Anda di halaman 1dari 2

KEUNIKAN MAKTAB TENTERA DIRAJA

Sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang bertaraf


sekolah Premier di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia
(KEMENTAH). Reka bentuk pengajian di MTD dengan susunan
pembelajaran yang berasaskan disiplin dan pembudayaan cara hidup ala
ketenteraan telah menyerlahkan keunikan Maktab ini. Pengutamaan aspek
kepimpinan dan kecemerlangan dalam setiap program, pemerkasaan
semangat kerjasama serta ketinggian nilai integriti telah menjadikan MTD
sebagai Home of Future Leaders yang melahirkan pemimpin masa
hadapan negara yang profesional dan berkaliber.

KEISTIMEWAAN Putera-putera MTD akan menikmati pelbagai


kemudahan secara PERCUMA meliputi:
• Penginapan dan sajian (6 kali sehari).
• Elaun Putera sebanyak RM 100.00 sebulan.
• Rawatan kesihatan.
• Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD.
• Kelas akademik,makmal,perpustakaan dan dewan makan (Wiasma Putera) yang
berhawa dingin.
• Buku teks dan keperluan pembelajaran.
• Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.
• Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
• Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.
• Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki rejimental, latihan membaca peta
dan war cry.
• Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) ke kampung halaman bagi Putera-
putera dari Sabah dan Sarawak.
SYARAT KEMASUKAN
Syarat Akademik:
• Keputusan Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus (PKSK) secara dalam talian
melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
• Lulus ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.

Syarat-syarat Lain:

• Pemohon (lelaki sahaja) dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.

• Berat Minimum - 40.5 kg. Tinggi Minimum - 152 cm.

• Body Mass Index (BMI) - 18-27.

• Ukuran Dada - 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas).

• Penglihatan - baik dan tidak rabun warna. Berkacamata hendaklah tidak melebihi 6/12.

• Kesihatan - sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit.

• Wajib mempunyai emel persendirian yang sah dan aktif.

Anda mungkin juga menyukai