Anda di halaman 1dari 1

Persediaan: Pemerhatian dan Analisis                                        

a. Murid ditunjukkan gambar –gambar tentang situasi membeli-belah di pasaraya. Dialog guru: “i. Ceritakan tentang situasi
yang pernah anda alami di pasaraya? ii. Apakah yang boleh anda ceritakan aktiviti yang akan dilakukan oleh Puan Fatimah
seterusnya? iii. Anggarkan berapakah wang yang diperlukan oleh Puan Fatimah untuk membayar barang-barang yang
dibeli?”

Imaginasi: Penjanaan Idea, Sintesis Idea


a. Murid ditunjukkan gambar wang kertas. Contoh RM100. Dialog guru: “Berapakah nilai wang kertas ini?Apakah barang-
barang yang boleh anda beli dengan RM100”
b) Murid melihat guru meletakkan sebuah kotak di hadapan kelas yang mengandungi gambar barang-barang yang bertanda
harga.
c) Murid melihat guru membahagikan papan putih kepada 4 bahagian, melabelkannya mengikut nama kumpulan dan
melebalkannya dengan sejumlah wang.. Contoh Kumpulan 1, Kumpulan 2, Kumpulan 3 & Kumpulan 4 dan RM100.
d) Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut susunan lajur tempat duduk di dalam kelas.
e) Murid melihat guru mengambil gambar dari kotok tersebut. Murid menyatakan secara lisan nama dan harga barang
tersebut.
f) Murid melihat guru membuat bentuk lazim untuk mengira bagi wang dari membeli barang tersebut.
g) Murid melihat guru mengambil gambar lain dari kotak tersebut dan menampalkannya di kumpulan 1. Setiap ahli dari
kumpulan tersebut perlu mengira baki wang dari membeli barang tersebut di dalam kertas kosong.
h. Aktiviti g diulang untuk kumpulan lain.
         
Perkembangan: Penambahbaikan, Simulasi, Menilai                          
        a. Perkukuhkan dengan mengagihkan lembaran kerja kepada setiap murid.
b. Murid berbincang dengan guru jawapan untuk lembaran kerja yang diberi.
                              
Tindakan: Perlaksanaan, Amalan Berterusan, Rumusan
a) Murid diberi latihan dari buku teks. Murid berbincang dengan guru latihan dari buku teks.                
                                                                                                                                                          
b) Guru membimbing murid membuat rumusan tentang isi pelajaran hari ini. Apakah yang telah dipelajari oleh
kamu?                                                                                                                                                                              
c) Guru memberi pujian dan galakan; Saya gembira dengan penyertaan anda dalam pelajaran hari ini. Teruskan ! Kita akan
membuat lebih banyak aktiviti yang menarik pada pelajaran akan datang.

Nilai : berani menjawab


BBM : contoh wang kertas, barang-barang

Impak: 12/23 murid menguasai objektif dan diberikan latihan pengayaan.


11/23 murid tidak menguasai objektif dan diberikan bimbingan dalam menyiapkan tugasan.

Anda mungkin juga menyukai