Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KONSEP PROGRAM ANAK ANGKATKU SAYANG

PENDAHULUAN

Program Anak Angkatku Sayang diadakan khasnya untuk murid-murid Tahun

6. Guru-guru SK Weston akan menjadi ibu bapa angkat kepada murid-murid

Tahun 6.

TARIKH

01 FEBRUARI 2011

TEMPAT

Dewan SK Weston Beaufort

RASIONAL

Melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sekolah agar lebih

mantap dan berkesan.

MATLAMAT

Guru-guru atau ibu bapa angkat kepada murid-murid Tahun Enam akan

memastikan anak angkat mereka mendapat:-

 bimbingan khas secara individu selepas sesi persekolahan.


 keputusan yang cemerlang dalam UPSR hasil daripada bimbingan dan

latihan yang diberikan pada setiap hari.

OBJEKTIF

 Memberi bimbingan secara intensif dan menyeluruh kepada anak

angkat masing-masing.

 Guru dapat mengetahui masalah-masalah peribadi anak angkat

dengan lebih dekat dan bersendirian.

 Mewujudkan suasana yang kondusif dan informal dengan menangani

keperihalan anak angkat dengan lebih dekat.

 Menjana kemampuan berfikir anak angkat mengikut tahap pencapaian

anak angkat tersebut.

 Berpeluang mendapat bimbingan dan didikan secara individu.

 Mewujudkan interaksi dua hala yang lebih berkesan dan ceria.

 Sebagai alternatif untuk meningkatkan potensi diri anak angkat dalam

pelajaran.

SASARAN

Murid-murid Tahun Enam

KOS
BI
PERKARA JUMLAH
L
1 BANNER RM75
2 Gambar murid RM20
JUMLAH RM95

PUNCA KOS

Kelab Kebajikan Guru

AJK PELAKSANA

Pengerusi : En Matusin bin Matali (GURU BESAR)

Timb. Pengerusi : Hj. Abu Bakar Hj. Salleh (YDP PIBG)

Naib Pengerusi 1 : En Ismail bin Hj. Kamal (GPK 1)

Naib Pengerusi 2 : Pn Amedah bt Muyang ( GPK HEM)

Naib Pengerusi 3 : En Zabidi bin Langgang

Penyelaras : Pn Hjh. Fauziah bt Hj. Tahir

Setiausaha : Pn. Gilinah bt Gitom

Bendahari : Cik Faridah bt Matunmar

AJK KERJA

Pengacara Majlis : En Mohd. Azizi bin Asli

Siaraya/PA sistem: En Idris bin Ag Damit

En Azlan bin Abd Karim

Kawalan murid : Pengawas sekolah/Ketua Kelas/Penolong Ketua Kelas

Persiapan tempat : En Japar bin Hj. Omar


Pengambaran/

Dokumentasi : Pn. Gilinah bt Gitom

ATURCARA PROGRAM

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Dewan SK Weston

1. Murid-murid akan mengambil undi nama ibu bapa angkat secara

bergilir-gilir.

2. Murid-murid akan berjumpa dengan ibu bapa angkat untuk suai kenal.

3. Murid akan menandatangani pada Banner dan seterusnya membuat

ikrar AKUJANJI diketuai oleh Ketua Pelajar SK Weston.

4. Sesi Fotografi murid-murid Tahun 6 bersama ibu bapa angkat.

5. Anak-anak angkat akan diajar atau dibimbing mengikut mata pelajaran

UPSR.

6. Anak-anak angkat akan menerima bahan-bahan bantuan berupa buku-

buku tambahan, lembaran kerja , contoh-contoh soalan UPSR dan Fail

Peribadi.

7. Program berlangsung pada bulan Februari sehingga bulan Oktober.

8. Masa belajar anak angkat tidak dihadkan. Ianya bergantung kepada

keperluan dan kelapangan ibu bapa angkat untuk memberikan

bimbingan atau latihan.


9. Anak-anak angkat akan membuat latihan-latihan ujian yang disediakan

dan kemudian akan merujuk kepada ibu bapa angkat masing-masing

jika terdapat kesukaran dan tidak memahami tugasan yang diberikan.

10. Anak, ibu bapa angkat dan ibu bapa sebenar boleh bersemuka

untuk berbincang tentang pencapaian dan prestasi anak-anak di

samping menangani permasalahan yang mungkin dihadapi oleh anak-

anak.

GARIS PANDUAN GERAK KERJA


1.Pengacara Majlis

- Memimpin majlis

- Memastikan semua perjalanan majlis adalah mengikut aturcara


yang telah ditetapkan.

2. Siaraya/PA sistem

- Menyediakan alat PA Sistem dan memastikan ia berfungsi dengan baik.

3. Kawalan murid

- Mengawal murid supaya senyap dan tidak berkeliaran.

4.Persiapan tempat

- Kelengkapan kerusi dan tempat pengantungan banner.

5.Pengambaran dan dokumentasi

- Merakam gambar sepanjang majlis dan membuat dokumentasi.