Anda di halaman 1dari 7

[Program Naik Taraf PSS PAK 21 2020]

SK SIMPANG PULAI
31300 KG KEPAYANG, PERAK

KERTAS KERJA
PROGRAM MENAIK TARAF
PUSAT SUMBER SEKOLAH PAK 21(PSS)

DISEDIAKAN OLEH:

PUAN MASYITAH BINTI ABDUL AZIZ


GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
SK SIMPANG PULAI
[Program Naik Taraf PSS PAK 21 2020]

KERTAS KERJA
MENAIKTARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) PAK 21
SK SIMPANG PULAI

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta
koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diurus secara sistematik. Hal ini
supaya PSS dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam
situasi yang selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya. Sehubungan
dengan itu, sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek
paling utama bagi menarik minat seluruh warga sekolah untuk menggunakan PSS dengan
optimum.
Pertambahan bahan bacaan, alat bantu belajar dan menambah baik keadaan fizikal serta
mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat
sumber yang lengkap, bermaklumat, selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai
objektif proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Bahagian
Teknoligi Pendidikan Negeri Perak dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

2.1 Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan oleh seluruh warga sekolah

2.2 Merealisasikan suasana pembelajaran abad ke-21 di perpustakaan Ibnu Rushd


selaras dengan pengiktirafan SK Simpang Pulai sebagai sekolah ‘show case’
PAK 21.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif yang diharapkan dari projek menaiktaraf ini ialah;

i. Dapat meningkatkan bilangan pengunjung ke PSS.


ii. Dapat meningkatkan bilangan buku baharu yang dapat menambah ilmu
pengetahuan.
iii. Dapat menambahkan rasa sayang kepada Pusat Sumber yang telah diceriakan.
[Program Naik Taraf PSS PAK 21 2020]

4.0 KUMPULAN SASARAN


Seluruh warga sekolah

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN


Jun – November 2020

6.0 TEMPAT
Perpustakaan Ibnu Rushd

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Program ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Program Naik Taraf PSS dibantu
oleh pustakawan-pustakawan

8.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN

8.1 Penambahan Koleksi Bahan

BIL PERANCANGAN ANGGARAN SUMBER


PERBELANJAAN
1. Membeli pelbagai bahan bacaan dan
rujukan untuk kegunaan perpustakaan. RM 1500.00 PCG
(buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung,
rujukan dan latihan serta langganan
majalah dan akhbar)

2. Membeli dan membina pelbagai bahan


bantu mengajar. RM 500.00 PCG
(bahan berbentuk carta, model serta
alatan yang berkaitan dengan P&P)
[Program Naik Taraf PSS PAK 21 2020]

8.2 Pembangunan Fizikal

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


BELANJAWAN

1. Memilih dan mengasingkan buku-buku -


lama dan menyusun buku mengikut Sistem
Pengkelasan Dewey.

2. Membeli rak-rak buku yang bersesuaian RM 1000


dengan murid sekolah rendah

3. Membeli peralatan sesuai dengan sudut- RM 1000


sudut yang dirancang

4. Menambah sudut informasi dan RM 500


melengkapkan papan kenyataan di bilik
pusat sumber, bilik unit Teknologi
Pendidikan dan bilik akses serta keceriaan

JUMLAH RM 2500

8.3 Aktiviti dan Program PSS

BIL PERANCANGAN ANGGARAN


BELANJAWAN

1 Kampen 1 Rumah 1 Buku -

2 Pengiktirafan Program Nilam Tambah Baik kepada pelajar RM 500


dan kelas.

3 Speech Conner RM 600

JUMLAH RM 1100
[Program Naik Taraf PSS PAK 21 2020]

9.0 PERLAKSANAAN

9.1 membuat kertas kerja dan surat rasmi memohon sumbangan.

9.2 mengumpulkan dan menyediakan bahan-bahan untuk sudut karya mengikut


bahan terkini yang diperolehi.

9.3 mengecat PSS dan menyusuatur semula sudut-sudut sesuai dengan PAK 21.

9.4 membuat laporan.

10.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En Mohd. Shariman Bin Idris

Tim. Pengerusi : En Yatin Yaziq Bin Ahmad

Naib Pengerusi I : En Kamal bin Japlawi

Naib Pengerusi Ii : Pn Aisah Binti Abd Karim

Naib Pengerusi Iii : Pn. Zainah Binti Junus

Penyelaras : Pn Masyitah Binti Abdul Aziz

Pen. Penyelaras : Pn Cik Suhayani Binti Amri

Setiausaha : Pn. Rohaida Binti Mohd Radzi

Naib Setiausaha : Pn. Salina Binti Ghazali

Bendahari : Pn. Parvathy a/p Vaithilingam


[Program Naik Taraf PSS PAK 21 2020]

11.0 PENUTUP

Projek menaiktaraf ini diharapkan dapat memberi suasana yang lebih kondusif dan
selesa kepada pelajar-pelajar dan seterusnya bilangan pengunjung semakin bertambah.
Program ini juga diharapkan dapat disiapkan dan direalisasikan pada hujung bulan mei ini bagi
memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman membaca dan mempunyai ruang
santai selain di dalam Pusat Sumber Sekolah sesuai dengan PAK 21.

Disediakan oleh: Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

_____________________ _______________________ ______________________


MASYITAH BT ABDUL AZIZ MOHD YATIN YAZIX BIN AHMAD MOHD. SHARIMAN BIN IDRIS
Guru Perpustakaan dan Media PK Pentadbiran Guru Besar
SK Simpang Pulai SK Simpang Pulai SK Simpang Pulai
[Program Naik Taraf PSS PAK 21 2020]

Anda mungkin juga menyukai