Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah kereta

Aku sebuah kereta.Nama aku Proton Exora. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Tanjung Malim.,Perak. Badanku bewarna merah hati.Pada badan aku terdapat
logam,cermin,tayar dan enjin.Di dalam badanku juga terdapat tempat
duduk,stereng ,meter dan penyaman udara. Aku bergerak menggunakan
petrol.

Aku digunakan untuk membawa manusia untuk bergerak daripada satu


tempat ke tempat yang lain. Selain itu, aku juga boleh di bawa bersiar siar
kerana aku mampu membawa tujuh orang pada satu masa.

Setelah siap dipasang,aku dibawa ke Shah Alam.Aku dihantar


menggunakan lori khas.Setelah tiba,aku dipamerkan di sebuah kedai menjual
kereta. Terdapat ramai kawan kawanku yang lain seperti Persona, Iriz, X70 dan
lain lain lagi.

Pada satu hari, Seorang lelaki telah membeli aku dengan harga
RM50.000.Selepas itu,aku dipandu pulang ke rumahnya.Semua ahli keluarga
dan jiran lelaki itu gembira melihatku. Tuan aku sayangkan aku. Aku dicuci
setiap bulan supaya berjanji akan memberi khidmat yang baik untuk tuan aku.

Pada suatu hari, ketika tuan aku hendak pergi kerja, aku telah dipandu
laju kerana tuan aku sudah terlewat. Aku tidak dapat dikawal lalu aku telah
terlanggar dengan sebatang pokok. Aku rosak teruk. Badanku kemik dan aku
berasa sangat sakit.

Aku telah dihantar ke bengkel untuk dibaiki, namun begitu aku tidak
dapat diselamatkan kerana aku telah rosak teruk. Aku berasa sedih kerana tuan
aku tidak lagi sayangkan ku. Aku telah dibuang di tapak pelupusan kereta.

Anda mungkin juga menyukai