Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

”MINGGU KEBERSIHAN DIRI”


PANITIA PENDIDIKAN KESIHATAN
________________________________________________________________

TARIKH :
14 OKTOBER 2017

TEMPAT :
TAPAK PERHIMPUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KULAI 1

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN KESIHATAN
SK KULAI 1
RASIONAL

Persekitaran Bersih Hidup Sihat adalah tema yang penting kerana persekitaran
yang bersih, sihat dan selamat merupakan keperluan asas manusia. Persekitaran perlu
dilindungi dengan baik supaya kita dapat menikmati kehidupan yang sihat pada masa
kini dan masa hadapan. Interaksi di antara manusia dan persekitaran perlu seimbang.
Ini adalah kerana manusia dan persekitaran saling berhubungkait di antara satu sama
lain. Sekiranya keseimbangan ini diancam, kemungkinan besar manusia akan
menghadapi pelbagai masalah khususnya masalah kesihatan seperti penyakit bawaan
makanan dan air, penyakit-penyakit bawaan vektor, pencemaran udara dan lain-lain
keadaan yang membahayakan

Aktiviti-aktiviti dan cara hidup seharian kita sama ada di rumah, sekolah, tempat
kerja dan taman rekreasi boleh mempengaruhi kualiti persekitaran. Oleh sebab itu,
program ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid terhadap
kepentingan menjaga kebersihan supaya dapat mengelakkan penyakit dan dapat hidup
dalam keadaan sihat sejahtera.
OBJEKTIF PROGRAM

1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid terhadap menggalakkan

amalan cara hidup sihat dan mesra alam di kalangan murid-murid.

2. Murid-murid akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang kepentingan

dan kaedah menjaga kebersihan dan kesihatan.

3. Menerapkan kepentingan persekitaran yang bersih dan sihat.  

4. Amalan kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan murid-murid.

5. Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dan

mengikut prosedur yang betul terhadap murid-murid.

6. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan

dalam menjalani kehidupan harian.

7. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,

keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.

8. Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan

untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.

9. Mewujudkan iklim serta identity sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih,

indah dan ceria.


ORGANISASI

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : En.Mohd Izzat Fakhruddin bin Adnan

Naib Pengerusi : En. Azizul bin Zakaria


Setiausaha : Pn. Norlizawati bt Johdi
Bendahari : Pn. Norsyakirah bt Kamaludin

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Buku Program : En. Sahril b Salip

Juruacara : Pn. Noraini bt Abd Jalil

Siaraya : En. Sofhan bt Sekandar

Huruf Latar : Pn. Sarah Sabirah bt Abd Ghani

Jurugambar : En. Mohd Norazham

Hadiah dan Cenderahati : En. Zaidi b Jamian

Persiapan Tempat : En. Fazli b Mohamed


Penyelaras Aktiviti : Kuiz
Gotong-royong
Poster

ATURCARA TENTATIF

Ahad – 14 Oktober 2017

Majlis Perasmian
- Majlis akan dirasmikan oleh Guru Besar ……………………………

Isnin – 15 Oktober 2017

Ceramah Kesihatan
- Ceramah tentang penjagaan kesihatan di kalangan murid-murid oleh Jabatan
Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan
- Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi kuku, rambut dan gigi oleh Jabatan
Kesihatan.

Demonstrasi Penjagaan Gigi


- Demonstrasi membersihkan gigi untuk murid-murid oleh kakitangan Jabatan
Kesihatan.

Selasa – 16 Oktober 2017

Pertandingan Melukis Poster


- Dikhaskan untuk murid-murid tahap 2

Pertandingan Mewarna Poster


- Dikhaskan untuk murid-murid tahap 1

Rabu – 17 Oktober 2017

Kuiz Kesihatan
- Setiap kelas tahap 2 akan menghantar 5 orang wakil untuk mewakili kelas
masing-masing.

Khamis – 18 Oktober 2017

Gotong-royong
- Aktiviti gotong-royong akan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:-

 Bilik-bilik khas
 Tandas
 Kawasan sekolah
 Bilik darjah

- Aktiviti ini melibatkan ibu bapa yang akan dijemput untuk sama-sama
menjalankan aktiviti gotong-royong ini.
PERALATAN

Perasmian

1. Mikrofon
2. Pemain CD
3. Skrin
4. Laptop
5. LCD

Ceramah

1. Mikrofon tanpa wayar


2. Skrin
3. LCD
4. Laptop
5. Meja penceramah
6. Kerusi penceramah

Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster

1. Kertas Lukisan
2. Kertas bercetak (poster)

Kuiz Kesihatan
1. Mikrofon
2. Meja
3. Kerusi
4. Papan Markah

Gotong-royong

1. Penyapu
2. Mop
3. Pembersih Habuk
4. Cangkul
5. Penyodok
6. Gunting Pokok
7. Plastik Sampah
8. Tong Sampah
9. Tuala Pengelap
BELANJAWAN
Bil. Perkara Harga Kuantiti Jumlah

1. Kertas warna RM 0.10 20 keping RM 2.00

2. Kad Manila RM 0.50 6 keping RM 3.00

3. Kertas Lukisan RM 5.00 5 set RM 25.00

4. Cangkul RM 15.00 5 batang RM 75.00

5. Gunting Pokok RM 14.00 4 bilah RM 56.00

6. Tuala Pengelap RM 0.50 50 helai RM 25.00

7. Hadiah RM 60.00

8. Air Minuman RM 12.00 4 kotak RM 48.00

9. Cenderahati RM 15.00 4 set RM 60.00

10. Bayaran Penceramah RM100.00 Seorang RM100.00


JUMLAH RM454.00

Sumber Kewangan

Oleh kerana ini adalah program yang penting dan melibatkan murid-murid,
maka adalah dicadangkan sumber kewangan dipohon daripada :

1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru


2. Mendapatkan tajaan daripada syarikat yang selalu berurusan dengan pihak
sekolah.
3. Sumbangan ikhlas daripada warga sekolah

Anda mungkin juga menyukai