
berguna.

Hal ini demikian kerana kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala ini mengangkat
taraf rakan sebaya sebagai paling tinggi dalam kehidupan mereka.
Merek lebih tertarik dengan visi rakan sebaya yang boleh menjahanamkan diri daripada
nasihat seorang ibu yang melahirkan mereka.

3. Selain itu, kegagalan institusi keluarga dalam membentuk sahsiah anak-anak turut
menjadi punca masalah keruntuhan akhlak remaja tidak pernah selesai.

Remaja yang membesar dalam keluarga yang porak-peranda dan sentiasa bertelingkah
mendorong remaja lari dari rumah atau beralih kepada rakan sebaya yang memhami
untuk menghilangkan rasa bosan.

Kebanyakan ibu bapa juga gagal menerapkan nilai-nilai positif serta didikan agama yang
secukupnya dalam diri anak-anak.

Hal ini demikian kerana ibu bapa sekarang terutama di Bandar agak terdasak untuk
mencari sumber kewangan yang lebih memandangkan kos hidup yang semakin
meningkat.

Akibatnya mereka tiada masa untuk bersembang atau mengetahui perkembangan anak-
anak.

Malahan jarang ibu bapa yang berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui
tingkah laku anak-anak di sekolah.

Ini menyebabakan anak-anak berasa terbai dan mereka berasa bebas untuk melakukan
perkara-perkara negatif di luar pengetahuan ibu bapa.

Ibarat mengajar anak ketam berjalan jika kepincangan dalam keluarga yang ditunjukkan
oleh ibu bapa, maka pincang jugalah yang dilihat oleh anak-anak.

4. Justeru langkah-langkah yang lebih proaktif perlu dijalankan memandangkan remaja


ialah bakal pemimpin atau peneraju negara.

Bagaimanakah negara akan aman dan makmur jika dipimpin oleh remaja yang terlibat
dengan pelbagai masalah social?

Hakikatnya ibulah yang melahirkan remaja di dunia ini.

Selama belasan tahun remaja hidup dengan ibu bapa maka sewajarnyalah masa keemasan
itu digunakan untuk membentuk dan menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa remaja.
Ibarat melentur buluh ketika kebungnya ibu bapa wajar mengawal tingkah laku anak-
anak sejak kecil. Ibu bapa ialah “role model” anak-anak.
Justeru, ibu bapa perlu bersikap positif terlebih dahulu jika hendakkan anak-anak
berperangai positif juga.

Peribahasa bagaiman acuan begitulah kuihnya wajar diingati oleh ibu bapa bahawa segala
tindak-tanduk mereka menjadi teladan oleh anak-anak.

Ibu bapa perlu mengambil tahu rakan sebaya anak-anak supaya anak-anak tidak tersalah
pilih rakan sebaya.

Galakkan remaja bergaul dengan rakan atau orang yang berpengetahuan agama agar jiwa
dan rohani remaja terpelihara.

Walau bagaimanapun, hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan kepada remaja yang
bersalah sebagai pengajaran.

5. Selain itu, media massa perlu memainkan peranan sebagai pendidik dan bukannya
sebgaia pemusnah remaja. Setiap rancangan yang disajikan kepada penonton wajarlah
ditapis dahulu.

Walaupun kini terdapat standard penapisan untuk setiap rancangan seperti U (umum)
namun banyak juga rancangan yang terlepas daripada tapisan yang sepatutnya.

Kegagalan mematuhi standard penapisan oleh sesetengah badan penyiaran wajar diambil
perhatian oleh Kementerian Penerangan.

Tindakan yang lebih tegas perlu dilakukan agar pihak yang terbabit bertanggungjawab
atas kesalahan mereka.

Sebagai mendukung tanggungjawab sosial, media massa sebaik-baiknya mengurangkan


penayangan cirri-ciri dan nilai-nilai budaya yang amat bercanggah dengan nilai hidup dan
norma bagi masyarakat majumuk di negara ini.

Sebagai contoh, adegan tembak-menembak, perlumbaan haram, pembunuhan, adegan


seksual dan tidak menghormati ibu bapa perlu diharamkan penayangan.

Sewajarnya program tempatam yang lebih bertanggungjawab dan bersesuaian dengan


budaya masyarakat di negara ini serta tidak merosakkan pemikiran dan akhlak anak-anak
ditayangkan pada waktu perdana.
6. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa akar umbi masalah keruntuhan akhlak
remaja bermula dari rumah namun setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan
kesalahan.

Remaja yang pernah terlibat dalam masalah sosial perlu diberi perhatian dan dinasihati
oleh semua lapisan masyarakat bukan menyisihkan mereka.

Beriklah mereka kekuatan agar mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.
Ingatlah sebagai remaja, mereka memerlukan panduan dan bimbingan daripada orang
yang lebih berpengalaman dalam meniti kehidupan pada masa depan yang lebih
mencabar.

(758 Patah Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai