Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN SPM 1

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan  pasu bunga
 Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah
langkah.
 Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah
langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi  Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian
memandu.       
 Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta
Kancil.
 Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian
memandu
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya  yang baru tiba dari Sabah.
 Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat
pertama dalam
pertandingan tersebut.
 Sampan itu didayung   olehnya dengan laju   dengan harapan untuk mendapat tempat
pertama dalam pertandingan tersebut.
LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya  membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi  itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar  sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
 
1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam. 
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air

1.
LATIHAN : Menyambung Ayat

 
PANDUAN KEPADA PELAJAR
 
1.      Perkataan yang dihitamkan, perlu digugurkan dalam jawapan
2.      Perkataan yang berhuruf condong merupakan kata hubung yang dimasukkan dalam ayat.

 LATIHAN SPM 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Gunakan kata hubung yang sesuai
 
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-
binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini
binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada
kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung
kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran.
Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
Contoh jawapan :
1)    Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita yang menjadi
penghuni hutan sejak beberapa lama dulu.
2)    Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan kerana berpunca daripada
kegiatan manusia yang berburu sesuka hati mereka dan juga kegiatan
pembangunan.
3)  Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan
kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
 
LATIHAN SPM 2
Sambung ayat-ayat pendek   dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga   ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Gunakan kata hubung yang sesuai  
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk
memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai
aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa
pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada
masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa
adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat.
Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan
tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-
adegan yang dipaparkan.
 
LATIHAN SPM 3
Sambung ayat-ayat pendek   dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Gunakan kata hubung yang sesuai.  
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen.
Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan
tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang
bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka
bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-
kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu
yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga
 
TATABAHASA : ( Cakap Ajuk dan Cakap Pindah )
 
PANDUAN KEPADA PELAJAR
 
Latihan SPM 1
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
                             Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara
Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.
Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini
mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz
pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka
melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-
negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat
mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik
pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan
pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta
seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa
kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad
pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang
faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan
Samad mengiakan pendapat itu.
[ 6 markah ]
 
JAWAPAN :
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
     
Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah.
     
Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
     
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan melancong di dalam negeri.
     
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian mereka.
     
Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
ditanam dalam diri.
 
Latihan SPM 2
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
 
“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan
Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu.
Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.
“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang
lepas, “ Kamarul memberikan alasan. [ 6 markah}
 
Latihan SPM 3
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.
“        Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
 
“        Rancangan apa? “ jawab Ani.
 
“        Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata
Salleh.
“        Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“        Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !
 “       Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.
[ 6 markah ]
 
LATIHAN : MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF
PANDUAN KEPADA PELAJAR
 
LATIHAN SPM  I
 
Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
 
1.         Adik yang sedang bermain di halaman rumah dipanggil kakak.
 Kakak memanggil adik yang sedang bermain di halaman rumah.
2.         Anak-anak perlu diawasi oleh ibu bapa supaya tidak terjebak dalam    kegiatan
yang tidak bermoral.
 Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dalam kegiatan
yang tidak bermoral.
 
 3.        Seutas jam tangan dihadiahkan oleh Puan Sharifah kepada anaknya  setelah
lulus peperiksaan  SPM dengan cemerlang.
 Puan Sharifah menghadiahkan seutas jam tangan kepada anaknya setelah
lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.
4.         Kesalahannya itu disedarinya selepas beberapa ketika.
 Dia menyedari kesalahannya itu selepas beberapa ketika
5.         Tanah itu diserahkan semula oleh kedua-dua belah pihak setelah memahami
penerangan tersebut.
 Kedua-dua belah pihak menyerahkan tanah itu semula setelah memahami
penerangan tersebut.
6.         Spesies tumbuhan anak di hutan itu akan dikajinya sekali lagi.
 Dia akan mengkaji spesies tumbuhan anak di hutan itu sekali lagi.
  
  
 LATIHAN SPM  2

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif
1.Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
2.         Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik
kepada murid-murid yang lain.
3.         Pemandangan di kampung nelayan  itu saya lukis.
4.         Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
5.         Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah
6.         Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh
Puan Lucy.

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.


1.         Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
daripada pelajar yang cemerlang.
2.         Eksperimen itu telah kau jalankan dengan baik.
3.         Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormatan dalam satu istiadat yang
berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Kelang.
4.         Suzi dihadiahi Halim sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23 
5.         Stor sukan hendak kami kemas pada petang nanti.
6.         Nota sejarah saya telah anda ambil semalam.