Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

MPU3012

PENULISAN ESEI

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2018

SEMESTER DUA TAHUN DUA

NAMA PELAJAR JENIFFER

ANGKA GILIRAN 2018192340006

NOMBOR KAD PENGENALAN 991129-08-6790

KUMPULAN PISMP D1

MPU3012

KOD DAN NAMA KURSUS PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN


MORAL
PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI
NAMA PENSYARAH
ZULKAFALI
TARIKH HANTAR 03 MARCH 2020

TARIKH MENERIMA MAKLUM


BALAS
PENGHARGAAN

Syukur atas limpah kurnia Tuhan yang tidak terkira kerana hasil daripada berkat-Nya, saya
dapat menyiapkan tugasan kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Moral (MPU3012) ini
dengan jayanya.

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya
juga sangat berterima kasih kepada Puan Nor Rul Azlifah Binti Zulkafali yang telah menjadi
tulang belakang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah
ditetapkan.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan saya agar dapat memberi
manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja
dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

Sekian, Terima Kasih.


ISI KANDUNGAN

Muka surat

Penghargaan i

Isi Kandungan ii

1.0 Pengenalan 1
2.0 Persamaan dan Perbezaan Aliran Pemikiran Moral 2-4
3.0 Jenis-jenis nilai 5-8
4.0 Peranan fungsi nilai 9
5.0 Peranan fungsi nilai dalam Isu Dadah di Malaysia 10 - 13

Rujukan 11 - 12

Lampiran 13 - 17
1.0 PENGENALAN

Perkataan moral berasal daripada Bahasa Latin iaitu ‘moralis’ yang bermaksud tingkah laku
yang sesuai dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Kamus Dewan (2004)
mendefinisikan moral sebagai ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu
perbuatan. Moral berkaitan dengan tingkah laku dan amalan yang baik atau pegangan
berkenaan dengan amalan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan. Bermoral bermaksud
memiliki sifat-sifat baik dan terpuji selaras dengan kehendak keluarga, masyarakat dan
negara. Orang yang bermoral akan mampu membuat pertimbangan tentang sesuatu
keinginan, iaitu ia akan bertingkah laku berdasarkan peraturan masyarakat yang telah
diterima secara rasional.
2.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA ALIRAN PEMIKIRAN MORAL
Menurut Holmes, Pemikiran moral hanya mungkin muncul dari konsep baik buruk dan benar
salah. Konsep pertama memunculkan pandangan bahawa moralitas bersifat kondisional
dan sangat terkait dengan lingkungan sosial dan budaya tempat moralitas itu lahir. Konsep
kedua memunculkan pandangan kategorikal tentang benar salah menurut tuntutan hukum
yang objektif. Moralis bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan (Abdul
Rahman, 2005). Pemikiran moral juga boleh dibahagikan kepada 4 bahagian. Aliran
pemikiran ini adalah seperti Naturalisme, Emotivisme, Intuitionisme dan Rasionalisme.
Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara aliran pemikiran moral.

ASPEK NATURALIS EMOTIVIS INSTUISIONIS RASIONALIS


DEFINISI Aliran yang Aliran yang Aliran yang Aliran ini
menggambarka merujuk sikap berkaitan merujuk akal
n sesuatu dalam manusia yang dengan gerak adalah sumber
keadaannya bertindak hati utama
yang sebenar. mengikut pengetahuan
perasaan dan
emosi
CIRI-CIRI Menerima apa Menyatakan Bertindak Membandingkan
sahaja keadaan perasaan berlandaskan idea dengan
yang sebenar mereka apa yang idea-idea lain
dapat dikatakan dirasai di dalam
berfikiran hatinya
naturalis.
JADUAL 1

Berdasarkan jadual 1 yang menunjukkan perbezaan antara aliran pemikiran moral, terdapat
dua aspek perbezaan utama antara aliran pemikiran moral iaitu definisi dan ciri-ciri individu
yang aliran pemikiran tersebut. Dari segi definisi, Naturalis merupakan aliran yang
menggambarkan sesuatu dalam keadaan sebenar. Menurut Peter R.S manusia perlu
diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Emotivis merupakan
aliran yang menunjukkan sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan dan emosi.
Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta
seperti yang dinyatakan oleh naturalis tetapi adalah mengikut emosi, sikap dan perasaan
(Ab Halim Tamuri, 2009). Aliran pemikiran moral Intuisionis pula aliran yang berkaitan
dengan gerak hati Pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian
langsung. Selain itu, bagi Rasionalis pula menyatakan bahawa akal adalah sumber utama
pengetahuan. Segala tingkah laku moral seperti membantu orang lain, bertoleransi dan
berkerjasama memerlukan asaas pemikiran rasional yang waras.

Seterusnya, berdasarkan jadual 1 aspek perbezaan adalah ciri-ciri individu yang


aliran pemikiran yang tertentu. Seseorang individu dikatakan berfikiran naturalis apabila
mempunyai kecendurungan untuk menerima apa sahaja keadaan sebenar. Sifat-sifat
seseorang naturalis adalah suka merendah diri dan tidak mudah untuk berinteraksi (Ahmad
Bashir,2011). Oleh hal yang demikiran, mereka jarang mengeluarkan pendapat. Mereka
merupakan pengikut yang setia dan kurang membantah atas arahan. Pemikiran ini dikritik
kerana dianggap sebagai alasan naturalis dan tidak mengambil sebarang inisiatif bagi
melakukan atau mengubah keadaannya. Berbeza dengan golongan emotivis, mereka hanya
menyatakan perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaan
yang sama dalam kalangan orang-orang yang mendengar penyataan itu. Sifat orang
emotivis yang sangat jelas ialah mereka bertindak mengikut perasaan. Berdasarkan
pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian
akan mencuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu. Pertimbangan moral adalah
subjektif dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang boleh dikaitkan dengan perlakuan
moral (Azizi Yahya, 2010). Golongan emotivis mencuba untuk menganalisis “apa yang
salah” dari segi emosi yang tidak dipersetujui.

Sementara itu, bagi pemikiran instuisionis adalah merupakan sebuah fahaman atau
pengertian langsung. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Tindakan seseorang
individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai dalam hatinya.
Tindakan yang dibuat oleh individu intuisionis mempunyai sejenis pengetahuan yang lebih
tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Oleh itu, apabila mereka
menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada
yang tersurat. Oleh itu, mereka ini cepat dalam membuat keputusan. Mereka mengaitkan
pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka (Azrina Jonit, 2005). Bagi individu
rasionalis pula, mereka mempunyai ciri-ciri penaakulan atau pemikiran sebagai fakta utama
dalam pengetahuan. Mereka sentiasa mencari bukti dan juga kebenaran dalam sesuatu
perkara. Mereka selalu berfikir untuk memperbaiki mutu kerja serta rajin dan tekun berusaha
untuk kejayaan diri. Pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan
idea-idea lain. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui dengan pasti, pelbagai
kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh pancaindera semata-
mata. Rasionalis juga tidak megingkirkan kegunaan deria dalam memperolehi pengetahuan.
Pengalaman pancaindera adalah diperlukan untuk merangsang dan memberikan informasi
yang membolehkan akal bekerja.
Sebagai contoh bagi aliran pemikiran moral adalah antaranya contoh bagi seseorang
individu yang berfikiran naturalis ialah seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja
kursus dengan baik tetapi markah yang diperolehi rendah. Sekiranya guru ini mempunyai
aliran pemikiran naturalis, dia hanya menerima keputusan itu seadanya dan tidak berusaha
untuk mencari sebab mengapa dia mendapat markah yang rendah. Guru pelatih dikatakan
berfikiran naturalis kerana dia redha dengan keputusan yang dapat. Bagi contoh pemikiran
emotivis pula seorang guru pelatih telah menyempurnakan kerja kursus dengan baik tetapi
markah yang diperolehnya adalah rendah. Sekiranya guru ini mempunyai aliran pemikiran
emotivis, berkemungkinan guru ini akan berkata “Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia
membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas!”. Kata-kata
yang diluahkan oleh guru pelatih adalah berdasarkan perasaan pada masa itu. Contoh
situasi bagi pemikiran instuisionis adalah seorang guru pelatih membuat tugasan kerja
kursus dengan tulisan yang lebih kemas dan rapi. Pensyarah beranggap bahawa guru
pelatih itu mesti membuat tugasan ini dengan lebih baik walaupun tidak membaca dan
meneliti lagi. Pemikiran instuisionis disini adalah pensyarah itu sendiri dimana membuat
anggapan berdasarkan pengalaman lalu serta kematangan fikiran. Contoh situasi bagi
pemikiran rasionalis pula ialah seorang guru pelatih telah menyiapkan kerja kursus dengan
kurang baik. Pensyarah kursus tersebut merupakan saudara kepada guru pelatih. Setelah
pensyarah menyemak tugasan guru pelatih, beliau bertindak rasional dan waras dengan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan serta membuat keputusan untuk memberi
markah yang sesuai walaupun guru pelatih itu anak saudara sendiri.
3.0 JENIS-JENIS NILAI

Nilai merupakan satu aspek penting dalam mencorakkan budaya hiudp manusia. Sistem
nilai terbentuk melalui proses pengukuhan dan penerimaan nilai dan sistem sosial. Ia adalah
penting dalam hubungan sosial antara individu dengan masyarakat untuk menjamin
kestabilan masyarakat dan kehidupan yang baik sesama manusia. Individu yang
menghayati sesuatu nilai akan melakukan sesuatu yang berkaitan dengan nilai dan tidak
melakukan sesuatu yang dirasakan bercanggah dengan nilai yang diamalkannya (Eow Boon
Hin, 2012). Secara umumnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh
individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai subjektif, nilai objektif, nilai
instrumental, nilai instrinsik, nilai relatif dan nilai mutlak. Dalam asas nilai etika, terdapat
pelbagai cara dan konteks dalam menggunakan sesuatu nilai. Jadual berikut menunjukkan
jenis dan peranan nilai.

Jenis-Jenis Nilai Peranan Nilai


Nilai Subjektif Nilai yang diterimaa atau ditolak oleh seseorang individu
dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri
terhadap sesuatu benda atau perkara.
Nilai Objektif Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman
dalaman yang berpunca dari aspek luar yang dipersetujui
oleh kebanyakkan orang.
Nilai Instrumental Nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk mencapai
sesuatu matlamat.
Nilai Instrinsik Nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk
mencapai matlamat, kerana nilai itu sendiri merupakan
matlamat akhir.
Nilai Relatif Nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan
peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat
masyarakat. Nilai bersifat tidak tertentu dan berbeza antra
masyarakat
Nilai Mutlak Nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Nilai ini kekal
sepanjang masa

Jadual 2 menunjukkan jenis-jenis nilai dan peranan nilai tersebut. Antaranya adalah
nilai subjektif. Nilai subjektif adalah nilai yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu
berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara.
Sebenarnya, nilai subjektif berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca
daripada dalaman individu. Nilai subjektif mempunyai beberapa fungsi yang penting seperti
membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara (Ujam
Jaenudin, 2017). Nilai subjektif juga berperanan dalam membayangkan perasaan gemar
atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda (Ibrahim Mamat, 2011).
Contoh nilai subjektif yang boleh dikaitkan dengan kehidupan harian seorang guru atau guru
pelatih adalah isu hukuman rotan pelajar di khalayak ramai. Terdapat pihak yang
mencadangkan supaya hukuman rotan dikuatkuasakan kembali bagi memberi pengajaran
kepada murid yang membuat salah dan pengajaran kepada murid lain. Namun begitu, ada
pihak tidak bersetuju dan berpendapat bahawa hukuman rotan akan memberi kesan negatif
seperti memalukan pelajar dan melanggar hak asasi kanak-kanak. Contoh ini menunjukkan
dua isu nilai iaitu satu pandangan hukuman rotan untuk mendidik tetapi di satu pihak melihat
hukuman ini merupakan tindakan yang memberi kesan negatif kepada murid. Sebarang
pendapat individu tentang hukuman rotan ini adalah berdasarkan pandanganya sendiri
tanpa dipengaruh oleh orang lain.

Seterusnya, Nilai objektif. Nilai ini merupakan nilai yang diterima atau ditolak
berdasarkan pengalaman dalaman yang berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh
kebanyakkan orang. Nilai objektif menegaskan bahawa setiap barang mempunyai kegunaan
tersendiri. Dengan mengenalpastikan bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat
membuat pertimbangan selanjutnya (Mohd Janib Johari, 2016). Contoh yang sangat ketara
adalah isu COVID-19 di seluruh dunia. Jika tinjau dari pelbagai aspek punca utama COVID-
19 menyebar adalah membunuh dan makan haiwan seperti kelawar dan sebagainya yang
dimula dari negara China. Penderaan haiwan adalah tidak mencerminkan nilai
perikemanusiaan. Semua agama di dunia ini menasihatkan siswa-siswaNya mengamalkan
kasih sayang suci bukan sahaja terhadap manusia tanpa mengira kasta, kepercayaan atau
warna kulit tetapi juga kepada haiwan. Tiada seseorang pun berhak memusnahkan nyawa
makhluk hidup lain kerana nyawa adalah sesuatu yang sangat berharga kepada semua.
Sebenarnya, semua makhluk gentar pada saat kematian, semua makhluk takut kepada
hukuman dan ingatilah bahawa kita adalah seperti mereka dan jangan membunuh dan
melakukan penyembelihan. Dengan itu, patutlah semua orang mempunyai perasaan belas
kasihan terhadap haiwan dan jangan mencederakan haiwan. Walaupun pada permualaan
masyarakat China makan kelawar, Perkara itu telah ditolak oleh orang ramai setelah
mengetahui kesan buruk kepada seluruh dunia.

Nilai instrumental dirujuk sebagai nilai ekstrinsik. Nilai yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu matlamat (Muthualagan, 2019). Nilai ini akan bergantung
kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat dan juga boleh dikategorikan sebagai
nilai peringkat kedua, misalnya sikap jujur, berani, rajin, hormat menghormati dan
sebagainya. Oleh itu, nilai instrumental merupakan pembentukan suatu nilai bagi
mewujudkan satu nilai yang lain. Dalam hal ini, matlamat sesuatu perkara boleh dicapai
dengan pembentukan nilai yang memerlukan nilai yang lain. Nilai instrumental juga dijadikan
satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan, membantu dalam menunjukkan arah dan
menjadikan penentu dalam membuat pilihan. Nilai ini amat menegaskan unsur teguh
beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan. Contoh situasi yang boleh dikaitkan dengan
nilai instrumental adalah situasi di IPG kita sendiri. Seorang guru pelatih mengenakan
kompaun Rm20 sebab datang lewat ke kuliah. Tindakan yang diambil oleh pihak IPG adalah
untuk menjaga disiplin guru pelatih. Tindakan pihak IPG ini dapat membentuk nilai moral
dalam kalangam guru pelatih dan membantu meningkatkan kecemerlangan akademik.
Tindakan mengenakan kompaun bagi mendisiplinkan diri murid menjadi nilai yang
bergantung untuk mencapai matlamat nilai kedua iaitu meningkat kecemerlangan akademik.

Seterusnya, nilai instrnsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu
bergantung kepada nilai lain untuk mecapai matlamat kerana nilai itu sendiri merupakan
matlamat akhir. Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk
tanpa mengira kesannya. Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama, misalnya baik hati,
kasih sayang, keadilan dan sebagainya. Sesungguhnya nilai ini mempunyai fungsi tersendiri
antaranya ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan (Noriati A Rashid,
2019). Nilai ini juga mengeaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan
keadilan dalam setiap perbuatan. Sebagai contoh situasi nilai instrinsik yang boleh dikaitkan
dengan kehidupan harian adalah, serorang guru pelatih telah dilantik sebagai pengadil
dalam pertandingan kelas intergrasi sempena bulan kemerdekaan di IPG Kampus Bahasa
Melayu. Rakan-rakan sekelas minta guru pelatih untuk memberi markah yang lebih tinggi
untuk kelasnya sendiri. Namun guru pelatih tidak mebuat demikian dan terus menilai kelas
mengikut kriteria yang ditetapkan. Tindakan guru pelatih bukan kerana tidak ingin melihat
kelasnya menang tetapi memang menjadi pengadil yang telus adalah tanggungjawabnya.
Oleh itu menilai kelas dengan adil merupakan nilai instrinsik dalam situasi ini.
Seterusnya, nilai relatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak
dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai
relatif ini adalah bersifat tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang
berlainan. Nilai relatif ini boleh berubah mengikut masa dan kriteria nilai sama ada benar
atau salah bagi sesbuah masyarakat untuk dibincangkan atau dibahaskan. Seterusnya, nilai
relatif juga membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat masing-
masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang
dihadapi dan juga pemikiran manusia. Dengan itu, perubahan nilai dalam sesebuah
masyarakat mungkin terjadi apabila terdapat perubahan pandangan mengikut perubahan
zaman (Rohana Yusof, 2010). Sebagai contoh situasi nilai relatif adalah penggunaan
Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah
dan menengah. Perkara ini dianggap sebagai tidak patriotik oleh segelintir masyarakat
Malaysia. Mereka berpendapat bahawa, penggunaan bahasa asing dalam proses
pembelajaran akan mengurangkan semangat terhadap bahasa kebangsaan. Pada masa
yang sama, ada segelinitir masyarakat setuju kepada cara pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris. Bagi mereka, perkara ini merupakan inisiatif kerajaan bagi
memartabatkan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan hari ini.

Niali mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan
bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umum dan diuji
atau terbukti sama ada nilai itu baik atau buruk. Nilai mutlak ini adalah bersifat berkekalan
sepanjang masa dan di semua tempat seta hampir sama bagi semua situasi norma
masyarakat (Abdullah Zhidi, 2014). Contoh yang berkaitan dengan nilai mutlak ini adalah
seperti seorang pelajar pandai telah menyiapkan tugasan kerja kursus lebih awal. Tugasan
kerja kursus yang telah siap itu tidak simpan dalam komputer ribanya. Tugasanya telah
hilang dan dia terpaksa buat tugasa dan tempoh hari 2hari. Dia fikir jalan singkat dan
mengambil tugasan rakan. Contoh yang berkaitkan dengan nilai mutlak adalah tindakan
plagiat semasa membuat kerja kursus. Amalan plagiat ini adalah dilarang dan tidak bermoral
dalam kehidupan seseorang pelajar. Dalam hal ini, hukuman atau tindakan yang tegas akan
diambil terhadap pelajar yang melakukan perkara tersebut walaupun dalam apa jua
keadaan. Hal ini demikian kerana nilai keadilan dan jujur dianggap mutlak dalam hal
sebegini. Jika perkara ini berlaku pada masa dan tempat lain, tindakan yang sama juga akan
dikenakan atas mana-mana pelajar tanpa mengira latar belakang, kedudukan sosial, agama
dan sebagainya. Oleh itu, nilai mutlak ini adalah sama kepada semua orang.
4.0 PERANAN FUNGSI NILAI

Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda.
Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan
manusia. Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang
ada dalam pertalian antara benda, fikiran dan pemikiran. Secara amnya, nilai bertindak
sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu
sosial atau moral (Abdul Rahman, 2019). Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk
menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. Ia merupakan
panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan dan menghadkan
perlakuan seseorang. Secara keseluruhannya, terdapat empat fungsi nilai utama.
Antaranya, nilai sebagai halangan atau peraturan yang ditetapkan supaya seseorang
individu serta masyarakat mematuhinya. Bagi fungsi nilai ini, nilai dijadikan sebagai batasan
kepada perlakuan atau tingkah laku yang membolehkan seseorang itu mematuhi nilai-nilai
murni yang boleh mendorong kepada tingkah laku positif. Individu itu akan sentiasa
mematuhi nilai positif yang diterapkan oleh masyarakat.

Fungsi yang seterusnya adalah nilai sebagai kriteria atau piawai yang konsisten dan
kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka
adalah Baik, Betul dan Boleh diterima. Fungsi nilai ini juga membenarkan individu dan
masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral iaitu mengetahui apa yang boleh
dilakukan oleh diri sendiri dan orang lain serta boleh menilai kemoralan diri sendiri dan juga
orang lain (Eow, 2008). Selain itu, nilai juga berfungsi sebagai panduan, rujukan dan tunjuk
arah untuk menyelesaikan konflik moral. Nilai moral mungkin berkonflik antara satu sama
lain, tetapi suatu panduan dari nilai sendiri akan dirujuk untuk menyelesaikan konflik
berkenaan. Di Samping itu, nilai berfungsi sebagai piawai untuk mengukur elemen
pengekalan ketamadunan sesebuah masyarakat. Dalam dunia yang semakin mencabar,
pelbagai perubahan nilai berlaku terhadap manusia. Namun begitu, nilai baik dan buruk
adalah tetap sama walaupun berlaku perubahan zaman.
5.0 PERANAN FUNGSI NILAI DALAM ISU DADAH DI MALAYSIA

Pada akhir tahun 1960-an, negara kita mulai mengalami masalah dadah. Golongan remaja
dipengaruhi gejala dadah dengan kebudayaan ‘hippie’ dan askar-askar Amerika yang
melancong ke Pulau Pinang. Sebagai kesan daripada kedua pengaruh tersebut, penagihan
dadah telah merebak ke seluruh negara. Golongan muda yang terlibat dalam penagihan
dadah merupakan pemuda-pemudi harapan bangsa dan negara dan terjerumusnya mereka
dalam alam khalayan ini mengakibatkan mereka bukan sahaja tidak berguna kepada
masyarakat bahkan diri mereka sendiri. Memandangkan hakikat inilah, kerjaan telah
mengambil sikap tegas terhadap pengedaran dadah, dan mengambil langkah-langkah yang
perlu untuk melindungi rakyat termasuklah undang-undang yang amat ketat. Walau
bagaimanapun, pengedaran dadah nampaknya tidak boleh diselesaikan dengan hanya
peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan
Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita
semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada
asalnya menjadi ubat menahan sakit sebnarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan.
Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronokan
diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau
tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan
boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Oleh
itu kerjaan telah melancarkan kempen antidadah di seluruh negara secara meluas. Namun
demikian, tanggungjawab untuk memerangi dadah seharusnya kita pikul bersama. Terdapat
pelbagai isu dadah yang berlaku di Malaysia. Mantan menteri dalam negeri iaitu Perdana
Menteri Malaysia yang ke-8 telah memberitahu ‘Penagih dadah perlu dirawat, bukan
dihukum’ dalam sidang media mengenai isu-isu kesihatan. Selain itu, isu-isu dadah seperti
‘Surat dadah taktik terbaru’, ‘Masukkan bahaya dadah dalam mata pelajaran Pendidikan
Moral’, ‘Enam maut terlebih ambil dadah’ dan berita yang lebih banyak sering menghiasi
dada akhbar.
Keratan akhbar yang saya petik bagi menganalis peranan fungsi nilai adalah keratan
akhbar yang bertajuk “Masukkan bahaya dadah dalam mata pelajaran Pendidikan Moral:
Jainab” dari New Sabah Time keluaran 28 Dec 2019. Pembantu Menteri Pembangunan
Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Jainab Ahmad mencadangkan agar
pembelajaran tentang bahaya dadah diselitkan dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan
Moral di sekolah-sekolah di negera ini. Beliau berkata, ini penting bagi memberi kesedaran
kepada golongan remaja mengenai bahaya dadah yang merupakan musuh nombor satu
negara. Bagaimanapun beliau berkata, kandungan pembelajaran itu mestilah dibuat secara
teliti dan berhati-hati bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif. Hal yang demikian
kerana, nilai dan pendidikan moral memainkan peranan penting dalam membantu murid
memahami bahaya dadah. Fungsi nilai yang boleh digunakan dalam isu dadah yang
terdapat dalam keratan akhbar tersebut adalah nilai sebagai kriteria dan piawai (standard)
yang konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya
tindakan mereka adalah baik, betul dan boleh diterima. Fungsi nilai ini juga membenarkan
individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral iaitu mengetahui apa
yang boleh dilakukan oleh diri sendiri dan orang lain serta boleh menilai kemoralan diri
sendiri dan juga orang lain.

Contohnya, undang-undang dadah di Malaysia. Mengikut Akta Dadah Berbahaya


1952, jika seseorang itu memiliki ganja sebanyak 200 gram atau lebih akan dikenakan
hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya
1952. Jelaslah di sini bahawa orang yang memiliki ganja melebihi 200 gram akan dikenakan
hukuman mati sebagai satu standard yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Rakyat
Malaysia faham bahawa jika melanggar peraturan yang ditetapkan ini akan menerima
hukuman mati mandatori. Oleh itu peraturan yang ditetapkan ini dijadikan batasan supaya
masyarakat sentiasa mengamalkan nilai yang baik di dalam hal berkaitan dengan dadah.
Melalui Akta Dadah Berbahaya 1952 yang begitu ketat, nilai menjaga amanah diri dan orang
lain supaya tidak merosakkan diri dan orang lain menjadi asas pembentukan masyarakat
yang sihat dan waras. Melalui akta ini, nilai kepatuhan, menjaga kepentingan diri dan orang
lain, kehidupan sihat dan kewarasan menjadi asas dalam menghadkan perlakuan individu
supaya tidak terjebak dalam pemilikan dan pengedaran dadah. Kesan yang paling mudah
ialah pemilikan dadah sama ada untuk menjual atau menggunakan sendiri merupakan
perlakuan yang sangat berbahaya. Natijah daripda itu kesannyasangat besar sehingga
boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.
Nilai yang paling penting ialah jika seseorang yang didapati bersalah memiliki dadah
ini akan dikenakan hukuman, maka seluruh keluarganya akan merasa malu, tidak selesa
dan disisihkan oleh masyarakat di sekeliling. Oleh itu, mengajar kesan bahaya dadah dalam
mata pelajaran Pendidikan Moral adalah sangat penting. Individu perlu memelihara diri
dengan mewujudkan nilai moral yang tinggi supaya tidak melibatkan diri dengan dadah. Nilai
kasih sayang, mematuhi peraturan, kejujuran dan memiliki sifat spiritual yang tinggi akan
merangsang seseorang supaya tidak melakukan perkara yang negatif ini.
RUJUKAN

Abd Rahman. (2005). Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan Morali. Penerbit
Universiti Putra Malaysia

Abdul Halim Tamuri. (2009). Pengetahuan Akhlak dalam Kalangan Pelajar. Universiti Of
Birmingham: Tesis Ph.D

Azizi Yahaya. (2010). Peranan dan Tanggungjawab Agen-agen Sosialisasi. Fakulti


Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Azrina Jonit. (2004). Keperluan dalam Pembentukkan Moral Untuk Menghadapi Cabaran
Era Pasca Modenisme. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidkan, Universiti Malaya.
Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ahmad Bashir. (2011). Peranan dan Tanggungjawab Agen-agen Sosialisasi. Fakulti


Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Eow Boon Hin. (2012). Pendidikan Moral. Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Abdullah Zhidi Omar, Et. Al. (2016). Pendidikan Moral untuk Bakal Guru. Fakulti Pendidkan,
Universiti Malaya.
Chang Lee Hoon. (2016). Peranan Ibu Bapa dalam Pembentukan Personaliti Pelajar. Fakulti
Pendidkan, Universiti Malaya.

Ujam Jaenudin. (2017). Psikologi Keperibadian. Pustaka Setia Bandung.

Ibrahim Mamat, (2011). Etika Untuk Mahasiswa. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Megat Ayob Megt Arifin. (2008). Peranan-peranan Pelbagai Pihak dalam Pembentukan
Sahsiah Pelajar. Selangor:Tinjaun Pustaka, 12-15.

Sahmad Fikri. (2014, Jun 9). Peranan Fungsi Nilai. Retrieved From
Scribd:Https://Www.Scribd.Com/Presentation/46474500/Peranan-agen-agen-
sosialisasi.
Eow Boon Hin (2012). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Pearson.
Janib Johari. (2014). Moral: Teori Aplikasi dan Permasalahan. Universiti Teknologi Malaysia.
Muthualagan Thangavelu. (2009). Pendidikan Moral. Prentice Hall.
Rohana Yusof. (2010). Asas Sains Sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. (2009) Jenis-jenis nilai. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Hassan Mohd Ghazali. (2015, November 1). “Perempuan dihela tipu oleh warga asing”.
Berita
Harian, 17.
Noresah Baharom. (2007). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Pearson.
James Murray. (2007). Ethics (2nd ed). Englewood Cliiffs, NJ: Prentice Hall.
Mohd Aizzat. (2016). Pendidikan Moral. Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Durkheim. (2014). Pendidikan Moral untuk Bakal Guru. Longman Malaysia Sdn.
Bhd.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. (1979). Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pendidikan Moral Sekolah Rendah. (2010).
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025. (2013). Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Pelan Intergiti Nasional. (2015). Institut Intergriti Malaysia.


LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 4

Penagih dadah perlu dirawat bukan dihukum


BERNAMA | | 24 Jun 2019

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
semasa sidang media selepas mengetuai delegasi kedua-dua kementerian semasa mesyuarat berkenaan isu-isu
kesihatan membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di KDN hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Penagih dadah di negara kini tidak lagi dilihat sebagai pesalah
jenayah yang perlu dihukum sebaliknya pesakit yang memerlukan rawatan dan
pemulihan.
Takrifan itu dicapai susulan perbincangan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN)
dan Kementerian Kesihatan di KDN di sini hari ini yang bersetuju untuk
melaksanakan 'decriminalization' ke atas penagih dadah.
Bercakap kepada pemberita selepas perbincangan itu, Menteri Dalam Negeri Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaksanaan 'decriminalization' itu akan melibatkan
program rawatan dalam komuniti dengan memperkasakan peranan ahli keluarga
dan masyarakat.
“KDN akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam program harm
reduction melalui terapi dadah gantian methadone dan joint management kes-kes
dual diagnosis yang dijalankan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen)
di Tampoi dan Hospital Permai di Johor,” katanya.
Menurut Muhyiddin, terdapat 70,000 tahanan penjara di Malaysia pada masa ini
dengan sebahagian besar daripadanya adalah penagih dadah.
"Dengan proses decriminalization, tahanan penjara yang dikategorikan sebagai
penagih dadah akan diberi rawatan dan pemulihan,” katanya.
KDN juga sedang mengkaji untuk mengeluarkan Seksyen 6, 8 dan 9 Akta Penagih
Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (APD) daripada didaftarkan di bawah Akta 7 (Akta
Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969) bagi memberi peluang
kedua kepada penagih yang telah pulih dan dibebaskan daripada pusat pemulihan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), katanya.
Muhyiddin berkata, turut dibincangkan KDN dan Kementerian Kesihatan hari ini ialah
isu penyakit berjangkit di penjara, lokap, pusat tahanan dan depoh tahanan KDN.
Maklumat terkini Jabatan Penjara mendapati 16,955 banduan dikesan mempunyai
penyakit berjangkit.
“KDN dan Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dalam menguruskan masalah
penyakit berjangkit di tempat tahanan KDN,” katanya. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai