BM Konstektual

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI KOMUNIKASI YANG BERKESAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH

KEBANGSAAN SERI SEKAMAT.

Kemahiran komunikasi berkesan amat penting kepada seorang guru untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan mencapai objektif. Komunikasi menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ialah perhubungan sama ada secara langsung atau
dengan perantaraan. Menurut Pien Supinah (2009), komunikasi adalah suatu proses yang
terjadi di antara dua orang atau lebih yang membentuk pertukaran informasi antara satu sama
lain yang mendatangkan kefahaman yang mendalam atau terciptanya satu kebersamaan
makna. Oleh yang demikian, pihak sekolah akan menganjurkan bengkel kemahiran komunikasi
buat julung kalinya khusus untuk para guru SK Seri Sekamat. Komunikasi yang berkesan sudah
pasti akan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran para pelajar. Selain itu, pihak
sekolah juga akan mengadakan aktiviti latihan dalam kumpulan. Ativiti tersebut juga akan
diadakan di sekolah bertujuan mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari secara teori
kepada sesi pengajaran yang sebenar. Melalui kaedah ini juga para guru boleh menajamkan
lagi kemahiran komunikasi yang berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah komunikasi bukan merupakan suatu perkara yang baru terutamanya dalam
kalangan guru-guru baharu. Antara masalah komunikasi yang dihadapi oleh guru SK SS ialah
terdapat sebahagian guru yang tidak boleh menggunakan Bahasa Melayu dengan baik. Hal ini
disebabkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa utama dalam
kehidupan harian di samping kurangnya pergaulan di antara guru-guru berlainan kaum. Oleh
yang demikian, mereka tidak dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi menyebabkan
masalah tersebut berlarutan. Selain itu, masalah yang wujud ialah kemahiran menggunakan
bahasa Inggeris khususnya untuk subjek Sains dan Matematik. Kelemahan dalam menguasai
bahasa Inggeris akan menyukarkan para pelajar untuk memahami teori yang dipelajari
terutamanya yang melibatkan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Oleh yang demikian,
guru mestilah memperbaiki kekurangan supaya tidak menjejaskan prestasi akademik pelajar.

Bengkel kemahiran komunikasi akan dilaksanakan pada 19 April 2019 iaitu pada hari
sabtu bertempat di bilik mesyuarat sekolah. Aktiviti bermula pada pukul lapan pagi dan berakhir
pada pukul empat petang. Semua guru SK SS iaitu seramai dua puluh sembilan orang
termasuk guru besar akan melibatkan diri mereka. Matlamat bengkel tersebut adalah untuk
memberikan teknik komunikasi berkesan kepada para guru untuk dipraktikkan sewaktu
mengajar. Bengkel tersebut dikendalikan oleh agensi luar yang dijemput khas. Para fasilitator
akan menunjukkan demonstrasi mengenai teknik nada suara yang tepat dan jelas, arahan yang
tersusun, posisi badan yang betul semasa bercakap dan pergerakan anggota badan. Para guru
juga akan diberikan peluang untuk membuat simulasi sepanjang bengkel dijalankan. Peralatan
yang digunakan sepanjang bengkel berlangsung ialah sistem audio, papan putih, projektor,
laptop dan skrin layar. Aktiviti dimulakan dengan kemahiran nada suara yang tepat dan jelas.
Slot ini dijalankan selama dua jam bermula pukul lapan sehingga pukul sepuluh pagi.
Kebanyakan para guru dilihat memiliki masalah dalam menguasai kemahiran tersebut terutama
guru-guru wanita. Nada suara yang jelas dapat mengelakkan para pelajar daripada hilang fokus
sewaktu belajar. Slot seterusnya diteruskan dengan kemahiran memberikan arahan yang betul
kepada pelajar sewaktu mengajar. Slot ini akan dijalankan selama dua jam kerana kebanyakan
guru dilihat sukar untuk menguasai kemahiran tersebut. Para guru didedahkan dengan teknik-
teknik khusus seperti teknik penyoalan 5W1H oleh penceramah. Sebelum slot tersebut
berakhir, para guru akan mengetahui dan menguasai kemahiran tersebut. Bengkel diteruskan
lagi dengan slot posisi badan yang betul untuk para guru sewaktu mereka mengajar. Slot ini
akan dijalankan selama satu jam sahaja kerana kebanyakan guru dilihat tidak menghadapi
masalah posisi yang salah sewaktu mengajar. Bengkel akan berehat selama satu jam dan
disambung semula pada pukul dua petang. Slot terakhir pula iaitu kemahiran pergerakan
anggota badan akan dijalankan selama dua jam. Ramai guru dilihat menghadapi masalah
pergerakan anggota badan sewaktu mengajar yang boleh menjadi punca kepada sesi
pengajaran yang kurang berkesan. Bengkel akan berakhir pada pukul empat petang dan
dirasmikan oleh guru besar SK SS. Seramai lapan orang fasilitator dan empat orang
penceramah telah terlibat sama dalam menjayakan bengkel tersebut. Pada waktu akhir bengkel
tersebut juga sesi soal jawab akan dijalankan antara penceramah dengan para guru untuk
mendapatkan tahap kefahaman para guru yang sebenar setelah menghadiri bengkel.

Aktiviti latihan dalam kumpulan pula akan dijalankan pada 26 April 2019 iaitu hari sabtu
di SK SS. Peserta yang turut serta juga merupakan para guru yang menghadiri bengkel
kemahiran komunikasi tersebut iaitu seramai dua puluh sembilan orang dan disertai oleh
seluruh pelajar tahun 4 SK SS. Matlamat latihan dalam kumpulan ini lebih tertumpu kepada
aspek mengaplikasikan kemahiran komunikasi yang dipelajari sewaktu menghadiri bengkel
kemahiran komunikasi tersebut. Pelajar tahun 4 akan dijadikan sebagai medium dalam
menjalankan aktiviti tersebut. Para pelajar tahun 4 akan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan dan beberapa orang guru untuk setiap kumpulan. Setiap guru diberikan sesi
mengendalikan pelajar dalam kumpulan masing-masing dimana mereka akan mempraktikkan
kemahiran komunikasi yang berkesan dalam sesi masing-masing. Bahan-bahan yang akan
digunakan semasa aktiviti tersebut berlangsung adalah sebuah kelas, kertas, alat tulis dan
papan putih. Sewaktu aktiviti dijalankan, setiap guru diberikan tempoh masa selama satu jam
bagi setiap sesi untuk mengendalikan kumpulan. Guru dikehendaki membuat aktiviti mengajar
mengikut kreativiti masing-masing tetapi mesti menerapkan kemahiran yang dipelajari sewaktu
menghadiri bengkel. Pada akhir sesi, guru akan memberikan soalan kepada pelajar untuk
mereka memberikan dapatan selepas aktiviti dilaksanakan. Melalui jawapan pelajar tersebut,
guru akan melihat sendiri keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Para guru yang lain juga
bertindak sebagai fasilitator semasa aktiviti dijalankan.

Setelah kedua-dua aktiviti tersebut selesai, para peserta diminta untuk membuat
penilaian terhadap aktiviti yang disertai. Pencapaian aktiviti akan dilihat melalui keputusan
peperiksaan pertengahan tahun pelajar iaitu pada bulan April. Antara masalah yang mungkin
dihadapi adalah penyertaan peserta disebabkan aktiviti tersebut dijalankan pada hujung
minggu. Antara penambahbaikan yang boleh dijalankan ialah mencari waktu yang lebih sesuai
supaya penglibatan guru akan menjadi lebih ramai. Selain itu, mencari tempat yang lebih
kondusif supaya bengkel tersebut dapat berjalan dengan lancar. Dari segi kewangan pula,
pihak sekolah bersetuju untuk membiayai keseluruhan kos untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
tersebut. Jumlah kos yang dijangka akan digunakan adalah sebanyak empat ribu ringgit sahaja.
Pihak PIBG juga bersetuju untuk memberikan sedikit dana tambahan supaya aktiviti dapat
dijalankan dengan jayanya.

Oleh yang demikian, diharapkan agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan
jayanya pada masa yang ditetapkan. Aktiviti tersebut sememangnya mendatangkan manfaat
kepada para guru terutamanya guru baharu. Diharapkan agar aktiviti tersebut dapat dijalankan
di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai