Anda di halaman 1dari 5

ASAL USUL PERAYAAN DEEPAVALI

Sejarah  dan Latar Belakang

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,


telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura
meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai
peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,
sebagai peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia.Pelita yang dipasang dalam barisan
dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan
kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Tersebut kisah seorang pemusnah yang bernama Ahsuran yang tidur selama tiga
hingga enam bulan. Dia suka makan semua benda termasuk manusia. Apabila dia
masuk ke dalam kampung, semua orang akan memadamkan lampu. Hal ini kerana
dia tidak suka lampu dan cahaya. Dia hanya suka tidur. Dia juga akan membunuh
sesiapa sahaja yang mengganggunya tidur. Satu hari, seorang Dewa yang bernama
Krishnan muncul dan melawan pemusnah tadi. Mereka berlawan sehingga
pemusnah dikalahkan oleh Dewa yang suci. Maka semua penduduk kampung mula
memasang lampu. Berikutan dengan peristiwa tersebut, Deepavali disambut
berdasarkan cerita ini.
  Persediaan Sambutan Perayaan

Sebelum Perayaan

Sehari Sebelum Deepavali

Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat
upacara sembahyang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat
selama-lamanya.
Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk
santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika di hadapan gambar si
mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada
haiwan.

Malam Sebelum Perayaan Deepavali

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh
ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu
upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan
pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan
mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

Memasang Vilakku

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai
oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “Agal vilakku”. Lampu
“Agal vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat.
Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu
moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran
iaitu Dewi Lakhsmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu.
Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi
Lakhsmi.

Kolam atau Rangoli

Rangoli  lambang penyembahan Dewa  Lakshmi

Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu
hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib
matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat
dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Semasa Perayaan

Persiapan Di Pagi Perayaan Deepavali

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun
lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga akan mandi dan
membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa
dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan
pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara
mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan
ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek.

Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan
membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi
penganut Hindu mesti memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi
Deepavali.Hal ini bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan
dalam diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut
Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan
kalungan bunga.Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan
dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian, mereka pergi
bersembahyang di rumah atau di kuil dengan ahli keluarganya.

Upacara Sembahyang

Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan


upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu
dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang,
mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad”
sebelum pulang ke rumah.

Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum


keluarga.Kebiasannya, suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi
manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara
mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat  tepung beras
berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
  Pakaian Tradisional Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan
Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki bagi
dewasa.Tetapi,bagi kanak-kanak pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India
ialah Pattu Pavadai. Manakala,bagi remaja perempuan akan memakai Pavadai
Tavani.

Kuih muih dan Juadah utama/khas

Manisan dan Juadah Deepavali

Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati
oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing.
Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum
memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu
membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang
berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap
lebih baik dan dialu-alukan.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang terkenal
seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut
disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi
kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgurt dan kari dal.
Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti Muruku, Neiurundai dan
Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.
Pembaikan menyambut perayaan Deepavali

Perayaan Deepavali menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai


bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut
perayaan ini, kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran
berdekatan, teman-teman keluarga, dan sahabat keluarga kami.Dengan berkongsi
juadah dan sambutan perayaan ini, kami juga dapat merealisasikan Motto negara
yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Konsep Satu
Malaysia.Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.

Perayaan membantu perpaduan Negara

Berdasarkan kajian terhadap kedatangan perlancong ke Malaysia, menunjukkan


antara faktor kedatangan pelancong luar ke Melaysia selain daripada faktor
keamanan adalah faktor keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidup berkongsi
perayaan mereka. Perayaan yang berbilang juga memberi pengukuhan kepada
ekonomi negara kerana setiap kali menjelang perayaan, rakyat Malaysia akan
membeli belah untuk memenuhi kehendak dan sambutan kepada perayaan mereka.
Contohnya dalam menyambut perayaan ini Deepavali masyarakat lainnya akan turut
berbelanja kerana potongan harga murah yang ditawarkan daripada pusat membeli
belah.Perayaan ini juga memberi kesan sosial yang lebih utuh kerana masyarakat
yang berbilang kaum dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli masyarakat.

Pengekalan tradisi

Dengan menyambut perayaan-perayaan tradisi, ini dapat mengekalkan tradisi keluarga yang
diwarisi sejak turun-temurun dari keluarga. Selain itu, masyarakat India  juga menghormati
moyang mereka yang sudah meninggal dunia dengan mengekalkan tradisi yang diwarisi oleh
mereka.

Anda mungkin juga menyukai