Anda di halaman 1dari 1

Nama: _______________ Tarikh/Hari: 17 Jun 2020/ Rabu Kelas: 6 Cekal

Arahan: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat dalam petikan yang

diberikan.

Soalan 1

dari daripada pada dan yang akan kepada terhadap

Untuk menarik minat anak-anak supaya gemar membaca, ibu bapa haruslah membeli

bahan-bahan bacaan yang bermutu. Buku-buku cerita __________________

menarik dapat dijadikan hadiah hari lahir anak-anak. Hal ini lebih menguntungkan

anak-anak ___________________ daripada membazirkan wang untuk membeli

mainan. Selain itu, kunjungan ke kedai buku ________________ memberikan

pengalaman yang baik ___________________ anak-anak, seterusnya memupuk

sikap suka membaca.

( 4 markah )

Soalan 2

daripada supaya dan tetapi untuk yang dari dengan

Menghasilkan wau yang menarik bukanlah suatu kerja yang dapat dihasilkan dalam

sekelip mata. Hal ini dikatakan kerana banyak kemahiran _______________

ketekunan yang diperlukan untuk menghasilkannya. Selalunya, rangka wau diperbuat

______________ buluh duri. Sebelum rangka wau dibuat, buluh ini harus diraut

_______________ mudah dilenturkan. Rangka wau harus diimbangkan bagi

memastikan wau itu dapat terbang ________________ baik.

( 4 markah )

Anda mungkin juga menyukai