Anda di halaman 1dari 7

SISTEM KEHIDUPAN DALAM AGAMA ISLAM YANG MEMASTIKAN

PENGANUTNYA MENCAPAI BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT

Beragama merupakan fitrah semula jadi manusia kerana secara fitrah,


manusia mengakui kewujudan sesuatu yang berkuasa dan berusaha mencarinya.
Islam bererti menyerah diri, tunduk dan patuh kepada segala ketentuan dan hukum-
hukum yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasul-Nya. Menurut Dr Haron Din (1990),
pengertian Islam dari segi bahasa terdapat berbagai-bagai makna sebab perkataan
Islam itu adalah nama terbitan dan kata kerjanya ialah perkataan “Salam” di mana
perkataan ini mengandungi tiga makna, iaitu :

1. Tulen dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin.


2. Damai, aman atau sejahtera.
3. Taat dan menyerah.

Pengertian Islam dari segi syara’ pula ialah mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan
jujur hati kepadaNya serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi
Muhammad daripada Allah. Islam adalah agama yang telah ditetapkan Allah,
sebagaimana firmannya;

Maksudnya : Dan aku telah relakan islam menjadi agama untuk kamu.

(Al-maidah 5:3)

Menurut Dr. Haron Din (1990) lagi, Islam adalah cara hidup yang menyeluruh
yang mengatur semua bahagian daripada kehidupan manusia. Islam merupakan satu
sistem dan cara hidup yang melengkapi semua kegiatan hidup manusia kerana Islam
itu syumul. Islam itu syumul maka jadikan yang syumul itu cara hidup yang sebenar-
benarnya untuk menuju matlamat akhir kehidupan, iaitu mendapatkan keredaan Ilahi
menerusi cara hidup (addin) yang dilingkari oleh panduan Islam. Sistem-sistem
kehidupan dalam agama Islam merangkumi sistem akhlak, sistem masyarakat, sistem
politik, sistem ekonomi, sistem pendidikan dan sistem jenayah. Sistem-sistem ini
menjadi panduan dan pelengkap bagi umat Islam duniawi dan ukhrawi. Saya akan
menerangkan dua sistem kehidupan dalam Islam melalui penulisan ini, iaitu sistem
akhlak dan sistem masyarakat.
Menurut Dr Abdul Karim Zaidan dalam penulisan Abu Ridhwan (2008), akhlak
dalam Islam ditakrifkan sebagai nilai-nilai atau sifat-sifat yang telah sebati dalam diri
seseorang dan menjadi kayu ukur bagi insan untuk menilai baik-buruknya sesuatu
perbuatan. Akhlak berfungsi sebagai pengatur tingkah laku manusia. Ini berikutan
tulisan Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin iaitu, “Setiap sifat yang tersemat
dalam hati akan tercerna kesannya pada anggota badan dan akan bergerak menurut
sifat ini.” Akhlak memberi pengaruh besar terhadap tindakan dan langkah seseorang
di mana baik dan buruknya perlakuan seseorang itu bergantung kepada nilai akhlak
mereka. Wujudnya sistem akhlak ini adalah untuk keharmonian, kesejahteraan,
kedamaian, keamanan dan kebahagiaan semua anggota dalam masyarakat yang
meliputi pelbagai lapisan dan darjat suatu kedudukan.

Hakikatnya, Islam sentiasa mengingati penganutnya agar menyemaikan


akhlak-akhlak yang terpuji dalam hati sehingga merasakannya sebati dan dapat
mempengaruhi segala tingkah laku manusia. Pelbagai akhlak terpuji dan kebaikan
dapat dilakukan seperti menghormati kedua ibu bapa, berbuat baik dengan semua
makhluk dan sebagainya. Islam juga meletakkan akhlak di tempat yang tinggi. Hal ini
dapat dibuktikan dengan matlamat pengutusan Rasulullah S.A.W. adalah untuk
memperbaiki akhlak manusia sebagaimana dalam hadis baginda yang bermaksud:

”Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya aku hanya
diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (HR. Ahmad).

Menurut Dr Haron Din (1991) lagi, Allah telah memberikan neraca penimbang
antara keindahan dunia dan kepesonaannya dengan kemuliaan sifat dan ketinggian
budi. Itulah yang baik di dunia dan akhirat.

Allah berfirman :

Maksudnya : “ Harta benda dan anak-pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia, dan
amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai
pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

(Al-Kahfi 18:46)

Ini membuktikan bahawa sistem akhlak ini dapat memastikan penganut agama
Islam mencapai bahagia di dunia dan akhirat. Menurut Dr Haron Din (1991), Allah
menjanjikan bahawa balasan untuk semua kebaikan yang dilakukan adalah syurga
sepertimana firmanNya yang bermaksud :

“Dan (ingatlah!) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri
kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah – sebagai balasan
yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya.”

(Al-Muzammil 73:20)

Seterusnya, sistem masyarakat dalam Islam. Asas yang kukuh dalam


menjadikan Islam sebagai cara hidup adalahdengan membentuk kepercayaan atau
pandangan hidup berdasarkan rukun iman, membina Islam dengan mengenalkan
prinsip rukun Islam seperti mengawal dan memperteguhkannya dengan akhlak yang
mulia. Asas-asas ini merupakan sendi-sendi utama yang menyambung individu
(orang perseorangan) bagi membentuk masyarakat dengan ikatan yang teguh.
Apabila kepercayaan, penyerahan diri kepada Allah dan akhlak dijadikan oleh Islam
sebagai tali pengikat dan sendi pembentuk masyarakat, maka jelaslah bahawa Islam
tidak menjadikan bangsa serta warna kulit sebagai asas yang utama. Hal ini dapat
dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud :

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telh menciptakan kamu daripada lelaki
dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu).

(Al-Hujurat 49:13)

Ayat ini menerangkan tentang kerjasama yang erat, pertalian yang teguh dan
bantu membantu untuk kebaikan dengan ikhlas dan jujur sehingga melahirkan
masyarakat yang tenteram, adil, tidak tamak dan haloba, dan pertengkaran yang
merosakkan ketenteraman dan kehancuran masyarakat. Menurut Dr Haron Din
(1991), ajaran utama menghendaki masyarakat seperti yang disarankan oleh Islam
ialah masyarakat Islam itu hendaklah berdisiplin dan bertatatertib. Oleh itu, sesebuah
masyarakat itu memerlukan seorang pemimpin yang menjadi sumber kebulatan
tekad, dan kegiatan setiap anggota masyarakat. Hal ini kerana tanpa pimpinan yang
menjadi tunjang, disiplin serta pertalian antara masyarakat tidak dapat dicapai.
Pemimpin dalam Islam adalah setiap manusia yang diberikan tanggungjawab
mengendalikan sesuatu urusan. Oleh itu, setiap manusia mempunyai peranan
memimpin kerana setiap manusia di atas muka bumi ini mempunyai tanggungjawab
masing-masing. Sistem masyarakat dalam Islam ini sangat indah di mana semua
manusia mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sekiranya
tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin beserta ikhlas maka umat
Islam akan mencapai bahagia dunia akhirat.

Kesimpulannya, sistem kehidupan dalam Islam merupakan sistem terbaik


untuk umat manusia. Hal ini demikian kerana, Islam mempunyai banyak keistimewaan
khusus yang membawa kepada kesempurnaan Islam. Syumul yang bermaksud
menyeluruh dan universal iaitu tiada batas waktu, geografi, negara, tidak terikat
kepada bangsa tertentu, tiada memilih budaya atau warna kulit dan merupakan
sebuah tamadun yang menyeluruh dari segi penyertaan serta skopnya. Di samping
itu, penting bagi umat Islam untuk memahami dan menghayati Islam sebagai sistem
kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun yang bijak
mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat. Islam
bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata.
Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan
persiapan ukhrawi.

Allah SWT berfirman,yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya
yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".

(Surah al-Qasas: Ayat 77)


Oleh itu, mengikuti serta mencontohi sistem kehidupan dalam Islam amatlah
penting bagi setiap manusia kerana ia dapat digunakan dalam kehidupan mereka.
Selain itu, melalui sistem ini juga manusia dapat melaksanakan aktiviti seharian
mereka mengikut tuntutan atau landasan syariat Islam yang betul kerana Islam
merupakan agama yang lengkap dari setiap aspek kehidupan melebihi daripada
agama-agama yang lain serta memberi pelbagai kebaikan kepada umat manusia itu
sendiri.
RUJUKAN

Abu Ridhwan,. (2008). Sistem Akhlak dalam Islam. Tarbiyahpewaris.blogspot.my. Dipetik


pada 29 March 2017, dari http://tarbiyahpewaris.blogspot.my/2008/01/sistem-akhlak-
dalam-islam.html

Agus, B. (2006). Agama dalam kehidupan manusia (1st ed.). Jakarta: PT RajaGrafindo
Persada.

Harun Din,. (1990). Manusia dan Islam: Jilid 1 (1st ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Haron Din,. (1991). Manusia dan Islam: Jilid 2 (1st ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Zuhairi Safuan,. (2012). Asas Islam 3. Mzuhairi.blogspot.my. Dipetik pada 29 March
2017, dari http://mzuhairi.blogspot.my/2012/06/asas-islam-3.html

Nor Asma Ab Aziz, Muhd Norizam Jamian,. (2016). Akhlak pemimpn dalam hikayat iskandar
zulkarnain: satu analisis pendekatan adab. Jurnal Melayu, 15(1). Dipetik daripada
http://journalarticle.ukm.my/9957/1/14136-38841-1-SM.pdf
TUGASAN 1 :
PENULISAN ESEI

Anda mungkin juga menyukai