Anda di halaman 1dari 29

UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 / 1

UNIT KAEDAH SENDI /


2 SAMBUNGAN

Objektif Am
Mempelajari dan memahami konsep kaedah sendi untuk mendapatkan
daya-daya dalam ahli struktur kerangka boleh tentu statik (2-D).

Objektif Khusus
Diakhir unit ini, para pelajar sepatutnya dapat :
 Mengira daya tindakbalas pada penyokong.
 Mengenalpasti anggota tanpa daya dalaman; zero bar.
 Mengira nilai dan jenis-jenis daya dalam anggota dengan
menggunakan kaedah sendi.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 / 2

INPUT 2.1

DAYA TINDAKBALAS PADA KERANGKA

Pengenalan
Untuk menentukan daya dalam anggota melalui kaedah sendi, kita
akan menganalisa setiap sendi sebagai satu jasad bebas. Jasad ini
dihasilkan dengan andaian bahawa anggota kekuda di potong pada
kedudukan berhampiran sendi. Sebagai contoh, untuk menentukan daya

Rajah 2.1
dalam anggota AB dan BC [Rajah 2.1(a)], kita menjadikan jasad B
(a) Kekuda (garis sebagai jasad bebas [Rajah 2.1(b)].
putus menunjukkan
kedudukan kekuda
di potong untuk
mengasingkan sendi 30 kN
B).
A B
(b) Jasad bebas
sendi B
30kN
3
4 FBA
B
FBCy

FBA FBCx

(a) (b)

Dengan menggunakan persamaan statik (Fx = 0 dan Fy = 0),


daya-daya dalam anggota BA (FBA) dan BC (FBC) dapat ditentukan.
Apakah kepentingan unit ini di dalam Modul Teori Struktur 2?
Unit ini merupakan asas utama untuk kita mengikuti dan
mempelajari unit-unit berikut. Oleh itu, anda dikehendaki mengikuti
unit ini dengan sabar, tekun dan berhati-hati.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 / 3

Daya Tindak Balas Pada Penyokong


Terdapat tiga (3) jenis penyokong yang biasa digunakan seperti
dalam Rajah 2.2 (a-c) di bawah:
a). Suatu struktur yang disokong dengan rola akan memerlukan satu daya
Rajah 2.2
Jenis-jenis tindak balas.
penyokong.

Kekuda Rasuk

b). Suatu struktur yang disokong dengan pin akan memerlukan dua (2)
daya tindak balas.

Kekuda Rasuk

c). Suatu struktur yang disokong terikat tegar (fixed end) memerlukan
tiga (3) daya tindak balas.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 / 4

Menentukan daya tindak balas


Dengan menggunakan persamaan statik terhadap keseluruhan
kekuda, penentuan daya tindak balas terhadap penyokong dapat dibuat.
Lihat contoh di bawah sebagai panduan.
Contoh 2.1
Tentukan daya tindak balas untuk kekuda di Rajah 2.3(a-b) bawah:-
Rajah 2.3
(a)
C
22kN

6m
B

6m
HA
Nota : A D
Arah HA, VA dan
VD adalah andaian 11m
pada peringkat ini 5m
seperti dalam VA VD
Rajah .
i) Ambil momen di sendi D (arah ikut jam sebagai positif):
+ MD = 0  0 = VA (11) + 22(12)
VA = -24kN VA = 24 kN ()
(Negatif menunjukkan arah sebenar VA ke bawah)
ii). Jumlahkan daya dalam arah y; tentukan VD :
 Fy = 0  0 = VA + VD
 VD = 24 kN (  )
iii). Jumlahkan daya dalam arah x; tentukan HA :
  Fx = 0  0 = HA + 22
 HA = 22 kN ()

Penentuan arah sebenar daya tindak balas adalah penting untuk


menentukan daya dalam anggota struktur kekuda.
Cuba lihat kekuda seterusnya untuk meningkatkan kefahaman anda.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 / 5

(b)

B C D

6m

A
HA E
G

20kN 60kN
VA VF
Nota :
Arah HA, VA 3@8m=24m
dan VF adalah
andaian pada
peringkat ini
seperti dalam i) Ambil momen di sendi F (arah ikut jam sebagai positif):
Rajah .
+  MF = 0  0 = VA (24) - 20(8) + 60(8)
VA = -20kN VA = 20 kN ()
(Negatif menunjukkan arah sebenar VA ke bawah)
ii). Jumlahkan daya dalam arah y; tentukan VD :
 Fy = 0  0 = -VA + VF –20 -60
 VF = 100 kN (  )
iii). Oleh kerana tiada daya kenaan dalam arah x;
maka HA = 0 .

Bagaimana? Mudah bukan. Mari kita uji kefahaman masing-masing


dengan membuat aktiviti di muka sebelah. Jika masih keliru, rujuk contoh
yang diberikan dan minta bantuan daripada pensyarah anda.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 / 6

AKTIVITI
2.1

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila


semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.
Arahan: Tentukan daya tindak balas pada kerangka di bawah

(a)
B

60 kN 5m

A C
5m 5m

(b)

C D

3m
A E
F
600kN
3m 6m
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 / 7

( c ).
3kN
A B C

4m

2kN
2m
4kN
D
3m 6m
( d ).

F G H
30kN

4m

A E

40kN 40kN 40kN


4@3m=12m

( e ).

B C D
50kN

3m

E 10kN
A H G
F
35kN 25kN

4 @ 4m = 16m
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 / 8

MAKLUM BALAS
AKTIVITI 2.1

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat
menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2.1 dengan tepat.
(a). VA = 60kN ()
HA = 0
VC = 120kN ()

(b). VA = 400kN ()


HA = 0
VE = 200kN ()

(c). VC = 7kN ()


HC = 9.17kN ()
HD = 7.17kN ()

(d). VA = 50kN ()


HA = 30kN ()
VE = 70kN ()

(e). VA = 19.17kN ()


HA = 60kN ()
VF = 40.83kN ()
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 / 9

INPUT 2.2

KONSEP ZERO BAR

Pengenalan
Pernahkah anda mendengar perkataan zero bar?
Zero Bar ialah anggota kekuda yang tidak mempunyai daya dalaman.
Walaupun pada dasarnya tidak menanggung beban, namun ia diperlukan
untuk menghasilkan kekuda yang stabil dan memenuhi keseimbangan
statik. Sebagai penganalisa, proses penentuan daya dalam anggota kekuda
dapat dipercepatkan dengan mengenalpasti anggota tanpa daya dalaman.
Tetapi, bagaimana ????
Di bawah topik ini, kita akan membincangkan dua kes di mana
daya dalaman anggota adalah sifar.
KES 1 Jika tiada daya luaran yang dikenakan pada
sendi yang mempunyai dua anggota, maka daya dalam
kedua-dua anggota mestilah sifar.

Sila rujuk Rajah 2.4(a) di bawah untuk mengesahkan kenyataan di


atas. Berdasarkan kepada sistem koordinat, F1 bertindak pada arah x,
manakala F2 dipecahkan kepada daya komponen; arah x (F2x) dan y (F2y).
Jika kita jumlahkan semua daya dalam arah y, terbukti bahawa
F2y=0 kerana tiada daya luaran yang bertindak dalam arah y. Maka F2

Rajah 2.4
juga sifar dan untuk memenuhi keseimbangan, F1 juga sifar.
Keadaan di mana
daya dalam
anggota sifar: y F2y
F2y
(a). dua anggota
dan tiada daya
luaran, F1 dan F2 x
F2x
adalah sifar.

A F1

(a)
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /10

KES 2 Jika tiada daya luaran yang dikenakan pada


sendi yang mengandungi tiga anggota-di mana dua
anggota berterusan (collinear), maka daya di dalam
anggota yang tidak berterusan (non-collinear) adalah
sifar.

Mari kita lihat Rajah di bawah (Rajah 2.4b) untuk mengesahkan


kenyataan di atas. Sekali lagi, dengan menggunakan sistem koordinat, F1
dan F2 mewakili dua anggota yang collinear, manakala F3 mewakili
Rajah 2.4 anggota non-collinear.
Keadaan di mana
daya dalam anggota Jika dijumlahkan semua daya dalam arah y, maka F3y adalah sifar
sifar:
(b). Dua anggota
kerana tiada daya luaran yang bertindak. Oleh kerana F3y adalah sifar,
collinear (F1 dan maka F3 juga sifar.
F2),dan tiada daya y
luaran, maka daya
dalam anggota non-
collinear (F3) adalah x
sifar.
B
F2 F1

F3x

F3y
F3

(b)

Sekarang, mari kita lihat contoh-contoh di halaman berikutnya untuk


meningkatkan tahap kefahaman berkaitan topik ini.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /11

Contoh 2.2
Untuk kekuda di bawah, senaraikan anggota tanpa daya dalaman (zero
bar).

(a) C
22kN

6m
B

6m

A D

11m 5m

Penyelesaian
i). Pilih sendi yang tidak ada daya luaran; sendi B
ii). Tentukan sama ada sendi memenuhi syarat zero bar.
 Sendi B menghubungkan tiga (3) anggota iaitu BA, BC dan BD. Oleh
kerana anggota BD non-collinear, maka ia adalah zero bar (kes 2).
FBD=FDB=0

(b)
B C 75kN

A D
E F
50kN
Penyelesaian
i). Pilih sendi yang tidak ada daya luaran; sendi B dan D.
ii). Tentukan sama ada sendi memenuhi syarat zero bar.
 Sendi B menghubungkan tiga (3) anggota iaitu BA, BC dan BE tetapi
tidak memenuhi syarat zero bar kes 2.
 Sendi D menghubungkan dua anggota iaitu DC dan DF dan memenuhi
syarat zero bar kes 1. FDC = FDF = 0

Mudah bukan!! Sekarang bolehlah kita beralih ke aktiviti 2.2


….. selamat mencuba…….
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /12

AKTIVITI 2.2

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila


semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

Arahan : Senaraikan semua anggota yang tiada daya dalaman ( zero bar )
untuk kekuda di bawah.

( a ).
C 60kN

45kN

B D 25kN

E
A
F

( b ).

B C D
50kN

A E
10kN
H G
F
35kN 25kN
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /13

( c ).
D E
60kN
C

A M F
L K

J G

I H

(d)

A B C D E
75kN

F G H

55kN

(e)

A B C

100kN

E
D
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /14

MAKLUM BALAS
AKTIVITI 2.2

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input seterusnya jika anda dapat
menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2.2 dengan tepat.

(a). Sendi F : Anggota FD (Kes 2)


(b). Sendi E : Anggota ED (Kes 2)
Sendi C : Anggota CG (Kes 2)
(c). Sendi A : Anggota AB dan AM (Kes 1)
Sendi M : Anggota ML dan MB (Kes 1)
Sendi C : Anggota CL (Kes 2)
Sendi E : Anggota ED dan EF (Kes 1)
Sendi I : Anggota IH (Kes 2)
Sendi H : Anggota HJ (Kes 2)
Sendi G : Anggota GJ (Kes 2)
Sendi J : Anggota JF (Kes 2)

(d). Sendi E : Anggota ED dan EH (Kes 1)


Sendi D : Anggota DC dan DH (Kes 1)
Sendi B : Anggota BF (Kes 2)

(e). Sendi B : Anggota BD (Kes 2)


Sendi E : Anggota ED (Kes 2)
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /15

INPUT 2.3

Magnitud dan Jenis Daya Dalam Anggota

Pengenalan
Untuk menentukan magnitud dan jenis daya dalam anggota, langkah-
langkah berikut boleh dijadikan panduan:-
Langkah 1
- Tentukan daya-daya tindakbalas pada penyokong.
Langkah 2
- Pilih anggota tanpa daya dalaman (zero bar)
Langkah 3
- Analisis bermula di sendi yang:
(i). mempunyai daya luaran
(ii). Menghubungkan bilangan anggota yang tersedikit.
Ulang langkah 3 untuk sendi berikutnya.
Cuba fahamkan contoh di bawah.

Contoh 2.3
Tentukan magnitud dan jenis daya dalam anggota kekuda di Rajah 2.5(a)
dengan menggunakan kaedah sendi.
Rajah 2.5
(a). Kekuda 30kN
dengan beban C
kenaan B

3m

A
4m

(a)
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /16

Penyelesaian
Langkah-langkah yang dicadangkan:-
1. Tentukan daya tindakbalas pada penyokong
Nota:  VA = 30kN () ; HA = 40kN () ; HC = 40kN ()
Langkah 1 dan 2
telah dipelajari di 2. Pilih anggota tanpa daya dalaman (zero bar)
input sebelumnya.
Sila rujuk kembali  Oleh kerana tiada sendi tanpa daya luaran, maka tiada kes zero bar.
jika hadapi
sebarang 3. Penentuan daya dalam anggota melalui kaedah sendi
kesulitan.
 Pilih sendi yang mempunyai daya luaran; sendi A, B dan C
 Pilih sendi yang mempunyai anggota yang tersedikit; sendi A, B dan C
sesuai kerana masing-masing dengan 2 anggota. Namun kita mulakan
sendi B kerana tiada anggota pepenjuru.
Rajah 2.5 i). Analisis sendi C (Rajah 2.5b) dengan daya tindakbalas (H C) sebagai
(b). Jasad bebas
daya luaran. Oleh kerana kita tidak tahu arah sebenar daya dalaman (FCB
sendi C
dan FCA), maka kita andaikan arahnya keluar dari sendi (tegangan).

C
40kN FCB

FCA

(b)
 Jumlahkan semua daya dalam arah x; tentukan FCB
 +Fx = 0  0 = FCB - 40kN
Hint:
Di sendi C, daya 40kN  FCB = 40kN
dan FCB mewakili dua
(2) anggota yang Nota: Nilai positif menunjukkan arah FCB adalah sama seperti arah
collinear, manakala andaian. Maka FCB adalah anggota tegangan.
FCA adalah anggota
non – collinear (zero  Jumlahkan semua daya dalam arah y; tentukan FCA
bar kes 2)
+Fy = 0  0 = FCA
Nota: Oleh kerana tiada daya luaran dalam arah pugak, maka FCA adalah
sifar.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /17

Nota: ii). Ulang langkah 3 untuk sendi berikutnya.


Analisis sendi C akan
berakhir apabila Oleh kerana kedua-dua sendi A dan B mempunyai bilangan anggota yang
magnitud dan arah sama, maka kita boleh memilih mana-mana sendi. Katakan kita pilih
sebenar FCB dan FCA
diketahui. sendi A dengan daya tindakbalas (HA dan VA) sebagai daya luaran dan FAC
adalah sifar seperti dalam Rajah 2.5(c).

Rajah 2.4
FABy FAB
(c) Jasad bebas 0
sendi A
FABx

40kN
A

30kN
(c)
Dengan menggunakan persamaan statik dalam arah x dan y:-
 Jumlahkan semua daya dalam arah x; tentukan F ABx
 +Fx = 0  0 = FABx + 40kN
FABx = -40kN
Nota: Nilai negatif menunjukkan arah FABx berlawanan dengan arah
andaian iaitu ke kiri.
 Jumlahkan semua daya dalam arah y; tentukan FABy
+Fy = 0  0 = FABy + 30kN
FABy = -30kN  FABx = 30kN ()
Nota: Nilai negatif menunjukkan arah FABy berlawanan dengan arah
andaian iaitu ke bawah.
Dengan menggunakan teorem phytogeras, tentukan FAB
FAB =  (FABx)2 + (FABy)2
=  (40)2 + (30)2 = 50kN
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /18

Nota:
Oleh kerana arah komponen daya dalam anggota AB (FABx dan FABy)
berbeza dengan arah andaian, maka arah FAB adalah menuju ke sendi dan
anggota AB adalah mampatan.
Sebagai semakan, mari kita analisis sendi B (Rajah 2.5d) dengan daya
kenaan 30kN, FBA = 50kN (mampatan) dan FBC = 40kN (tegangan)
sebagai daya luaran.
Rajah 2.5 30kN
(d). Jasad bebas
sendi B
40kN B

Nota: 30kN
Daya FBA diagihkan
kepada komponen daya 40kN
dalam arah x dan y iaitu
40kN dan 30kN masing-
masing. (d)

Dengan menggunakan persamaan statik dalam arah x dan y:-


 Jumlahkan semua daya dalam arah x;
 +Fx = 0  40kN – 40kN = 0 (bukti)
 Jumlahkan semua daya dalam arah y;
+Fy = 0  30kN – 30kN = 0 (bukti)
Hasil pengiraan menujukkan keseimbangan persamaan statik telah
dicapai dan keputusana analisa ditunjukkan dalam Rajah 2.5(e) di mana
Rajah 2.5 daya tegangan dinyatakan dengan tandaan positif, manakala tandaan
(e). Daya dalam
anggota kekuda negatif untuk daya mampatan.
30kN
C +40 B
40kN

0 -50

40kN A

30kN (e)
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /19

Contoh 2.4
Dengan menggunakan kaedah sendi, tentukan madnitud dan jenis daya
Rajah 2.6
(a). Kekuda
dalam anggota bagi kekuda yang di tunjukkan dalam Rajah 2.6(a) di
dengan beban bawah.
kenaan
C
22kN

6m

6m

A D

11m 5m

(a)

Penyelesaian
Langkah-langkah yang dicadangkan:-
1. Tentukan daya tindakbalas pada penyokong
 VA = 30kN () ; HA = 22kN () ; VD = 40kN ()
2. Pilih anggota tanpa daya dalaman (zero bar). Konsep zero bar hanya
berlaku pada sendi tanpa daya luaran; sendi B.
 Sendi B menghubungkan tiga (3) anggota iaitu BA, BC dan BD. Oleh
kerana anggota BD non-collinear, maka ia adalah zero bar (kes 2).
FBD=FDB=0
3. Penentuan daya dalam anggota melalui kaedah sendi
 Pilih sendi yang mempunyai daya luaran; sendi A, D dan C boleh
diterima.
 Pilih sendi yang mempunyai anggota yang tersedikit; sendi A, B dan C
sesuai kerana masing-masing dengan 2 anggota. Namun untuk
memudahkan pengiraan, kita mulakan sendi A kerana hanya mempunyai
satu anggota pepenjuru sahaja.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /20

i). Analisis sendi A(Rajah 2.6b) dengan daya tindakbalas (V A dan HA)
sebagai daya luaran. Oleh kerana kita tidak tahu arah sebenar daya
dalaman anggota AB dan AD (FAB dan FAD), maka kita andaikan arahnya
keluar dari sendi (tegangan).
Rajah 2.6
(b). Jasad bebas FAB
FABy
sendi A

FABx

22kN A
FAD

Nota: 24kN
Selesaikan FABy
(b)
dahulu kerana satu
persamaan, satu anu. Dengan menggunakan persamaan statik dalam arah x dan y:-
 Jumlahkan semua daya dalam arah x;
 +Fx = 0  FAD + FABx = 22 ....... per. 1
 Jumlahkan semua daya dalam arah y;
+Fy = 0  FABy - 22 = 0  FABy = 22kN
Nota: Nilai positif menunjukkan arah andaian FABy adalah betul iaitu ke
atas.
Untuk menentukan FAB dan FABx, kaedah sempadan sisi pula digunakan
iaitu:
FABY FAB X FAB
 
12 16 20

4 4
maka FABx = * FABy = *24 = 32 kN
3 3
5 5
FAB = * FABy = *24 = 40 kN (tegangan)
3 3
Menentukan FAD ;
daripada per. 1 FAD + FABx = 22
FAD = 22 – FABx  FAD = -10kN
Nota: Nilai negatif menunjukkan arah sebenar FAD adalah ke kiri dan FAD
ialah anggota mampatan.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /21

iii). Seterusnya, kita analisis sama ada sendi B atau C; katakan kita pilih
Rajah 2.6
(c). Jasad bebas sendi B dengan daya dalam anggota BA (FAB = FBA = 40kN sebagai daya
sendi D
luaran) seperti dalam Rajah 2.6(c).

FBC
B
Nota:
Anggota BD 40kN
adalah zero (c)
bar.

Oleh kerana anggota BA dan BC adalah anggota collinear, maka


FDC = FBA = 40kN. Arah FBC juga keluar dari sendi dan anggota BC
adalah tegangan.
Sebagai semakan, cuba analisis sendi B dan sekiranya memenuhi
keseimbangan persamaan statik, ini bermakna kita telah berjaya !!!!
Keputusan analisa di tunjukkan dalam Rajah 2.6(d) di mana daya tegangan
dinyatakan dalam tandaan positif dan negatif untuk daya mampatan.

Rajah 2.6
(d) Kekuda C
22kN
dengan daya
dalaman. +40

B
-26
+40

22kN A -10 D

24kN 24kN
(d)

Bagaimana setakat ini? Adakah anda telah memahami konsep kaedah


sendi? Jika ya, tahniah diucapkan. Tetapi jika masih keliru, mari kita
cuba contoh berikut.
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /22

Contoh 2.5
Dengan menggunakan kaedah sendi, tentukan magnitud dan jenis daya
dalam anggota untuk kekuda seperti dalam Rajah 2.7a di bawah.
Rajah 2.7
(a). Kekuda dengan B C D
beban kenaan.

6m

A E
G F

20kN 60kN
3@8m=24m

(a)

Penyelesaian
1. Daya tindakbalas pada penyokong
 HA = 0; VA = 20kN () dan VF = 100kN ()
2. Anggota CG adalah zero bar; kes 2
3. Menentukan daya dalam anggota
i). Analisis sendi A dengan V A sebagai daya luar:
 FAB = 20kN (tegangan); FAG = 0
ii). Analisis sendi B dengan FBA= 20kN sebagai daya luaran:
 FBG = 33.33kN (mampatan); FBC = 22.67kN (tegangan)
iii). Analisis sendi C dengan FCB = 22.67kN sebagai daya luaran:  FCD
= 22.67kN (tegangan)
iv). Analisis sendi G dengan daya kenaan 20kN dan
FGC = 33.33kN sebagai daya luaran:
 FGD = 33.33kN (tegangan); FGF = 80kN (mampatan)
v). Analisis sendi F dengan VF dan FFG = 80kN sebagai daya luaran:
 FFE = 80kN (mampatan); FFD = 100kN (mampatan)
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /23

vi). Analisis sendi E dengan daya kenaan 60kN dan


FEF = 80kN sebagai daya luaran:
 FED = 100kN (mampatan)
Akhir sekali, analisis sendi D sebagai semakan untuk memenuhi
Rajah 2.7
(b). Daya dalam keseimbangan persamaan statik. Rajah 2.7b menunjukkan hasil analisa
anggota kekuda
dengan daya tegangan dinyatakan sebagai positif dan negatif untuk daya
mampatan.

B +26.67 C +26.67 D

-33.33 0 +66.67 +100


+20
-100

A E
0 G -80 F -80

20 20 100 60

(b)

Bagaimana tahap kefahaman anda di peringkat ini? Jika anda telah


memahami konsep kaedah sendi, tingatkan kefahaman dan kemahiran
anda dengan membuat aktiviti-aktiviti di halaman berikut. Jika
sebaliknya, cuba ulang semula contoh-contoh tadi dan minta bantuan
daripada rakan dan pensyarah anda.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.......
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /24

AKTIVITI 2.3

Uji kefahaman anda sebelum mengikuti aktivi kendiri. Sila semak


jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

Arahan : Dengan menggunakan kaedah sendi, tentukan magnitud dan


jenis daya dalaman untuk kekuda di bawah:-

60kN 5m

A C

5m 5m

(a)

B D

6m

A F
C E
6kN 3kN

3@8m=24m

(b)
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /25

30kN F G H

4m

A E

40kN 40kN 40kN


4@3m=12m

(c)

E
15kN

4m

D E

4m

A C
B

20kN
2 @ 5m = 10m

(d)

C D

3m

A E
B
600kN
3m 6m

(e)
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /26

MAKLUM BALAS

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke penilaian kendiri jika anda dapat
menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2.3 dengan tepat.

( a ). FAB = +60√5 kN (d) FAB = -10 kN


FAC = -120 kN FAD = -12 kN
FBC = -120√2 Kn FAE = +2√41 kN

( b ). FAB = -8.33 kN FBC = -25 kN


FAC = +6.67 kN FBE = -16 kN
FBC = +5 kN FCE = +5√41 kN
FBD = -6.67 kN FDE = +15 kN
FCD = +1.67 kN FDF = -3√41 kN
FCE = +5.34 kN FEF = +12 kN
FDE = +3 kN
FDF = -6.67 kN
FEF = +5.34 kN

( c ). FAB = +67.5 kN ( e ). FAB = +400 kN


FAF = -62.5 kN FAC = -400√2 kN
FBC = +67.5 kN FBC = +400 kN
FBF = +40 kN FBD = +200√2 kN
FCD = +52.5 kN FBE = +200 kN
FCF = +12.5 kN FCD = -400 kN
FCG = 0 FDE = -200√2 kN
FCH = +37.5 kN
FDE = +52.5 kN
FDH = +40 kN
FEH = -87.5 kN
FFG = -75 kN
FGH = -75 kN
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /27

PENILAIAN
KENDIRI

Tahniah, anda telah sampai keakhir unit 2. Sekarang anda boleh menilai
kefahaman anda dengan mencuba semua soalan dalam penilaian kendiri.
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila dapatkan bimbingan dari
pensyarah matapelajaran.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Arahan: Merujuk kepada kerangka di bawah, dengan menggunakan
kaedah sendi, dapatkan daya dalaman bagi anggota-anggota kerangka.
Nyatakan juga sama ada anggota-anggota kerangka tersebut bertindak
sebagai anggota mampatan atau anggota tegangan.

( a ).
A B C

200kN

1m

E
D

2m 2m

( b ). 235kN

C A

1m

D B

1m 1m
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /28

( c ). 115kN

A B C D

75kN
1m

G E
F

3@
3@ 1m1m = 3m
= 3m

( d ).
D
30kN

4m

A C
B

80kN
2 @ 3m = 6m

( e ).
B C

A 60o 60o D
E
35kN
2 @ 4m = 8m
UNIT 2 / KAEDAH SENDI ATAU SAMBUNGAN C5303 / 2 /29

MAKLUM BALAS
LATIHAN KENDIRI

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke unit berikutnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti kendiri dengan tepat.
Jawapan

( a ). FAB = +400 kN ( b ). FDC = -235 kN


FAD = -2005 kN Anggota lain sifar
FBD = 0
FBC = +400 kN
FCD = -2005 kN
FCE = +200 kN
FED = 0

( c ). FAB = +75 kN ( d ). FAB = +15 kN


FAG = +275 kN FAD = -75 kN
FCG = -295 kN FBD = +80 kN
FFG = +20 kN FCD = -25 kN

( e ). FAB = +40.41 kN
FBC = +40.42 kN
FAE = -20.21 kN
FCD = +40.41 kN
FED = -20.21 kN

Anda mungkin juga menyukai