Anda di halaman 1dari 1

Akhbar, surat khabar merupakan penerbitan berkala sama ada harian, mingguan, atau

bulanan; yang memuatkan berita semasa.Kamus Dewan (1993:19) mendefinisikan akhbar


atau surat khabar sebagai warta. Sementara persuratkhabaran dapat difahami sebagai
agensi yang menghasilkan berita untuk disebarkan kepada khalayak. Dalam masyarakat
yamg pesat membangun, akhbar menduduki tempat yang penting, khususnya sebagai
pemberitahu tentang apa-apa yang berlaku di mana-mana sahaja (Awang Sariyan, 1981).

Akhbar biasanya dicetak pada kertas kos rendah yang disebut kertas akhbar, dan berisi
berita-berita terkini dalam pelbagai topik. Topiknya boleh terbentuk dari acara-
acara politik, jenayah, sukan, rencana atau cuaca. Akhbar juga turut mengandungi kartun,
teka-teki silang-kata dan hiburan lain.

 Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita adalah pertama,bahasa yang
digunakan adalah mudah.
 Kedua, gaya tulisan yang jelas
 Ketiga, isi tulisan mestilah tepat.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, dan
kiasan, haruslah dielakkan.

-cerita yang datang daripada individu,jabatan atau pertubuhan disebut ‘siaran akhbar’.

Jenis siaran akhbar:

1. pengumuman peristiwa yang dijangka akan berlaku atau hal perseorangan seperti
persaraan, galakan jualan dan perkara seumpama.

2. maklumat berhubung dengan kebajikan atau amal.

3. maklumat untuk menonjol imej seorang atau imej pertubuhan.

Oleh sebab pentingnya berita dalam kehidupan manusia, maka kaedah penulisan berita
turut menjadi penting juga agar masyarakat pembaca dapat memahami tentang sesuatu
berita dengan tepat dan jelas. Wacana rencana pengarang harus mempunyai ciri-ciri bahasa
yang ringkas, tepat dan padat. Malah melalui kesahihan maklumat yang disampaikan dalam
akhbar ianya sering digunakan sebagai rujukan oleh pelbagai pihak.

Anda mungkin juga menyukai