Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pendahuluan

1.1 Kidz Emporium Reach Out Program adalah projek yang di rancang untuk membantu
sama ada kanak kanak tipikal atau bekerperluan khas yang mengalami masalah untuk menyesuaikan
diri di sekolah. Sesi terapi di pusat terapi melimitasikan pemerhatian , penilaian dan intervensi
terhadap isu yang dihadapi oleh para pelajar. Apabila para ibu bapa melaporkan tentang isu yang
dialami oleh anak , terapis akan memberi beberapa cadangan dan mengharapkan cikgu
melakukannya di sekolah. Namun begitu , terdapat banyak ruang untuk melakukan kesilapan
disebabkan oleh cadangan yang kurang jelas dan tidak praktikal untuk dilakukan di sekolah. Oleh itu ,
Kidz emporium therapy centre telah mengenal pasti masalah yang dialami dan ingin membantu para
ibu bapa dan guru untuk mempertingkatkan kualiti hidup kanak kanak tipikal atau bekerperluan khas
untuk mengadaptasi diri di sekolah.

2.0 Cadangan Projek

2.1 Latar Belakang Projek

1) Objektif utama

 Memperluaskan perkhidmatan KIDZ emporium therapy centre

2) Matlamat

 Memperkenalkan peranan terapis carakerja kepada para pengajar dan ibu


bapa
 Memberi pengetahuan tentang cara untuk mengendalikan kanak kanak
tipikal dan bekerperluan khas kepada para pengajar
 Melakukan penilaian terhadap kanak kanak tipikal dan bekerperluan khas di
dalam sekolah.
 Memberi perkhidmatan terapi kepada kanak kanak tipikal dan bekerperluan
khas di dalam sekolah.
 Mempelbagaikan teknik intervensi yang boleh dilakukan semasa waktu
persekolahan
 Memberi nasihat mengenai pelan susur atur kelas dan jadual yang
bersesuaian

2.2 Perkhidmatan

1) Talk/Bengkel

2) Screening/Saringan

3) Assessment/Penilaian

4) Therapy/Terapi

5) Consultation/Rundingan

3.0 Target

3.1 Tadika swasta di bangi

3.2 Sekolah swasta di bangi


4.0 Butiran Program

Persediaan program

Kajian terhadap bilangan pelajar bekeperluan khas di tadika atau sekolah swasta

 By phone/email

Berjumpa dengan pengetua

Bentang proposal kepada pengetua

Surat kebenaran daripada pihak sekolah (consent form) untuk melakukan ceramah

Perlaksanaan program

 Objektif ceramah
 Masalah yang di hadapi oleh kanak kanak masa kini.
 Memberi maklumat mengenai kanak kanak bekeperluan khas.
 Peranan terapis carakerja, guru pendidikan khas dalam menangani kanak
kanak bekeperluan khas.
 Memberi pengetahuan ‘red flag’ kepada cikgu yang mengajar.

Pihak sekolah akan memberitahu kepada para ibu bapa mengenai program ini

 KE akan menyediakan poster dan quotation kepada sekolah.


 KE akan sediakan surat kebenaran.

Pihak KE akan melawat sekolah tersebut untuk melihat tempat yang sesuai untuk menjalankan sesi
assessment dan terapi

Setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak iaitu sekolah dan ibu bapa , pihak KE akan
menjalankan assessment terhadap kanak kanak untuk menilai tahap perkembangan dan
menyediakan assessment summary untuk diberikan kepada pihak sekolah dan ibu bapa.

Pull out intervention

 Sesi terapi akan dijalankan dalam waktu persekolahan selama 30-45 minit.
 Terapis akan menyediakan barang terapi sebelum sesi terapi.
 Pelajar akan di bawa ke kawasan atau bilik lain untuk menjalani sesi terapi one to one
dengan terapis.
 Terapis akan menyiapkan dokumentasi di dalam file atau communication book.
 Communication book ini adalah medium komunikasi Antara terapis dan cikgu sekolah
supaya cikgu dapat melakukan cadangan yang di berikan semasa waktu persekolahan.
 Sebarang isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa waktu persekolahan akan di
bangkitkan semasa perbincangan di antara cikgu dan terapis.
 Terapis akan menyediakan laporan kepada ibu bapa.

Pull in intervention

 Sesi terapi ini akan dijalankan di dalam kelas semasa waktu belajar
 Intervensi akan dijalankan melalui kaedah modifikasi terhadap suasana atau barang yang
digunakan semasa belajar
 Terapis akan mengajar kaedah modifikasi tersebut kepada guru yang mengajar.
 Terapis akan meyediakan laporan di dalam file atau communication book.

Group intervention

Pihak KE akan menyediakan program seperti :

 Sensory based play


 Motor skill ( gross motor / fine motor )
 Handwriting activity ( visual perception / fine motor)
 social play ( pretend play / role play / games with rules)

Anda mungkin juga menyukai