Anda di halaman 1dari 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERLING ( 2 ) JOHOR BAHRU

MINIT MESYUARAT GURU BIL 17 /TAHUN 2013

Tarikh : 19.8.2013

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Pn. Maselah binti Mohd Tahir

Kehadiran(Bilangan) :

Turut Hadir (Jika ada) : Pn. Saniah binti Md. Taib


: En. Dolie@Shamsyul b. Eddie @ Idea
En. Idris bin Mahamat

1
PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan syabas kepada semua guru kerana dapat bekerjasama
menghadirkan diri ke mesyuarat kali ke 17 bagi minggu ini. Ucapan selamat hari
raya buat semua guru. Bacaan Al- Fatihah buat Alyarhammah Puan Shamsinar.

Tindakan:
Makluman

1.2 Mesyuarat guru di dahului dengan bacaan doa oleh En. Rohaizal. Di ikuti dengan
pembentangan minit mesyuarat guru yang ke 16 oleh Puan Fairul Akma
.
Tindakan:
Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Cik Fatimah Zahrah
Disokong untuk pengesahan oleh En Hasif

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 En. Nik menyatakan ada sebilangan guru yang masih belum mengemaskini
sepenuhnya maklumat diri di laman sesawang E-SPLG.

Tindakan:
Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

LINUS

3.2 Pn Hidayah menyediakan edaran ‘1 Hari 1 Konstruk’ untuk makluman guru dimana
beliau menyatakan setiap hari guru masa pertama akan mengambil masa 5 minit untuk
menjalankan program ini di dalam kelas tahun 1, 2 dan 3. Guru pada masa pertama itu
akan mengedarkan helaian konstruk kepada murid dan kumpulkan selepas 5 minit.
Pemantauan kedua oleh nazir akan dijalankan pada masa akan datang.

Tindakan:
Makluman

3.3 Pn Saniah menyatakan program ini akan dijalankan pada masa kedua jika masa
pertama adalah waktu pendidikan jasmani. Untuk tujuan penandaan, guru matematik
yang terlibat akan mengambil helaian konstruk itu di kelas masing-masing.

Tindakan:
Makluman

3.4 Pn Maselah mengucapkan tahniah kepada penyelaras dan guru linus dan
menyampaikan komen daripada nazir/panel pemantau Program Linus 2.0 seperti di
bawah:

Kekuatan Literasi & Numerasi


1. Fail mudah diakses
2. Guru option BM mencukupi
3. Program sokongan dijalankan secara berkala. Contoh : SIP
4. Guru berkomunikasi dengan baik sehingga murid mampu memahami konstruk
5. Penggunaan BBM yang sesuai

Kelemahan Literasi & Numerasi


1. Tidak menggunakan modul secara menyeluruh
2. Guru mengajar lebih dua option
3. Penulisan RPH tidak spesifik dan tidak dapat diukur. Contoh : Bilangan murid
yang tidak menguasai harus ditulis dalam angka dan bukan dalam peratus
4. Penggunaan ICT/TMK di dalam slot induksi sahaja

Cadangan dari Nazir LINUS 2.0


1. Pentadbir duduk bersama guru linus untuk berbincang untuk meningkatkan
pemahaman semua pihak berkaitan program linus.
2. Bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan mengikut modul samada untuk
literasi atau numerasi.
3. Guru yang mengajar adalah mengikut option masing-masing bagi memantapkan
penyampaian guru dan membantu murid menguasai konstruk dengan lebih baik
4. Murid perlu terlibat dengan TMK dengan lebih menyeluruh selaras dengan
keperluan salah satu EMK iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5. Bahan linus perlu disebarkan kepada pentadbir dan guru

Tindakan: Makluman

3.5 Pn Saniah menyatakan pada hari rabu (28.8.2013) akan diadakankan satu LDP
bertajuk Program Pembugaran LINUS 2.0 pada jam 2.30. Guru-guru linus juga akan
dipantau oleh pentadbir. Post-mortem juga perlu diadakan selepas saringan yang
melibatkan guru linus dan pentadbir. Laporan didokumentasikan sebagai bahan bukti.
Untuk menggalakkan penerapan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
bilik komputer akan digunakan mengikut jadual penggunaan makmal komputer. Segala
perkakas ICT yang diperlukan akan disediakan dan dipasang siap oleh juruteknik
sekolah.

Tindakan: Makluman

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pn Zuriati menerangkan tentatif program solat tahun 6 yang akan dijalankan pada
22.8.2013 seperti jadual di bawah:

Bil Jam Perkara


1 6:00 – 6:45 Pendaftaran Ibubapa
2 6:45 Doa
3 7:20 Solat Maghrib
4 7.30 Tahlil & Bacaan Yassin
5 8.15 Tazkirah oleh Ustaz Asri Wahab
6 8.40 Solat Isya’ , Solat Sunat Taubat &
Solat Sunat Hajat
7 9.30 Ucapan Guru Besar
8 10.00 Bersurai

Senarai AJK guru juga telah disediakan dan ditampal di bilik guru.

Tindakan: Makluman

4.2. En Shamsyul mencadangkan agar semua guru dapat menghadirkan diri seawal jam
6 petang untuk program solat hajat tahun 6.

Tindakan: Makluman

4.3 En Idris menerangkan tentang Sambutan Bulan Kemerdekaan akan diadakan pada
17.9.2013 sebagai acara penutup. Guru kelas perlu mengambil peranan untuk
menghias kelas bertemakan kemerdekaan. Penilaian bagi kelas terbaik adalah
berdasarkan bendera dan fakta bersejarah yang diletakkan bersama gambar.

Tindakan: Semua Guru Kelas

4.4. En Idris menyatakan Jamuan Hari Raya akan diadakan pada hari Sabtu
(24.8.2013). Guru dibenarkan memakai pakaian raya manakala murid memakai pakaian
sekolah. Waktu jamuan pertama (jamuan murid) pada jam 9.00 – 10.20 dan waktu
jamuan kedua (jamuan guru) selepas waktu persekolahan berakhir.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tindakan: Makluman

4.5 Pn Saniah menyatakan guru kelas perlu mengambil Buku Guru Ganti dan diletakkan
di dalam kelas masing-masing. Butiran di dalam buku itu perlu diisi oleh guru ganti.

Tindakan: Semua Guru Kelas ( Makluman semua guru )

4.6 En Idris menyarankan post-mortem LINUS perlu libatkan semua guru & pentadbir
pada satu masa ( literasi & numerasi )

Tindakan: Penyelaras LINUS

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang
akan diberitahu kelak.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang

______________________________________________________________________________

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(Mohd Hazanizam Bin Abd Hamid ) (Pn. Maselah binti Mohd. Tahir )
Pengerusi
Tarikh : (26 Ogos 2013) Tarikh : ( )

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai