Anda di halaman 1dari 4
PAK KADUK KOLEKSI CERITA RAKYAT Ada sebuah negeri bernama Seri Gading. Rajanya sangat suka menyabung ayam. Pada masa lapang, baginda menumpukan perhatian pada permainan itu. Bahkan hampir setiap penduduk lelaki Seri Gading juga turut menghabiskan masa menyabung ayam. Baik di pekan atau di kampung, orang akan menyabung ayam dan bertaruh. Di salah sebuah kampung dalam Seri Gading, tinggal sepasang suami isteri bernama Pak Kaduk dan Mak Kaduk. Pak Kaduk sangat bodoh. Semua penduduk kampung itu, termasuk Raja, tahu akan kebodohannya. Pak Kaduk ada membela seekor ayam sabung. Dia selalu berangan-angan hendak menyabung ayamnya dengan ayam Raja. Pada suatu hari, Pak Kaduk bertanya kepada Mak Kaduk, “Bagaimana kalau ayam kita dilagakan dengan ayam Raja?” ri A Bagus juga cadangan kamu tu. Tapi apakah yang hendak ditaruhkan sekiranya kamu kalah = atau menang?” kata isterinya pula. “Itu senang saja. Kita pertaruhkan kampung kita,” jawab Pak Kaduk. h "Sekarang kamu tolong buatkan seluar dan baju daripada kertas yang aku baru beli tadi.” ED) wmanwedadecovmy — EP) QB ewan sahasa dan pustaka Malaysia ((6)} dbpmataysia @DaPMalaysis PAK KADUK KOLEKSI CERITA RAKYAT “Eh, eh, Pak Kaduk. Alangkah malunya nanti sekiranya pakaian kamu itu koyak di depan orang ramai!” kata Mak Kaduk, menggeleng-geleng. “Eh, aku tak peduli. Lagipun, aku fikir pakaian itu nanti akan menarik perhatian orang ramai kerana aku seorang saja yang berpakaian begitu,” terang Pak Kaduk. Mak Kaduk pun buatkanlah baju dan seluar kertas yang disuruh oleh Pak Kaduk. Setelah siap diberikannya kepada Pak Kaduk untuk dipakai. Wah, sungguh menarik sekali! Pak Kaduk kelihatan seperti ahli sabung ayam. Selepas itu, Pak Kaduk pergi ke reban untuk menangkap ayam sabungnya. Kemudian dia berjalan menuju ke gelanggang sabung ayam Raja. Dia hendak pergi mencuba nasibnya. Di gelanggang, Raja dan rakyat jelata sudah berhimpun untuk menyaksikan perlawanan yang dijangka hebat. Apabila Pak Kaduk sampai ke situ, dia pergi menghadap Raja. Dia memberitahu Raja dia sudah bersedia untuk melagakan ayamnya Clare telus hotmelt: “Apakah yang kamu pertaruhkan untuk perlawanan ini?” Raja bertanya. e “Hamba tidak punya duit, tapi hamba setuju menggadaikan kampung hamba sebagai pertaruhan,” jawab Pak Kaduk Jt bersungguh-sungguh. 2 lamanweb.dpp.cov.my @Q (EB oewsn pahaza dan pustoka Malaysia dbpMalaysia. | @DBPMalaysla PAK KADUK KOLEKSI CERITA RAKYAT Pada masa yang sama, Pak Kaduk tidak sedar Raja sudah tertarik dengan ayam sabungnya. Raja berasa ayam Pak Kaduk akan menang dalam eXVakehyge like Mbi Puce Mc | (oN ol aMaat-lalso le mit ikea La Lie] menukar ayam sabung Pak Kaduk dengan ayamnya. “Pak Kaduk, beta rasa lebih elok sekiranya ayam sabung kamu ditukarkan dengan ayam beta. Ayam beta sangat kuat dan susah hendak dikalahkan,” pujuk Raja. ry r Pak Kaduk tidak berfikir panjang. Dia terus setuju dengan cadangan Raja. Perlawanan pun dimulakan. Pada mulanya kedua-dua ekor ayam sabung itu kelihatan sama kuat. Orang ramai bersorak-sorak. Pak Kaduk berlari ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba ayam sabung Raja menjadi lemah. Ayam sabung Pak Kaduk sungguh kuat. la pasti menang dalam perlawanan itu. Tetapi kasihan Pak Kaduk, dia terlupa ayamnya sekarang bukan lagi kepunyaannya. Dia terus menjerit-jerit suka hati kerana ayam kesayangannya menang. Pak Kaduk sungguh gembira. Dia melompat-lompat. Raja dan orang ramai tersenyum melihat kelakuan Pak Kaduk. Pak Kaduk masih terlupa ayamnya sekarang sudah ditukar dengan ayam Raja. Dia berlari ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba..., pakaiannya koyak. PAK KADUK KOLEKSI CERITA RAKYAT Pak Kaduk berhenti bersorak. Dia sudah bertelanjang bulat di tengah gelanggang. Sekarang orang ramai pula bertepuk sorak dan mengejek Pak Kaduk. Mereka menunjuk-nunjukkan tangan ke arah Pak Kaduk. Dia sungguh malu, apatah lagi berkeadaan begitu di hadapan Raja. Kasihan Pak Kaduk, dia segera berlari pulang. Kemudian dia menceritakan apa yang berlaku kepada Mak Kaduk. Mak Kaduk menangis. Pak Kaduk berasa hairan kerana dia sangka ayamnya sudah menang walaupun dia malu bertelanjang di hadapan orang ramai. “Pak Kaduk, sebenarnya awak kalah. Ayam sabung = awak menang, tapi ia - ; sudah jadi kepunyaan Raja. Sekarang kita tidak ada kampung lagi," kata Mak Kaduk, teresak-esak. Dan menangislah Pak Kaduk a semahu-mahunya mengenangkan kebodohannya itu! timanvenconsoumy — @) (EB oewan tarot an usiaka Maya (CB) aoorwtasin 00s rualrat

Anda mungkin juga menyukai