Anda di halaman 1dari 32

RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Tajuk 3 PENDAWAIAN DOMESTIK 1 FASA

 SINOPSIS
Modul ini memperkenalkan sietem pendawaian domestik 1 fasa yang merangkumi
jenis-jenis pendawaian domestik, kawalan utama, jenis-jenis litar pendawaian dan
peraturan-peraturan IEE, Akta Bekalan elektrik danlain-laian peraturanyang berkaitan
dengan pendawaian domestik.

 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat:

 Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan


 Penjanaan, penghantaran dan penagihan bekalan elektrik
 Sistem pendawaian domestik 1 fasa
 Jenis-jenis pendawaian domestik 1 fasa
 Jenis-jenis litar pendawaian seperti litar kawalan utama dan litar kecil akhir
 Mendawai beberapa litar lampu, soket
 Melukis litar pendawaian 1 fasa
 Mengamalkan peraturan IEE

1
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

PERATURAN / KESELAMATAN DIRI

KETIKA DI DALAM BENGKEL


FIZIKAL DIRI

* Sihat dan
* Tidak mengantuk bertenaga
* Jelas penglihatan
* Tidak rabun warna
* Jelas pendengaran

SIKAP

* Sentiasa mematuhi arahan


* Merancang aktiviti kerja sebelum memulakan
* Melaporkan sebarang kerosakan
* Menggunakan alat yang betul
* Menggunakan alat mengikut prosedur yang telah ditetapkan

CARA BERPAKAIAN

* Memakai pakaian yang sesuai


* Memakai kasut yang bertebat dan bertunit rendah
* Memakai topi keselamatan
* Memakai cermin mata keselamatan ketika melakukan kerja-kerja menggerudi
* Tidak memakai apa-apa barang kemas
* Tidak memakai tali leher

DISIPLIN

* Jangan bercakap-cakap ketika membuat kerja


* Jangan bergurau senda
* Dilarang merokok ketika membuat kerja
* Dilarang menggunakan telefon bimbit sambil membuat kerja

2
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Transmission (Penghantaran)

Rajah 1: Sistem Penjanaan, Penghantaran Dan Pengaihan

3
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

1. SISTEM PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN

* Sistem pendawaian elektrik terdiri dari 2 sistem bekalan iaitu bekalan Satu Fasa 240
Volt dan bekalan Tiga Fasa 415 Volt

* Sistem bekalan Satu Fasa pada lazimnya dipasang pada premis-premis kecil seperti
rumah kediaman, kedai kecil dan sebagainya yang mana beban yang terdapat pada
premis tersebut bilangannya adalah kecil. Jumlah arus beban pada keseluruhannya tidak
melebihi 60 Amp.

* Untuk sistem bekalan Tiga Fasa pula pada lazimnya dipasang pada premis-premis
sederhana besar seperti rumah kediaman dua tingkat ( Banglo ), pejabat, restoran dan
bengkel yang mana arus beban penuhnya melebihi 60 Amp. Ia juga dipasang pada
premis-premis besar seperti kilang-kilang, bangunan-bangunan dan sebagainya.

* Bagi sistem bekalan Satu Fasa ianya terdiri daripada tiga pengalir iaitu Pengalir
Hidup, Pengalir Neutral dan Pengalir Perlindungan. Pengalir hidup membawa bekalan
sebanyak 240Volt.

* Bagi sistem bekalan Tiga Fasa pula ianya terdiri daripada lima pengalir iaitu tiga
Pengalir Hidup ( Merah, Kuning dan Biru ) / ( Red, Yellow, Blue ) , satu Pengalir Neutral
dan satu Pengalir Perlindungan. Ketiga-tiga Pengalir Hidup tersebut mambawa bekalan
sebanyak 415Volt. Sistem bekalan Tiga Fasa ini boleh diagihkan kepada sistem Satu
Fasa 240Volt

.* Pada amnya sistem bekalan Satu Fasa adalah diambil dari sistem bekalan Tiga Fasa
dari sistem pencawang pihak pembekal.

  R
 
 
 

  N
 

 Bumi Y B
 
 
R-Y-B-N 3 fasa 415 Volt
 
R-N 1 fasa 240 Volt
 
B-N 1 fasa 240 Volt
 
  Y-N 1 fasa 240 Volt
 

4
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

2. ASAS PENDAWAIAN - SATU FASA

* Bekalan elektrik pada sesuatu beban atau peralatan elektrik dialirkan melalui punca-
punca di dalam pemasangan elektrik

* Seperti mana yang telah dinyatakan sistem bekalan Satu Fasa terdiri daripada tiga
pengalir iaitu Pengalir Hidup, Neutral dan Pengalir Perlindungan.

* Pengalir Hidup berfungsi mengalirkan elektrik ke beban manakala pengalir Neutral


mengalirkan bekalan elektrik yang telah digunakan oleh beban ke punca bekalan
( Kotak Fius Agihan ) seterusnya kembali ke sistem pencawang pihak pembekal.

* Pengalir Perlindungan pula berfungsi sebagai pengalir kepada arus bocor pada beban
yang mana arus ini akan di alirkan ke bumi
Beban (Lampu)

Nuetral
Punca Bekalan
Hidup
Bumi

Suis

5
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

3. SISTEM PENDAWAIAN DOMESTIK

* Terdapat beberapa jenis pendawaian domestik bergantung kepada kesesuaian premis


dan kehendak pengguna.

* Jenis sistem pendawaian bergantung kepada cara bagaimana kabel pendawaian itu
dilakukan.

3.1 ) PENDAWAIAN PERMUKAAN ( SURFACE WIRING )

* Satu sistem pendawaian yang dipasang dipermukaan yang mana kabel pendawaian
tersebut dipasang terus ke dinding atau siling bangunan.

* Menggunakan kabel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK ).


* Klip timah digunakan bagi mencengkam kabel-kabel yang disusun pada permukaan
dinding atau siling.

* Sistem pendawaian ini memerlukan perhatian yang tinggi ketika kerja-kerja menyusun
kabel- kabel pada permukaan dinding atau siling dilakukan.

Gambarajah 1 : Pendawaian Permukaan

6
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Proses Pendawaian Permukaan


* Sistem ini tidak banyak lagi digunakan pada masa kini.
* Kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian ini akan dipasang pada permukaan
dinding atau siling.
* Ia dibentuk mengikut jumlah dan saiz kabel yang hendak dipasang.
* Kerja-kerja pendawaian ini biasanya dimulakan dari poin-poin dan berakhir di kotak
agihan.
* Jenis kabel yang digunakan ialah kebel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK )

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan


* Antara amalan-amalan yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan
menjamin mutu pendawaian adalah seperti berikut :
 Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang
menembusi dinding
 Bilangan kabel yang dipasang sebaiknya tidak melebihi 12 kabel bagi satu
larian Bilangan kabel yang bnyak boleh mengurangkan cengkaman
pencenggkam.
 Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika
tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebat di antara laluan kabel itu
 Tandakan di bahagian hujung kabel bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.
 Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.
 Semasa memasang pencengkam, elakkan daripada mencederakan kabel.

Kebaikan dan kelemahan pendawaian permukaan

Bil Melintang
Kebaikan Pencengkam
Kelemahan
1 Kemas Tidak mempunyai
Menegak perlindungan mekanikal
2 Kos murah Tidak tahan lama
3 Kerosakan mudah di kesan Terdedah kepada bahaya kimia, gigitan
4 Penambahan tidak melibatkan serangga dan haiwan
keseluruhan pendawaian

3.2 ) PENDAWAIAN KABEL TERSEMBUNYI ( CONCEALED WIRING )

* Satu sistem pendawaian yang mana kabel dipasang terus ke dinding atau siling batu
dan kemudian dilepa dengan simen
* Pendawaian jenis ini menggunakan kabel jenis tembaga bersalut PVK dua lapisan
( PVK / PVK ).

* Klip timah digunakan bagi mencengkam kabel-kabel yang dibentuk.

7
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Gambarajah 2: Pendawaian Tersembunyi

Proses Pendawaian Tersembunyi


* Sistem pendawaian ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu Kabel Bertebat
Tersembunyi atau Pembuluh Tersembunyi.

* Dalam sistem pendawaian ini, kabel atau pembuluh akan ditanam di dalam dinding
atau siling konkrit.

* Hujung kabel akan di keluarkan untuk kerja tamatan pada aksesori.

* Kerja-kerja pendawaian sistem ini akan dilakukan semasa bangunan tersebut dalam
proses pembinaan. Manakala kerja-keja tamatan akan dilakukan selepas semua kerja
pembinaan bangunan siap.

* Kerja-kerja pendawaian ini akan dimulakan dengan mendawai di permukaan dinding


atau siling

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Tersembunyi.


* Antara amalan baik semasa melakukan pendawaian ini adalah seperti berikut :
> Rancangkan laluan kabel
> Semua kabel pemasangan mestilah dicengkam seberapa tegang yang boleh dan
kemas
> Sebarang sambungan kabel tidak boleh dilakukan kecuali pada kotak tamatan

8
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

> Semua hujung kabel hendaklah ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.
> Semua hujung kabel di kotak agihan hendaklah diikat bersama.
> Hujung kabel hendaklah ditanda supaya tidak tersilap semasa membuat kerja-kerja
tamatan.

Dinding Batu
batu yang
belum dilepa

Kabel

Klip

Kotak Suis Alat tambah

Kebaikan dan kelemahan pendawaianTersembunyi

Bil Kebaikan Kelemahan


1 Kemas Dan Cantik 1. Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan
2 Selamat, tidak terdedah pada 2. Punca kerosakan sukar dikesan
Kerosakan mekanikal, bahan 3. Bahaya terkena paku akibat ketukan
kimia dan haba pengguna

3.3 ) PENDAWAIAN SELONGSONG PVK ( PVC CASING WIRING )

* Satu sistem pendawaian yang mana kabel pendawaiannya dimuatkan ke dalam selongsong PVK.
* Sistem ini biasanya digunakan pada permukaan dinding rumah yang telah siap.
* Pendawaian jenis ini mempunyai persamaan dengan pendawaian permukaan. Perbezaannya
hanya kabel disalurkan menggunakan selongsong PVK.

9
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

* Biasanya tapak selongsong PVK dipasang terlebih dahulu dengan memaku ke dinding atau
siling sebelum kerja pemasangan kabel dilakukan.
* Kabel-kabel akan dimasukkan ke dalam selongsong secara beransur-ansur, setelah siap barulah
ditutup dengan penutup selongsong.

Selongsong PVK

Gambarajah 3: Pendawaian Selongsong

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Selongsong PVK


* Amalan kerja yang baik semasa mendawai adalah seperti berikut :
> Rancang laluan selongsong terlebih dahulu.
> Pasang selongsong dengan teguh dan kuat.
> Hujung selongsong yang dipotong hendaklah diratakan atau dikemaskan bagi mengelakkan
kecederaan kabel.

Kebaikan dan kelemahan pendawaian Selongsong

Bil Kebaikan Kelemahan


1 Kemas Dan Cantik 1. Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan
2 Selamat, tidak terdedah pada 2. Punca kerosakan sukar dikesan
Kerosakan mekanikal, bahan
kimia dan haba

ALAT TANGAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENDAWAIAN DOMESTIK

ALAT TANGAN KEGUNAAN

10
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Alat yang direka khas untuk memaku klip


atau timah bagi mencengkam pendawaian.
Mempunyai kepala yang berbeza. Sebelah
berbentuk bulat dan sebelah berbentuk leper
melintang
Tukul Pendawaian

Untuk memotong kabel.

Pemotong Sisi (Side Cutter)

Untuk memegang, mencengkam, memotong,


membengkok dan membentuk.

Playar Gabung (Combination Plier)


Untuk memasang dan
menanggalkan skru jenis
kepala philip.

Untuk memasang dan


menanggalkan skru jenis
kepala rata.
Pemutar Skrew (Screw Driver)

Untuk mengesan kebocoran arus elektrik


elektrik atau kabel hidup. Selain itu ia juga
boleh digunakan untuk kerja ringan seperti
mengetat skru kecil. Pena ujian ini sesuai
dan selamat digunakan untuk mengesan
voltan 50 ~ 500V

Pen Penguji (Test Pen)

Litar Lampu
* Peraturan IEE telah menetapkan bahawa bagi satu litar yang dikawal oleh satu alat pelindung
mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada amnya satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu
dengan litar lampu tidak melebihi 10 poin.

11
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

* Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVK.


* Saiz minima kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5mm 2.
* Kadaran alat pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi 6 Amp. ( sama ada fius atau
MCB )
* Walau bagaimanapun untuk pemasangan litar lampu adalah digalakkan menggunakan lebih dari
satu litar akhir kerana sekiranya salah satu litar mengalami kerosakan litar yang lain masih
boleh digunakan.
* Bagi pemasangan lampu dalam industri biasanya kuasa sesebuah lampu mungkin berbeza,
contohnya300 Watt, 500 Watt atau 1000 Watt, dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius
berkadar 15 Amp. dan saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 2.5mm 2.

Pendawaian lampu kawalan satu hala

Pemegang Lampu
Batten

N
L
E

C Suis 1 hala
L1

Gambarajah sebenar sambungan Suis Satu Hala


Dari Bekalan

Suis Satu
Hala

L1
Ke Lampu

Pendawaian lampu kawalan dua hala

12
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

C
L1 L2

S1 Suis 2 hala S2 Suis 2 hala

Gambarajah sebenar sambungan Suis Dua Hala


Dari Bekalan Ke lampu

13
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Pendawaian lampu kawalan tiga hala

14
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

S1 S2 S3
Suis 2 hala Suis Perantaraan Suis 2 hala

Gambarajah sebenar sambungan Suis Dua Hala

Dari Bekalan Ke Lampu

Kedudukan sesentuh Suis Perantaraan

Off ON

S1 S2 S3
Suis 2 hala Suis Perantaraan Suis 2 hala

15
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Litar kawalan Kipas Siling

Kipas Siling

N
L
E

Alatur

Suis Satu Hala

Pendawaian Loceng Elektrik


Jenis pertama ;

Loceng dan alat ubah berasingan

16
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Loceng Elektrik

12V
Alat Ubah

L
N

Suis Loceng

Jenis ke dua :
Loceng dan alat ubah setempat

17

Suis Tekan
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Loceng Elektrik

E
L
N

Suis Loceng

Litar Soket Alir Keluar ( BS 1363 )


* Litar Soket Alir Keluar BS 1363 terdiri daripada dua jenis litar iaitu :
a ) Litar Jejari
b ) Litar Gelang

Litar Jejari
* Peraturan IEE telah menetapkan bahawa satu litar jejari untuk Soket Alir Keluar BS 1363 tidak
melebihi dua poin.
* Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan sama ada fius atau MCB berkadar 15 Amp. /
16 Amp.
* Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC dan saiz kabel mestilah tidak
kuramg daripada 2.5mm2.

Gambarajah Pendawaian Litar Jejari.

SK1 SK1

18
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

E
L
N
16 A

Litar Jejari Jenis A2

Kadaran arus kabel ditentukan oleh


kadaran arus perlindungan arus lebih
( iaitu 30A atau 32A – Fius atau MCB ).
Kabel jenis tembaga tidak kurang
daripada 4 mm2 boleh digunakan dan
luas maksimum lantai untuk
pemasangan jenis ini ialah 50 meter
persegi.
Luas lantai
maksimum 50
meter persegi

4 mm2

30 A

Litar Jejari Jenis A3

19
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Kadaran arus kabel ditentukan oleh


kadaran arus perlindungan arus lebih
20 A – Fius atau MCB .

Kabel jenis tembaga tidak kurang


daripada 2.5 mm2 boleh digunakan
Luas lantai
dan luas maksimum lantai untuk
maksimum 20
pemasangan jenis ini ialah 20 meter
meter persegi
persegi.

2.5 mm2

20 A

Litar Gelang

* Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang pada kawasan yang tidak
melebihi 100 meter persegi.
* Jumlah bilangan soket yang boleh di pasang pada satu Litar Gelang tidak terhad
* Walau bagaimanapun jumlah arus yang digunakan mestilah tidak melebihi kadaran arus fius
yang mengawal litar berkenaan
* Jumlah 'spur' atau sulur bagi satu Litar Gelang terhad kepada dua poin sahaja
* Kadaran alat perlindungan arus lebih ialah 30 Amp. / 32 Amp.
* Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada 2.5mm 2
* Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari punca bekalan ( litar akhir ) ke
beberapa poin soket alir keluar dan balik semula ke punca bekalan

'Spur' disambung
dengan
menggunakan
Kotak sambungan
20
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

E
N
L

'Spur' disambung
Pada terminal
soket

* 'Spur' boleh disambung pada :


a ) terminal soket dalam litar
b ) menggunakan kotak sambungan diantara poin soket.
c ) di tempat asal gelang itu

5. ALAT PERLINDUNGAN

21
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

5.1 ) PERLINDUNGAN ARUS LEBIHAN

* Kesemua pemasangan pengguna mestilah mempunyai perlindungan arus lebihan


* Arus lebihan ialah suatu nilai arus yang tinggi mengalir dalam sesuatu litar dan lebih daipada
kadar maksimum yang dibenarkan
* Arus lebihan mungkin disebabkan oleh salah satu diantara berikut :

a ) Lebihan Arus Beban

1. Beban Lampau 2. Arus Permulaan Tinggi

disebabkan oleh arus beban meningkat secara mendadak pada peringkat permulaan p
disebabkan oleh penambahan beban lebih daripada yang dibenarkan.

Kesannya boleh mengakibatkan kepanasan ke atas


Kesannya kabel
kurang pengalir. kerana ianya berlaku dalam jangka masa yang sin
merbahaya

Peraturan IEE bagi Perlindungan Arus Beban Lampau.

* Alat perlindungan mestilah mampu memutuskan sebarang arus beban lampau yang
mengalir dalam pengalir litar sebelum ia mengakibatkan suhu tinggi pada penebat,
sambungan tamatan atau sekeliling pengalir.
* Alat perlindungan beban lampau mestilah mempunyai ciri-ciri berikut :
a ) Arus nominal atau arus setan ( setting in ) mestilah tidak kurang daripada arus
reka bentuk bagi litar.
b ) Arus nominal atau arus setan ( setting in ) mestilah tidak melebihi kapasiti
membawa arus yang terkecil sekali bagi sebarang pengalir dalam litar.
c ) Arus berkesan yang mengendalikan alat perlindungan mestilah tidak lebih 1.45
kali daripada kapasiti membawa arus yang terkecil sekali bagi pengalir kabel
dalan litar :
i ) di mana alat perlindungan iaitu fius atau pemutus litar kenit mematuhi ciri-ciri
dalam ( a ) dan ( b ).
ii ) di mana alat perlindungan iaitu fius mematuhi ciri-ciri ( c ), arus nominal
mestilah tidak melebihi 0.725 kali daripada kapasiti membawa arus bagi
pengalir kabel yang terkecil dalam litar yang dilindungi.

22
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

LITAR PINTAS

akan berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuh antara satu sama lain.

mengakibatkan terhasilnya arus yang terlalu tinggi

kesannya pengalir kabel panas dan seterusnya terbakar

Peraturan IEE bagi Perlindungan Arus Litar Pintas

1 ) Alat perlindunagn mestilah mampu memutuskan sebarang arus litar pintas di dalam
setiap litar sebelum arus tersebut boleh mengakibatkan kesan kepanasan dan
kerosakan mekanikal ke atas pengalir dan sambungan kabel.
2 ) Kadar kapasiti pemutusan mestilah tidak boleh kurang daripada arus litar pintas yang
berkemungkinan akan berlaku.
3 ) Dimana alat perlindungan untuk arus untuk beban lampau yang mematuhi ciri-ciri
dan mempunyai kapasiti pemutusan tidak kurang daripada nilai arus litar pintas
boleh digunakan untuk melindungi arus litar pintas.
4 ) Masa jangkauan bagi arus litar pintas ialah setinggi 5 saat, oleh itu bagi pengalir
kabel yang luas keratan rentas 10 mm2 atau lebih, masa bagi pengaliran arus litar
pintas boleh meninggikan suhu pengalir ke tahap yang dihadkan.

Faktor Pemilihan Jenis-Jenis Perlindungan Arus Beban / Lebihan


* Bagi pemilihan sesuatu jenis perlindungan arus lebihan selain yang dinyatakan oleh
peraturan IEE di atas terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu :

a ) Jenis beban
b ) Keupayaan unit perlindungan
c ) Suhu sekeliling
d ) Alat Khas
e ) Harga
Jenis-jenis Fius

23
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

* Terdapat 3 jenis fius yang biasa digunakan sebagai alat perlindungan arus lebihan
mengikut piawaian British ( British Standard ) iaitu :

a ) Fius yang boleh didawai semula ( BS 3036 )


b ) Fius Katij ( BS 1362 )
c ) Fius Kapasiti Pemutus Tinggi ( BS 1361 & BS 88 )

a ) Fius yang boleh didawai semula

* Fius yang boleh di dawai semula biasanya digunakan dipemasangan pengguna


domestik atau untuk arus beban yang rendah di sektor perindustrian

Ciri-ciri

* Terdiri daripada dawai elemen yang disambung dalam satu penghubung fius yang
boleh dikeluarkan daripada tapak fius
* Dawai elemen diperbuat daripada aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau
daripada jenis kuprum tulen. Boleh ditukar ganti sekiranya elemen putus.
* Arus nominal bergantung pada saiz kabel elemen fius dan boleh ditentukan dengan
menggunakan jadual 53A.
* Faktor fiusan adalah dalam kelas R iaitu di antara 1.75 hingga 2.5 kali.

Jadual 53A

Arus nominal fius Garis pusat nominal dawai


3 Amp. 0.15 mm
5 Amp. 0.20 mm
10 Amp. 0.35 mm
15 Amp. 0.50 mm
20 Amp. 0.60 mm
25 Amp. 0.75 mm
30 Amp. 0.85 mm
45 Amp. 1.25 mm
60 Amp. 1.53 mm
80 Amp. 1.80 mm
100 Amp. 2.00 mm

24
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Kebaikan fius dawai semula

a ) Dawai elemen fiusnya paling murah jika dibandingkan dengan alat pelindung lain.
b ) Senang ditukar ganti.

Kekurangan

a ) Menghasilkan arka dan bunyi yang kuat.


b ) Mungkin digantikan dengan saiz elemen fius yang salah
c ) Kapasiti pemutusan rendah dan akan merosot

b ) Fius Katrij

* Biasa digunakan di dalam palam ( plug ) 13 Amp. bagi alat perkakas elektrik
* Ia juga boleh dianggap sebagai fius tambahan daripada fius dalam papan agihan.

Serbuk Mineral

Penutup Hujung

Elemen Fius
Tiub seramik / kaca

Rajah : Fius Katrij

Ciri-ciri

* Terdiri daripda satu tiub yang diperbuat daripada seramik atau kaca
* Arus nominal fius ialah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A, 1A, 2A, 3A, 5A dan 13A.

* Faktor fiusan adalah dalam kelas Q1 dan Q2.


- Q1 iaitu diantara 1.25 hingga 1.5 kali ( jenis enclose )
- Q2 iaitu diantara 1.5 hingga 1.75 kali ( jenis semi enclose )

Kebaikan.

a ) Kadar arus nominalnya diketahui dengan tepat.


b ) Kapasiti pemutusannya tidak merosot.
c ) Dapat mengelakkan arka dan bunyi yang kuat.
d ) Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu.

25
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

c ) Fius Kapasiti Pemutus Tinggi ( High Rapturing Capacity Fuse )

* Fius Kapasiti Pemuuts Tinggi ( BS 1361 & BS 88 ) digunakan pada tempat atau
beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi.
* Fius ini mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban
yang tinggi.

Serbuk Petanda Elemen Penunjuk

Penyambung

Penutup Hujung
Silikon
Serbuk Petanda
Elemen fius

Rajah: Fius Kapasiti Pemutus Tinggii

Ciri-ciri

* Terdiri daripada satu tiub seramik dengan penutup hujungnya diperbuat daripada
logam.
* Bagi fius jenis BS 88 ia mempunyai tapak penyambung.

BS
1361
BS 88

Rajah : Fius Katrij

* Dawai elemen fius diperbuat daripada jalur perak dan disokong oleh silikon serta
diselaputi oleh serbuk miniral

26
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

* Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.


* Arus nominal fius iaitu BS 1361 ialah 5A, 15A, 20A, 30A, 45A, 60A, 80A dan 100A.
* Arus nominal fius iaitu BS 88 ialah 6A, 16A, 25A, 40A, 63A, 100A, 160A, 250A, 400A dan
630A.

6. LITAR PENGGUNA

6.1 ) LITAR JUJUKAN UTAMA


* Litar jujukan utama ialah cara penyusunan pemasangan alat-alat kawalan dan
perlindungan
* Ia bermula dari Fius Perkhidmatan, ke jangka kiloWatt Jam ( kWJ ), ke Suis Utama, ke
alat perlindungan arus lebihan, ke pemutus Litar Arus Baki ( RCCB ) dan berakhir pada
kotak agihan.
* Mengikut keperluan Peraturan IEE setiap litar jujukan utama mestilah mengandungi
ciri-ciri berikut :

a ) Pengasing dan perlindungan arus lebihan.


b ) Perlindungan arus lebihan.
c ) Perlindungan arus baki atau arus bocor ke bumi

Kotak Penyambung Dari sumber pembekal

Perangkai Nuetral (Nuetral Link)


Fius Perkhidmatan

kWJ Jangka Kilo watt Jam

Suis Utama

Pemutus Litar Arus Baki

Pemutus Miniatur (Miniature Breaker)


(Miniature Breaker)

27
Rajah : Litar Kawalan Utama
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

NAMA ALAT DAN FUNGSINYA PADA LITAR JUJUKAN UTAMA

Nama Alat Fungsi Simbol

Kotak Simpang Menyambung bekalan elektrik


dari talian pengagihan ke fius
perkhidmatan rumah

Fius Perkhidmatan Dan Menghadkan maksima arus


Perangkai Nuetral yang masuk

Merekod jumlah tenaga


Kilo Watt Jam elektrik yang digunakan

Suis Utama  Memutuskan litar


sekiranya perlu
 Memutuskan litar sekiraya
berlaku litar pintas atau
lebihan arus

Pemutus Litar Arus Baki Memutuskan litar apabila


(Residual Circuit Current berlakukanya kebocoran arus
Breaker – RCCB) kebumi

Pemutus Litar Miniatur Memutuskan litar pada litar


(Miniature Circuit Breaker ) kecil akhir sekiranya berlaku
nya arus lebihan atau beban
lampau

28
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Rajah : LITAR PENDAWAIAN JUJUKAN UTAMA

Ke Litar Kecil akhir

Pemutus Litar Miniatur

Kotak Agihan
Killo Watt Jam

Bar Tembaga Bumi

E N
Bar Tembaga nuatral
Bekalan Masuk
kWJ

Fius Perkhidamatan Dan Perangkai Nuetral Suis Utama Pemutus Litar Arus Baki

Ke elektrod bumi

29
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

LITAR AKHIR

Pemasangan Alat Perlindungan Untuk Litar Akhir ( Digabung dalam satu Kotak Agihan )

6A

1. 8 poin lampu 100w, kabel 1.5mm2


6 PVK/PVK, MCB 6A
Suis PLA A
Utama B
Punca 2. 8 poin lampu 100w, kabel 1.5mm2
Bekal 30 PVK/PVK, MCB 6A
an A

3. 8 poin lampu 100w, kabel 2.5mm2 PVK/PVK, MCB 6A


(Litar Gelang)
30A 40A 20
SPN A
100
mA 4. 1 poin Penghawa Dingin, kabel 2.5mm2
PVK/PVK, MCB 20A
20
A

5. 1 poin Penghawa Dingin, kabel 2.5mm2


PVK/PVK, MCB 20A

Rajah : Litar Skametik

30
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Ke litar kecil akhir

ON
6A ON
6A ON
16A 16A

30A 40A
100mA ON
SUIS ON
UTAMA PLAB MCB MCB MCB MCB
ON

N
L
N E

Ke poin nuetral
Ke elektrod bumi

Rajah : Litar Pendawaian

31
RBT 3107 Teknologi Elektrik Dan Elektronik

Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor)

 Satu kiraan anggaran pengurangan kadaran arus bagi kabel dan alat dari kadaran arus
yang sebenar kerana mengganggap tidak semua beban digunakan serentak dalam satu
masa.
 Arus Maksima - arus maksima bagi satu-satu litar kecil akhir.

Contoh: Sebuah unit pemasak berkadaran 10 KW/240 V AU 50 Hz berdasarkan faktor


kepelbagaian. Hitungkan permintaan arus maksima yang diperlukan.

I = P/V = 10000 = 41.66 amp

240V

 Permintaan Arus Maksima - permintaan arus yang diperlukan bagi satu-satu peranti.

Permintaan arus maksima selepas faktor kepelbagaian

Arus Peranti = 10 amp.

30% daripada arus baki = 30 X (41-66 – 10)

100

= 0.3 x 31.66 a

= 9.498 Amp.

Oleh itu: jumlah permintaan arus maksima = arus peranti + 30% daripada arus baki;

= 10 amp + 9.498 amp

= 19.498

32

Anda mungkin juga menyukai