Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan
sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada
duit sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut
itu.
Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati.
Wajah kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami
berada di dalam kedai itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar
kedai. Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang
masih berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high
quality and only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very
much for everything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah hati aku berdebar-debar?                                                     
[2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh peniaga untuk menarik
minat pelanggan membeli barangan yang didagangkan?
                                                                                                                  [3markah]
(iii)             Huraikan satu perwatakan aku yang
terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan
lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan
[4 markah]
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju terpakai di
tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di sebelah kiri dan
kanan. Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut, sekali gus
menjamin keselamatan isi poket. Lazimnya, aku meletakkan pasport di poket kanan dan
sedikit duit di poket kiri. Terdapat empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke
bawah jaket. Rumah butangnya besar dan dijahit kemas. Terdapat zip panjang yang
membolehkan jaket itu dizip sampai ke pangkal leher. Kolarnya tinggi dan lengannya boleh
dilipat.
Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari negara
miskin Bangladesh hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di Asia Tenggara
hingga Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain itu.
Pekedai itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai jaket kulit berwarna
hitam dengan pengikat leher berwarna merah. Pengikat leher itu boleh berfungsi sebagai topi
jika ditarik ke atas. Potongannya memang cantik. Bertali, berpinggang, labuh separas lutut
dan kelihatan sopan. Memang nampak seperti jaket untuk wanita.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai
itu cantik?                                                                              
[2 markah]

(ii)               Sebagai seorang pengguna, apakah kriteria-kriteria yang anda utamakan sebelum membuat


keputusan untuk membeli pakaian?
                                                                                                                 [3markah]
(iii)             Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satupengajaran lain
daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.  
[4 markah]
 (i)                  Hati
aku berdebar-debar kerana
-harga yang disebutkan amat tinggi
-“aku” tidak memiliki duit sebanyak itu
(ii)                 Untuk menarik minat pelanggan, peniaga bolehlah
-memikirkan nama dan slogan yang menarik untuk produk
-memberikan perkhidmatan selepas pembelian
-menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra pelanggan
(iii)             Perwatakan aku dalam petikan
-seorang yang berbudi bahasa / sopan
B- meminta maaf kepada peniaga jaket kerana tidak membelinya
Perwatakan aku dalam keseluruhan cerpen
-seorang yang bijaksana
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara
-seorang berhati-hati / rasional
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-seorang yang penyayang / baik hati
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar
negara

(i) Aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu
                  

cantik kerana
-bertali
-berpinggang
-labuh paras lutut
-kelihatan sopan
(ii)                 Kriteria sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian
-kualiti jaket yang tahan lama
-perkhidmatan selepas pembelian seperti mengubah suai saiz
-harga yang berpatutan
(iii)             Pengajaran dalam Petikan
-Kita mestilah rajin berusaha tanpa berputus asa dalam perniagaan
B- pekedai itu tidak berputus asa walaupun “aku” tidak membeli jaket yang dijualnya,
sebaliknya menunjukkan sehelai jaket yang berwarna hitam dengan pengikat leher
berwarna merah
Pengajran dalam keseluruhan cerpen
-Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan
B-Mas bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara
-Kita mestilah membuat perbandingan harga sebelum membeli barang
B-Mas membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-Kita mestilah sayang akan ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar
negara