Anda di halaman 1dari 1

1.

Definisi haji: mengunjungi Baitullah di Mekah kerana mengerjakan ibadat yang tertentu pada
masa yang tertentu dengan syarat yang tertentu.
2. Definisi umrah: menziarahi Baitullah di Mekah kerana mengerjakan ibadat yang tertentu pada
bila-bila masa mengikut syarat yang tertentu.
3. Syarat wajib haji:
(a) Islam: tidak wajib ke atas orang kafir dan murtad;
(b) Baligh: tidak wajib ke atas kanak-kanak;
(c) Berakal: tidak wajib ke atas orang gila;
(d) Berkemampuan (istita’ah): tidak wajib ke atas orang yang tidak berkemampuan;
(e) Merdeka: tidak wajib ke atas hamba
4. Rukun haji dan umrah:
(a) niat ihram;
(b) wukuf (haji sahaja);
(c) tawaf;
(d) saei;
(e) bercukur;
(f) tertib.
5. Sembelihan: menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan memutuskan urat halkum dan
mari’ dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
6. Korban: menyembelih binatang ternakan yang dilakukan pada hari Aidiladha atau hari-hari
Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah.
7. Umur binatang korban:
(a) biri-biri/kibas – 1 tahun lebih;
(b) kambing/sapi/lembu/kerbau – 2 tahun lebih
(c) unta – 5 tahun atau lebih.
8. Waktu menyembelih korban bermula selepas naik matahari 10 Zulhijah hingga terbenam
matahari pada 13 Zulhijah.
9. Akikah: pemyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang
baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.
10. Waktu afdal dilakukan akikah ialah pada hari ketujuh kelahiran bayi.

Anda mungkin juga menyukai