Anda di halaman 1dari 12

Bahagian A[ 15 markah ]

Jawab semua soalan.

1 Antara yang berikut, yang manakah usaha untuk mewujudkan persekitaran yang
selamat di rantau Asia Tenggara?
A Forum Serantau ASEAN (ARF)
B Mesyuarat Asia dan Eropah (ASEM)
C Perjanjian Kawalan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
D Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Malaysia-Indonesia-Singapura (MIS-GT)

2 Yang manakah antara yang berikut adalah tidak benar tentang dasar luar Malaysia ?
A Mengamalkan dasar berkecuali dalam Perang Teluk
B Menentang penindasan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin
C Mengesyorkan tindakan ketenteraan dalam menyelesaikan isu Kemboja
D Mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira idealogi

3 Yang manakah antara berikut yang benar tentang matlamat penubuhan Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM) ?
A Mengakui persamaan semua bangsa dan negara
B Menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara anggota
C Menggalakkan campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara
D Menggalakkan kerjasama pertahanan dalam kalangan negara anggota

Yang manakah merupakan matlamat penyertaan Malaysia dalam Kerjasama Ekonomi Asia
Pasifik
A Membantu perkembangan industri tempatan
B Meluaskan pengaruh ekonomi di Asia Pasifik
C Mewujudkan blok perdagangan di Asia Pasifik
D Menggalakkan kerjasama teknikal dan ekonomi

Masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf Malaysia sebagai salah sebuah


negara yang komited dalam memulihara alam sekitar global, terutamanya
dengan pemuliharaan lapisan ozon global

Yang manakah antara berikut yang bersesuaian dengan penyataan di atas


A Protokol Kyoto
B Protokol Madrid
C Protokol Montreal
D Protokol Cartagena

 Faedah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)


Yang manakah merupakan faedah tentang perkara di atas?
I Meningkatkan pengeluaran barangan kilang
II Memudahkan pengangkutan barangan besi dan kuprum

II Mengelak pertindihan tuntutan kawasan dan sempadan


I
IV Menyelesaikan sengketa penerbangan dan kegiatan lanun
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Yang manakah fokus kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN + 3?


A Tenaga dan mineral
B Kerjasama ketenteraan
C Pertanian dan keselamatan makanan
D Pembangunan sosial dan sumber manusia

 Mengadakan dialog politik, kerjasama ekonomi dan dialog peradaban kebudayaan


 Mewujudkan kerjasama antara dua benua

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Mesyuarat Asia Eropah (ASEM)
B Masyarakat Ekonomi ASEAN (AEC)
C Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)
D Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

9 Kebangkitan negara China sebagai satu kuasa baharu ekonomi dunia turut dipengaruhi oleh
I Rangkaian usahawan Cina yang ada di seluruh dunia
II Produktiviti yang tinggi oleh tenaga buruh di negara China
III Bekalan bahan mentah industri yang banyak di negara China
IV Perubahan dalam sistem ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan China
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia membolehkannya


A menyelesaikan masalah rebutan pulau dengan negara asing
B menjalin kerjasama ekonomi dan politik dengan semua negara
C menyelaraskan urusan cukai dengan negara serantau dan negara lain
D mencampuri hal ehwal negara lain atas permintaan negara berkenaan

Yang manakah yang benar tentang matlamat ASEAN+3 diutarakan?


A Bersaing dengan blok perdagangan lain
B Rakan dialog ASEAN semakin berkurangan
C Kegagalan perundingan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
D Membentuk kerjasama perundingan ekonomi yang lebih kukuh

12 Yang manakah yang dapat mengeratkan Kerjasama Selatan-Selatan?


A Mesyuarat Asia-Eropah
B Dialog Antarabangsa Langkawi
C Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik
D Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Timur

13 Perundingan Ekonomi Asia Timur yang diilhamkan oleh negara kita Malaysia pada asasnya
bertujuan

A Merundingkan pemindahan teknologi melalui pelaburan asing


B Mengenalpasti isu-isu perdagangan untuk mengurangkan bayaran cukai berganda
C Membincangkan isu-isu perdagangan dan ekonomi yang mempunyai kepentingan
bersama
D Menyaingi Kesatuan Eropah (EC) dan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas
Amerika (NAFTA) dari segi perdagangan

14 Yang manakah matlamat kerjasama antara ASEAN dengan Jepun, China dan Korea
Selatan?
I Mewujudkan kestabilan politik
II Mewujudkan kerjasama perdagangan
III Mewujudkan kerjasama keselamatan
IV Mewujudkan kerjasama perusahaan kecil dan sederhana
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

15 Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang Kumpulan
Lapan Negara Membangun (D-8)?
I Mengadakan kerjasama dalam bidang ketenteraan
II Menumpukan kepada kerjasama dalam bidang politik
III Mewujudkan peluang-peluang baru dalam hubungan perdagangan
IV Menggerakkan kerjasama dalam bidang perbankan dan insuran Islam
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV
Bahagian B[ 15 markah ]

Jawab satu soalan sahaja.

16 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, jelaskan mengapa keadaan import Malaysia
dari Republik China dari tahun 2012 hingga tahun 2014 seperti yang digambarkan dalam jadual di
bawah.

MALAYSIA : IMPORT MENGIKUT NEGARA TERPILIH DARI


TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2014

Tahun Nilai Import (RM juta)


Negara 2012 2013 2014
Republik China 61 025.7 66 429.8 75 612.6
Singapura 50 359.1 62 200.8 75 500.1
Asia Barat 12 400.7 16 560.7 25 336.5
Jumlah 123 785.5 145 191.3 176 449.2

(Dipetik dan diubah suai daripada Buku Perangkaan Tahunan Malaysia, 2015)

17 Berdasarkan jadual berikut, huraikan pola kemasukan pelancong asing ke negara ini dari
tahun 2005 hingga tahun 2007 dan jelaskan sebab-sebab mengapa berlakunya perkembangan
bilangan kemasukan pelancong tersebut.

KEMASUKAN PELANCONG-PELANCONG ASING TERPILIH


KE MALAYSIA DARI TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2007

TAHUN TAHUN TAHUN

NEGARA 2005 2006 2007


orang % orang % orang %

EROPAH 1 802 270 18.11 1 600 301 13.53 1 450 020 11.53
ASIA TIMUR 1 513 800 15.21 1 460 501 12.35 1 200 806 9.55

AMERIKA SYARIKAT 188 520 1.89 157 620 1.33 178 100 1.41
ASEAN 6 300 091 63.31 8 420 402 71.22 9 551 155 75.98

TIMUR TENGAH 145 645 1.46 182 800 1.54 190 222 1.51
JUMLAH 9 950 326 100 11 821 624 100 12 570 303 100
(Dipetik dan diubah suai daripada buku Jabatan Perangkaan Malaysia, 2008)

Bahagian C[ 50 markah ]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan.

18 Menjamin keselamatan rakyat dan negara sahaja bukanlah satu-satu matlamat dasar luar
Malaysia. Bincangkan.

19 Keganasan antarabangsa semakin menjadi-jadi dan peningkatannya mengancam keamanan


dunia. Huraikan punca keganasan antarabangsa dan implikasinya terhadap kestabilan politik dan
ekonomi sesebuah Negara.

20 Usaha memindahkan produk Malaysia secara haram ke negara jiran merupakan masalah
yang dihadapi negara sejak sekian lama yang akhirnya telah merugikan negara.  Bincangkan.

SKEMA JAWAPAN: CADANGAN


Bahagian A

1 A 2 C 3 A 4 D 5 C

6 D 7 D 8 A 9 D 10 B

11 D 12 B 13 C 14 C 15 D

Bahagian B

16. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, jelaskan mengapa keadaan import Malaysia dari
Republik China dari tahun 2012 hingga tahun 2014 seperti yang digambarkan dalam jadual di bawah.

MALAYSIA : IMPORT MENGIKUT NEGARA TERPILIH DARI


TAHUN 2012 HINGGA TAHUN 2014

Tahun Nilai Import (RM juta)


Negara 2012 2013 2014
Republik China 61 025.7 66 429.8 75 612.6
Singapura 50 359.1 62 200.8 75 500.1
Asia Barat 12 400.7 16 560.7 25 336.5
Jumlah 123 785.5 145 191.3 176 449.2

(Dipetik dan diubah suai daripada Buku Perangkaan Tahunan Malaysia, 2012)

Bil Idea Huraian/Bukti


A. Analisa Data:

1. Keadaan import dari China: Tahun 2012 – RM61,025.7 juta


Sentiasa meningkat Tahun 2013 – RM66,429.8 juta
Tahun 2014 – RM75,612.6 juta
Beza sebanyak RM14,586.9 juta/ 23.90% ( tahun 2012 hingga
2014)

B. Faktor import dari China yang Telah lama terjalin sejak daripada zaman Tun Abdul Razak
sentiasa meningkat: hingga sekarang
2. Hubungan diplomatik Merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menjalin
hubungan diplomatik dengan China yang merupakan sebuah
negara komunis
Sentiasa dipererat dari masa ke semasa
3. Lubuk barangan popular Kilang kepada negara di seluruh dunia kerana barangan buatan
China terdapat di hampir setiap negara di dunia
Mengeksport puluhan ribu barangan seperti telefon bimbit,
aksesori kereta, aksesori kamera, pakaian sukan, aksesori
wanita dan barangan elektronik
4. Harga murah Kos pembuatan yang murah kerana kos buruh dan bahan
mentah yang murah
Barangan popular dijual pada harga lebih rendah berbanding
negara lain di dunia
5. Polisi pintu terbuka China Membuka peluang pelaburan dan perdagangan kepada negara
luar
Pembekal China ke arah aktiviti mengeksport barangan ke
pasaran luar dan semakin meningkatkan aktiviti pemasaran
kepada pelanggan luar
Mudah berurus niaga
6. Permintaan tinggi pengguna Antara barangan yang mendapat permintaan tinggi seperti
Malaysia barangan kulit, aksesori kereta dan barangan elektronik
Menepati cita rasa pengguna dan boleh memiliki barangan
berjenama pada harga rendah
Peniaga secara kecil-kecilan dapat mengembangkan perniagaan
mereka
7. Perkhidmatan Dropshipping Penyediaan perkhidmatan Dropshipping oleh pembekal dari
China kepada pelanggan mereka
Peniaga hanya mempromosi barangan, menerima barangan,
memproses dan menerima bayaran
Bayaran tersebut digunakan untuk membayar barangan yang
dibeli daripada pembekal
Pembekal menghantar barangan tersebut terus kepada
pelanggan
Peniaga tidak perlu menanggung risiko menyimpan stok, kos
berlebihan dan masalah penghantaran
8. Kualiti barangan Setanding dengan barangan berjenama luar negara
9. Cukai/tarif/duti import rendah Membolehkan kuantiti barangan yang lebih banyak dibeli

17 Berdasarkan jadual berikut, huraikan pola kemasukan pelancong asing ke negara ini dari tahun 2005
hingga tahun 2007 dan jelaskan sebab-sebab mengapa berlakunya perkembangan bilangan kemasukan
pelancong tersebut.
KEMASUKAN PELANCONG-PELANCONG ASING TERPILIH
KE MALAYSIA DARI TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2007

TAHUN TAHUN TAHUN

NEGARA 2005 2006 2007

orang % orang % orang %

EROPAH 1 802 270 18.11 1 600 301 13.53 1 450 020 11.53

ASIA TIMUR 1 513 800 15.21 1 460 501 12.35 1 200 806 9.55

AMERIKA SYARIKAT 188 520 1.89 157 620 1.33 178 100 1.41

ASEAN 6 300 091 63.31 8 420 402 71.22 9 551 155 75.98

TIMUR TENGAH 145 645 1.46 182 800 1.54 190 222 1.51

JUMLAH 9 950 326 100 11 821 624 100 12 570 303 100

(Dipetik dan diubah suai daripada


buku Jabatan Perangkaan Malaysia, 2008)

BI ISI/IDEA HURAIAN
L

A. ANALISIS PERUBAHAN

1 Jumlah keseluruhan - Tahun 2005- 9 950 326 orang.


meningkat
Tahun 2007- 12 570 303 orang.

Meningkat sebanyak 2 619 977 orang atau 26.33%

2 Meningkat berterusan Pelancong dari Negara Asean

Tahun 2005- 6 300 091 orang.

Tahun 2007- 9 551 155 orang.

Meningkat sebanyak 3 251 064 orang atau 51.60%

Pelancong dari Timur Tengah

Tahun 2005- 145 645orang.

Tahun 2007- 190 222 orang.

Meningkat sebanyak 44 577 orang atau 30.60%

3 Merosot berterusan Pelancong dari Eropah


Tahun 2005- 1 802 270 orang.

Tahun 2007- 1 450 020 orang.

Menurun sebanyak 352 250 orang atau 19.54%

Tahun 2006- 1 600 301 orang.

Menurun sebanyak 201 969 orang atau 11.20%

Pelancong Asia Timur

Tahun 2005- 1 513 800 orang.

Tahun 2007- 1 200 806 orang.

Menurun sebanyak 312 994 orang atau 20.67%

Tahun 2006- 1 460 301 orang.

Menurun sebanyak 53 299 orang atau 3.52%

4 Tidak konsisten Pelancong dari Amerika Syarikat

Tahun 2005- 188 520 orang.

Tahun 2006- 157 620 orang.

Menurun sebanyak 30 900 orang atau 16.39%

Tahun 2007- 178 100 orang.

Meningkat sebanyak 20 480 orang atau 12.99%

B. ANALISIS BANDINGAN

Paling tinggi - Asean 6 300 091 orang, 63.31 %

5 Tahun 2005 Paling rendah- Timur Tengah 145 645 orang, 1.46%

daripada jumlah keseluruhan 9 950 326 orang

beza – 6 154 446 orang, 97.68%

Paling tinggi- Asean 8 420 402 orang, 71.22 %

6 Tahun 2006 Paling rendah- Amerika Syarikat 157 620 orang, 1.33 %

daripada jumlah keseluruhan 11 821 624 orang

beza – 8 262 782 orang, 97.77%

Paling tinggi- Asean 9 551 155 orang, 75.98%

Paling rendah- Amerika Syarikat 178 100 orang, 1.41% daripada


7 Tahun 2007 jumlah keseluruhan 12 570 303 orang

Beza – 9 373 055 orang, 98.13%

C. SEBAB MENINGKAT

8. Kempen/Promosi berterusan  Kerjasama kerajaan dengan pihak swasta mempromosi tempat-


tempat menarik dalam negara telah menggalakkan kedatangan
pelancong.
 Lembaga Penggalakan Pelancong Malaysia (LPPM) menggalakan
kedatangan pelancong menerusi media massa.
 Kempen Tahun Malawat Malaysia, Cuti-Cuti Malaysia.
 60 dinding bas di London pernah mengiklankan tentang Malaysia.
9. Keamanan/keselamatan  Negara Malaysia yang aman dari segala bencana alam atau rusuhan
negara kaum.
 Pelancong yakin dan selamat.

10. Kemudahan prasarana  Sistem pengangkutan seperti kapal terbang, feri, bot dan lain-lain.
 Banyak kemudahan tempat tinggal seperti hotel dan lain-lain.
 Harga berpatutan.
11. Mudah memperoleh makanan  Berjaya menarik minat penduduk/pelancong dari negara-negara
halal Islam.

12. Banyak produk pelancongan  Pelbagai produk pelancongan boleh diikuti oleh pelancong seperti
pelancongan kesihatan, pendidikan, ekopelancongan, sukan dan
lain-lain.
 Grand Prix Formula 1 (FI), Le Tour De Langkawi, hospital-hospital
yang canggih.
 Gua Niah, Taman-taman Negara.
13. Kepelbagaian kebudayaan dan  Kebudayaan orang Melayu, Cina, India dan suku etnik di Sarawak
adat resam penduduk dan Sabah.
 Keunikannya menarik minat pelancong.
 Kampung Budaya Sarawak memaparkan keunikan kebudayaan
kaum-kaum di Malaysia.

Bahagian C

18 Menjamin keselamatan rakyat dan negara sahaja bukanlah satu-satu matlamat dasar luar Malaysia.
Bincangkan.

 dasar luar negara merujuk kepada perhubungan negara Malaysia dengan


negara luar
Bil Pendahuluan  hubungan ini merupakan suatu tindakan yang diperlukan oleh sesebuah
negara untuk berinteraksi dengan sebuah negara lain sama ada dekat atau
jauh
 terdapat beberapa matlamat negara Malaysia mengadakan hubungan luar
 Hubungan luar yang erat dan saling menghormati negara lain akan
meningkatkan persefahaman
1 Menjamin keselamatan
 Perselisihan dengan negara luar akan menjejaskan keselamatan negara
rakyat dan negara
disebabkan pencerobohan dan keganasan
 Mengadakan persahabatan dengan negara luar boleh meningkatkan
kerjasama serantau dan antarabangsa
 Dapat mengatasi ancaman musuh dengan menjalankan latihan tentera
bersama-sama dengan negara serantau dan antarabangsa
 Menyediakan negara dengan peralatan tentera berteknologi tinggi
 Perhubungan dengan negara luar akan mendedahkan identiti negara
kepada dunia luar
2 Mengekalkan kedaulatan Mendapat pengiktirafan dari negara luar untuk mengadakan hubungan
Negara dengan Malaysia kerana negara ini aman dan damai
 Menempatkan duta atau Pesuruhjaya Tinggi
 Mengelak pencerobohan atau penindasan dari negara kuasa besar
 Menghormati negara sebagai negara berdaulat
 Mengadakan hubungan ekonomi dua hala
 Mengadakan perjanjian ekonomi untuk mrningkatkan eksport dan
3 Meningkatkan ekonomi
produktiviti seperti AFTA, FTA dll
 Membaiki imbangan bayaran
 Menambah sumber tenaga dari luar negara dan memesatkan aktiviti
ekonomi negara
 Meningkatkan kemasukan pelabur asing dan meluaskan pasaran
 Menguntungkan negara
 Membolehkan budaya penduduk asing dipelajari
 Menguasai bahasa asing dan meningkatkan silaturrahim dalam kalangan
4 Kepentingan sosio-
negara di peringkat serantau atau antarabangsa
budaya
 Mengenal corak hidup masyarakat luar negara dan menerapkannya dengan
budaya tempatan juika sesuai seperti seperti budaya pekerja Jepun yang
bersungguh-sunggh, berdisiplin dan cekap
 Membawa manafaat kepada negara
 Hubngan dengan negara luar membolehkan Malaysia bekerjasama
untukmenjaga keamanan bersama-sama
5 Mewujudkan keamanan
 Dapat menggunakan saluran yang sesuai untuk memberi pendapat tentang
sejagat
cara mengekalkan keamanan negara
 Mengadakan kerjasama dengan Negara-negara Asia Tenggara untuk
mengekalkan kawasan Asia tenggara sebagai kawasan aman dan berkecuali
 Mengadakan kerjasama dengan PBB untuk menjadikan dunia ini aman
tanpa konflik perkauman dan ideologi
 Malaysia mempunyai pelbagai matlamat untuk mengadakan persahabatan
dengan negara luar
Penutup
 Perhubungan luar membolehkan masyarakat dunia hidup aman damai dan
bekerjasama antara satu dengan lain

Idea 1 wajib – 1 + 4

19 Keganasan antarabangsa semakin menjadi-jadi dan peningkatannya mengancam keamanan dunia.


Huraikan punca keganasan antarabangsa dan implikasinya terhadap kestabilan politik dan ekonomi sesebuah
Negara.

 Konflik keganasan antarabangsa banyak meragut nyawa dan


Pengenalan kerapberlaku di seluruh dunia.
Bil  Keadaan ini seolah-olah tida titik noktah walaupun banyak usaha yang
telah diambil oleh PBB
A Punca

 Berlaku percanggahan pandangan antara dua puak penganut agama


Konflik agama yang berbeza
1 antarabangsa  Mempunyai fikiran sempit- terlalu taksub dengan fahaman sendiri
 Keengganan kedua-dua pihak untuk bertolak ansur dan berdamai
 Kuasa veto disalahgunakan
Negara penceroboh  Menceroboh negara-negara tertentu dengan alasan membanteras
2 bersikap angkuh keganasan antarabangsa
 Kuasa besar secara tidak langsung menghalalkan keganasan terhadap
sesebuah negara terutamanya negara yang lemah
 Timbul penentangan daripada penduduk tempatan kerana merasakan
kepentingan mereka terancam
 Memerintah secara kuku besi dan membuat apa sahaja yang diinginkan
Pemimpin diktator oleh mereka
3  Tiada kebebasan yang diberikan kepada rakyat- menggunakan polis
rahsia untuk mengekalkan kestabilan politik
 Menghalalkan keganasan dengan alasan tertentu menyebabkan puak
tertentu tidak puas hati dengan pemimpin
4  Apabila sesuatu kaum itu membuat penentangan terhadap
Keganasan sengaja pencerobohan yang dibuat, mereka akan dianggap sebagai pengganas
disalahtafsir  Mereka melakukan pengeboman berani mati untuk memerangi
keganasan
 Keganasan yang melampau dianggap penyelamat bangsa
 Sikap benci membenci, salah faham dan hasutan perkauman
Konflik perkauman mencetuskan keganasan
5  Perselisihan akan berlaku apabila satu kaum lebih maju daripada kaum
yang lain
 Timbul trasa tidak puas hati yang menyebabkan berlaku perselisihan
faham
BI Implikasi terhadap kestabilan politik dan ekonomi

 Pergolakan politik dalaman sesebuah negara menyebabkan keganasan


Keselamatan penduduk  Pemimpin mengapi-apikan sesuatu isu dan menghasut penyokong
6 terancam membenci kaum lain
 Hilang perasaan rasonal- mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan
dan bertindak liar dengan merosakkan harta benda dan melakukan
pembunuhan
 Pelabur asing dan tempatan tidak berani melabur
Menjejaskan pertumbuhan Tiada keyakinan kerana takut kerugian
7 ekonomi  Keganasan berpanjangan akan menjejaskan ekonomi dunia

 Rampasan kapal terbang danpengeboman bangunan menyebabkan


Industri pelancongan pelancong takut
8 terancam  Tidak berani pergi ke negara yang dilanda pergolakan politik keganasan
 Perniagaan agensi pelancongan akan mengalami kemerosotan
 Menjejaskan pendapatan negara

 Timbul kegiatan penghapusan etnik


Negara/ masyarakat akan  Saling mencurigai dan berprasangka negative antara satu sama lain
9 huru hara  Perasaan dendam, iri hati, saling menuduh dan membenci-benci
 Masyarakan tidak dapat bersatu padu dan keamanan tidak dapat
dikecapi
 Konlik keganasan ini perlu dibendung dengan segera sebelum meragut
Penutup lebih banyak nyawa

2+ 3 @ 3 +2

20 Usaha memindahkan produk Malaysia secara haram ke negara jiran merupakan masalah yang
dihadapi negara sejak sekian lama yang akhirnya telah merugikan negara.  Bincangkan.

Pendahuluan
Antara masalah besar negara yang turut menjejaskan pendapatan negara ialah usaha membawa keluar produk
negara secara haram bagi dibawa masuk ke negara jiran untuk kegunaan di negara berkenaan Aktiviti ini
turut mengancam kesejahteraan dan keselamatan negara.
Bil Idea/Isi Huraian
A : Mengapa berlaku pemindahan
1 Harga sesetengah barang yang lebih tinggi di negara jiran
Perbezaan harga barangan membuatkan wujud usaha untuk membawa keluar suatu
produk negara untuk dijual di negara jiran
Sebagai contoh, harga petroleum yang lebih rendah di
Malaysia menyebabkan timbul usaha untuk menyeludup
sumber tenaga berkenaan ke Thailand bagi membolehkan
penggunaan dengan kos yang rendah
2 Menyebabkan harga barangan akan meningkat di negara
Kekurangan sumber di negara jiran jiran
Kekurangan sumber barangan dan peningkatan harga akan
menyebabkan wujud usaha membawa keluar suatu produk
negara ke negara jiran.
Sebagai contoh kekurangan minyak masak di Thailand telah
mewujudkan usaha membawa masuk produk minyak masak
Malaysia ke negara berkenaan
3 Cukai eksport yang dikenakan negara ke atas barangan yang
Urusniaga yang menguntungkan hendak dijual dan diedar di luar negara akan meningkatkan
harga suatu barangan
Tanpa membayar cukai, suatu barangan dapat dijual dengan
harga yang lebih menguntungkan dan akan mendapat
permintaan yang tinggi di pasaran negara jiran
4 Undang-undang yang berbeza Undang-undang negara melarang eksport kayu balak mentah
atau yang belum diproses
Undang-undang di sesetengah negara jiran membenarkan
berbuat demikian. Berlaku penyeludupan keluar kayu balak
yang belum diproses ke negara jiran bagi memenuhi
permintaan kayu balak mentah di pasaran antarabangsa.
B : Mengapa tidak harus dibiarkan
5 Suatu produk negara yang dibawa keluar untuk dipasarkan di
Merugikan pendapatan negara negara jiran tanpa melalui proses yang sah akan merugikan
negara dari segi pungutan cukai
Cukai eksport ke atas suatu produk tidak dapat dipungut
sedangkan kos pemeriksaan kastam tetap dikeluarkan
6 Penyeludupan keluar barangan untuk dibawa masuk ke
Menjejaskan imej negara negara jiran boleh menggambarkan wujud kelonggaran
dalam sistem kawalan sempadan negara.
Satu situasi yang boleh menjejaskan imej negara dan boleh
dieksploitasi oleh pihak berkepentingan atas ‘kelemahan’
tersebut
7 Persepsi kawalan sempadan yang longgar akan merangsang
Membuka ruang aktiviti haram lain sindiket penyeludupan senjata dan dadah antarabangsa
untuk melakukan aktiviti berkenaan ke Malaysia dengan
menggunakan kaedah yang sama
Kemasukan senjata dan dadah akan mengancam keselamatan
negara
8 Sebahagian produk yang diseludup melibatkan barangan
Meningkatkan peruntukan subsidi yang disubsidi oleh kerajaan seperti petroleum dan minyak
negara masak.
Wujud ‘kebocoran’ keluar kos yang ditampung oleh kerajaan
untuk kebajikan rakyat. Sasaran untuk meringan-kan beban
rakyat atau meningkatkan daya beli rakyat tidak akan
mencapai kesan yang menyeluruh.

Penutup
Langkah yang berkesan perlu dirangka yang mungkin juga akan melibatkan kepakatan antara dua negara.
Jawapan : 3A + 2B atau 2A + 3B idea
Nota : Bahagian A:Faktor melibatkan Malaysia tidak diterima