Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN REFLEKTIF

Seni dalam Pendidikan merupakan komponen primer yang memperkaya kreativiti


dan ekspresi kendiri seseorang pelajar, meningkatkan perkembangan insan dan minda
secara holistik (Ahmad Syahmi. 2017). Seni dalam Pendidikan terbahagi kepada tiga
elemen signifikan seperti seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan. Berdasarkan
tugasan yang diberi, kami diminta untuk dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana
setiap kumpulan akan mengandungi dua orang pelajar. Kami dimohon untuk menghasilkan
sebuah kit berteraskan elemen – elemen Seni dalam Pendidikan secara individu. Selepas
itu, kami disuruh untuk memilih salah satu kit daripada kumpulan kami dan membentang di
dalam kelas secara kumpulan. Kit yang dipilih adalah kit rakan sekumpulan saya iaitu
Puvaneisram a/l Purusothman. Kit yang kami bentang bertajuk Bentuk Dua Dimensi
berdasarkan DSKP Tahun 1. Standard pembelajarannya adalah menamakan bentuk
segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan.

Antara kekuatan yang saya dapat menilai daripada pembentangan kami adalah
menggunakan benda–benda maujud yang berkaitan dengan kehidupan seharian dalam
proses pengajaran bentuk-bentuk dua dimensi. Contohnya, benda-benda maujud seperti
biskut segiempat sama, bingkai gambar, coklat berbentuk segitiga, permaidani dan
sebagainya. Penggunaan bahan – bahan konkrit dapat membantu pelajar – pelajar untuk
lebih memahami dan mengingati bagaimana rupanya bentuk-bentuk segiempat sama,
segiempat tepat, segitiga dan bulatan dengan akurat. Strategi pengajaran yang berpusatkan
bahan telah menerapkan elemen seni visual dalam proses PdP. Hal ini kerana murid –
murid dapat menyentuh dan melihat benda – benda maujud tersebut melalui penglihatan
mata mereka. Dengan ini, kita dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid-
murid melalui proses penajaman kepekaan dan pengamatan mereka.

Seterusnya, proses pengajaran yang kami telah jalankan dapat membentukkan


suasana yang menyeronokkan kepada murid – murid. Hal ini kerana kami telah
menerangkan konsep asas bentuk – bentuk dua dimensi kepada murid-murid melalui
nyanyian lagu bentuk. Kami telah mengaplikasikan pendekatan muzik dan nyanyian dengan
menggunakan komputer. Penggunaan komputer boleh dinterpretasikan sebagai salah satu
bahan bantu mengajar yang penting dalam mewujudkan pembelajaran efektif di dalam bilik
darjah seiring dengan perkembangan teknologi dan komunikasi. Pengunaan muzik dan
nyanyian digambarkan sebagai alat pedagogi yang berguna kepada murid – murid
terutamanya dalam proses pembelajaran. Alat pedagogi ini dapat memainkan peranan
sebagai pendorong utama dalam perkembangan sosial kanak – kanak. Secara langsung,
pendekatan ini dapat membantu murid untuk menyimpan dan mengimbas kembali maklumat
apabila diperlukan.

Tambahan pula, keberkesanannya ialah murid – murid dapat melibatkan diri mereka
secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kami telah jalankan.
Contohnya, kami telah menyediakan tugasan permainan ‘Dot to Dot’ supaya murid dapat
mengenali bentuk– bentuk 2D dengan lebih terperinci. Permainan ini dapat menarik
perhatian murid terhadap aktiviti PdP dan meningkatkan minat dalam amalan mengira,
menulis dan membaca. Saya juga telah menyediakan suatu situasi pasaraya disertai
dengan bahan – bahan konkrit yang berbeza dari segi bentuk. Murid – murid diberi wang
kertas palsu dan diminta untuk membeli belah di pasaraya tersebut. Tugasan – tugasan
tersebut dijalankan berdasarkan elemen seni pergerakan. Dengan ini, kita dapat
meningkatkan tahap kecergasan murid – murid dari segi fizikal dan mental. Seni pergerakan
juga akan meningkatkan kemahiran motor halus murid – murid.

Kelemahan yang saya dapati daripada pembentangan kit kami adalah penghasilan
kit menelan perbelanjaan yang besar. Kos yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan kit
tersebut kerana bahan – bahan konkrit yang dibentang adalah barang-barang yang dibeli
daripada kedai runcit. Bahan bantu mengajar perlulah bercirikan mudah didapati dan
memenuhi kos yang rendah. Saya mencadangkan penggunaan barang-barang terpakai
seperti kotak, botol, dulang telur, kadbod dan sebagainya untuk menghasilkan kit ini.
Kelemahan seterusnya adalah kawalan kelas. Murid – murid tahun 1 sangat cergas dan
berasa bosan untuk berada dalam satu tempat. Mereka juga suka berbual dsan membuat
bising dengan kawan-kawan mereka. Kami mengalami kesukaran dalam mengawal kelas
tersebut. Cadangan penambahbaikannya adalah selaku guru kami haruslah merancang
aktviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik supaya setiap murid boleh
melibatkan diri dalam tugasan yang diberikan dalam satu masa.

Saya dan rakan sekumpulan saya telah memberi komitmen yang tinggi dalam
membuat pembentangan secara kumpulan. Saya telah membantu dalam penghasilan kit
dengan melekatkan tanda – tanda harga pada barang – barang yang digunakan dalam
situasi pasaraya. Saya juga telah mengupas idea tentang cara – cara membuat
pembentangan dan susunannya. Rakan sekumpulan saya iaitu Puvaneisram a/l
Purusothman telah menerangkan satu per satu tentang penghasilan kitnya dan cara untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kit dia tanpa mengira
masa. Sebelum mempersembahkan kit kami di kelas, kami telah bersiap sedia dengan
membuat draf tentang bagaimana kami berhasrat untuk membentang pada hari tertentu.
Kami telah memberi kerjasama antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan ini.

Kesimpulannya, bahan bantu mengajar merupakan suatu instrumen dalam


membantu pemahaman pelajar dan mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru dan pelajar. Oleh itu, sseorang guru perlulah mempunyai kemahiran
untuk memilih bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap penguasaan pelajar.

764 PATAH PERKATAAN

Anda mungkin juga menyukai