Anda di halaman 1dari 2

Peristiwa Penentangan:

1. Memimpin 4000 orang pengikutnya menentang Dato' Kelana yang disokong pasukan
tentera British
2. Tindakan Yamtuan Abtah disokong oleh Dato' Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin,
penduduk Rembau, Jelebu dan Johol.
3. Pada Disember 1875, Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi, tetapi berjaya ditawan
semula oleh British.
4. Yamtuan Antah berundur ke Johor.
5. Maharaja Abu Bakar menasihati Yamtuan Antah agar berdamai dengan British.
6. Pada Mei 1876, Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-negeri Selat.
7. Hasil rundingan, Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. British
dapat meluaskan pengaruhnya ke seluruh Negeri Sembilan.

Kesan Penentangan:
- Yamtuan Antah berunding dengan gabenor NNS iaitu William Jervois
- rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri
Sembilan
Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun
begitu , ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap .
-Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
Faktor Penentangan
- Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman di
Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British
- tindakan Dato’ Kelana mengeruhkanhubungan antara mereka berdua
- Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
- hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah runcing apabila Dato’
Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya
- dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti
- Residen British di Sungai Ujong iaituP.J.Murray menghantar tentera dan juruukur untuk
membuat siasatan
- Yamtuan Antah menghantar 200 orangpengikutnya menuntut supaya British
menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
- berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran
- kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin,
penduduk Rembau, Jelebu dan Johol
- Disember 1875 > pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di
situ
- British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri-Negeri Selat
- Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putusdan seterusnya ke Johor

Latar belakang:
- Nama sebenar ialah Yamtuan Antah ibni Almarhum Tuanku Radin
- Dilahirkan pada tahun 1812
-Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875.
-wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol
- Meninggal dunia pada tahun 1888 di Seri Menanti, Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai