Anda di halaman 1dari 5

FATIN NABIHAH

SK SUNGAI KAPAL

TAJUK : KISAH SEGIGIH MARISHA

Assalamualaikum WBT,

Yang mulia, peneraju agenda,

Para Hakim Yang Arif lagi bijaksana,

Seterusnya, warga dewan moga sejahtera.

Tersebutlah cerita,

Seorang remaja,

Marisha Isa diberi nama,

Hidup bersama ayah yang tua,

Ibu tersayang sudah tiada.

Kawan-kawan, saya ada sebuah cerita, cerita yang sangat menarik. Cerita seorang

budak perempuan yang sungguh tabah dan tidak pernah kenal putus asa.

Kawan-kawan mahu tahu, siapa budak perempuan itu? Ya, namanya Marisha. Dia

berumur 16 tahun. Anak kedua daripada sebuah keluarga nelayan. Ibunya telah

meninggal dunia. Adiknya, Mimi berumur 15 tahun sementara abangnya pula sudah

setahun tidak pulang setelah berhijrah ke ibu kota mencari pekerjaan.

Musim tengkujuh telah pun tiba. Angin bertiup kencang. Ombak menghempas pantai

dengan ganas. Marisha memandang ke laut dengan penuh risau. Manakan tidak!

Ayahnya belum pulang dari laut.


Marisha tahu, ayahnya sudah tua. Ditambah dengan penyakit asma, darah tinggi

dan

kencing manis, menyebabkan dia selalu berulang-alik ke hospital.Marisha kasihan

dengan ayahnya, dia tidak sepatutnya ke laut lagi. Namun akibat kesempitan hidup,

menyebabkan ayahnya terpaksa menyambung nyawa mencari rezeki dilaut.

“ Kakak nak berhenti sekolah la dik, kakak tidak sanggup melihat ayah membanting

tulang untuk kita”, kata Marisha kepada adiknya dengan mata bergenang. Mimi

terdiam. Mulutnya ternganga seketika. Kakaknya akan mengambil SPM tahun

hadapan. Benarkah kata-kata kakaknya itu? Berbaloikah pengorbanan kakaknya

itu? Pelbagai soalan muncul di benaknya. Namun Mimi berharap kata-kata kakaknya

itu hanya gurauan.

Kawan-kawan mahu tahu apa yang terjadi ke atas Pak Isa, ayah Marisha?

Syukurlah kawan-kawan, Pak Isa selamat mendarat di pengkalan. Namun, untuk

beberapa hari dia tidak dapat ke laut. Dia diserang asma. Maklumlah semalaman dia

bermandikan hujan dan dilambung ombak. Malah sebenarnya doktor telah

menasihatinya

agar tidak ke laut lagi.

Malam itu, Marisha memberanikan dirinya. Dia memberitahu ayahnya yang dia

mahu
berhenti sekolah. Kawan-kawan pasti dapat mengagak, apa reaksi Pak Isa.

Tergamam Pak Isa dibuatnya. Dia membeliakkan matanya bagai tidak percaya

dengan apa yang didengarnya.

“Apa, kamu hendak berhenti sekolah! Tidak, ayah tidak akan izinkan! Walau apa pun

terjadi kamu tak boleh berhenti sekolah”, jerkah ayahnya.

Untuk meyakinkan ayahnya bahawa tindakannya itu tidak akan menggelapkan masa

depannya, Marisha berjanji dia akan tetap mengambil SPM pada tahun hadapan.

Dia boleh belajar dan meminjam buku daripada kawan-kawannya.

Ayahnya berasa sungguh sedih. Biarpun berat hati namun akibat kesempitan hidup

dan kesihatannya yang kritikal akhirnya Pak Isa terpaksa akur dengan permintaan

Marisha.

Tahukah kawan-kawan apa rutin Marisha selepas itu?

Jika kawan-kawan hendak tahu, pada waktu siang dia bekerja di kilang batik, waktu

petang dia menolong ayahnya mengutip ikan kering yang dijemurnya. Kadang-

kadang, dia mengambil upah membuat keropok dan pada waktu malam dia akan

belajar bersama kawan-kawannya yang masih bersekolah.

Jika kau fikirkan kau boleh, Kau hampir boleh melakukan,

Jika kau fikirkan keraguaan, Usahamu tidak menentu,

Jika kau fikirkan kekalahan, Kau hampiri kegagalan,


Jika kau fikirkan kemenangan, Kau hampiri kejayaan.

Ya, kawan-kawan, selain berdoa kepada Tuhan, itulah lagu yang selalu dinyanyikan

oleh Marsha jika dia terasa letih atau putus asa.

Satu hari Marisha berehat di halaman rumah. Mimi duduk di buaian.

Laju, buaiku laju.

Aku nak kahwin dengan anak raja.

Mimi menghayun buaian sambil menyanyi kecil. Fikirannya merawang. Alangkah

baiknya jika ada anak raja yang terpikat dengannya. Tentu dia boleh hidup mewah

dan tidak miskin lagi.

Marisha tersenyum mendengar nyanyian adiknya. Dia menasihati adiknya supaya

tidak berangan-angan kosong. Mereka harus tabah, bekerja kuat dan tidak

menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk mereka malas belajar.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, akhirnya keputusan SPM

diumumkan.Walaupun tidak sehebat Azali Azlan yang mendapat 21 A tetapi

keputusan yang diperolehnya melayakkan dirinya untuk ke menara gading. Berkat

wang PTPTN dan sedikit hasil tabungannya akhirnya dia berjaya menggenggam

segulung Ijazah.

Kawan-kawan, akhirnya Marisha dapat hidup bahagia bersama-sama ayah dan

adiknya. Dia telah berjaya membuktikan bahawa usaha itu tangga kejayaan.
Seronok tak dengar cerita saya tadi? Sekarang cuba kawan-kawan dengar pula

pengajaran dari cerita saya tadi.

Pertama, kita mesti tabah dan tekun berusaha.

Kedua, jangan jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk malas belajar.

Ketiga, sayangilah ibu bapa kita.

Dan keempat, sentiasa berdoa agar Tuhan sentiasa merahmati kita.

Tamatlah sudah cerita saya, tentang Marisha yang gigih berusaha. Cerita beserta

pengajaran yang nyata. Harap-harap kawan-kawan dapat iktibarnya.

Sekian. Assalamualaikum WBT

Anda mungkin juga menyukai