Anda di halaman 1dari 4

NAMA: NURSYAFIQA BINTI KHAIRUDDIN

NO IC: 971209-08-5634

KUMPULAN: KUMPULAN 8

TARIKH/HARI: 8/8/2020 (SABTU)

TEORI PELAZIMAN OPERAN B.F. SKINNER

Burrhus Frederic Skinner atau lebih dikenali sebagai B.F Skinner (1904-1990) adalah seorang
ahli psikologi Amerika Syarikat dan merupakan pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan,
dan mendapat ijazah kedoktorannya (Ph.D) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard.
Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku berjudul Behaviour of Organism yang terkandung
huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan, berdasarkan kajian-kajian beliau yang telah
dijalankan dalam tahun 1930-an. Di samping itu, Skinner turut memfokuskan kepada sebab dan
akibat daripada satu tingkah laku. Secara asasnya pelaziman operan ini merupakan satu proses
pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah kesan yang berlaku sebelum
ini secara sistematik.

Di samping itu, beliau juga terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan
menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner
telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi
ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan
anaknya di dalam Kotak Skinner. Seterusnya, berdasarkan Eksperimen Skinner, dapat dilihat
bahawa perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan.
Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini
menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya,
biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan,
gerak balas itu akan terhapus juga. Berdasarkan eksperimen tersebut, dapat dikatakan bahawa
konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan
boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah
dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu
mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak
boleh disamakan dengan hukuman atau denda.
Seterusnya, menurut Skinner juga, terdapat 5 jenis proses dalam teori pelaziman operan
Skinner, antaranya adalah pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack
dan pelupusan. Seterusnya, dalam aspek peneguhan, perkara yang dilakukan untuk
mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi maka pengukuhan perlu diberikan, pertamanya
untuk memuaskan kehendak individu, keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan
merangsang otak. Oleh itu, Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis,
iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan Positif ialah memberikan sesuatu
ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau
diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk
motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang
boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar
melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar,
memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh
peneguhan positif. Kesannya, Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong
kanak-kanak menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah
jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan.
Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan seperti memberi pujian dan sebagainya.

Di samping itu, peneguhan negatif pula adalah rangsangan serta merta yang tidak
selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya,
seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.
Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerjase kolahnya.
Tindakan anak membuat kerja rumah dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini
iaitu leteran bapanya. Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual
menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang
diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap,
peneguhan berkala berubah,peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah
berubah.

Selain itu, aspek dendaan. Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan
atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah
kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku
tersebut. Tambahan pula, dendaan pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu hukuman
persembahan dimana rangsangan yang boleh menakutkan pelajar seperti lari keliling padang,
balik lambat dan lain-lain lagi. Kedua, hukuman penyingkiran iaitu rangsangan disingkir
sebagai hukuman berkelakuan tidak betul seperti tidak dibenarkan menonton tv dalam jangka
masa tertentu.

Tambahan pula, prinsip Premack juga dapat dilihat dalam teori ini. Konsep utama
prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih
diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip
Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh
keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”.
Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang
menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya,
selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputerakan diadakan.

Akhir sekali adalah pelupusan. Pelupusan di sini bermaksud perlakuan yang tidak diberi
peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika peneguhan untuk
sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan. Oleh itu, guru
perlu bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta
merta.
Kesimpulannya, manusia pada dasarnya tidak berakhlak baik atau buruk, bagus atau jelek.
Manusia mempunyai potensi untuk bertingkah laku baik atau buruk, tepat atau salah.
Berdasarkan keturunan atau pembawaan yang terbentuknya pola-pola tingkahlaku yang
menjadi ciri-ciri khas dari keperibadiannya. Oleh itu, untuk mengukuhkan sesuatu kemahiran
atau teknik yang baru dipelajari hendaklah memberikan peneguhan secara berterusan dan
diikuti secara berkala.